Monday, 18 February 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (35/2019): MAKNA DIRIKAN SEMBAHYANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 17 Feb 2019/12Jamadilakhir 1440H (Ahad) oleh Ustaz Mustakim Kazali

●Pendahuluan
-Syukur atas segala nikmat kurniaan Allah. Semoga kita sentiasa melaksanakan ketaatan kepada Allah.
Apakah makna mendirikan sembahyang:
-Kita “mendirikan” sembahyang bukannya melaksanakan sembahyang.
-Maksud mendirikan sembahyang itu ialah, sembahyang kita bukan sekadar buat tetapi kita buat dengan zahir dan batin.
-Jika kita buat sekadar zahir sahaja tetapi tidak ada batin maka solat kita bermasalah. Kita tidak mendapat kesan daripada sembahyang kita.
-Firman Allah: “Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang akan mencegah perbuatan keji dan mungkar..”
-Ramai orang “buat” sembahyang sahaja. Ia sekadar buat. 
-Berapa ramai orang yang berani buat dosa sebaik sahaja selepas selesai sahaja habis solat.
Ada yg habis sahaja solat terus bangun pergi cari tiang dan bersembang kosong dan berbuat perkara lagha. Bahkan ada yg membuat fitnah, tidak menjaga kata-kata dan membuat perkara yang dilarang walau pun baru sahaja selesai solat.

-Tanda solat kita bermasalah dan mungkin tidak diterima tidak ialah kita berterusan buat dosa.
-Dalam rukun Islam, tiangnya adalah solat.
-Mendirikan solat juga mempunyai tiangnya.

-Imam Ghazali menyatakan bahawa tiang solat ialah khusuk dalam solatnya.
Makna Dirikan Solat ada tiga:
1. Menjaga segala rukun-rukun solat
2. Menjaga segala perkara sunat dalam solat
3. Tidak melakukan perkara-perkara makruh dalam solat

Menjaga Rukun:
-Rukun qauli iaitu ada lima (takbir, al-fatihah, tahiyatul akhir dan salawat & salam).
Hendaklah kita bertalaqi dengan ustaz. Bacaan perlu diambil daripada guru-guru. Diambil dengan talaqi.

-Kita baca bacaan solat kita dengan tenang. Kita hendak mendapat sakinah daripada Allah.
-Menjaga perkara sunat dan tidak melakukan perkara makruh.
Apakah maksud benda makruh:
-Makruh ialah perkara yang dibenci oleh Allah.
-Dalam Ilmu adab dan akhlak, perkara makruh ialah perkara yang Allah benci.

-Bila kita solat, kita hendak Allah pandang dan suka kita.
Perkara-perkara makruh yg selalu dibuat oleh orang Islam di Malaysia:
-Ada 33 perkara makruh.
1. Meninggalkan doa iftitah dengan sengaja.
-Nabi saw meninggalkan kpd kita 5-6 versi doa iftitah kepada kita.
-Kenapa kita tinggal? Kerana kita solat ikut nafsu. Hendak cepat.
-Ini banyak dibuat oleh imam semasa solat sunat terawikh. 
-Pada permulaan solat pun kita telah mengundang kemurkaan solat.
Jadi kita bacalah doa iftitah. Paling kurang kita baca versi yang pendek.

2. Meninggalkan surah-surah pendek dengan sengaja. Bacalah surah sehingga habis.
3. Memakai baju yg mempunyai gambar-gambar. 
-Kalau t-shirt yang mempunyai gambar yang haram maka haram kita memakainya. 
-Demikian juga telekung yg bergambar-gambar & berbunga-bunga yg banyak.

4. Bila rukuk/sujud sama/serentak dengan imam. 
-Jika mendahului imam pada takbirraturrihram, batal solat.
-Nabi saw memberi amaran bila lihat orang yang menyamai iman dalam solat. Nabi saw melihat orang melakukan perbuatan tersebut. Maka Nabi saw bersabda: “Mudah-mudahan kepada kamu menjadi kepala kaldai di hari kiamat nanti.”

5. Kita solat atas sejadah yang banyak sangat gambar. 
-Ia boleh menggangu batin (khusuk) solat.
-Yang paling afdhal ialah sajadah yang kosong. 
-Paling baik ialah gunakan kain putih atas tempat sejadah kita.

-Tetapi jika imam/makmun benar-benar khusuk dan tidak terkesan dengan sejadah yang berwarna-warni maka tidak mengapa.
-Pada satu riwayat, Nabi saw terganggu dengan kain langsir. Lalu baginda saw menegurnya.
-Jadi kita solatlah atas sejadah yanh kain putih semuanya.
6. Jemaah datang awal masjid dan ia pergi booking (chop) tempatnya.
-Orang yang boleh menetapkan tempat di saf adalah imam dan Sultan.
-Yang paling baik ialah, kita datang awal dan kita ambil saf pertama di sebelah kanan imam.
Yang paling utama jadi imam ialah sultan/pemimpin.
~bersambung...
●Penutup
-Maka hendaklah kita sentiasa menambahbaik solat kita.
-Jangan kita meninggalkan dengan sengaja perbuatan-perbuatan Nabi saw dalam solat kita samada dalam solat fardhu atau solat sunat.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment