Sunday, 27 October 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (217/2019): JAUHILAH API NERAKA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjis Al Ehsan Tomonyong, Langkawi, Kedah: 27 Okt 2019/ 28 Safar 1441H (Ahad ).

●Pendahuluan
-Andai kata kita tahu bahawa kita akan meninggal dalam tempoh lagi maka pastinya kita akan berusaha untuk dijauhi daripada api neraka.
-Nabi saw anjurkan untuk kita melazimi selepas solat Subuh & Maghrib, untuk berzikir kalimah ini sebanyak 7x:
اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
"Allahumma ajirni minan-naar"
"Ya Allah, jauhikan daku dari api neraka"
-Jika dibaca untuk ramai (jamak), dengan: "ajirna (jauhikan kami)"
-Nabi saw bersabda:
إذا صليتَ الصبح فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن يومك ذلك كتب الله لك جواراً مِن النار ، وإذا صليت المغرب فقل قبل أن تكلم أحداً من الناس "اللهم أجرني من النار" سبع مرات فإنك إن متَّ مِن ليلتك كتب الله عز وجل لك جواراً مِن النَّار
"Apabila kamu selesai dari solat subuh, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada hari tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka. Apabila kamu selesai dari solat Maghrib, bacalah ini sebelum kamu bercakap dengan orang lain, iaitu: Allahumma ajirni minan naar, sebanyak 7 kali, maka jika pada waktu malam tersebut kamu meninggal dunia, akan ditetapkan oleh Allah 'azza wa jalla bahawa kamu akan dijauhi dari api neraka." (HR: Ahmad : 17362, Abu Daud : 5079).
-Apakah amalan yang boleh membawa seseorang masuk ke syurga?
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa pada satu hari datang seorang lelaki dan bertanya kepada Nabi saw, apakah sifat orang yang bila beramal dengannya maka ia akan masuk syurga. Maka Nabi saw bersabda: “Orang yang akan masuk ialah orang yang takut (taqwa) kepada Allah dan tinggi akhlaknya. Kemudian ditanya kepada Nabi saw, apakah yang mencampakkan seseorang itu ke neraka. Maka sabda Nabi saw, dua perkara yang banyak mencampakkan seseorang itu ke neraka iaitu lisannya dan kemaluannya (perzinaan).”
Maka hati-hatilah dengan lisan dan tulisan kita.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam." (HR: Bukhari dan Muslim).
-Bercakap yang baik-baik juga adalah sebahagian daripada sedekah. Iaitu sedekah tidak dikhususkan dengan duit semata-mata, bahkan setiap apa yang mendekatkan seseorang kepada Allah, maka ia adalah juga sedekah dengan makna yang umum.
-Setiap perbuatan menunjukkan atas kebenaran pelakunya dalam mencari reda Allah. Maka begitulah juga dengan kata-kata yang mengundang kebaikan kepada si pendengar boleh diibaratkan umpama satu sedekah.
-Ini kerana kata-kata yang baik boleh mendatangkan kegembiraan kepada orang lain dan boleh mendorong seseorang untuk membuat kebaikan.
-Sabda Nabi saw:
Diriwayatkan oleh Aisyah ra, katanya, "Rasulullah tidaklah berbicara seperti yang biasa kamu lakukan (iaitu berbicara dengan nada cepat). Namun beliau berbicara dengan nada perlahan dan dengan perkataan yang jelas dan terang lagi mudah dihafal oleh orang yang mendengarnya." (HR: Abu Daud).
-Surah al-Nahl, ayat 125: “Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lah yang lebih mengetahui orang yang mendapat petunjuk."
-Taqwa itu terletak pada hati bukan sekadar di lisan.
Bertaqwalah kamu di mana jua kamu berada.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment