السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib Khas 6.0@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya : 5 Mei 2019/ 29 Syaaban 1440H (Ahad) oleh Ustaz Zulkifli Ahmad
●Pendahuluan
-Alhamdulillah kita telah diberi kesempatann berada di ambang Ramadhan.
-Kita telah boleh berniat berpuasa satu bulan. Namun dalam mazhab Imam Syafie, sunat utk niat berpuasa setiap hari. Ini kerana puasa itu terpisah-pisah setiap hari.
-Manakala dalam mazhab Imam Maliki ia mencukupi utk niat berpuasa sebulan. Ia tidak perlu diperbaharui setiap hari.
Kita juga boleh guna panduan niat Imam Maliki utk kita niat puasa sebulan untuk kita elak terlupa niat. Namun kita boleh gabung jalin niat sebulan itu dengan berniat setiap hari.
-Kita bersyukur kerana dipilih utk beramal & mencari ilmu.
-Tujuan puasa tidak lain hanya utk kita menjadi insan yang bertaqwa.
Ia bukan sekadar mentaati perintah untruk berpuasa makan dan minum semata-mata.
-Allah hanya menerima amalan orang-oarang yang bertaqwa.
Perkataan taqwa pada zaman sekarang dikenali sebagai integriti.
-Ahli pengurusan barat menyatakan bahawa pada dunia sekarang tidak boleh seseorang itu buat depan baik dan di belakang tidak baik. Jadi kini, hanya satu sifat sahaja manusia boleh menjaga dirinya iaitu dengan berintegriti sepanjang masa.
-Allah suruh manusia berpuasa supaya manusia taat mengikuti suruhan & perintahNya. Jadi manusia berpuasa daripada terbit fajar hingga terbenam hari iaitu lebih kurang 13 jam.
-Orang yg berpuasa, bersolat dan membuat amalan-amalan lain adalah orang yg bertaqwa.
-Siapa yg masuk ke bulan puasa dengan penuh keimanan dan istihsam maka ia akan mendapatkan ketaqwaan.
-Jika seorang manusia itu diceritakan tentang kebaikannya oleh orang lain (seperti orang bercerita tentang kebaikan seorang Ulamak/guru), maka Allah memandang baik manusia tersebut.
-Kita menunaikan ibadat puasa bukan untuk Allah. Kita buat kerana perintah Allah untuk diri kita. Jadi puasa ini untuk kebaikan kita. Ianya untuk membawa kita menjadi insan yg bertaqwa.
-Kita puasa bukan untuk Allah tetapi untuk kita. Allah tidak mengharapkan apa-apa daripada kita. “Kalaulah semua kamu kufur, Allah itu kaya dan terpuji..”
-Kita menuntut ilmu kerana kita hendak muhasabah jiwa & minda.
Kehebatan Satu-Satu Bangsa:
1. Berintegriti
2. Bersatu & bersama-sama
3. Mempunyai misi yang satu
Pada bulan Ramadhan ini kita senang utk mendapat ketiga-tiga di atas.
-Semasa Ramadhan kita banyak peluang duduk bersama-sama dengan keluarga bermula dengan sebelum maghrib hingga ke malam. Kita boleh bersahur, berbuka, bertadarus, berterawikh, bersolat malam, dll bersama-sama.
Jadi ambil kesempatan pada bulan Ramadhan ini utk kita menguatkan perhubungan sesama suam/isteri, anak-anak & ibubapa serta keluarga.
-Masalah yang banyak berlaku sekarang terutamanya di barat adalah bermula daripada masalah keluarga.
-Setiap perkara yg kita lakukan perlu dengan tenang & berkhikmah.
-Sempena bulan Ramadhan ini kita usahalah untuk menjadi insan yg bertaqwa.
-Jadikan Ramadhan utk membuat muhasabah diri. Kita bina kekuatan jiwa kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment