Tuesday 26 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (39/2019): KITAB 76 DOSA BESAR YANG DIANGGAP BIASA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 25 Feb 2019/20 Jamadilakhir 1440H (Isnin) oleh Ustaz Muhammad Asri Ishak.


“Dosa Besar Ke 35: Menuntut ilmu hanya untuk dunia dan menyembunyikan Ilmu”

●Pendahuluan
-Begitu besar azab bagi orang yang berilmu dan tahu hukum hakam agama tetapi menyembunyikannya untuk keuntungan dunia.
-Surah Fathir, ayat 28: “Sesungguhnya orang yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya hanyalah ulamak”
Kita menuntut ilmu perlu ada tiga matlamat:
1. Bagi mengangkat kejahilan yg ada pada kita.
2. Bagi mengamalkan ilmu yg dipelajari. Ia bukan sekadar utk diketahui. Kalau orang yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya maka ia umpama pokok yang tidak berbuah.
3. Bagi menyampaikannya kepada orang lain.
-Seseorang yg ada ilmu tetapi ia tidak disampaikan dan disembunyikan untuk keuntungan dunia maka ia tmsk dalam salah satu dosa-dosa besar.
-Salah satu yg akan membantu kita di alam akhirat ialah ilmu yang disampai/diajar kpd orang lain. Pahalanya akan terus mengalir walau pun kita telah meninggal.
-Di antara hamba-hamba Allah yg paling takut pd Allah ialah ulamak. Ini kerana merekalah yang tahu halal haram dan ketahui balasan buruk yg atas perkara kekufuran yang dilakukan.
Para ulamak ia tidak sahaja jauhkan diri dpd perkara yg dilarang tetapi juga perkara yg subahah.
-Kisah Imam Hambal tidak mahu membeli daging yg dirasakan dpd sumber subahah (daging yg dicuri).
-Surah al-Baqarah, ayat 159: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan sesuatu yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah kami menerangkannya kepada manusia dalam al-kitab, mereka itu dilaknati Allah dan dan dilaknati (pula) oleh semua (makhluk) yang dapat melaknati.”
-Surah al-Baqarah, ayat 174: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah diturunkan Allah, iaitu al-Kitab..”
-Surah ali-Imran, ayat 187: “Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi Kitab (iaitu), “Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada manusia, dan jangan kamu menyembunyikannya, lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka.”
-Tidak boleh sembunyikan ilmu & hukum hakam utk mengelakkan tohmahan masyaratkat. Kita perlu menyatakan yang hak dan kebenaran. Jika tidak kita akan dilaknat Allah.
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang mempelajari suatu ilmu yang seharusnya ditujukan semata demi mencari Wajah Allah, (tetapi) dia mempelajarinya hanya untuk mendapatkan harta benda dunia, maka dia tidak akan mendapat wangi syurga di Hari Kiamat, iaitu wanginya.”
Justeru sesiapa yang mempelajari ilmu untuk keuntungan dunia & tidak untuk mendapat redha Allah, ia tidak akan dapat bau syurga apatah lagi untuk masuk ke syurga.
-Sabda Nabi saw: “Kamu belajar ilmu hanya agar dikatakan seorang ulamak, dan perkataan itu telah dilontarkan.”
-Sabda Nabi saw: “Janganlah kalian mempelajari ilmu untuk berbangga diri di hadapan ulama, atau untuk mendebat orang-orang bodoh, dan jangan mengelilingi majlis-majlis dengannya; kerana barangsiapa yang melakukan demikian, maka neraka (lebih pantas baginya), neraka (lebih pantas baginya).”
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang mencari ilmu untuk berbangga diri di hadapan para ulama, atau untuk mendebat orang-orang bodoh, atau agar hati orang-orang tertuju kepadanya, maka dia ke neraka.”
“Nescaya Allah memasukkannya ke dalam neraka.”

-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa ditanya tentang suatu ilmu, lalu dia menyembunyikannya, maka dia pada hari kiamat kelak akan dikekang (mulutnya) dengan dari neraka.”
Sabda Nabi saw:”Barangsiapa menyembunyikan suatu ilmu, Allah akan mengekangnya pada hari kiamat dengan kekang api neraka.”
-Jauhilah majlis ilmu yg banyak mencerca orang lain atau menceritakan keaiban orang.
-Jangan kita banyak komen orang yg tidak membawa faedah. Jgn kita bangga bila dapat komen/condem orang lain.
-Bukanlah seseorang itu berilmu tinggi berasaskan ia ramai pengikutnya.
Kisah Saidina Umar ra sanggup utk menentang orang yg tidak mahu membayar zakat walau pun ia seorang yg akan melakukannya.

Ulamak tidak boleh semudah-mudah memberi fatwa atau berijtihad.
Nabi saw berdoa: “Ya Allah, aku berlindung kepada Mu dari ilmu yang tidak bermanafaat.”
Sabda Nabi saw: “Barangsiapa mempelajari suatu ilmu kerana selain Allah atau; dia menginginkan dengan selain Allah, maka hendaklah dia menempati tempatnya di neraka.”
Sabda Nabi saw: “Barangsiapa mempelajari suatu ilmu, yang tidak diamalkannya, maka ilmu itu tidak akan menambahkan untuknya melainkan kesombongan.”
Sabda Nabi saw: “Ulamak yang jelek (Su’) didatangkan pd hari kiamat, lalu dilemparkan di neraka. Kemudian dia berputar-putar dengan ususnya sebagaimana keledai berputar-putar pada alat penumbuk tepung. Maka dia ditanya, “Kenapa kamu mendapatkan siksa seperti ini, sedangkan kami dulu mendapatkam hidayah keranamu?”Maka dia menjawab, “Aku dulu menyelisihi kalian, (melakukan) sesuatu yang justeru aku melarang kalian darinya.”
-Hilal bin al-Ala’ berkata, “menuntut ilmu itu sangat penting namun menghafalnya lebih penting daripada menuntutnya, dan mengamalkannya lebih penting lagi daripada menghafalnya, kemudian selamat dari bahaya dengan sebab ilmu lebih penting daripada mengamalkannya.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 25 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (38/2019): USULUL TAUHID- SEMUANYA MILIK ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 24 Feb 2019/ 19 Jamadilakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Abd Rani Osman


●Pendahuluan
-Allah bersifat berkehendak. Tidak ada yang mustahil bagi Allah.
-Allah Maha Berilmu. Allah Maha Mengetahui.
-Tiada satu pun yg terlepas daripada pengetahuan Allah.
-Kita tidak boleh berbohong kepada semua orang. Walau pun mungkin kita boleh berbohong pada setengah-setengah orang.
-Wajib Allah itu hidup. Allah hidup dengan cara yang selayak denganNya. Ia tidak seperti makhluk yg ada hayat.
-Allah Maha Mendengar. Allah mendengar secara yang selayakNya.
Apa yang tidak diucapkan oleh mulut pun Allah mendengar.

-Allah Maha Melihat.
-Apa jua yang kita buat dalam kehidupan samada bekerja, berkeluarga, berumahtangga, bermasyarakat, mencari harta dll perlu berpaksi kepada keimanan kita kepada Allah. Semuanya dalam pengetahuan Allah dan setiap satunya akan dihisab.
Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan dan mempunyai sifat kesempurnaan yang tidak terkira banyaknya.
Mustahil bagi Allah mempunyai sifat-sifat kekurangan.

Berkuasa juga Allah untuk membuat perkara baik dan perkara buruk.
Semuanya ciptaan Allah adalah dalam taklukNya.
Tugas kita sebagai hamba Allah di mukabumi ini perlu membuat apa yang suruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.
Allah yang menghalalkan barang yang halal dan Allah yang mengharamkan barang yang haram. Maka kita taati segalanya.
-Apa jua pemberian dan kelebihan Allah beri kepada kita hendaklah kita syukuri dengan meningkatkan ketaqwaan dan amalan kita kepada Allah.
-Segala yang di dunia dan akhirat milik Allah.
Segala yang diam, yang bergerak, yang tetap, yang berubah, yang tumbuh dan seumpamanya adalah tanda kekuasaan Allah.

-Kita pandanglahv segala nikmat & rezeki dengan pandangan ketaqwaan.
-Rezeki bukan sahaja dalam bentuk kekayaan tetapi juga kesihatan, ilmu, dll tuntuk kita beribadat & beramal.
-Allah beri rezeki bukan sahaja pada manusia tetapi kepada makhluk-makhluk lain termasuk haiwan.
-Kita perlu berusaha untuk menguasai pelbagai bidang ilmu. Ianya terutamanya ilmu al-quran.
-Segala perkara dalam kehidupan kita adalah dalam ketentuan Allah sejak azali lagi. Yang manusia tahu hanyalah perkara yang telah berlaku. Perkara-perkara yang belum berlaku tidak ada dalam ilmu manusia. 
Demikian jua perkara-perkara ghaib. Allah Yang Maha Mengetahui

~bersambung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 24 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (37/2019): BERLUMBA-LUMBALAH MEMBUAT KEBAJIKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Taman Kasih, Kluang, Johor: 23 Feb 2019/18 Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Zahari Awang

●Pendahuluan
-Syukur Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk kita membuat ketaatan dan bekalan kehidupan akhirat.
-Surah al-Waqiah yang kita selalu baca, janganlah kita menjadi insan yang lalai.
-Kita hendak Malaikat beri buku amalan kita di akhirat kelak daripada sebelah kanan.
-Jadilah kita manusia yg berlumba-lumba membuat kebajikan.
-Malangnya sedikit sahaja manusia yang bersyukur dan beramal.

-Menunaikan haji di Mekah & Madinah adalah tempat manusia diuji.
-Nabi saw menyatakan bahawa Haji itu adalah Arafah. Setengah ulamak menyatakan bahawa padang Arafah merupakan Padang Masyar tempat kita dibangunkan/dihimpunkan.
-Kita dijemput roh dan jasmani untuk mendekatkan diri kepada Allah.
-Di Arafah kita diuji samada kita benar-benar beribadah atau kita buat benda lagha’ atau tidur sahaja.
-Kemuncak ujian semasa mengerjakan ibadat haji adalah di Arafah, Mina..
-Surah Al-Araff, ayat : “
-Pusingan pertama tawaf, doa kita: “Ya Allah aku datang dari jauh kerana aku beriman kepada Mu, aku datang ini kerana membenarkan ayat Mu, aku datang kerana hendak menyempurnakan janji ku dengan Mu Ya Allah 
-Kita telah berjanji semasa kita di alam roh dahulu.

Nota: Bacaan yg elok dibaca:
-Surah Al-Furqan, ayat 54: “ Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”

Doa Ketika Tawaf:
“Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah; Allah Yang Maha Esa. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah ﷺ.

Ya Allah ya Tuhanku! Daku lakukan ibadat ini kerana beriman kepada Mu dan mengakui kitab Mu, menyempurnakan janji dengan Mu dan menurut perjalanan (sunnah) nabi Mu dan kekasih Mu, Nabi Muhammad ﷺ .
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminta kepada Mu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan daripada bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.”
Doa Tawaf Pusingan Kedua:
“Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.
Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang bijak.
Ya Allah ya Tuhanku! Peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Dikau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.”
Banyakkan Berdoa semasa tawaf:
“Masukkan lah ku, ibubapa ku, isteri & anak-anak ku dan zuriat kami dalam syurga Mu tanpa hisab”

Nota: Tawaf itu adalah ibadat seperti sembahyang, kita perlu baca sendiri. Bukannya ikut muttawir sahaja.
Empat tingkatan haji. Yang tertinggi sekali ialah haji yang Mabrur. Yang paling teruk ialah tidak diterima.
-Jadilah kita manusia yang berkualiti. Bila kita tunaikan haji & umrah maka jadilah kita jemaah yang berkualiti. Bersungguh-sungguh dalam amalan/ibadat haji/umrah kita.
-“Manusia bila telah mendapat nikmat ia suka berebut.”
-Di Padang Masyar nanti Allah memerintahkan malaikat Redzuan (malaikat yang menjaga syurga) untuk mencari 4 golongan untuk dibawa ke syurga. Empat golongan tersebut ialah:
i. Golongan yang mati syahid
ii. Golongan yang mempunyai harta dan disedekah/diwakafkan ke jalan Allah
iii. Golongan yang diberi ilmu dan menyampaikan
iv. Golongan yang mendapat haji mabrur (Allah berikan pahala dan hapuskan segala dosa-dosa kita.
Maka bila kita menunaikan haji, berazamlah kita untuk mendapat haji yang mabrur iaitu salah satu golongan yang mendapat syurga tanpa hisab. Kita usahalah belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat haji yang mabrur.
“Ya Allah, masukkan kami, ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami dan zuriat kami dalam syurga Mu tanpa hisab”
Banyakkan kita membuat solat sunat Isra’. Pahala dua rakaat sunat Isra’ umpama membuat umrah yang sempurna. Pahala empat rakaat sunat Isra’ umpama ibadat haji.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Tuesday 19 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (36/2019): 4 PENYAKIT JIWA BERIKUTAN PANJANG ANGAN-ANGAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 16 Feb 2019/11 Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Abdul Latif Ismail

●Pendahuluan
-Alhamdulillah syukur kerana menjadi insan yang terpilih daripada insan-insan yg terpilih ke tempat yg mulia dan berada pada waktu yg mulia iaitu majlis ilmu yang merupakan satu daripada taman-taman syurga.
-Dalam kehidupan harian kita, hendaklah kita perbanyakkan berzikir.
Malangnya, di kalangan kita ada yang sukar untuk berzikir kepada Allah.

-Syaitan datang mengganggu kita kerana kita jauh daripada mengingati Allah.
-Jiwa yang tenang adalah jiwa yg dekat dengan Allah.
-Sesungguhnya masa kehidupan kita di dunia ini tidaklah lama.
Siapakah Orang Yang Panjang Angan-Angan:
-Manusia yang alpa dan lalai.
-Ramai di kalangan manusia hari-hari merasa selesa dengan dirinya macam tidak ada apa-apa. 
-Sedangkan Allah menyatakan bahawa mati akan datang kepada kamu dengan tiba-tiba.
-Saat kematian kita akan berlaku bila-bila masa sahaja!

-Hari ini kalau kita hendak tahu kedudukan kewangan kita mudah sahaja. Kita boleh semak account bank dan harta kita. Kalau kita kekurangan, kita tidak merasa selesa.
-Bagaimana pula dengan “penyata” kita dengan Allah. Banyak manakah lembaran catatan pahala kita. 
-Kalau Allah dedahkan kepada kita bekalan yang kita ada buat masa ini maka baru kita rasa yakin betapa utamanya kita untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat kita. Betapa banyaknya kekurangan yang perlu kita tampung dan perbaiki.

-Panjang angan-angan bererti kita berasa lambat lagi masa kita hendak kembali kepada Allah. Kita merasa kita masih banyak masa untuk membuat persiapan bila kita telah tua. Sedangkan kita tahu bahawa mati tidak berhajat kepada umur tua, tidak menunggu sakit..
-Dua perkara yg menyebabkan manusia hilang arah ialah kerana terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada mati.
Cinta pada dunia telah mengikat manusia untuk bertungkus lumus berusaha siang malam bagi memuaskan keinginan dan nafsu!
-Penyakit yang paling berbahaya dalam dunia ini ialah penyakit hati.
Timbul sakit hati kerana kita lupa bahawa saat kematian akan datang tiba-tiba.

Kita mempunyai hayalan yang panjang untuk mencapai cita2 yang tinggi dan tidak berkesudahan. Sentiasa tidak merasa cukup dengan apa yang telah ada.
-Maka natijahnya manusia lebih suka mencari keredhaan makhluk berbanding mencari keredhaan Allah.
-Manusia lupa akan kehidupan ukhrawi dan alam akhirat yg kekal abadi.
-Sesungguhnya kehidupan akhirat adalah kehidupan yang lebih baik yang dijamin oleh Allah.
-Maka buatlah usaha dan Allah akan mengurniakan yamg terbaik untuk kita.
Hendaklah kita bekerja dan hidup kerana Allah.

-Orang yg panjang angan-angan ia berangan untuk hidup dalam umur yang panjang.
Malah merasakan akan hidup selama-lamanya dan akan mencapai segala angan-angannya.

-Kita tidak tahu umur kita. Ramai yg meninggal tanpa sampai ke umur tua!
-Masalahnya kita sentiasa rasa “kita lambat lagi mati ni..”
-Hakikatnya kehidupan dunia adalah musafir sahaja. Kehidupan akhirat, syurga dan neraka yg kekal abadi.
-Angan-angan dan manusia tidak boleh dipisahkan. 
Ulamak membahagikan panjang angan-angan terbahagi kepada angan-angan Am dan angan-angan Khas.

Angan-Angan Am:
-Berlaku pada orang awam. Ia hanya memikirkan makan minum dan tempat tinggalnya sahaja.
-Jiwanya kosong. Roh Islam tidak ada dalam jiwanya.
-Bila jiwa kosong, dirinya dikuasai jin & syaitan. Ia berlindung disebalik manusia.

-Untuk memperbaikinya, maka tinggalkanlah nikmat dan kesedapan dunia untuk kita mendekatkan diri kepada akhirat.
Empat Penyakita Jiwa Kerana Panjang Angan-Angan:
1. Hilang nikmat untuk beribadat kepada Allah.
-Rasa malas untuk beribadat.
Sentiasa hendak menangguhkan keinginan untuk beribadat.
-Dirinya telah dikuasai oleh jin dan syaitan.
-Untuk mengatasinya, maka hendaklah kita amalkan zikir-zikir, selawat, selepas setiap kali solat.

-Surah al-Furqan, ayat 23: “Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”
Jangan biar syaitan attack roh dan tubuh badan kita. Bila kita kalah maka kita akan terus bergelumang dengan maksiat dan kufur kepada perintah Allah.
2. Enggan bertaubat dan menangguhkannya.
-Orang yang bertaubat ia akan jaga dirinya termasuk semua derianya. Mulutnya dan deria yang dijaga. Kita cari tempat yang dapat memberi kita cahaya keimanan.
-Kita lihat orang yang sama datang ke majlis-majlis kuliah ilmu kerana hatinya hidup. 
Hati sentiasa ingin mencari cahaya keimanan.

-Jika seseorang tidak merasa untuk ke majlis ilmu dan tidak mahu beramal maka sebenarnya hatinya telah mati.
3. Menjadi tamak haloba mengumpul harta dan sibuk dengan duniawi.
-Dunia yg kita kejar tidak pernah akan cukup.
-Ramai yg bimbang apa yang akan dipersiapkan bila berada pada hari tua nanti.
-Sepatutnya kita bimbang berapa banyak bekalan amalan kita yang akan dibawa di hari tua dan di alam akhirat kita.

-Maka usahalah meningkatkan amalan kita dan berserah pada Allah.
4. Hati menjadi keras
-Tidak mendapat hidayah. 
-Hati lupa kepada kematian dan hari akhirat.
-Maka akan kurang melakukan ketaatan kpd Allah. 
-Ia lambat bertaubat dan banyak melakukan kemungkaran.

-Surah al-Hadid, ayat 20: “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.”
●Penutup
-Panjang angan-angan menyebabkan hati kita keras.
-Maka kita jauhilah daripada panjang angan-angan dan berterusanlah kita mencari keredhaan Allah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.j

Monday 18 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (35/2019): MAKNA DIRIKAN SEMBAHYANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 17 Feb 2019/12Jamadilakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Mustakim Kazali

●Pendahuluan
-Syukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Semoga kita sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah.
Apakah makna mendirikan sembahyang:
-Kita “mendirikan” sembahyang bukannya melaksanakan sembahyang.
-Maksud mendirikan sembahyang itu ialah, sembahyang kita bukan sekadar buat tetapi kita buat dengan zahir dan batin.
-Jika kita buat sekadar zahir sahaja tetapi tidak ada batin maka solat kita bermasalah. Kita tidak mendapat kesan daripada sembahyang kita.
-Firman Allah: “Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang akan mencegah perbuatan keji dan mungkar..”
-Ramai orang “buat” sembahyang sahaja. Ia sekadar buat. 
-Berapa ramai orang yang berani buat dosa sebaik sahaja selepas selesai sahaja habis solat.
Ada yg habis sahaja solat terus bangun pergi cari tiang dan bersembang kosong dan berbuat perkara lagha. Bahkan ada yg membuat fitnah, tidak menjaga kata-kata dan membuat perkara yang dilarang walau pun baru sahaja selesai solat.

-Tanda solat kita bermasalah dan mungkin tidak diterima tidak ialah kita berterusan buat dosa.
-Dalam rukun Islam, tiangnya adalah solat.
-Mendirikan solat juga mempunyai tiangnya.

-Imam Ghazali menyatakan bahawa tiang solat ialah khusuk dalam solatnya.
Makna Dirikan Solat ada tiga:
1. Menjaga segala rukun-rukun solat
2. Menjaga segala perkara sunat dalam solat
3. Tidak melakukan perkara-perkara makruh dalam solat

Menjaga Rukun:
-Rukun qauli iaitu ada lima (takbir, al-fatihah, tahiyatul akhir dan salawat & salam).
Hendaklah kita bertalaqi dengan ustaz. Bacaan perlu diambil daripada guru-guru. Diambil dengan talaqi.

-Kita baca bacaan solat kita dengan tenang. Kita hendak mendapat sakinah daripada Allah.
-Menjaga perkara sunat dan tidak melakukan perkara makruh.
Apakah maksud benda makruh:
-Makruh ialah perkara yang dibenci oleh Allah.
-Dalam Ilmu adab dan akhlak, perkara makruh ialah perkara yang Allah benci.

-Bila kita solat, kita hendak Allah pandang dan suka kita.
Perkara-perkara makruh yg selalu dibuat oleh orang Islam di Malaysia:
-Ada 33 perkara makruh.
1. Meninggalkan doa iftitah dengan sengaja.
-Nabi saw meninggalkan kpd kita 5-6 versi doa iftitah kepada kita.
-Kenapa kita tinggal? Kerana kita solat ikut nafsu. Hendak cepat.
-Ini banyak dibuat oleh imam semasa solat sunat terawikh. 
-Pada permulaan solat pun kita telah mengundang kemurkaan solat.
Jadi kita bacalah doa iftitah. Paling kurang kita baca versi yang pendek.

2. Meninggalkan surah-surah pendek dengan sengaja. Bacalah surah sehingga habis.
3. Memakai baju yg mempunyai gambar-gambar. 
-Kalau t-shirt yang mempunyai gambar yang haram maka haram kita memakainya. 
-Demikian juga telekung yg bergambar-gambar & berbunga-bunga yg banyak.

4. Bila rukuk/sujud sama/serentak dengan imam. 
-Jika mendahului imam pada takbirraturrihram, batal solat.
-Nabi saw memberi amaran bila lihat orang yang menyamai iman dalam solat. Nabi saw melihat orang melakukan perbuatan tersebut. Maka Nabi saw bersabda: “Mudah-mudahan kepada kamu menjadi kepala kaldai di hari kiamat nanti.”

5. Kita solat atas sejadah yang banyak sangat gambar. 
-Ia boleh menggangu batin (khusuk) solat.
-Yang paling afdhal ialah sajadah yang kosong. 
-Paling baik ialah gunakan kain putih atas tempat sejadah kita.

-Tetapi jika imam/makmun benar-benar khusuk dan tidak terkesan dengan sejadah yang berwarna-warni maka tidak mengapa.
-Pada satu riwayat, Nabi saw terganggu dengan kain langsir. Lalu baginda saw menegurnya.
-Jadi kita solatlah atas sejadah yanh kain putih semuanya.
6. Jemaah datang awal masjid dan ia pergi booking (chop) tempatnya.
-Orang yang boleh menetapkan tempat di saf adalah imam dan Sultan.
-Yang paling baik ialah, kita datang awal dan kita ambil saf pertama di sebelah kanan imam.
Yang paling utama jadi imam ialah sultan/pemimpin.
~bersambung...
●Penutup
-Maka hendaklah kita sentiasa menambahbaik solat kita.
-Jangan kita meninggalkan dengan sengaja perbuatan-perbuatan Nabi saw dalam solat kita samada dalam solat fardhu atau solat sunat.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 11 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (34/2019): HADITH TERPILIH: ISLAM ITU MUDAH TETAPI JANGAN DIMUDAH-MUDAHKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya:
9 Feb 2019/4Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Harme.



●Pendahuluan
-Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi saw: “Saya telah datang bersama-sama Nabi saw ke masjid sehingga kami berada di pintu masjid lalu melihat seorang lelaki sedang bersolat maka Nabi saw bertanya kepada ku: “Adakah kamu berasa lelaki itu benar dalam perbuatannya (atau pun menunjuk-nunjuk) maka jawab sahabat itu: “Wahai Nabi Allah, bahawa sipolan ini adalah antara ahli Madinah yg paling banyak solat. Maka sabda Nabi saw, jangan kamu memperdengarkan pujian itu kepadanya kerana kamu mungkin membinasakannya. Sesungguhnya kamu ini umat yang diinginkan kemudahan.”
-Hadith yang diriwayatkan Abu Hurairah dari Nabi saw bersabda :
إِنَّ الدِّينَ يُسْرٌ ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ ، فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا ، وَاسْتَعِينُوا بِالْغَدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَىْءٍ مِنَ الدُّلْجَةِ
“Sesungguhnya agama itu mudah, dan sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan, dan (dalam beramal) hendaklah pertengahan (iaitu tidak melebihi dan tidak mengurangi), bergembiralah kamu, serta mohonlah pertolongan (didalam ketaatan kepada Allah) dengan amal-amal kamu pada waktu kamu bersemangat dan giat”.
-Sebagaimana keadaan tiga orang yang ingin membuat perkara baru (dalam agama). Salah seorang di antara mereka berkata : “Saya tidak akan menikahi perempuan”, yang lain berkata : “Saya akan berpuasa sepanjang tahun dan tidak berbuka”, yang ketiga berkata : “Saya akan solat malam semalam suntuk”. Maka Nabi saw melarang mereka dari hal itu semua, dan memberitahu mereka supaya membaguskan amal mereka semampunya, dan hendaknya dalam mendekatkan diri kepada Allah (beribadah) dengan ibadah yang telah diwajibkan Allah kepada mereka.
-Dan hendaknya kita tidak membuat-buat perkara yang tidak ada asalnya dalam agama ini, kerana kita sekali-kali tidak akan mampu (mengamalkannya), sebagai mana hadith Nabi saw: “Maka sekali-kali tidaklah seseorang memperberat agama melainkan akan dikalahkan”.
-Maka ungkapan “Agama itu mudah” maknanya adalah: “Bahawa agama yang Allah turunkan ini semuanya mudah dalam hukum-hukum, syariat-syariatnya”. Dan kalaulah perkara (agama) diserahkan kepada manusia untuk membuatnya, nescaya seorang pun tidak akan mampu beribadah kepada Allah.
-“Rasullah saw masuk dalam masjid lalu Nabi saw nampak seorang lelaki sedang di akhir solatnya iaitu sedang bertasahud. Dalam tasahud ia berkata “Ya Allah kepada Mu aku tempat bergantung yang tidak ada satu yang sama dengan Mu, moga di ampunkan dosa ku. Maka sabda Nabi saw, ia telah diampunkan, ia telah diampunkan.”
-“Ya Allah Wahai Tuhan ku, ampunkan dosa-dosa ku”
Nabi saw bersabda “ia telah diampunkan dosa, ia telah diampunkan dosa”

-Dalam surah al-Ikhlas ada nama Allah yang Allah amat suka. Maka kita seru nama Allah dalam doa kita, maka doa kita diperkenankan.
-Sesungguhnya aku berlindung dengan Allah, tuhan tempat bergantung yang tidak beranak..(surah al-ikhlas).
-Dalam hadith yang lain, seorang sahabat Nabi saw menyatakan: “Aku keluar dari rumah dan tiba-tiba aku bertembung Nabi saw lalu aku ikut Nabi saw. Kemudian di satu tempat terdapat lelaki yang sedang membanyakkkan rukuk dan sujud. Maka Nabi saw bertanya kepada sahabat itu, adakah kamu melihat ia menunjuk-nunjuk.”
Huraian Hadith:
Jadi Nabi saw melihat seseorang yang dibimbangi melakukan ibadat dengan berlebih-lebihan sekadar untuk menunjuk-nunjuk atau dibuat diluar kebiasaan/kemampuan.

Maka jawab sahabat Nabi saw: “Wahai Nabi Allah, bahawa sipolan ini adalah antara ahli Madinah yg paling banyak solat. Maka sabda Nabi saw, jangan kamu memperdengarkan pujian itu kepadanya kerana kamu mungkin membinasakannya. Sesungguhnya kamu ini daripada umat yang diinginkan kemudahan.”
Agama Itu Mudah:
-Sesungguhnya agama itu mudah.
“Dan tidaklah seseorang itu memberatkan dirinya dalam agama maka agama itu akan mengalahkannya.”

-Buat lah amalan yg bersederhana. -Maka bersegeralah mendapat pertolongan. Maka memohonlah kepada Allah.
-Berlaku fenomena bila seseorang berubah jadi baik ia mendorongnya beribadat secara extreme dan ia meninggalkan hak-hak yang patut ditunaikan.
-Maka nabi saw melihat perkara ini. Lalu Nabi saw menegur perkara ini yang mana Nabi saw melarang seseorang yang terlaku memberat-beratkan diri dalam beribadat sehingga tidak tunaikan hak-hak yg sepatutnya spt hak keluarga, hak majikan/organisasi, hak masyarakat, hak sahabat, dll.
Contohnya, ada orang suka yang banyakkan solat sunat tetapi ia masih tidak betulkan perkara-perkara rukun/wajib dalam solat fardhu.
-Jadi jangan kita melebihi had yang ditetapkan. Jadi situasi melampau dalam agama berlaku sejak zaman Nabi saw lagi.
-Nabi saw bersabda dalam satu khutbah baginda saw:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu manusia tidak mampu untuk melakukan setiap perkara yang aku perintahkan kepada kamu. Akan tetapi buatlah amalan secara pertengahan dan bergembiralah dengan berita gembira bagi orang membuat amalan.”

Dalam ibadat ada yang wajib dan sunat.
Jadi nabi saw meminta kita jangan membuat ibadat sunat sehingga keterlaluan yang akhirnya membebankan kita yang akhirnya menyebabkan bosan dan meninggalkan amalan-amalan yg dibuat.

-“Sesungguhnya Allah itu tidak jemu sehinggalah kamu yang jemu”
Jadi jangan banyak beribadat kemudian sampai satu peringkat kita bosan dan meninggalkan amalan yang dibuat.
Dalam beribadat, kita perlu tahu keutamaan.
Contohnya, kewajipan melayan tetamu berbanding berzikir.

Maka agama itu mudah. Perlu ikut tertibnya. Jangan kita membuat kesesatan dan mengikut hawa nafsu.
-Namun jangan pula kita bermudah-mudah dengan agama. Jangan buat sesuatu perkara agama mengikut nafsu.
Contohnya: Jangan kerana jalan jem atau naik bas yg tidak berhenti maka kita tidak solat dan membuat qada sahaja.
Jangan kerana tidak mahu pergi bilik air maka solat tanpa berwuduk.
Begitu juga bila buat program seperti kenduri kahwin. Jangan sibuk melayan tetamu sehingga tidak solat.

-Setiap perkara yang kita lakukan jangan kita buat secara melampau.
Contohnya, jangan buat perjalanan sehingga melampau tanpa rehat.
Contoh lain, perjalanan dari KL ke Kedah sepatutnya mengambil masa 7 jam dan kita memandu kereta kancil. Kita paksa diri untuk sampai 3 jam. Maka pasti ia tidak dapat dilakukan.

-Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya orang yang berhenti di tengah jalan, tidak ada bumi yang dapat dilintasi (dipotong), tidak ada kenderaan yang boleh ditunggang”
Jadi itu perumpamaan yg dibuat oleh Nabi saw. Ia sebabkan ia tewas kepada agama. Iaitu bosan untuk beramal.
Nabi saw juga tidak mahu seseorang itu beramal kerana ketua mereka (ketua kabilah). Semangat Assabiyyah ikut boss. Bila boss kuat beragama maka ia ikut boss.
Ada yang mulanya asyik pakai kopiah sahaja tetapi tidak bertahan lama.

Jadi janganlah kita memberat-beratkan diri dalam beragama. 
Tapi hendaklah kita ikut keupayaan kita dalam membuat amalan sunat.

-Nabi saw juga melarang membuat pujian yang berlebihan. Ia adalah untuk elakkan riak / takkabur.
-Nabi saw menyatakan jika kamu melihat orang yang kuat memuji (mengampu) maka ambillah tanah dan lemparkan kepadanya.
Ada juga memuji-muji pemimpin yang zalim.
Janganlah kita memuji orang yang berbuat zalim.
Allah benci orang memuji orang yang zalim.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (33/2019): 5 SEBAB DOSA KECIL MENJADI DOSA BESAR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Magrib@ Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 9 Feb 2019/ 4 Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Abdul Nasir.

●Pendahuluan
Dosa Kecil Boleh Menjadi Dosa Besar:
1. Bila dosa-dosa kecil dibuat berulang kali.
-Kita sentiasa buatnya secara sedar dan tidak ada usaha untuk menghentikannya.
2. Meremehkan dosa-dosa kecil.
-Jangan ambil mudah dosa-dosa kecil yang kita lakukan.
-Nabi saw menyatakan bahawa sebagai orang mukmin kita perlu berasa bahawa dosa kecil yang dibuat umpama gunung yang menghempap kita. Jangan dianggap dosa kecil umpama lalat yang hinggap ke hidung.
Syair Arab menyatakan bahawa sebuah gunung itu bermula dengan batu-batuan yang kecil. Maka dari batuan yg kecil ia menjadi gunung. Demikianlah dengan dosa kecil, ia akan menjadi dosa besar bila kita meremehkannya.
Untuk menjauhkan/menghilangkan dosa-dosa kecil maka;
a) Kita perlu banyakkan bertaubat.
b) Kita perbanyakkan beribadat untuk memadamkan dosa-dosa kecil.

Di akhirat, duit sudah tidak pakai. Yang berguna adalah pahala. Maka kita cari ayat al-quran/hadith untuk kita belajar amalan yg mendapat ganjaran pahala yang besar.
Bila kita malas utk beribadat maka kita cari hadith/ayat al-quran yg menyatakan ganjaran pahala ibadat yg banyak. Demikian juga jika kita cenderung untuk membuat kejahatan maka kita cari ayat/hadith yg menceritakan dosa & siksaan bagi yang berbuat jahat.
Cth, bila duduk saja-saja, maka baca surah al-Ikhlas, dll. Cari amalan2 tertentu yg diberi balasan yang banyak.
Kisah orang miskin mengadu kepada Nabi saw. Orang miskin menyatakan beruntunglah orang kaya yg boleh bersedekah & membuat banyak kebajikan. Maka Nabi saw memberitahu kpd orang miskin itu bhw hendakkah engkau beramal yg pahalanya besar seperti orang kaya bersedekah iaitu setiap kali selepas solat berzikir dengan membaca subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan Allahuakbar 33x...
3. Dilakukan dengan bangga atau minta orang tahu dosa yang dibuat.
Cth: seorang peniaga nyatakan lihatlah bagaimana ia menipu dan mendapat keuntungan.
4. Jika seorang itu buat dosa dan orang lain tidak tahu kemudian ia pergi cerita kepada orang lain dengan bangganya.
5. Jika yang melakukan itu orang alim (orang banyak ilmu) yang menjadi ikutan orang ramai.
Kesan-Kesan Dosa:
i). Ia akan memberi kesan keji pada diri kita. 
-Ia akan memudaratkan hati dan badan. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

-Ia akan sukar untuk mendapat ilmu. Ilmu itu adalah cahaya. 
Sedangkan dosa itu akan memadamkan ilmu.

Cth: Imam Syafie belajar dengan Imam Malik. Pada satu hari Imam Malik menyatakan kepada Imam Syafie, “bahawa aku nampak Allah menganugerahkan cahaya dalam hati mu. Janganlah kamu memadamkannya dengan berbuat maksiat.”
-Justeru, jika kita hendak ilmu maka kita tinggalkanlah maksiat.
ii). Terhalang daripada mendapat rezeki
Sabda Nabi saw: “Seseorang hamba itu terhalang oleh Allah daripada mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukan.”
Kadang-kadang dapat rezeki pun tetapi tidak ada keberkatan dalam kehidupan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 10 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (32/2019): 6 HUKUMAN ORANG YANG TERLALU MENCINTAI DUNIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 6 Feb 2019/1 Jamadilakhir 1440H (Rabu) oleh Ustaz Maulana Mohd Firdaus Mohamad Darwi

●Pendahuluan
-Hari demi hari berlalu, waktu kita semakin singkat. Masa untuk menyediakan bekalan untuk bertemu Allah semakin kurang.
-Beribadatlah umpama esok kita menghadapi kematian.
-Orang yang leka dan lalai maka ia tidak rasa untuk taat kepada perintah Allah.
-Surah Al-Asr:”Demi masa, sesungguh manusia itu dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.”
- Surah Al-Mukminum, ayat 107: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami daripadanya (kembalikanlah kami ke dunia). Jika kami masih juga kembali (kepada kekafiran), sesungguhnya kami adalah orang yang zalim.”
-Apabila kamu di timpa dengan kematian, maka akan muncul kalimah “Ya Allah aku ingin kembali”
-Ramai orang yg ada dalam kubur meronta untuk balik ke dunia bagi membuat amal soleh yang dahulunya telah diabaikan.
-Jadi hidup di dunia jangan kita check kereta kita sahaja. Check juga persiapan ibadat kita . 
Di akhirat kelak Allah tidak terima apa jua alasan kita.

-Justeru, hidup kita jangan banyak sangat buat alasan utk buat ibadat. Untuk solat berjemaah, sedekah,puasa dll kebajikan hendak kita buat bersungguh-sungguh. Jangan beralasan memanjang.
-Surah An-Nisa, ayat 97: “Sesungguhnya orang yang dicabut nyawanya oleh malaikat dalam keadaan menzalimi diri sendiri, mereka (para malaikat) bertanya: “Bagaimana kamu ini?” Mereka menjawab: “Kami orang-orang tertindas di bumi (Mekah).” Mereka para malaikat bertanya, “Bukankah bumi Allah itu luas, sehingga kamu dapat berhijrah (berpindah-pindah) di bumi itu?” Maka orang-orang itu tempatnya di neraka Jahanam, dan (Jahanam) itu seburuk-buruk tempat kembali.”
-Jadi ada setengah daripada kita yg menzalimi diri mereka sendiri.
Ia mengaku lemah di dunia. Malaikat herdek mereka, “dunia ini singkat sangat ke..singkat sangat ke masa yang diberi, kenapa tidak sempat ke masjid, baca al-quran,buat kebajikan, dll.
Maka malaikat kata, sudah..kamu telah disediakan neraka jahanam.

-Jadi sebelum kita mati maka kita belajar untuk menjadi orang yg tahu. Kita tahu untuk pimpin solat. Tahu apa hukum yang hakam & yang halal, fardhu ain & fardhu kifayah.
Kita perlu belajar utk uruskan jenazah, pimpin tahalil,dll.

Enam Hukuman Orang Yang Mencintai Dunia.
Dunia adalah medan ujian kita.
Dunia bukan matlamat kita. Dunia adalah tempat kita bermusafir bagi menyediakan bekalan.
Setiap yg bernyawa akan mati.

-Surah Ali-Imran, ayat 14: “Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat yang baik.”
Firman Allah, “Aku tidak jadikan jin dan manusia utk ibadat kepada Ku”
Jadi dari bangun pagi hingga kembali ke malam hari hendaklah semua aktiviti kirta dijadikan sebagai ibadat. Kita bekerja, bercuti, melancung, berriadah, menjaga keluarga, bermasyarakat dll kita hendaklah dijadikan ianya sebagai ibadat. Niatkan kerana Allah dan ikut syariat yang ditetapkan.
Sabda Nabi saw:”Solatlah kamu seperti mana kamu lihat aku solat”
-Dalam solat, kita baca surah al-fatihah, pada ayat 6 & 7:” Bimbinglah kami ke jalan yang lurus. Iaitu jalan orang yang Engkau telah anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.”
-Dunia ini adalah yg menyesatkan. Maka kita sentiasa minta Allah bantu kita untuk tidak sesat di dunia ini.
Ulamak kata dunia ini alam fana. Iaitu dunia ini adalah kehancuran.
-Surah Ar-Rahman:”Setiap yang ada dlm dunia ini akan hancur...”
Siapa yang jadikan dunia sebagai matlamat maka ia akan menjadi hancur bila berada di alam kubur & akhirat.
Kata Imam Hassan Al-Basri:
Sesiapa yang memilih dunia daripada akhirat maka Allah akan beri enam (6) hukuman.
Tiga hukum hukumana itu diperolehi di dunia.

1. Ada dalam hatinya suka sifat berangan yg tidak berhenti.
-Berangan bukan penyakit biasa. Ia penyakit yang kena disebabkan kecintaan kepada dunia.
-Sabda Nabi saw:”Barangsiapa yg hidup dunia ini hijrahnya untuk cari Allah dan Rasul maka ia akan dapat Allah dan Rasul. Jika ia hijrah untuk cari dunia maka ia akan mendapat dunia.”
Walau pun pakaian kita adalah pakaian akhirat, tetapi jika kita cintakan dunia maka kita akan dapat dunia sahaja.
-Justeru, banyakkan dalam doa dan solat hajat kita permohonan/doa untuk akhirat.
2. Sifat rakus menguasai dirinya dan tidak pernah rasa puas.
-Ramai yang telah ada semuanya tetapi ia tidak boleh beribadat. Kekayaan sentiasa dirasai tidak cukup. Tidak ada qanaah terhadap harts kekayaan.
-Hendak lihat samada Allah pandang seseorang itu dengan pandangan kemuliaan atau tidak, lihat pada kehidupannya.
-Jika Allah sibukkan kita dengan dunia, ia menunjukkan Allah pandang kita dengan pandangan kehinaan. Jika Allah sibukkan kita dengan amal ibadat & membuat kebajikan/kebaikan maka Allah telah pandang kita dengan pandangan yg mulia.
Jadi bila kita masih tamak walau pun telah kaya dan berada, maka ini menunjukkan kita telah terkena hukuman kerana terlalu cinta dunia.
-Surah An-Am, ayat 44:”Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa.”
-Barang siapa dpd kita yang lupa akan peringatan Allah maka ia telah pilih dunia berbanding Allah. Allah akan buka untuk mereka pintu-pintu keseronokan.
Mereka abaikan perintah Allah.
Ambil rasuah, bergaul bebas lelaki perempuan, tinggal solat, dll. Mereka rasa seronok dengan kekufuran yang dibuat. Tidak merasa bersalah dan penyesalan melainkan di akhirat kelak.

Orang demikian; “Akan Kami rentap nyawa mereka dengan tiba-tiba maka mereka menjadi golongan yang rugi”
Maka kita rasa maksiat/kekufuran itu manis dan susah buat amalan kebajikan, kita telah kena hukuman penyakit cintakan dunia.
-Sabda Nabi saw: “Lihatlah orang yg bawah kamu dari segi dunia untuk kamu rasa bersyukur. “
Jangan kamu lihat yang tinggi daripada kamu dalam urusana dunia kerana ia akan membawa kamu menjadi tidak bersyukur.

Kalau kita ada kereta, lihat ada ramai lagi yang tidak ada kereta,bahkan tidak ada kaki untuk berjalan.
Bila kita tidak sihat, ada orang lain lagi tidak sihat.

3. Allah tarik nikmat beribadat dalam hidupnya.
-Orang terkena penyakit cinta duniia ini akan sentiasa sibuk untuk buat perkara-perkara dunia. Sibuk dengan perniagaan, pekerjaan, hiburan, dll. Bila waktu solat ia tidak rasa hendak solat. Bila bulan Ramadhan ia tidak rasa utk puasa. Tidak ada rasa utk berzakat, tidak ada rasa untuk berbuat kebajikan, dll.
-Kata bijak pandai: “Tidak mengapa jika kita tinggal sesuatu kerana Allah. Jangan kita tinggal Allah kerana sesuatu.”
-Sabda Nabi saw: “Akan sampai satu masa umat ku akan suka lima perkara dan melupakan lima perkara..”
Salah satunya, kamu cinta pada dunia dan lupa akhirat.

Seseorang itu dikenali dengan siapa ia bersahabat. Maka kita pilihlah sahabat yang baik.
Didik anak bersahabat dengan sahabat yg baik dan berakhlak tinggi.

Jika pilih sabahat yang cintakan dunia, maka kita khuatiri Allah kenakan hukuman kepada kita seperti mana orang yang suka sangat kepada dunia.
Untuj pilih sahabat, maka ikut cara Nabi saw. Lihat bagai mana Nabi saw bersahabat. Baca sirah para sahabat Nabi saw.

-Sabda Nabi saw: “Aku tinggalkan kamu dua perkara. Barangsiapa berpegang kepada dua perkara itu, maka kamu tidak sesat. Dua perkara itu ialah al-quran dan sunnah ku”
4. Allah beri rasa ketakutan yg luar biasa pada hari kiamat.
Sekarang kita memang tidak rasa takut kerana kita belum menemui kematian dan hari akhirat.
-Surah al-Kahfi, ayat 49: “Dan ‘kitab-kitab amal’ juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya: dan mereka akan berkata, “Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semuanya dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya). (Ingatlah) Tuhanmu tidak menzalimi walau seorang pun.”
~Pada hari kiamat setiap anak adam akan diberi kitab amalan. Orang yang banyak buat dosa dan memilih dunia, maka bila ia lihat kitab amalannya maka ia kata hari ini habislah ia.
Tidak terlepas perkara kecil atau besar. Semuanya dicatatkan.

-Maka kita penuhkan buka catatan kita dengan amalan baik.
-Selalulah baca doa ini: 
“Ya Allah bantulah aku untuk mengingati mu Ya Allah, mensyukuri mu Ya Allah dan bantulah aku utk memperbaiki amalan ku”

5. Hisab yg terlalu berat
-Surah Al-Rahman, ayat 33: “Wahai sekelian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri daripada kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami dan sememangnya tidak wujud).”
~Jadi pada hari kiamat, Allah cabar jin dan manusia, “pada hari ini jika kamu boleh lari dari Aku pergilah lari..”
Kita kaitkan ayat ini dengan senario kehidupan kita dunia sekaran, kita banyak sangat lari daripada membuat kebaikan. Allah ajak kita ke masjid,kita lari dgn beri pelbagai alasan, di ajak buat kebajikan dll juga pelbagai alasan diberi.
Kita diadili diakhirat kelak samada kita boleh buat baik dan ketaatan walau pun dalam perkara kecil sekali pun.
Kisah wanita pelacur yg sanggup korban air minumannya yang pada masa itu musim panas bagi menyelamatkan anjing yang memerlukan minuman. Beliau diberi balasan syurga.
6. Penyesalan yg berpanjangan.
-Hidup di alam barzakh amat lama. Satu hari di alam barzakh lebih lama daripada satu hari di dunia.
Penyesalan di sana tidak berguna lagi.

Maka nasihat untuk kita:
Hiasilah kehidupan kita dengan solat sunat taubat setiap hari.
Kita buat bila hendak pergi bermusafir dan sebelum tidur.

Kita tidak tahu bila pengakhiran kita.
-Surah Al-Hadid, ayat 20: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang berkurangan), juga bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta dan anak pinak. (Semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan para penanamnya gembira dengan kesuburannya, kemudian tanaman itu menjadi kering dan engkau melihatnya berwarna kuning, akhirnya ia menjadi hancur. (Ingatlah) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) ampunan yang besar serta keredhaan daripada Allah (disediakan bagi orang yang mengutamakan akhirat). (Ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.