Sunday, 5 May 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (82/2019): PENAWAR BAGI HATI - SIFAT RIAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 5 Mei 2019/ 29 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Hanif Zainol

●Pendahuluan
Sifat Riak:

-Ia berlaku bila kita buat sesuatu itu untuk mendapat pujian manusia.
-Orang riak melakukan ibadat kerana menuntut imbuhan dunia.
-Syarak melarang orang bersifat riak.
Sabda Nabi saw: “Bahawasanya Allah mencegah bagi seseorang yang riak daripada memasuki syurga.”
-Nabi saw bersabda bagi orang yg bersifat riak: “Syurga dicium ia dalam 500 tahun perjalanan.”
Ketahuilah riak itu ada 6 macam:

1. Riak Tubuh Badan
-Seperti seorang yg beribadat sepanjang malam, kemudian ia mendapat kelesuan disiang hari bagi ia menunjukkan kpd manusia bhw ia kuat beribadat malam.
-Amalan hebat ialah orang yg kuat berpuasa sunat adalah dan mendiri solat malam.

2.Riak Kelakuan
-Menutupkan mata & menundukkan kepala utk menunjukkan bhw ia memikirkan tentang akhirat.
-Ingin menunjukkan bhw kita seorang yg keluh kesah tentang hari akhirat.


3. Riak Pakaian
-Seorang yg memakai pakaian yg lusuh & bertampung-tampung utk menunjukkan ia ahli tassawur.
Ahli tassawur bukanlah hanya memakai pakaian yg bertampung-tampung.
-Ahli tassawur ialah bila seseorang itu tidak berpaut pada dunia walau pun ia miskin, kaya, berdarjat, berkedudukan dll.
Iaitu orang sentiasa membersihkan dirinya dpd bercantum pada dunia.
-Ada juga orang yg mendidik hati/rohaninya dengan cara berpakaian, menjaga pemakanan (sumber yg halal), dll. Ada orang yang hendak mendidik diri dgn pergi berjumpa dgn guru bagi mdpt nasihat & membina rohani.
-Jadi, bagi sesetengah orang, salah satu jalan untuk menjauhi dunia ialah dengan berpakaian yg biasa/lusuh (menjauhi pakaian kemewahan).
-Jika seseorang itu berpaut kepada dunia maka ia adalah ahli dunia (samada kaya atau miskin, susah atau senang).

4. Riak Perkataan
-Riak orang yg berpidato & memberi nasihat kpd orang menggunakan al-quran & hadith dilakunkan bukanlah utk mendidik orang tetapi utk menunjukkan-menunjuk bhw ia seorang hebat.
-Ada yg menggerak-gerakkan bibirnya utk menunjukkan ia sedang berama & seorang ahli zikir.
-Ulamak dan Tok guru dahulu mereka mengajar bukan utk menunjukkan mereka adalah ulamak/guru yg hebat. Tetapi mereka mengajar untuk mendidik murid bahawa Allah adalah hebat.
-Orang yang riak ia sunyi hatinya daripada ikhlas.

5. Riak Pergerakan
-Cthnya, memanjangkan rukuk, sujud, dll di hadapan orang ramai

6. Riak banyaknya anak murid dan banyaknya belajar/berjumpa Tok Guru.
Maka keenam-enam tersebut adalah dilarang utk kita lakukan.
-Selagi tidak ada riak & takkabur dlm apa yg kita lakukan maka Insyallah amalan kita diterima Allah.
-Semoga amalan di bulan Ramadhan ini membersihkan jiwa kita & kita semakin mendekatkan diri pada Allah.
-Jadikanlah diri kita seorang yg ikhlas kepada Allah.
-Semoga kita sentiasa mendapat rahmat Allah.
-Jauhi dpd perkara lagha’ & pembaziran.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment