السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 19 Mei 2019/ 14 Ramadhan 1440H (Ahad) oleh Ustaz Shukri.
Sumber: Hadith 40 Imam Nabawi ~samb:ms78.
●Pendahuluan
-“Wahai manusia yg beriman kepada Allah, difardhukan kepada kamu puasa di bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan kepada umat-umat terdahulu. Mudah-mudahan kamu menjadi insan yg bertaqwa.”
-Jadi tujuan sebenar Allah jadikan Ramadhan untuk kita mencapai darjah insan bertaqwa.
Hadith # 2: Keimanan, Ihsan (ms 78).
Mendirikan Solat.
-Setiap orang Islam mesti mendirikan solat
-Sifat jiwa & batinnya akan sentiasa tunduk kepada Allah.
-Orang Islam ialah orang yang beriman dan mempercayai perkara yang ghaib.
-Dpd 114 surah, ayat yang Allah banyak kali ulang ialah taqwa.
Pada setiap jumaat, antara rukun khutbah ialah mengingatkan kaum lelaki untuk bertaqwa.
-“Wahai manusia yang beriman kepada Allah. Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa. Janganlah kamu mati melainkan kamu mati sebagai seorang Islam.
Ulamak membincangkan perkara berkaitan taqwa dengan banyaknya. Ini menunjukkan betapa pentingnya taqwa dalam kehidupan orang beriman.
-Sahabat bertanya pada Nabi saw, ramainya manusia tidak masuk syurga kerana apa. Jawab Nabi saw ia adalah kerana tiadanya taqwa.
-Dalam ayat-ayat berkaitan dengan solat kebanyakannya dikaitkan dengan taqwa.
Bila kita beribadat ia dapat menimbulkan perasaan taqwa.
Kelembutan hati dikalangan manusia adalah mudah untuk beribadat dalam bulan Ramadhan.
Ibadat sunat utama di bulan Ramadhan adalah solat sunat terawikh.
Allah didik kita untuk lama berdiri kerana Allah.
-Salah satu pintu syurga adalah orang yang mendirikan solat dengan khusuk.
Maka hendaklah kita menjdiborang yang sentiasa bertaqwa.
“Katakanlah kepada hamba Ku yg beriman, hendaklah mereka mendirikan solat..”
-Orang yang terlebih dahulu meninggalkan Ramadhan bila mana seseorang itu meninggalkan solatnya.
-Sifat orang mukmin yang beriman ialah bila ia meninggalkan perkara yang disuruh ia akan rasa terkilan & rasa bersalah amat sangat.
Solat:
-Solat mendidik manusia ke arah kesucian, kesejahteraan, meninggalkan daripada perkara-perkara yang diluar batas kesopanan.
-“Dirikanlah solat, semoga ia mencegah kamu daripada perkara fasakh & mungkar..”
-Perkara fasakh & mungkar tidak berlaku dalam masyarakat bila kita semua mendirikan solat.
-Jadi, kita bina solat dalam keluarga.
“Ya Allah jadikan Ku dan anak keturunan ku yg sentiasa mendirikan solat..”
-Surah Al-Ankabut, ayat 45: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepada mu daripada al-quran dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar. Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya). (Ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
-“Sesungguh orang yg bersungguh-sungguh melakukan kebaikan maka Allah akan tunjukkan jalan-jalannya”
Kesan Meninggalkan Solat
-Siksaan Kerana Meninggalakan Solat
-Kita mohon kepada Allah untuk kita sentiasa dapat mendirikan solat sehingga akhir hayat kita.
-Kita bertaddaburlah dengan ayat 45, surah Al-Ankabut tersebut.
Antara intipati ayat ini, jika seseorang itu mempunyai banyak masalah maka hendaklah ia melihat kepada solatnya. Adakah ia telah benar-benar mendirikan solat.
-Jiwa yang terdidik dengan ibadat solat akan menjadikan seseorang itu benar-benarctaat kepada Allah.
-Orang yang memelihara solatnya ia akan hadapi pelbagai fitnah dan pancararoba dengan sebaiknya.
-Firman Allah: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bersifat keluh kesah. Kecuali bagi orang yang menjaga solatnya..”
-Firman Allah: “Sesungguhnya berjaya dan beruntunglah seseorang mukmin itu..”
Berjaya dan beruntung ini ialah orang yg paling khusuk dlm solatnya.
Bila ditanya kepada Nabi saw apakah ibadat yg paling mulia, jawab Nabi saw ialah adalah orang yang solat pada awal waktu.
Juga tempat bersolat yang paling baik ialah di masjid.
-Nabi saw berkata, orang yang bersolat 5 waktu umpama ia pergi mandi ke sungai 5 kali sehari. Maka daki & kekotoran akan hilang. Demikian jualah bagi orang yang solat 5 waktu setiap hari. Maka dosa-dosa orang yang mendirikan solat akan diampunkan Allah.
-Kajian menunjukkan, punca utama keruntuhan rumahtangga ialah kerana meninggalkan solat.
Bila meninggalkan solat,maka ia telah meruntuhkan institusi keluarga.
-Orang yang beriman ia tidak berani menyatakan bahawa ia akan selamat di alam barzakh dan pada hari akhirat.
-Kubur adalah tempat kecintaan bagi ular. Maka bagi orang yang meninggalkan solat akan menjadi mamahan ular.
-Ada orang yang bersolat tetapi masih tidak meninggalkan maksiat.
-Sesungguhnya yang membezakan seorang lelaki dengan seseorang lelaki yg lain ialah orang yg bersolat dan orang yang meninggalkan solat.
-Orang yang khusuk dalam solat maka ia akan mendapat bauan syurga Allah. Jaraknya 40,000 tahun perjalanan.
Bagi yang meninggalkan solat...maka ia jauh daripada bau syurga.
Sahabat menyatakan, perjanjian yang adil antara kami ialah mendirikan solat.
Siapa yg meninggalkan solat, maka tidak ada agama baginya.
Solat adalah teras bagi mendirikan keluarga.
-Sabda Nabi saw:
“Ya Muaz, perkara penting urusan engkau di sisi ku adalah solat..”
Sesungguhnya sepenting-sepenting urusan kamu ialah solat.
Siapa yg mensia-siakan solat, maka ia akan sia-siakan perkara yang lain. Tidak ada orang yang beruntung bagi orang yg mempersia-siakan solat.
-Saidina Ali ra menyatakan:
“Ada tiga perkara yang dibawa oleh seseorang untuk khusuk dalam solat.
Dua perkara daripadanya sentiasa di bawa, manakala satu perkara kadang-kadang dibawa dan kadang-kadang tidak tidak dibawa dalam solat.” Tiga perkara tersebut ialah:
1. Pakaian-pakaian yang dibawa ketika solat
2. Jasad yang dibawa dalam solat
3. Kalbu (hati)
-Maka kita hendaklah pastikan bahawa bila kita solat, hati kita benar-benar berinteraksi dengan Allah.
-Kita perlu cintakan al-quran. Bila kita solat, membaca al-quran, kita berinteraksi dengan Allah.
-Kita binalah taqwa dalam diri kita melalui solat.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment