Wednesday, 22 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (84/2019): AL-QURAN SEBAGAI PANDUAN DAN PETUNJUK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Khas Nuzul Al-Quran@Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya: 22 Mei 2019/ 17 Ramadhan 1440H (Rabu)

●Pendahuluan

-Al-quran adalah petunjuk utk semua umat manusia. Al-quran mempunyai penerangan apa yg halal & haram, menjelaskan yg benar & tidak benar (bathil),

-Ramai yg tahu ilmu agama tetapi tidak ikut apa yg disuruh & tidak meninggal apa yg dilarang. Ini kerana tidak mendapat taufik & hidayah. Contohnya, ramai yg tahu solat berjemaah di masjid akan diberikan 27 darjat. Tetapi tidak ramai yg melaksanakannya.

Bagi mendapat taufik & hidayah, kita perlu menyerahkan diri kpd Allah. Ikut apa yg Allah tentukan. Bukan ikut apa yg kita suka.
Maka bila kita buat apa yg disuruh dengan istiqamah, kita akan mendapat taufik & hidayah.

-Kita bukan tengok syurga & neraka dengan mata. Kita lihat dengan keimanan & mata hati.

-“Sesungguhnya al-quran memberi petunjuk kpd jalan yg lurus dan memberi berita kpd orang yg beriman dan beramal soleh..”

-Allah menjanjikan ganjaran yang besar bagi orang yg beriman.

-Di dunia bukanlah tempat yg kekal. Orang yg beriman ia mencari kehidupan akhirat.

-Tidak kira miskin atau kaya, sihat atau sakit, berdarjat atau tidak dll, ianya adalah berita gembira bagi orang yang beriman.

Bagaimana Al-quran dapat menjadi petunjuk buat orang beriman:

i.Taufik
ii. Hidayah
iii. Istiqamah

Apa maksud hidayah.

Apa yg perlu kita buat utk dapat hidayah?


-Bagi mendapat petunjuk/hidayah kita perlu:

i. Belajar ilmu yang betul. Perlu memahami ayat al-quran dengan betul.

ii. Beramal.
-Untuk membuat amal, kita perlu mempunyai keinginan dan membuat pengorbanan.
-Ramai orang hendak buat sesuatu amal & kebaikan tetapi ia tidak mampu berkorban utk membuatnya.

iii. Amal yang soleh
-Apa jua yg kita buat perlu kita tahu apa yang halal & haram.
-Jika kita tidak sayang pada Allah maka Allah tidak sayang pada kita.

iv. Istiqamah
-Kita buat ikut apa yg disuruh & meninggalkan apa yg dilarang secara berterusan.

-Kita hidup di dunia ini bukan untuk mendapat apa yg kita suka. Kita perlu ikut apa yang Allah suka.

-Bagi orang yg mendapat sesuatu ikut apa yg ia suka, itu adalah Istidraj.

-Kita perlu tarbiahkan hawa nafsu kita.
-Kita jauhi diri kita daripada kejahilan.

-Untuk selamatkan diri kita di akhirat kelak, maka kita jauhi daripada perkara-perkara yang mendekatkan diri kita kepada syaitan. Kita jauhi perkara mungkar & kemaksiatan.

-Jangan kita sembah syaitan. Jangan kita serahkan diri kita kepada dunia. Kita perlu lawan keinginan-keinginan dunia.

-Maka kita buat benda yang baik dan taat kepada suruhan Allah.
Jangan buat maksiat dengan sengaja.

-Firman Allah: “Orang yang beriman tidak boleh memilih....”

-Bukan ciri-ciri orang beriman bagi orang yang tidak berakhlak.
-Kita perlu beradab dengan Allah.

Halangan-Halangan Daripada Mendapat Hidayah
i. Tidak hendak kepada hidayah
ii. Jahil (tidak mahu belajar)
ii. Ikut hawa nafsu

-“Sebahagian manusia ia buat ibadat tetapi ia buat dengan bersyarat..”

-Ada manusia dalam kesususahan ia cari Allah. Bila telah selesai kesusahannya ia lupa kepada Allah
Orang yg sedemikian ia rugi di dunia dan di akhirat. 

Apa keuntungan bila mendapat hidayah?

i. Gembira di dunia dan akhirat
-Orang yg ada hidayah ia akan gembira walau pun ia susah / diuji.

-Ia percaya & yakin dengan Allah.

-Setiap perkara yg berlaku samada nikmat atau musibah adalah baik. Ia adalah ketentuan Allah.

-Redha dengan apa yg ada.

-Kalau kita yakin dengan Allah, kita tidak akan rugi.

-Orang yg bersabar & redha, ganjaranya tidak terhad.

-Namun kita dikehendaki berusaha utk mendapatkan apa yg kita kehendaki, kemudian bertawakal.

Manusia tidak gembira kerana:
i. Tidak boleh menerima apa yg telah lepas
ii. Tidak redha dengan yg berlaku
iii. Takut pada masa depan
iv. Mendapat kegembiraan di dunia & di akhirat

Maka hendaklah kita berusah untuk mendapat:
-Petunjuk
-Ilmu
-Amal yg soleh
-Istiqamah

Kita perlu mengorbankan perasaan kita di dunia & kita tidak mengharapkan puji-pujian manusia.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment