السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 30 Julai 2019/ 27 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Suhaimi Zahid.
● Pendahuluan
-Tempat yang paling mulia ialah rumah Allah. Bila kita dapat berada di rumah Allah, ianya adalah kurniaan Allah kepada kita.
-Kita perbetulkan niat kita. Kita belajar ilmu untuk memperbaiki diri.
-Allah Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dengan Maha Pemurahnya Allah, semua makhluk dikurniakan rezekiNya.
-Semoga amalan kita di dunia ini dapat dituai di akhirat kelak dengan sifat Maha Penyayang Allah. Sifat Maha Penyayang Allah adalah tertakluk kepada orang muslim.
-Namun jangan sampai amal ibadat kita tidak dapat pahala.
-Setiap kehidupan kita memerlukan ilmu. Jangan kita mempunyai rasa sombong dan takabbur.
-Surah An-nahl, ayat 22-23: “Tuhan kamu yang berhak disembah ialah Tuhan yang satu Maha Esa, oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takabbur menentang kebenaran, sebenarnya bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takabbur.”
-Surah Luqman, ayat 18: “Dan janganlah engkau memalingkan muka-mu kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabbur lagi membangga diri.”
-Surah al-Baqarah, ayat 34:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَى وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Maksudnya; “Dan ingatlah ketika kami berfirman kepada malaikat,Tunduklah beri hormat kepada Nabi Adam, Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis ia enggan dan takabbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.”
-Surah An-Nahl, ayat 29: “Oleh itu, masukilah pintu-pintu neraka, tinggal kekal lah kamu di dalamnya, maka sesungguhnya neraka itu seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takabbur.”
-Sifat sombong dan takabbur terbahagi kepada tiga :
i. Sombong dan takabbur pada Allah
ii. Sombong dan takkabur pada Nabi saw
iii. Sombong sesama manusia:
• Memandang diri lebih dari orang lain, lebih mulia, lebih alim, lebih kaya, lebih cantik dan sebagainya.
• Tidak boleh menerima teguran, kritikan atau nasihat orang lain.
• Tidak suka bergaul dengan orang ramai lebih-lebih lagi dengan orang yang dirasakan lebih rendah statusnya.
• Suka dipuji dan sentiasa mengharapkan pujian orang lain.
-Bila kita keluar daripada masjid, kita baca doa ini: “Ya Allah, aku berlindung dengan iblis dan para tentera iblis.”
-Orang yang beribadat tanpa ilmu tassawur disukai oleh syaitan.
-Maka kita jauhi sifat takabbur. Semua yang kita ada akan kembali kepada Allah.
Takabbur daripada perbuatan sombong.
-Nabi saw bersabda:
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya;Tidak akan masuk syurga siapa saja yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan”
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ حَبَّةُ خَرْدَلٍ مِنْ كِبْرٍ
Maksudnya;Tidak akan masuk syurga siapa saja yang di dalam hatinya terdapat sedikit kesombongan”
-Barangsiapa Allah hendak seseorang itu kebaikan maka Allah tunjukkan kepadanya keburukannya.”
-Allah bawa kita ke masjid dan majlis ilmu. Untuk kita dapat muhasabah diri.
-Orang yang sentiasa takut dan harap pada Allah maka ia rasa rendah diri.
-Sekarang ini lubang-lubang kemaksiatan begitu banyak, antaranya sosial media. Orang sanggup bergaduh walau pun tidak pernah berjumpa dan tidak kenal.
-Orang yang nampak kebenaran tetapi menolaknya maka itulah sifat sombong.
-Hasad dengki akan memakan kebaikan yang dibuat seumpama api yang membakar kayu kering.
-Jangan biarkan sifat hasad dengki menyebabkan kita muflis di akhirat kelak. Pahala kita akan pergi kepada orang.
-Surah Al-Sajdah, ayat 12: “Dan (sungguh mengerikan azab yang bakal menimpa) sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (sambil meratu), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya, maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yanh baik, sesungguhnya kami sekarang telah yakin.”
-Dosa kita sesama manusia memang banyak. Justeru, hendaklah kita sentiasa menjaga hati, lisan dan segala perbuatan kita agar pahala amalan kita tidak runtuh sebelum kita memasuki liang lahad.
Orang terdahulu suka buat rumah jauh-jauh daripada orang lain. Mereka tidak mahu banyak bercakap/berbual yang sebabkan mengumpat dan menghina.
Orang terdahulu suka buat rumah jauh-jauh daripada orang lain. Mereka tidak mahu banyak bercakap/berbual yang sebabkan mengumpat dan menghina.
-Jangan kita runtuhkan amalan kita dengan membandingkan amalan kita dengan orang lain. Timbul rasa takkabur. Jaga hati kita, jangan ada rasa kelebihan daripada orang lain.
-Biar kita rasa hina berbanding orang ramai. Bila masuk masjid, bayangkan kita jadi karpet. Kita rasa rendah diri dan dipijak-pijak.
-Jangan kita cari keaiban ulamak. Kita pelihara hubungan dengan ulamak. Hendaklah kita beradab dengan guru yang mengajar anak kita.
-Bila kita hantar anak kita belajar ilmu agama, hendaklah kita beradab dengan guru-guru anak kita. Maka Insyallah akan mudah anak kita mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari.
-Kita hendak lahirkan rasa pengabdian diri kepada Allah.
-Insyallah hasil didikan dan majlis ilmu maka masyarakat akan menjadi lebih baik.
-Insyallah hasil didikan dan majlis ilmu maka masyarakat akan menjadi lebih baik.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
ReplyDeletePoker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)