Saturday, 4 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (80/2019): BERSAMA MENCARI KEBERKATAN BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan: 4 Mei 2019/ 28 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Wan Maulana Hilmi

●Pendahuluan
-Syukur kepada Allah atas segala nikmat yg Allah beri kepada kita sejak kita lahir lagi. Jika hendak dihitung, tidaklah terhitung oleh kita.
Kering pena air laut pun tidak dapat mencatat segala nikmata kurniaan Allah.
-Sesungguhnya Allah Maha Menyayangi kita.
-Nikmat yg besar yg kita akan temui tidak berapa lagi ialah bulan Ramadhan. Bulan yang banyak keberkatan di dalamnya.
-Bulan Ramadhan Al-Mubarak adalah bulan yg diberkati.
-Sesuatu benda yg datang dpd Allah ada yg pilih khusus utk diberi lebih keberkatannya.
Contohnya:
i. Dalam banyak pokok, Allah berikan keberkatan pada pokok zaiton yg tidak tumbuh di sebelah timur & tidak pula di sebelah barat yg begitu banyak khasiatnya.
ii. Dalam banyak bandar/negeri pula, diberi keberkatan kepada Madinah & Mekah serta sekelilingnya.
iii. Dalam banyak Masjid, masjid yg paling diberkati ialah Masjidil Haram.
Dalam banyak air, air Zam Zam yg paling banyak keberkatan.
iv. Demikian juga dalam banyak insan, insan yg paling diberkati ialah Nabi saw. Di saat kelahiran baginda saw lagi telah membawa keberkatan kpd keluarga & semuanya.
-Diriwayatkan bahawa Saidina Abu Hurairah ra yg mulanya lemah ingatan telah meminta Nabi saw mendoakannya utk ia diberi kekuatan ingatan & hafalan. Maka Nabi saw telah membentangkan satu kain dan membuat catatan & berdoa untuknya.
Maka selepas didoakan oleh Nabi saw, tidak ada hadith Nabi saw yg tidak boleh dihafal oleh Saidina Abu Hurairah ra. Walau beliau hanya dapat 3 tahun bersama Nabi saw sebelum kewafatan baginda saw, Saidina Abu Hurairah ra telah dapat meriwayatkan lebih 6,000 hadith Nabi saw.
-Saidina Abu Hurairah ra beliau bukanlah orang yg kaya seperti setengah sahabat yg lain. Beliau adalah ahli suffa (iaitu orang yg duduk di masjid Nabi).
Nabi saw telah mendoakan untuk Saidina Abu Hurairah ra dengan mengambil dua biji kurma & meletakkannya dalam satu uncang lalu diberinya kepadanya. Nabi saw telah memberi dua pesanan supaya Saidina Abu Hurairah ra memakannya dalam jumlah yg sederhana dan jangan membuka & tengok lihat ke dalam uncang tersebut. Maka Abu Hurarai telah memakan kurma itu sikit demi sedikit sehinggalah uncang kurma itu hilang semasa pemerintahan Saidina Usman r.a.
Jadi lebih 20 tahun kurma yg telah mendapat keberkatan itu dapat di makan oleh Saidina Abu Hurairah r.a kerana doa Nabi saw.
-Jadi seperti yg diterangkan di atas, keberkatan itu amat penting & begitu banyak kelebihannya.
Maka bulan Ramadhan yg kita akan temui ini begitu banyak keberkatan utk kita mendapatkannya.
-Di bulan Ramadhan, Allah telah membuka ke lapan-lapan pintu syurga dan menutup ke lapan-lapan pintu neraka. Ianya tidak pernah berlaku pada bulan-bulan yg lain.
-Pada bulan Ramadhan ini juga, Allah memerintahkan supaya dihiasi syurga yg sememang telah indah.
Maka bila ditanya syurga kepada Allah kenapa dihiasi lagi syurga. Allah menyatakan bahawa ia bakal menerima tetamu istimewa iaitu buat hamba-hambaNya yg mendapat kelebihan di bulan Ramadhan.
-Jadi, Allah hendak hambaNya yg beriman meningkat darjatnya sebelum masuk ke syurga yg dihiasi indah dengan mengurniakan bulan Ramadhan.
-Sesungguhnya syurga merindui orang-orang yg beriman & banyak bekalan amalannya.
-Pada bulan Ramadhan juga Allah rantai syaitan-syaitan. Mudah-mudahan manusia beriman lebih mudah & kuat utk beribadat.
-Maka pada bulan Ramadhan ini, kita tidak boleh beri alasan bahawa kita tidak kuat buat ibadat kerana syaitan mengacau. Jadi pada bulan Ramadhan sepatutnya hamba Allah yg beriman lebih mudah & banyak beribadat.
-Allah telah beri semangat kepada kita. “Wahai penghulu kebaikan..maju lagi..maju lagi.
Bagi penghulu kejahatan, Allah menyeru mereka supaya berhenti untuk buat dosa & kemaksiatan.
-Nabi saw telah menunjukkan banyak amalan-amalan & ibadat yg patut kita lakukan bagi mengaut ganjaran yg besar dpd Allah.
-Nabi saw bila berada di bulan Ramadhan, baginda saw menyatakan: Wahai manusia, sedang berada menaungi kita sekarang ini adalah bulan Ramadhan.
-Allah kurniakan Lailatul Qadar dan Allah turunkan Al-quran pada bulan Ramadhan.
-Hakikatnya kita telah lama berpuasa. Bagaimanakah kualiti puasa kita.
Nabi saw minta kita solat macam mana Nabi saw solat. Maka begitulah juga dengan puasa. Puasalah kita seperti Nabi saw.
Para isteri Nabi saw telah memperihalkan tentang amalan Nabi saw semasa bulan Ramadhan. Nabi saw seorang penyayang dan suka bergurau senda dgn keluarga. Namun pada bulan Ramadhan, Nabi saw telah memberitahu isteri & anak-anaknya bahaw baginda saw hendak mengikat pinggangnya dan hendak memperbanyakkan amal ibadat.
Empat jenis orang yg berpuasa:
1. Berpuasa dalam keadaan lalai
Ia buat secara ikut-ikutan tanpa ia mengetahui apa yg ia buat. Orang puasa ia puasa, orang terawikh ia terawikh, orang solat malam ia solat malam, dll.
2. Berpuasa dalam keadaan hati ada ikhtisam. Iaitu berpuasa dengan takut & harap akan adanya keampunan Allah.
3. Berpuasa dalam keadaan ia rindu pada Allah & Nabi saw.
Bagi orang berpuasa itu ada dua kegembiraan. Pertama kegembiraan semasa berbuka puasa dan kegembiraan yg kedua ialah kegembiraan utk bertemu Allah & Nabi saw di akhirat kelak.
-Para sahabat kalau boleh mereka hendak mati cepat untuk bertemu kekasih mereka & kita semua iaitu Nabi saw. Kisah Saidina Bilal ra, bila beliau hendak meninggal dunia dia menyatakan bhw ia amat gembira kerana akan dapat menemui kekasiihnya. Kisah Saidina Usman ra pula, pada hari beliau dibunuh, beliau berpuasa. Maka ia mimpi bahawa Nabi saw mengajaknya berbuka bersama.
4. Orang berpuasa yg telah sampai makam makhbudiah iaitu bila mana Allah suka hendak melihat ibadat hambaNya.
-Allah menyatakan bahawa tidak ada yg lebih Allah suka melainkan hambaNya yg banyak membuat amalan fardhu dan amalan sunat.
Pada bulan puasa, amalan-amalan sunat dikurniakan pahala umpama amalan fardhu dan setiap amalan fardhu digandakan 70 darjat.
Tujuan kita disuruh berpuasa:
1. Untuk kita bertaqwa
2. Untuk kita dipermudahkan masuk syurga
-Untuk umat terdahulu, syariat yg ditetapkan adalah lebih ketat. Kefardhuan beribadat begitu banyak dan pahalanya tidak digandakan seperti umat Nabi saw. Cthnya, pada syariat terdahulu, bila seseorang itu buat dosa, ia perlu membunuh diri untuk diterima taubatnya & diberi keampunan oleh Allah.
-Umat Nabi saw adalah pendek-pendek umurnya berbanding umat terdahulu. Maka masa untuk beribadat adalah singkat.
Jadi bagaimana untuk kita hendak banyak beramal & untuk dapat ganjaran pahala yg banyak seperti umat yg terdahulu yg umurnya panjang.
-Justeru, dengan sebab itulah Allah kurniakan kita banyak keistimewaan, terutamanya keberkatan bulan Ramadhan & malam Lailatul Qadar.
-Pada zaman dahulu, seorang Nabi di kalangan Bani Israel, bila ia keluar buat usaha dakwah, sekali keluar ia akan pergi selama 1,000 bulan. Maka betapa panjangnya umur mereka & boleh membuat banyaknya amalan yg dijadikan bekalan akhirat.
-Maka Allah hendak anugerahkan kpd umat Nabi saw dengan mengurniakan pelbagai kelebihan termasuk malam Lailatu Qadar.
-Pada satu permainan, penganjur telah membuat pertandingan utk memilih beberapa kotak. Satu kotak ada USD 83,000. Siapa yg dapat maka ia boleh bawa balik.
-Maka malam Lailatul Qadar itu umpama anugerah yg masing-masing kita boleh mendapatkannya. Terpulang kpd kita samada hendak meraihnya atau tidak.
-Orang Islam di Ghana mereka disibukkan dengan al-Quran. Mereka tenggelam dalam membaca al-quran. Mereka tidak terkesan dengan dunia, pada waktu musim World Cup, walau pun negara mereka memasuki world cup, mereka tidak sibuk membaca surat khabar utk mengikuti berita world cup.
Tetapi kita di Malaysia sibuk membaca mesage whatup, FB & surat khabar.
Di Jepun juga orang Islamnya bersungguh-sungguh mencari masjid utk bersolat terawikh, memandu beratus km.
Mereka semuanya bersemangat menanti Ramadhan utk beribadat. Di Pakistan, pada bulan Ramadhan masing-masing berlumba-lumba utk memohon utk berikhtikaf di masjid (setengah ahli mazhab Hanafi berikhtikaf itu wajib).
-Pahala iktikaf umpama membuat perjalanan kebajikan sebanyak 1,500 perjalanan.
-Nabi saw,pada bulan Ramadhan tiap-tiap tahun berikhtikaf 10 hari.
-Amalan terbesar Nabi saw di bulan Ramadhan ialah menkhatamkan al-quran.
3. Bulan utk kamu sempurnakan Edah kamu.
-Menyempurnakan solat berjemaah setiap waktu.
-Mengkhatamkan al-quran. Diwajibkan utk kita khatam al-quran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
-Saidina Usman ra menyatakan,andainya hati kamu bersih maka nescaya kamu tidak pernah kenyang bila membaca al-quran.
-Tetapi jika hati kamu ada nifa & sifat munafik maka kamu rasa berat utk baca al-quran.
-Nabi saw menyatakan hendaklah kita banyakkan membaca al-quran & kebajikan utk lembutkan hati.
-Di bulan Ramadhan Nabi saw telah memperbanyakkan bersedekah. Di bulan yg lain memanglah Nabi saw seorang yg pemurah. Di bulan Ramadhan lebih lah lagi.
-Siapa yg beri makan orang berbuka puasa dengan sesuap makanan atau secawan susu atau sebiji kurma maka Allah akan kurniakan 3 perkara:
1. Allah ampunkan dosa-dosanya
2. Pahala orang berpuasa & amalannya akan dapat juga kepada orang memberi makan orang berbuka
3. Allah akab merdekakan daripada api neraka
-Jika beri makan orang berpuasa sampai kenyang, maka Allah akan tambah satu lagi iaitu akan diberi minum air telaga Kausar.
-Justeru memberi makanan utk orang berbuka amatlah besar.
-Sesungguhnya bila kita bersedekah kita mempunyai rasa kemanisan yg luar biasa.
-Nabi saw telah tarbiahkan isterinya utk banyak bersedekah dan tidak menyimpan rezeki yg ada. Kisah Saidina Aishah ra yg menyimpan dua kaki kambing utk dimakan oleh Nabi saw. Mk Nabi saw menyatakan bahawa semua badan kambing itu ada di syurga kecuali dua kaki yg disimpan.
Sekarang ini, budaya berinfaq masih kurang.
-Semoga kita amalkan suruhan Nabi saw utk kita banyak beramal.
-Ada satu lagi malam yg amat diberkati selain malam-malam Ramadhan iaitu malam hari raya.
-Malam raya aidilfitri adalah malam diumumkan nama-nama yg dibebaskan dpd api neraka. Betapa seronoknya kita dapati bhw kita mendapat keampunan & dibebaskan dpd api neraka.
-Falsafah puasa..
“Ya Hamba Ku, dijadikanlah kehidupan kamu umpama bulan Ramadhan. Nescaya maka Allah akan jamu kamubumpama kamu sambut syawal.
-Allah akan jamu kita di syurga...akan dijamu hati ikan paus, daging bakar dll. Kita tidak akan lapar & dahaga selama-lamanya!
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment