Saturday, 4 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (78/2019): LAMBAIAN RAMADHAN AL KAREEM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Tok Guru, Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan: 3 Mei 2019/ 27 Syaaban 1440H (Jumaat).

●Pendahuluan
-Syukur kpd Allah kerana Allah telah menghidupkan kita dpd mati. Bila kita tidur mlm tadi, sebenarnya kita telah di “matikan” sekejap. Kemudian bila kita dibangunkan dpd tidur, roh kita dikembalikan.
-Moga kita terus dikurniakan kesihatan fizikal dan afiat. Kita hendakkan kesihatan fizikal dan kesihatan jiwa (afiat) utk kita dpd melaksanakan amanah & beramal.
Jika kita hanya sihat fizikal sahaja tetapi jiwa kita tidak sihat (kotor & kufur) maka sukar utk kita mendekatkan diri kpd Allah. Kita akan menjauhkan diri dpd membuat kebajikan & amalan. Janganlah kita gunakan kesihatan fizikal kita utk mengejarkan keduaniaan semata-mata. Kita usaha bangunkan kejiwaan kita yg tunduk kpd Allah. Jadilah insan yg bertaqwa. Buat sesuatu yg boleh meningkatkan rasa kehambaan kita kpd Allah.
-Semoga kita bersungguh-sungguh & kita gembira utk menunggu ketibaan Ramadhan. Kita sentiasa berdoa utk disampaikan ke bulan Ramadhan & kita dpt beramal & mendapat malam Lailatul Qadar. Kita tidak pasti bilakah Ramadhan terakhir kita.
-Pastikan makan & minum kita adalah perkara yg halal dan dpd sumber yg halal. Bila kita bekerja, kita tunaikanlah tanggungjawab & amanah kita sepenuhnya agar pendapatan yg kita perolehi bagi menyarakan kehidupan kita benar-benar bersih. Jauhi perkara-perkara yg lagha’.
-Nabi saw menyatakan bahawa yg halal dan haram itu jelas. Di antara keduanya ada yg samar, itulah subahat. Maka kita jauhkan perkara-perkara yg subahat.
-Bila kita berpuasa mk kita puasa bersungguh-sungguh. Kita puasa dpd makan minum, puasa hati, puasa tangan, telinga, puasa mata & seluruhnya.
Kita jaga betul-betul tutur kata / lisan & tulisan kita. Jauhi perkara fitnah & lagha’.
-Marilah kita sungguh-sungguh menggunakan kesempatan yg masih ada utk meningkatkan amalan & bekalan akhirat kita. Kita saling ingat mengingati satu sama.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment