Monday, 29 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (144/2019): JALAN MENUJU SYURGA- MENGHADIRI MAJLIS ILMU & ZIKIR


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 28 Julai 2019/ 25 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Haji Saleh Saad

● Pendahuluan
Kelebihan menghadiri majlis Ilmu dan Zikir.
-Daripada Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda : "Sungguh Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir, maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia.
Apabila ahli zikir itu telah kembali ke rumah masing-masing, maka para malaikat itu naik ke langit, dan kemudian di tanya oleh Allah Azza wa Jalla padahal Allah telah mengetahuinya : “Dari mana kalian datang ?"
Para malaikat menjawab : "Kami baru saja mendatangi hamba-Mu di bumi yang membaca tasbih, takbir, tahmid dan memohon kepadaMu."
Allah bertanya : "Apakah yang mereka minta ?"
Malaikat menjawab : "Mereka minta Syurga."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka melihat Syurga-Ku ?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga mohon diselamatkan."
Allah bertanya : "Mereka mohon diselamatkan dari apa ?"
Para Malaikat menjawab : "Dari Neraka-Mu."
Allah bertanya : "Apakah mereka pernah melihat Neraka ?"
Para Malaikat menjawab : "Belum pernah"
Allah bertanya : "Bagaimana jika mereka pernah melihatnya?"
Para Malaikat menjawab : "Mereka juga memohon ampun kepada-Mu."
Allah berfirman : "Aku telah mengampuni mereka, maka Aku akan memenuhi permohonan mereka dan akan menjauhkan mereka dari apa yang mereka mohon untuk diselamatkan."
Para Malaikat berkata : "Wahai Tuhan ku, di dalam majlis itu ada si Fulan, seorang hamba yang banyak berdosa, ia hanya lewat kemudian ikut duduk bersama mereka."
Allah berfirman : "Kepada Fulan pun Aku mengampuninya. Mereka semua adalah termasuk ahli zikir, di mana tidak ada seorang yang duduk di situ akan mendapatkan celaka." (HR: Bukhari Muslim).
-Daripada Abu Hurairah ra ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka, rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." (HR: Muslim).

-Dalam Azzumar Allah berfirman yang ertinya “Katakanlah tidak sama orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dengan yang tidak berilmu”
-Orang beriman diangkat beberapa darjat, begitu juga orang yang beriman dan berilmu akan diangkat beberapa darjat lebih dari itu.
-Semua makhluk akan mendoakan keampunan kepada orang yang menuntut ilmu, hinggakan ikan-ikan di lautan juga akan memohon keampunan kepada orang yang menuntut ilmu.
-Rasulullah s.a.w. pada penghujung hayatnya, pernah memanggil Saidina Ali bin Abi Talib ra. Baginda saw mewasiatkan kepadanya: Wahai Ali! Jika berlalu di kalangan orang Islam 40 hari (sahaja), mereka tidak hadir dan duduk dalam majlis ilmu , maka orang itu akan menghadapi dua akibat buruk. Pertama hatinya menjadi keras (sukar untuk menerima petunjuk Allah atau segala kebaikan) dan kedua berani pula melakukan dosa-dosa besar.
-Telah berkata Al-Fakih Abu Laits As-Samarqandi di dalam kitab Tanbihul Ghafilin :
"Barangsiapa datang kepada orang alim lalu hadir dalam majlisnya serta tidak mampu mengingati atau menghafal pelajaran tersebut maka baginya 7 macam kemuliaan":
1- Dia akan mendapat kemuliaan orang-orang yang belajar agama.
2- Selama dia duduk di dalam majlis tersebut, dia akan tertahan daripada berbuat dosa dan kesalahan.
3- Apabila dia keluar daripada rumahnya turun rahamat ke atasnya.
4- Apabila duduk dia di sisi orang alim tersebut maka turun rahmat ke atas penuntut-penuntut ilmu, maka menimpa dia juga dengan berkat majlis tersebut.
5- Selama dia mendengar ilmu tersebut nescaya dituliskan baginya kebajikan.
6- Malaikat menaung ke atas mereka dengan sayap-sayapnya kerana redha dengan majlis tersebut padahal dia ada di dalamnya.
7- Tiap-tiap kali kakinya melangkah dikifaratkan segala dosa-dosanya dan dinaikkan beberapa darjat dan tambah segala kebajikan.
-Bagi sesiapa yang berkumpul dalam majlis yang di dalamnya menyebut nama Allah dan mereka takut kepada neraka Allah maka didoakan kebaikan buatnya oleh para malaikat.
-Jika kita hendak sesuatu maka mintalah pada Allah.
-Tidak ada sesiapa yang dapat mendatangkan mudarat dan kebaikankepada seseorang.
-Sekiranya kita kumpulkan semua orang untuk memberi kebaikan kepada seseorang atau untuk memudaratkan seseorang sesungguhnya kita tidak boleh melakukannya
-Sesungguhnya umat ini tidaklah diangkat segala pena dan telah kering segala air laut.
-Iaitu betapa banyaknya nikmat yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya.
Pedoman/Iktibar Daripada Hadith:
1. Wajib bagi umat Islam taat perintah Allah.
-Sebagai orang beriman, paling minimum kita buat perkara yang wajib dan meninggalkan segala yang haram.
-Bagi kita yang belum tunaikan haji maka setiap masuk musim haji kita tajdidkan untuk kita menunaikan haji.
-Sesungguhnya aku melakukan ibadat kerana Allah. Hak samada hendak memasukkan aku ke syurga atau neraka adalah hak Allah.
Seseorang masuk syurga adalah atas rahmat Allah. Bukannya atas amalan kita.
Semua perbuatan kita akan dihisab.
3. Sifat Rasulullah saw sebagai Murrabi.
-Murrabi ialah mendidik. Mendidik berbeza dengan mengajar.
-Bila mendidik, hendaklah kita pastikan perkara yang baik dilaksanakan dan perkara yang buruk kita tinggalkan.
[Jangan kita sebagai guru suruh murid berhenti hisap rokok tetapi kita merokok!].
-Setiap kita adalah pendidik. Sebagai suami kita mendidik isteri dan anak-anak. Ia tidak sekadar hanya menyediakan tempat tinggal, makan minum dan perkara keduniaan sahaja.
-Paling besar kezaliman ibubapa ialah bila tidak mendidik anak-anak untuk taat kepada Allah.
-Nabi saw mendidik para sahabat untuk bergantung sepenuhnya kepada Allah. Segalanya diserahkan kepada Allah.
-Maka untuk berserah kepada Allah hendaklah kita mempunyai sifat sabar.
-Bila kita minta pada Allah, maka jangan kita harap semua yang kita hendak dapat.
-Iaitu ada yang kita minta kita dapat, ada yang kita minta tidak dapat tetapi dapat kepada anak/cucu. Ada juga yang kita minta tidak dapat langsung kerana itu adalah yang baik untuk kita disisi Allah. Ada juga yang Allah selamatkan daripada musibah.
-Di akhirat kelak:
Bila Allah mengumpulkan orang yang terdahulu dan yang terakhir maka diserukan siapakah orang yang mempunyai kelebihan.
i. Ahli pemaaf dan sabar.
Lalu bangunlah ahli pemaaf dan sabar. Maka ditanya oleh malaikat siapakah kamu. Dinyatakan bahawa mereka ahli sabar.
Ahli pemaaf dan sabar menyatakan, bila orang menggangu kami, kami maafkan dan bila orang memperbodohkan kami, kami bersabar. Ditanya malaikat, adakah kamu belum dihisab, jawab mereka belum. Maka, mereka terus dimasukkan ke syurga.
ii. Ahli sabar
Lalu bangunlah ahli sabar. Maka ditanya oleh malaikat siapakah kamu. Dinyatakan bahawa mereka ahli sabar.
Ahli sabar menyatakan, mereka sabar dalam melaksanakan ketaatan dan sabar dalam meninggalkan larangan Allah. Ditanya malaikat, adakah kamu belum dihisab, jawab mereka belum. Maka mereka terus dimasukkan ke syurga.
iii. Ahli Tetangga Allah.
Lalu bangunlah ahli tetangga Allah. Maka ditanya oleh malaikat siapakah kamu. Dinyatakan bahawa mereka ahli tetangga Allah.
Ahli tetangga Allah menyatakan, mereka cinta mencintai kerana Allah dan sentiasa menyambung silaturrahim. Ditanya malaikat, adakah kamu belum dihisab, jawab mereka belum. Maka mereka terus dimasukkan ke syurga.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment:

  1. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 8 permainan seru :)

    ReplyDelete