Sunday, 24 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (37/2019): BERLUMBA-LUMBALAH MEMBUAT KEBAJIKAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Taman Kasih, Kluang, Johor: 23 Feb 2019/18 Jamadilakhir 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Zahari Awang

●Pendahuluan
-Syukur Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk kita membuat ketaatan dan bekalan kehidupan akhirat.
-Surah al-Waqiah yang kita selalu baca, janganlah kita menjadi insan yang lalai.
-Kita hendak Malaikat beri buku amalan kita di akhirat kelak daripada sebelah kanan.
-Jadilah kita manusia yg berlumba-lumba membuat kebajikan.
-Malangnya sedikit sahaja manusia yang bersyukur dan beramal.

-Menunaikan haji di Mekah & Madinah adalah tempat manusia diuji.
-Nabi saw menyatakan bahawa Haji itu adalah Arafah. Setengah ulamak menyatakan bahawa padang Arafah merupakan Padang Masyar tempat kita dibangunkan/dihimpunkan.
-Kita dijemput roh dan jasmani untuk mendekatkan diri kepada Allah.
-Di Arafah kita diuji samada kita benar-benar beribadah atau kita buat benda lagha’ atau tidur sahaja.
-Kemuncak ujian semasa mengerjakan ibadat haji adalah di Arafah, Mina..
-Surah Al-Araff, ayat : “
-Pusingan pertama tawaf, doa kita: “Ya Allah aku datang dari jauh kerana aku beriman kepada Mu, aku datang ini kerana membenarkan ayat Mu, aku datang kerana hendak menyempurnakan janji ku dengan Mu Ya Allah 
-Kita telah berjanji semasa kita di alam roh dahulu.

Nota: Bacaan yg elok dibaca:
-Surah Al-Furqan, ayat 54: “ Dan Dia lah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikannya (mempunyai) titisan baka dan penalian keluarga (persemendaan); dan sememangnya tuhanmu berkuasa (menciptakan apa jua yang dikehendakiNya).”

Doa Ketika Tawaf:
“Maha suci Allah dan segala kepujian adalah kepunyaanNya, tidak ada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah; Allah Yang Maha Esa. Tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar. Selawat sejahtera ke atas Rasulullah ﷺ.

Ya Allah ya Tuhanku! Daku lakukan ibadat ini kerana beriman kepada Mu dan mengakui kitab Mu, menyempurnakan janji dengan Mu dan menurut perjalanan (sunnah) nabi Mu dan kekasih Mu, Nabi Muhammad ﷺ .
Ya Allah! Sesungguhnya daku meminta kepada Mu keampunan, kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan daripada bala bencana sama ada pada agama, dunia dan akhirat serta mendapat kemenangan dengan beroleh syurga dan keselamatan dari api neraka.”
Doa Tawaf Pusingan Kedua:
“Ya Allah Ya Tuhanku! Sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.
Ya Allah ya Tuhanku! Jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang bijak.
Ya Allah ya Tuhanku! Peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Dikau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.”
Banyakkan Berdoa semasa tawaf:
“Masukkan lah ku, ibubapa ku, isteri & anak-anak ku dan zuriat kami dalam syurga Mu tanpa hisab”

Nota: Tawaf itu adalah ibadat seperti sembahyang, kita perlu baca sendiri. Bukannya ikut muttawir sahaja.
Empat tingkatan haji. Yang tertinggi sekali ialah haji yang Mabrur. Yang paling teruk ialah tidak diterima.
-Jadilah kita manusia yang berkualiti. Bila kita tunaikan haji & umrah maka jadilah kita jemaah yang berkualiti. Bersungguh-sungguh dalam amalan/ibadat haji/umrah kita.
-“Manusia bila telah mendapat nikmat ia suka berebut.”
-Di Padang Masyar nanti Allah memerintahkan malaikat Redzuan (malaikat yang menjaga syurga) untuk mencari 4 golongan untuk dibawa ke syurga. Empat golongan tersebut ialah:
i. Golongan yang mati syahid
ii. Golongan yang mempunyai harta dan disedekah/diwakafkan ke jalan Allah
iii. Golongan yang diberi ilmu dan menyampaikan
iv. Golongan yang mendapat haji mabrur (Allah berikan pahala dan hapuskan segala dosa-dosa kita.
Maka bila kita menunaikan haji, berazamlah kita untuk mendapat haji yang mabrur iaitu salah satu golongan yang mendapat syurga tanpa hisab. Kita usahalah belajar bersungguh-sungguh bagi mendapat haji yang mabrur.
“Ya Allah, masukkan kami, ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami dan zuriat kami dalam syurga Mu tanpa hisab”
Banyakkan kita membuat solat sunat Isra’. Pahala dua rakaat sunat Isra’ umpama membuat umrah yang sempurna. Pahala empat rakaat sunat Isra’ umpama ibadat haji.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment