Tuesday, 19 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (36/2019): 4 PENYAKIT JIWA BERIKUTAN PANJANG ANGAN-ANGAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 16 Feb 2019/11 Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Abdul Latif Ismail

●Pendahuluan
-Alhamdulillah syukur kerana menjadi insan yang terpilih daripada insan-insan yg terpilih ke tempat yg mulia dan berada pada waktu yg mulia iaitu majlis ilmu yang merupakan satu daripada taman-taman syurga.
-Dalam kehidupan harian kita, hendaklah kita perbanyakkan berzikir.
Malangnya, di kalangan kita ada yang sukar untuk berzikir kepada Allah.

-Syaitan datang mengganggu kita kerana kita jauh daripada mengingati Allah.
-Jiwa yang tenang adalah jiwa yg dekat dengan Allah.
-Sesungguhnya masa kehidupan kita di dunia ini tidaklah lama.
Siapakah Orang Yang Panjang Angan-Angan:
-Manusia yang alpa dan lalai.
-Ramai di kalangan manusia hari-hari merasa selesa dengan dirinya macam tidak ada apa-apa. 
-Sedangkan Allah menyatakan bahawa mati akan datang kepada kamu dengan tiba-tiba.
-Saat kematian kita akan berlaku bila-bila masa sahaja!

-Hari ini kalau kita hendak tahu kedudukan kewangan kita mudah sahaja. Kita boleh semak account bank dan harta kita. Kalau kita kekurangan, kita tidak merasa selesa.
-Bagaimana pula dengan “penyata” kita dengan Allah. Banyak manakah lembaran catatan pahala kita. 
-Kalau Allah dedahkan kepada kita bekalan yang kita ada buat masa ini maka baru kita rasa yakin betapa utamanya kita untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan akhirat kita. Betapa banyaknya kekurangan yang perlu kita tampung dan perbaiki.

-Panjang angan-angan bererti kita berasa lambat lagi masa kita hendak kembali kepada Allah. Kita merasa kita masih banyak masa untuk membuat persiapan bila kita telah tua. Sedangkan kita tahu bahawa mati tidak berhajat kepada umur tua, tidak menunggu sakit..
-Dua perkara yg menyebabkan manusia hilang arah ialah kerana terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada mati.
Cinta pada dunia telah mengikat manusia untuk bertungkus lumus berusaha siang malam bagi memuaskan keinginan dan nafsu!
-Penyakit yang paling berbahaya dalam dunia ini ialah penyakit hati.
Timbul sakit hati kerana kita lupa bahawa saat kematian akan datang tiba-tiba.

Kita mempunyai hayalan yang panjang untuk mencapai cita2 yang tinggi dan tidak berkesudahan. Sentiasa tidak merasa cukup dengan apa yang telah ada.
-Maka natijahnya manusia lebih suka mencari keredhaan makhluk berbanding mencari keredhaan Allah.
-Manusia lupa akan kehidupan ukhrawi dan alam akhirat yg kekal abadi.
-Sesungguhnya kehidupan akhirat adalah kehidupan yang lebih baik yang dijamin oleh Allah.
-Maka buatlah usaha dan Allah akan mengurniakan yamg terbaik untuk kita.
Hendaklah kita bekerja dan hidup kerana Allah.

-Orang yg panjang angan-angan ia berangan untuk hidup dalam umur yang panjang.
Malah merasakan akan hidup selama-lamanya dan akan mencapai segala angan-angannya.

-Kita tidak tahu umur kita. Ramai yg meninggal tanpa sampai ke umur tua!
-Masalahnya kita sentiasa rasa “kita lambat lagi mati ni..”
-Hakikatnya kehidupan dunia adalah musafir sahaja. Kehidupan akhirat, syurga dan neraka yg kekal abadi.
-Angan-angan dan manusia tidak boleh dipisahkan. 
Ulamak membahagikan panjang angan-angan terbahagi kepada angan-angan Am dan angan-angan Khas.

Angan-Angan Am:
-Berlaku pada orang awam. Ia hanya memikirkan makan minum dan tempat tinggalnya sahaja.
-Jiwanya kosong. Roh Islam tidak ada dalam jiwanya.
-Bila jiwa kosong, dirinya dikuasai jin & syaitan. Ia berlindung disebalik manusia.

-Untuk memperbaikinya, maka tinggalkanlah nikmat dan kesedapan dunia untuk kita mendekatkan diri kepada akhirat.
Empat Penyakita Jiwa Kerana Panjang Angan-Angan:
1. Hilang nikmat untuk beribadat kepada Allah.
-Rasa malas untuk beribadat.
Sentiasa hendak menangguhkan keinginan untuk beribadat.
-Dirinya telah dikuasai oleh jin dan syaitan.
-Untuk mengatasinya, maka hendaklah kita amalkan zikir-zikir, selawat, selepas setiap kali solat.

-Surah al-Furqan, ayat 23: “Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.”
Jangan biar syaitan attack roh dan tubuh badan kita. Bila kita kalah maka kita akan terus bergelumang dengan maksiat dan kufur kepada perintah Allah.
2. Enggan bertaubat dan menangguhkannya.
-Orang yang bertaubat ia akan jaga dirinya termasuk semua derianya. Mulutnya dan deria yang dijaga. Kita cari tempat yang dapat memberi kita cahaya keimanan.
-Kita lihat orang yang sama datang ke majlis-majlis kuliah ilmu kerana hatinya hidup. 
Hati sentiasa ingin mencari cahaya keimanan.

-Jika seseorang tidak merasa untuk ke majlis ilmu dan tidak mahu beramal maka sebenarnya hatinya telah mati.
3. Menjadi tamak haloba mengumpul harta dan sibuk dengan duniawi.
-Dunia yg kita kejar tidak pernah akan cukup.
-Ramai yg bimbang apa yang akan dipersiapkan bila berada pada hari tua nanti.
-Sepatutnya kita bimbang berapa banyak bekalan amalan kita yang akan dibawa di hari tua dan di alam akhirat kita.

-Maka usahalah meningkatkan amalan kita dan berserah pada Allah.
4. Hati menjadi keras
-Tidak mendapat hidayah. 
-Hati lupa kepada kematian dan hari akhirat.
-Maka akan kurang melakukan ketaatan kpd Allah. 
-Ia lambat bertaubat dan banyak melakukan kemungkaran.

-Surah al-Hadid, ayat 20: “Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanaman-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.”
●Penutup
-Panjang angan-angan menyebabkan hati kita keras.
-Maka kita jauhilah daripada panjang angan-angan dan berterusanlah kita mencari keredhaan Allah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.j

No comments:

Post a Comment