السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Dhuha@Masjid Mahmoodiah, Presint 18@Putrajaya: 12 Julai 2019/ 9 Zulkaedah 1440H (Sabtu) oleh Ustazah Oki Setiana Dewi.
● Pendahuluan
-Semoga kita menjadi hamba Allah yang mengerjakan amal soleh yang akan disediakan tempat istimewa di syurga Allah.
1. Orang yang tawaduk (rendah hati) dan bijaksana.
2. Orang yang sentiasa senang untuk melakukan qiamullail.
3. Orang yang sentiasa berlindung daripada azab api neraka.
4. Orang yang pertengahan dalam membelanjakan harta (tidak boros dan tidak kikir).
5. Orang yang tidak membuat syirik kepada Allah, tidak membunuh dan tidak berzina.
6. Orang yang sentiasa berpaling daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia. Ia juga sentiasa menjaga kehormatan diri.
7. Orang yang mudah menerima nasihat dan peringatan
8. Orang yang sentiasa meminta (berdoa) supaya isteri dan anak-anak serta keluarganya menjadi sejuk mata memandangnya.

Huraian:
(1). Tawaduk dan bijaksana
-Surah al-Furqan (25), ayat 63: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab (bodoh) menyapa dengan kata-kata yang menghina, mereka menjawab dengan perkataan “salam” (selamat dari perkara yang tidak diingini).”
i. Kita hendaklah berjalan di atas muka bumi ini dengan rendah hati.
-Pesanan Luqman Ibnu Hakim kepada anaknya, supaya tidak berjalan dengan angkuh.
-Surah Luqman, ayat 18: “Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”
ii. Kalau ada orang yang menghina kita, maka kita beri salam.
-Jika ada orang yang jahil dan orang yang tidak suka kepada kita maka kita tidak balas dengan kejahatan.
Jadi, kita jangan membalas kejahatan dengan kejahatan.
Jadi, kita jangan membalas kejahatan dengan kejahatan.
-Bukan mudah untuk kita membalas kejahatan orang dengan kebaikan. Kita perlu didik hati kita dan mohon kepada Allah.
-Saidina Ali Zainal Abidin (cucu Nabi saw) pernah bila sampai di satu kawasan ia dimaki dan dicerca oleh orang. Sahabatnya amat marah. Tetapi beliau tidak marah dan membalasnya. Beliau berkata tidak apa. Bahkan banyak keaiban ku yang orang lain tidak tahu. Ia nyatakan memang mempunyai kekurangan dan keaiban. Tetapi Allah telah menutup keaibannya.
-Pada satu peristiwa, seorang Yahudi datang menuntut hutang daripada Nabi saw. Hutang yang dituntut sebenarnya belum pun sampai tempoh pembayarannya. Nabi saw meminjam daripada orang Yahudi kerana membantu satu kawasan kampung yang kekurangan makanan kerana musim kemarau dan pada ketika itu baitulmal kekurangan wang.
-Orang yahudi yang datang untuk menagih hutang daripada Nabi saw telah datang dengan kasar dengan menarik kain selendang Nabi saw yang berada dileher yang menyebabkan tercalar leher Nabi saw.
Ini menyebabkan Saidina Umar ra yang berada bersama Nabi saw ketika itu merasa begitu marah. Nabi saw tidak memarahi orang Yahudi itu.
Baginda saw telah meminta Saidina Umar ra mengambil wang di Baitulmal untuk dibayar kepada lelaki tersebut. Bahkan telah diminta untuk Saidina Umar ra memberi lebih daripada jumlah hutang yang sepatutnya sebagai gantian daripada ketakutan yang dibuat oleh Saidina Umar ra kepada orang Yahudi tersebut.

-Untuk kita memaafkan orang dan bersabar bukannya satu perkara yang mudah.
-Jadi, kita minta pada Allah untuk kita diberi kekuatan untuk memaafkan orang lain dan menahan kemarahan.
iii. Orang yang mempunyai sifat tawaduk, ia sentiasa merendah diri pada diri sendiri. Kita tahu bahawa kita bukanlah seorang yang sempurna.
-Kita banyak membuat dosa setiap hari. Deria kita banyak melakukan maksiat. Kita memandang benda-benda yang haram dan mendengar percakapan yang buruk. Kita juga banyak membuat dosa lisan, hati, mata, telinga, tangan, kaki, perut, dll.
-Kita ada juga buat kesilapan dengan suami/isteri, anak-anak, jiran dan lain-lain.
-Surah al-Furqan, ayat 65: “Dan orang-orang berkata, “Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahanam daripada kami, kerana sesungguhnya azab itu membuat kebinasaan yang kekal.”
-Kita doa diselamatkan daripada siksaan kubur, neraka jahanam, fitnah dunia dan dajjal.
iv. Orang yang bijaksana juga sentiasa menghargai orang lain. Kita hormati semua orang.
-Roda hidup sentiasa berputar. Sekejap kita di atas, kejap kita di bawah. Maka hendaklah kita melayan sama sahaja dengan semua orang.
-Setiap orang mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Kita perlu saling menghormati dan saling menghargai.
v. Memuliakan orang
-Kita jangan hanya hendak diri kita sahaja dimuliakan. Kita amat dituntut memuliakan orang lain. Kita muliakan orang walau pun ia tidak berdarjat dan berkedudukan.
-Kita jangan hanya hendak diri kita sahaja dimuliakan. Kita amat dituntut memuliakan orang lain. Kita muliakan orang walau pun ia tidak berdarjat dan berkedudukan.
-Demikian juga dalam pekerjaan.
Tenaga kerja manusia perlu benar-benar dihargai.
Tenaga kerja manusia perlu benar-benar dihargai.
-Justeru sekiranya kita berada dalam organisasi perlu saling menyantuni satu sama lain.
-Antara para pekerja dan majikan perlu mempunyai hubungan yang baik.
Maka apatah lagi dalam hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
Maka apatah lagi dalam hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan.
vi. Orang yang mudah terima nasihat orang lain.
-Kita boleh belajar dengan semua orang. Bahkan dengan orang yang dalam penjara pun kita boleh belajar.
-Kita boleh belajar daripada kesilapan orang.
-Kita adalah orang yang mempunyai kelemahan dan kekurangan.
-Kita boleh belajar dengan semua orang termasuk anak kecil.
-Lihat anak kecil, mereka suka bergaduh. Namun selepas bergaduh mereka cepat berbaik semula. Maka kita boleh belajar perangai anak-anak, cepat berbaik bila berselisihan.
-Bila berinteraksi dengan al-quran perlu istiqamah dan bersabar.
-Jika kita tidak sombong maka kita akan dapat menerima nasihat daripada orang lain.
(2). Orang yang sentiasa senang untuk melakukan qiamullail
-Orang soleh adalah orang yang banyak mendirikan waktu malamnya dengan bersujud dan qiamullail.
-Sabar dan istiqamah dalam amalan kita. Kisah seorang pemuda yang banyak berdoa dan solat malam untuk isterinya sihat daripada penyakit. Ia tidak mempunyai wang untuk biayai rawatan isterinya.
Maka setelah beberapa lama seorang kaya telah datang kepada Syeikh di masjid tempat pemuda itu sering solat malam dan qiamullail. Ia nyatakan hendak memberi sedekah kepada orang yang benar-benar memerlukan. Maka didapati jumlah sedekah yang hendak diberi oleh sikaya itu sama dengan jumlah kos rawatan yang diperlukan oleh pemuda itu.
-Jadi ibrah daripada kisah ini, Allah boleh hantar orang untuk membantu kita sekiranya kita benar-benar berdoa dan berterusan mengerjakan solat malam.
-Saidina Aisyah ra: “Janganlah kamu meninggalkan solat malam dan qiamullail kerana Nabi saw tidak pernah meninggalkannya. Bahkan tatkala Nabi saw sakit, baginda saw solat duduk.”
-Solat malam dan tahajud adalah penghapus dosa.
-Walau pun seseorang itu sudah tua, tetapi kerana amalan solat malam dan suka membaca al-quran serta berzikir, maka muka akan kelihatan berseri, terang mata, gigi kuat dan badan sihat.
-Kita perlu terus menerus membuat kebaikan dengan sabar.
-Orang yang mendapat nikmat syurga adalah orang yang sikit tidurnya.
-Surah Az-Zariyat: ayat 15-18: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan matair, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam; dan pada akhir malam mereka memohon ampunan (kepada Allah).”
-Antara amalan untuk kita bersabar dan dekatkan diri kepada Allah:
-Surah al-Furqan, ayat 64: “Dan orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri.”
-Iaitu orang yang taqwa ialah orang yang habis waktu malam dengan perbanyakkan sujud ketika orang lain tidur.
-Nabi saw: “Sebaik-baik puasa ialah puasa Ramadhan dan sebaik-baik solat sunat ialah solat malam.”
-Semasa perang Badar, walau pun jumlah tentera Islam sedikit, tentera Islam beroleh kejayaan. Mereka solat malam. Sesiapa yang berdoa kepada Allah di satu pertiga malam nescaya doanya akan dimakbulkan.
-Nabi saw tidak pernah meninggalkam solat malam.
-Mendirikan solat malam adalah amalan orang-orang soleh yang terdahulu. Ia adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah.
-Kehidupan ini penuh dengan ujian. Maka kita hendaklah tabah dan syukur.
-Sekiranya kita syukur maka Allah akan tambah. Sebaliknya jika kita kufur maka kita akan binasa.
-Surah Al-Anbiya, ayat 35: “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.”
(3) Orang yang sentiasa berlindung daripada azab api neraka.
-Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan yang mendekatkan diri kepada siksaan api neraka.
-Orang-orang yang soleh sentiasa berkata “jauhilah kami daripada azab api neraka.”
-Surah al-Furqan, ayat 64: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.”
-Jangan biarkan pekerjaan dan harta kita menjadi asbab untuk kita ke neraka.
-Sentiasalah kita berdoa dengan doa berikut:
“Ya Allah aku berlindung daripada mu daripada siksaan api neraka, siksaan kubur, kesusahan dunia.”
“Ya Allah aku berlindung daripada mu daripada siksaan api neraka, siksaan kubur, kesusahan dunia.”
(4) Orang yang pertengahan dalam membelanjakan harta.
-Iaitu tidak kikir dan tidak boros terhadap hartanya.
-Surah Al-Furqan (25), ayat 67: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.”
-Harta benda yang dibelanjakan ke jalan Allah tidak akan rugi. Tidak ada istilah boros dalam menginfaqkan harta.
-Para sahabat berlumba-lumba menginfaqkan harta kepada fisabilillah. Saidina Abu Bakar ra bila ditanya oleh Nabi saw apakah yang ditinggalkan untuk isteri dan anaknya ia menyatakan bahawa Allah dan Rasul saw.
-Perhatikan janji Allah bagi orang yang menginfaqkan harta kita ke jalan Allah.
-Surah al-Baqarah (2), ayat 261: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia dikehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnianNya), lagi Maha Mengetahui.”
-Dengan infaq kita, maka mungkin Allah kurniakan kita anak-anak yang sihat dan sejuk mata memandang, segala urusan kita dipermudahkan dan pelbagai anugerah nikmat yang lain.
-Dan hendaklah kita infaqkan sebahagian rezeki yang dikurniakan kepada kita sebelum kita dimatikan.
Sesungguhnya ada yang telah mati yang merayu pada Allah untuk kembali ke dunia untuk membuat amalan kebajikan dan sedekah.
Sesungguhnya ada yang telah mati yang merayu pada Allah untuk kembali ke dunia untuk membuat amalan kebajikan dan sedekah.
-Jangan kita mempunyai wang dan harta benda yang banyak tetapi kita biarkan orang yang susah dan serba kekurangan tanpa dibantu dan terus melarat dalam kehidupan mereka.
-Sesungguhnya dalam harta kekayaan kita ada hak orang lain. Ada hak orang-orang fakir/miskin dan asnab-asnab yang lain.
-Sesungguhnya orang yang paling baik ialah orang yang memberi manafaat kepada orang lain.
-Jika kita tidak mempunyai harta kekayaan tetapi kita mempunyai ilmu, maka kita ajar ilmu pada orang lain.
-Jika kita tidak ada harta dan tidak mempunyai ilmu, maka kita boleh infaqkan masa kita membantu orang lain dan aktiviti kemasyarakatan.
Bahkan Nabi saw telah menyatakan bahawa menolong mengangkat barang orang di pasar dan mengalih kayu yang merintangi jalan pun adalah sedekah.
Bahkan Nabi saw telah menyatakan bahawa menolong mengangkat barang orang di pasar dan mengalih kayu yang merintangi jalan pun adalah sedekah.
-Orang yang mampu bersyukur di waktu senang dan susah maka akan ditambah rezekinya.
(5) Orang yang tidak berlaku syirik, tidak membunuh dan tidak berzina.
-Surah al-Furqan, ayat 68: “Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya.”
-Surah al-Furqan, ayat 69: “Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan.”
-Surah al-Furqan, ayat 70: “Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
-Surah al-Furqan, ayat 71: “Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat. “
-Surah Al-Isra’ (17), ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
-Surah Al-Ikhlas: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tidak pula diberanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia.”
Jangan mensyirikkan Allah:
-Jangan kita menoleh selain daripada Allah. Bila sampai waktu solat maka kita terus sahaja tunaikan. Kita sahut seruan Allah dan kita sentias suka membaca “perutusan” daripada Allah. Jadikan lembaran al-quran sebagai suratan cinta kita.

-Jangan bila azan berkumandang kita terus leka dengan keduniaan kita.
Kita jaga Allah, nescaya Allah jaga kita.
Lihat kisah seorang yang sedang membina bangunan dan hanya tinggal satu batu sahaja yang hendak disimen. Bila dengar seruan azan maka ia terus berhenti untuk menjawab seruan Allah (tunaikan solat berjemaah).

Jangan membunuh tanpa haknya:
-Islam amat menghargai nyawa. Jika kamu menyelamat satu nyawa maka seolah-olah kamu telah menyelamat seluruh nyawa manusia. Jika kamu membunuh satu nyawa maka seolah-olah kamu telah membunuh seluruh nyawa manusia.

-Justeru kita pelihara nyawa dan nasab kita. Kita tidak boleh ambil nyawa orang tanpa kelulusan syarak. Bahkan jika dalam peperangan walau pun dibenarkan membunuh, tentera Islam dilarang membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua dan orang-orang sedang beribadat serta tidak boleh musnahkan rumah ibadatnya.
Jangan kamu berzina:
-Kita dilarang daripada mendekati zina. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui kelemahan dan keinginan hambaNya. Justeru Allah melarang kita melakukan perbuatan-perbuatan yang mendekati kepada zina.
-Jika ada sahaja yang mendorong kepada zina, perlu cepat-cepat mengjauhinya. Kita elakkan daripada terjebak dalam permainan syaitan. Contohnya, hati-hati bila pergi program ‘reunion’.

-“Jangan kamu bermain api, nescaya nanti kamu akan terbakar.
(6) Orang yang sentiasa berpaling daripada perkara-perkara yang haram dan sia-sia.
-Surah al-Furqan, ayat 72: “Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.”
-Jangan kita pergi ke tempat yang banyak kemungkaran dan kemaksiatan.
-Jangan kita bersama-sama dengan orang yang berbuat fitnah dan perkara-perkara yang melalaikan.
-Kita menghayati dan amalkan ajaran al-quran. Maka kita tidak ada masa untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.
-Orang yang beriman dan percaya kepada hari akhirat akan sentiasa menghindari kemaksiatan dan kemungkaran.
-Kita bercakap dengan perkara yang baik-baik dan suka memberi nasihat.
(7) Orang yang mudah menerima nasihat dan menerima peringatan.
-Surah al-Furqan ayat 73: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.”
-Ciri orang yang beriman ialah hatinya hidup. Kita mudah menerima nasihat.
-Al-quran adalah nasihat dan peringatan buat semua manusia.
-Ciri-ciri orang beriman:
Surah Al-Anfal, ayat 2: “Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman. Kepada Tuhan mereka jualah mereka bertawakkal.”

-Surah al-Ankabut, ayat 2: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya mengatakan, “Kami telah beriman, “dan mereka tidak diuji?”
-Bila kita dengar ayat al-quran tersentuh hati kita. Bila kita dengar nasihat maka hati kita lembut untuk terus melakukannya.
Kita cepat menerima nasihat.
Kita cepat menerima nasihat.
-Bila kita dengar nama Allah maka terus sahaja dan taat.
8. Orang yang sentiasa meminta (berdoa) supaya isteri dan anak-anak serta keluarganya menjadi sejuk mata memandangnya.
-Kita hendaklah membimbing dan memelihara keluarga kita daripada api neraka.
-Kita bimbing keluarga, kaum kerabat dan masyarakat kita. Kita perlu menegur kemaksiatan dan kemungkaran yang berlaku.
-Kita melakasanakan amal makruh nahi mungkar bermula dengan keluarga kita dahulu.
-Kita hendak anak keturunan kita yang menyejukkan hati.
-Kita digalakkan untuk membaca doa ini: “Ya Allah, kurniakan isteri dan anak-anak kami yang baik yang menyejukkan hati kami. Jadikan kami insan yang bertaqwa.”
-Surah Al-Furqan, ayat 74: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
-Bila kita telah buat semua perkara di atas maka Allah janjikan balasan yang baik.
-Surah Al-Furqan, ayat 75: “Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya.”
-Surah Al-Furqan, ayat 76: “Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.”
-Surah Al-Furqan, ayat 73: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.”
-Imam Malik menyatakan bahawa kita semua tidak tahu bilakah Allah akan memberi apa yang kita kehendaki. Kita ikhlaskan sahaja atas segala apa yang kita lakukan.
-Imam Malik menyatakan: “Apa yang kita lakukan kerana Allah akan berterusan. Apa yang kita lakukan bukan kerana Allah maka ia akan pupus.”
-Maka hendaklah kita ikhlas hati dalam segala amalan kita dan kita bertawakal kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.j
Wassalam.j
No comments:
Post a Comment