السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 4 Mei 2019/ 28 Syaaban 1440H (Sabtu) oleh Ustaz Muzairi al-Hafiz
●Pendahuluan
-Bila telah hampir tiba bulan Ramadhan, Nabi saw telah menyampaikan/mengucapkan kepada para sahabat: “Telah timbullah kepada kamu bulan Ramadhan iaitu bulan yg penuh keberkatan.”
-Nabi saw menyebutkan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan yg diberkati banyak kali, iaitu bukan sebut sekali sahaja.
-Jadi bulan Ramadhan banyak kelebihan yg diberi oleh Allah. Diberi kurniaan yg banyak.
-Jadi kita diharuskan utk saling mengucapkan menyambut bulan Ramadhan. Namun tidak ada ucapan khusus yg ditetapkan. Tiada apa-apa nas tentang lafaz ucapannya.
-Ada yg sebut Ramadhan Kareem, dll
-Sabda Nabi saw: “Siapa yg menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan mempermudahkan jalannya ke syurga.”
-“Ya Allah, tambahkan & berkatilah kami dengan ilmu.”
-Bagi hari raya, ucapan yg diucapkan oleh sesama para sahabat ialah semoga Allah menerima amalan ku dan amalan kamu.
Kelebihan Bulan Ramadhan:
-Difardhukan untuk berpuasa pada siang hari.
-Ayat berkaitan kefardhuan puasa difirmankan Allah dalam Surah al-Baqarah, Ayat 183, 184, 185, 187.
-Surah al-Baqarah, ayat 183:
“Wahai orang-orang berimanan, telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah difardhukan kepada umat terdahulu sebelum kamu. Moga-moga kamu bertaqwa.”
-Menurut tafsir Ibnu Qassim,bila Allah menyeru “moga-moga kamu bertaqwa” bererti itu adalah seruan Allah, tidak ada yg menghalang kehendak Allah. Ia adalah kepastian.
-Semoga kita berusaha utk menjadi insan bertaqwa. Semoga amalan puasa akan meningkatkan taqwa kita.
-Sifat hamba yg bertaqwa ia akan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya puasa itu bukan sahaja menahan diri dpd perkara yg sia-sia. Tetapi juga menahan diri dpd perkara yg lagha’ dan keji.
-Sabda Nabi saw: “Betapa ramai orang yg berpuasa tidak ada apa-apa yg diperolehinya melainkan rasa lapar dan dahaganya.”
-Iaitu ia tidak dapat apa-apa & tiada ganjaran yg diberi oleh Allah.
-Nabi saw menyatakan: Pada bulan Ramadhan kita diminta berpuasa dan akan dibuka pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka.
-Riwayat hadith yg berkaitan fasa bulan Ramadhan iaitu bahawa 10 hari pertama adalah rahmat, 10 hari berikutnya keampunan dan 10 hari berikutnya kebebasan dpd api neraka ada kecacatan dari segi kesahihannya. Sebenarnya sepanjang bulan ada rahmat, keampunan dan kebebasan dpd api neraka. Jika tidak rugilah bagi orang meninggal pada 10 hari pertama/kedua Ramadhan, iaitu tidak sempat hidup hingga ke hari ke 10 terakhir Ramadhan iaitu tidak mendapat kebebasan dpd api neraka.
-Di bulan Ramadhan, iblis & syaitan dibelengu.
Namun kenapa dlm bulan Ramadhan masih ada orang buat maksiat. Ada 3 pandangan berkaitan perkara ini:
i. Imam al-Qatibu mentafsirkan bila dikatakan syaitan/iblis itu dibelenggu bukan bermakna syaitan/iblis tidak boleh menghasut manusia. Ia masih membisikkan hasutan.
ii. Ada juga yg berpendangan bhw yg dibelenggu pada bulan Ramadhan adalah syaitan/iblis yg perkasa sahaja. Syaitan/iblis yg kecil-kecil masih ada tidak dibelenggu & ia dapat menghasut manusia utk berbuat jahat/maksiat.
iii. Pada pendapat yg lain, walau pun syaitan/iblis telah dibelenggu pada bulan Ramadhan tetapi masih ada yg buat maksiat kerana perangai jahat telah ada dalam diri orang yg berbuat dosa/maksiat. Perangai syaitan/iblis telah ada & sinonim dalam dirinya.
-Pada bulan Ramadhan ada satu malam yg jika kita beramal padanya ia umpama beramal selama 1,000 bulan.
-Surah al-Baqarah, ayat 185: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk itu dan membezakan antara yang benar dengan yang salah....”
-Kebanyakan ulamak menyatakan bahawa al-quran yg diturunkan pada bulan Ramadhan adalah surah Al-Alaq.
-Surah Ad-Dukhan, ayat 3: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat. (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kamilah Yang memberi peringatan.”
-Surah Ad-Dukhan, ayat 4: “(Kami menurunkan al-Quran kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmah.”
-Surah al-Qadr, ayat 1: “Sesungguhnya Kami telah, menurunkan (al-quran) ini pada malam al-Qadr;”
-Allah tidak menyebut bilakah malam Lailatul Qadar. Namun Allah menerangkan tentang Lailatul Qadar .
Apakah itu Lailatul Qadar? Ia adalah malam turunnya al-quran.
Para malaikat diturunkan ke dunia yg membawa rahmat & kebaikan sepanjang malam sehingga ke waktu fajar.
-Tentang bila berlakunya malam Lailatul Qadar, terdapat hadith yg memberi gambaran bila berlaku Lailatul Qadar.
-Nabi saw menyatakan bahawa bersungguh-sungguhlah kamu untuk mendapat Lailatul Qadar pada 10 malam yg terakhir.
Jika kamu tertewas (tidak mampu) maka bersungguh-sungguhlah kamu beramal pada 7 malam yg terakhir bulan Ramadhan.
Bilakah Kita Mula Disyariatkan Berpuasa?
-Ulamak menyatakan, berpuasa di bulan Ramadhan mula disyariatkan pada bulan Syaaban pada tahun kedua hijrah. Iaitu bila turun ayat 183, surah al-Baqarah.
Nabi saw sempat berpuasa Ramadhan 9 kali sebelum kewafatan baginda saw.
-Nabi saw memulakan penentuan puasa secara rukhyah iaitu dengan melihat anak bulan.
-Surah al-Baqarah, ayat 187: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari berpuasa, bercampur (bersama) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Dia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu.......dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)...”
-Allah Maha Mengetahui kemahuan hambaNya. Carilah/nikmatilah apa yg dikurniakan ke atas kamu.
Ibnu Qassim menyatakan ia juga berhias utk isterinya. Jadi bukan sahaja isteri yg perlu berhias utk suaminya tetapi suami juga perlu berhias utk isterinya. Kedua-duanya saling melengkapi.
-Nabi saw mempunyai beberapa orang muazzin (tukang azan). Yang biasa dikenali ialah Saidina Bilal ra. Seorang lagi ialah Saidina Abdullah Ibnu Maktum ra (seorang yg buta).
-Saidina Abdullah Ibnu Maktum akan azan yg kedua (bila masuk waktu fajar) dan Saidina Bilal akan azan yg pertama (masih boleh bersahur).
-Saidina Zaid bin Thabit ra & beberapa sahabat lain pada satu hari bersahur bersama Nabi saw. Saidina Annas ra yg tidak bersama Nabi saw, Saidina Zaid ra & para sahabat yang lain telah bertanya kpd Saidina Zaid ra, berapa lamakah antara waktu Nabi saw bersahur dan waktu subuh. Maka Saidina Zaid ra menyatakan ia dalam kadar bacaan 50 ayat al-quran.
-Daripada yg ditunjukkan oleh Nabi saw, sunnah untuk kita sahur sehingga waktu subuh. Tidak ada Imsyak sebelum subuh (azan subuh).
-Saidina Abu Hurairah ra menyatakan bhw Nabi saw telah bersabda:
“Jika seseorang mendengar azan subuh dan ada segumpal makanan ditangannya maka jangan dilepaskan sebelum ia selesai memakannya.”
-Justeru, sebenarnya tidak ada Imsyak sebelum fajar. Imsyak hanya antara fajar dan maghrib (iaitu waktu berpuasa).
-Hadith ini bermakna jika ada yg benar-benar terlewat utk bersahur & ia sedang asyik memakan makana, maka ia boleh terus makan makanan yg ada ditangannya bila terdengar azan dikemundangkan.
Juga jika dalam kes suami isteri, bila terdengar azan ia sedang bersama, juga boleh diselesaikan segera bila azan subuh didengari dan puasanya sah.
-Seseorang itu perlu yakin bilakah masuk waktu fajar jika ia tidak mendengar laungan azan dan tidak mempunyai jam.
-Kita amat dituntut untuk bersahur kerana sahur itu ada keberkatan. Ia seperti yg disabdakab oleh Nabi saw.
-Justeru, bersahurlah walau pun dengan seteguk air & seulas buah tamar.
Nabi saw menyatakan bahwa sebaik-sebaik sahur ialah buah tamar.
Semoga kita mendapat keampunan Allah dengan keberkatan dan amalan kita di bulan Ramadhan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment