السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ
اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ
ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Tafsir Al-Quran@Radio IKIM, 6.30-6.45
pagi: 4 Jun 2020 / 12 Syawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Ikmal Zaidi Hashim (Imam
Masjid Putra, Putrajaya)
Sumber: Tafsir surah an-Nisa ayat 4
●Pendahuluan
-Marilah kita sama-sama merafakkan
syukur kepada Allah atas segala nikmat kurniaanNya terutamanya nikmat Iman dan
Islam. Kita perbanyakkanlah mengucap alhamdulillah. Segala puji hanyalah milik
Allah.
-Kita buktikan kesyukuran kita dengan
mentaati segala perintahNya dan meninggalkan segala larangannya.
-Mudah-mudahan Allah beri hidayah dan
ampunkan segala dosa-dosa dan menerima segala amalan kita. Semoga kita sentiasa
menjadi hambaNya yang taat dan bertaqwa. Semoga Allah pandang kita dengan
pandangan belas kasihan.
-Semoga kita dikurniakan kecerahan
hati dan minda untuk memahami ayat-ayat Allah.
-Semoga kita menjadi hambaNya yang kuat
berusaha untuk menambah ketaqwaan.
-Surah An-Nisa, ayat 4: “Dan
berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai
pemberian yang wajib. Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan
kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian
(yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”
HURAIAN:
-Dalam ayat ini Allah memperihalkan
perhubungan perkahwinan dalam perkara kewajipan memberi maskahwin oleh lelaki
kepada perempuan yang hendak dinikahi.
-Kalimah “tabarukh” sebelum ini
difahami sebagai sesuatu yang berbentuk hadiah. Tetapi dalam ayat ini ia
bermaksud wajib.
-Maka dalam ayat ini Allah berfirman,
“berikanlah kepada perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian
yang wajib.”
-Ia juga perintah larangan untuk
lelaki mengambil dan menggunakan maskahwin ini kerana sifat ketamakan dan hawa
nafsu.
-Ayat ini ditujukan kepada lelaki
yang ingin menjadi suami. Iaitu lelaki yang ingin mempunyai hubungan suami
isteri dengan perempuan yang disukainya perlu mengikut saluran yang betul.
-Terdapat juga ulamak yang menyatakan
bahawa ayat ini ditujukan kepada wali iaitu bapa atau penjaga kepada perempuan.
Namun pendapat ini ditolak oleh jumhur ulamak.
-Walau pun ada yang mentafsirkan pemberian
dalam ayat ini sebagai pemberian yang ikhlas untuk diberi kepada perempuan yang
hendak dikahwini tetapi jumhur ulamak menyatakan ianya adalah suatu yang wajib
diberikan.
-Kemudianya, Allah berfirman,
“Kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian
dari maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai
nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.”
-Maka daripada ayat ini kita fahami
bahawa hendaklah lelaki memberi maskahwin kepada perempuan bakal isterinya
terlebih dahulu. Kemudiannya jika isteri meredhainya maka suami bolehlah
menggunakan maskahwin yang telah diberikan itu. Iaitu maskahwin yang diambil
atau digunakan bersama adalah sesuatu yang telah diberikan.
-Jadi bila suami telah memberikan maskahwin
barulah ia dianggap telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Maka
selepas itu barulah isteri boleh mengizinkan ianya digunakan oleh suami atau
digunakan bersama.
-Firman Allah, “Berikanlah maskawin
(mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh
kerelaan.”
-Saidina Ali ra mengatakan dari Ibnu
‘Abbas, “an-nihlatu” adalah mahar. Muhammad bin Ishaq berkata dari ‘Aisyah
“nihlatun”, adalah kewajiban. Ibnu Zaid berkata: “an-nihlatu” dalam bahasa Arab
adalah suatu yang wajib, ia berkata, “Janganlah engkau nikahi dia kecuali
dengan sesuatu yang wajib baginya.”
-Maka daripada pembicaraan mereka
tersebut, adalah wajib bagi seorang lelaki menyerahkan mahar kepada wanita
sebagai suatu keharusan dan keadaannya rela. Sebagaimana ia menerima pemberian
dan memberikan hadiah dengan penuh kerelaan, begitu pula kewajiban ia
memberikan mahar kepada wanita dengan penuh kerelaan. Dan jika si isteri secara
suka rela menyerahkan sesuatu dari maharnya setelah disebutkan jumlahnya, maka
suami boleh memakannya dengan halal dan baik.
-Antara hukum yang diinstinbatkan
oleh para ulamak dalam ayat ini ialah:
i. Tidak boleh tidak memberi mahar
perkahwinan
ii. Mahar perkahwinan adalah milik
isteri
iii. Harus bagi wanita menebus mahar
keran ia adalah milik mutlaknya. Tetapi ada yang menyatakan bahawa isteri tidak
boleh menjual maskahwinnya sehinggalah ia telah mempunyai pegangan hak yang
sempurna keatasnya.
iv. Isteri boleh memberi maskahwinnya
pada suaminya iaitu bila ia meredainya.
v. Isteri tidak boleh tarik balik
keputusan memberi maskahwin kepada suaminya iaitu setelah ia memberi atau setelah
membuat keputusan memberinya. Iaitu telah redha maka tidak boleh mengambilnya
semula.
-Imam Fakhrudin al-Razi menyatakan
jika pada mulanya isteri telah bersetuju untuk memberikan maskahwin yang
diterima untuk digunakan oleh suami dan kemudian ia menukar fikiran untuk
menyimpannya maka bolehlah diibaratkan bahawa sebenarnya si isteri adalah tidak
redha walau pun ia bersetuju.
-Pada satu masa dahulu ada seorang
Gabenor telah menulis surat kepada Saidina Umar ra tentang wanita yang menukar
persetujuan awal untuk menyerahkan maskahwin kepada suaminya. Maka Saidina
Umara ra menyatakan bahawa maskahwin adalah menjadi milik isteri semula.
-Jadi ayat keempat, Surah An Nisa ini
adalah untuk menerang hukum hakam dan perlu dijelaskan bagaimana Teknokrat
berfungsi dengan baik.
-Sebelum diakadnikah, hubungan lelaki
dengan perempuan adalah tidak halal. Kemudiannya, melalui pernikahan maka
terjalin hubungan halal sebagai suami isteri.
Maka perkahwinan ianya adalah
dianggap sebagai satu ”ibadah”.
-Maka ayat ini merangkumi aspek
urusan asas kehidupan untuk kita pelajari.
-Ia merupakan ayat seruan. Setiap
manusia hendak haknya terpelihara dan masing-masing mahukan keadilan. Maka
hendaklah ikut apa yang ditetapkan oleh Allah. Iaitu tidak kira apa jua
keadaan. Adalah amat penting untuk beri keadilan yang sewajarnya agar kehidupan
teratur serta berfungsi sebaiknya.
-Maka itulah syariat dari Allah. Maka
segala perintah Allah mempunyai hikmah yang besar. Banyak perkara yang asalnya
kita tidak mengetahui. Maka dengan menghayati firman Allah, kita mengetahuinya.
-Sesungguhnya yang dititik beratkan
adalah satu peraturan/peradaban yang perlu diamalkan. Maka perhatikanlah segala
hukum yang ditetapkan oleh Allah.
-Semoga ia membawa kepada kebaikan
kehidupan kita di dunia dan di akhirat.
●Penutup
Demi jiwa-jiwa yang kembali suci,
Demi hati yang kini putih-fitri,
Demi Takbir yang menggema di langit
Ilahi.
Semoga *kemenangan* ini menjadi
hakiki.
《May Allah give us
ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment