السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 1 Mei 2019/ 25 Syaaban 1440H (Rabu) oleh Ustaz Harun Mohd Shah
●Pendahuluan
-Alhamdulillah kita tergolong dlm golong yg disebut oleh Nabi saw: “Sesiapa yg pergi keluar menuntut ilmu maka pahalanya adalah seperti berjihad ke jalan Allah dan pahalanya berkekalan sehingga ia pulang ke rumahnya.”
-Semoga dengan asbab kehadiran kita ke majlis-majlis ilmu & amalan-amalan lain, maka dosa-dosa kita diampunkan.
-Apa maknanya kita berada di bulan syaaban ?. Ia adalah bulan di mana kita berada di puncak bukit. Bulan Ramadhan ketua bagi semua bulan. Di dalamnya banyak rahmat & keampunan.
-Firman Allah: “Wahai Muhammad, jika manusia bertanya tentang Aku Muhammad, katakanlah bahawa Aku amat dekat dengannya”
-Allah amat dekat dgn kita. Dpd hari ke hari kita akan sentiasa diuji silih berganti sehingga kita mati. Allah ingin melihat hambaNya yg mana bertaqwa.
-Orang yg bertaqwa amat beruntung, ia akan sentiasa sabar dgn ujian.