السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 30 Julai 2019/ 27 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Ustaz Gunawan Che Ab Aziz.
● Pendahuluan
-Ibadat korban itu yang dikehendaki oleh Allah bukannya daging korbannya. Ianya adalah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah.
-Korban itu untuk menunjukkan ketaqwaan kepada Allah.
-Surah al-Hajj, ayat 37: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, tetapi ketakwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk mu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada mu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah tidak memandang bentuk (tubuh) dan tidak juga harta kalian. Akan tetapi, Dia memandang kepada hati dan amal kalian.”
-Surah al-Maaidah, ayat 27: “Dan ceritakanlah (wahai Muhammad) yang sebenarnya kepada mereka tentang kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil) dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil): “Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Sesungguhnya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
-Surah al-Maidah, ayat 28: “Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepada ku untuk membunuh ku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam.”
Habil pun berkata kepada Qabil, “Adakah berdosa aku jika Allah menerima korbanku dan menolak korbanmu?” Habil kemudian menasihati Qabil supaya tidak bertindak tergesa-gesa sehingga mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan.”
-Sabda Rasulullah SAW: “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika Aidiladha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat sebagai saksi dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, berbahagialah dirimu dengannya.” (HR: al-Tirmizi, Ibn Majah dan al-Hakim).
-Hukum korban ialah sunat muakkad dan sunat kifayah.
-Orang yang berkeupayaan untuk buat korban tetapi ia tidak buat, maka hukumnya makruh.
-Sesuatu yang makruh adalah dibenci oleh Allah.
-Sesuatu yang makruh adalah dibenci oleh Allah.
-Pada setengah ulamak hukum korban itu adalah wajib.
Sunat muakkad yang amat ditekankan.
Sunat muakkad yang amat ditekankan.
Syarat sunat muakkad berkorban:
-Seseorang yang mempunyai kelebihan harta untuk keperluan diri dan keluarga yang ditanggungnya sepanjang hari-hari tasrik.
-Seseorang yang mempunyai kelebihan harta untuk keperluan diri dan keluarga yang ditanggungnya sepanjang hari-hari tasrik.
-Sunat kifayah adalah untuk ahli rumah. Bila suami telah menanggung semua ahli keluarganya maka terangkatlah hukum makruh. Jika dalam satu rumah ada dua keluarga maka hanya keluarga yang membuatnya terangkat hukum makruhnya.
Tiga jenis binatang yang sah korbannya:
i. Unta
ii. Lembu (kerbau)
iii. Kambing
i. Unta
ii. Lembu (kerbau)
iii. Kambing
-Kuda tidak boleh dibuat korban.
Syarat-syarat untuk binatang buat korban:
i. Umur
Unta: 5 tahun
Lembu dan kambing: 2 tahun
Biri-biri: 1 tahun.
Unta: 5 tahun
Lembu dan kambing: 2 tahun
Biri-biri: 1 tahun.
ii. Tidak cacat
iii. Untuk lembu/unta boleh untuk 7 bahagian. Manakala kambing hanya satu bahagian sahaja.
-Urutan binatang yang afdhal untuk dibuat korban ialah:
1. Seekor unta,
2. Seekor lembu/kerbau
3. Seekor biri-biri
4. Seekor kambing (kambing gurun i.e kambing bukit tidak boleh)
5. Satu bahagian unta
6. Satu bahagian lembu/kerbau
2. Seekor lembu/kerbau
3. Seekor biri-biri
4. Seekor kambing (kambing gurun i.e kambing bukit tidak boleh)
5. Satu bahagian unta
6. Satu bahagian lembu/kerbau
-Warna binatang yang paling afdhal ialah warna putih. Yang kedua kuning, yang ketiga coklat/perang, keempat merah, kelima tompok coklat dan keenam hitam.
-Binatang yang jantan lebih afdhal berbanding betina. Kecuali jika yang betina lebih gemuk dan yang jantan lebih kurus.
Ibadat korban ada dua bahagian:
1. Binatang korban
2. Cara agihan daging korban
2. Cara agihan daging korban
Pahala sedekah paling besar berdasar banyaknya daging korban yang disedekahkan.
Tiga kategori agihan daging:
1. Menyedekahkan dan menghadiahkan semua daging. Hanya ambil sedikit sahaja untuk mendapat pahala sunah. Iaitu ambil hati sahaja.
1. Menyedekahkan dan menghadiahkan semua daging. Hanya ambil sedikit sahaja untuk mendapat pahala sunah. Iaitu ambil hati sahaja.
Nota:Jika korban yang dibuat adalah korban nazar, ia dan ahli keluarganya tidak boleh langsung memakan dagingnya.
2. Sederhana. Ambil satu pertiga sahaja. Satu pertiga untuk fakir miskin/anak yatim dan satu pertiga sesama orang yang tidak miskin.
3. Bersedekah paling sedikit (300gm) dan selebihnya diambil untuk makan diri sendiri.
Justeru, lagi banyak sedekahkan daging korban adalah lebih baik.
Perhatian kepada perkara-perkara berikut:
1. Tidak memadai memberi tulang, hati, limpa atau jantung sahaja untuk fakir miskin.
2. Tidak memadai beri daging salai binatang korban kepada fakir miskin. Daging basah yang perlu disedekahkan. Bukannya daging salai.
3. Tidak memadai daging korban diberi sesama orang yang tidak fakir/miskin.
4. Jika fakir miskin menerima banyak daging korban ia boleh menjualnya pada orang lain.
4. Orang yang buat korban dan orang kaya yang menerima daging korban tidak boleh menjual daging korban.
5. Tidak ada had bagi orang fakir miskin menerima daging korban.
6. Pastikan kita mencari dan mengenalpasti fakir/miskin di tempat penyembelihan dilakukan.
7. Agihan korban sekurang-kurangnya 300gm diambil dan disedekahkan di mana tempat penyembelihan berlaku.
8. Tidak boleh memberi daging korban kepada orang bukan Islam.
Maka bila kita mempunyai jiran yang bukan Islam, kita boleh beri daging yang lain iaitu daging yang kita beli di pasar/kedai.
Maka bila kita mempunyai jiran yang bukan Islam, kita boleh beri daging yang lain iaitu daging yang kita beli di pasar/kedai.
9. Makruh memotong kuku/rambut bagi orang membuat korban mulai 1 Zulhijjah sehingga korban selesai.
Walau bagaimana pun jika ianya menganggu dan mendatangkan fitnah
Walau bagaimana pun jika ianya menganggu dan mendatangkan fitnah
10. Jika kita mampu untuk berkorban satu ekor maka ianya lebih afdhal berbanding meletakkan 7 bahagian untuk sesama isteri dan anak-anak dalam tanggungan.
11. Boleh tawar-menawar dalam membeli binatang korban. Namun perlu beli bintang yang terbaik.
12. Jika hendak buat korban untuk isteri dan anak-anak kita perlu beri tahu. Tidak boleh buat “surprise.”
13. Dibolehkan untuk berkorban di luar negara. Namun ia bergantung kepada niat iaitu mungkin kerana lebih murah, untuk bagi orang yang tidak pernah makan daging.
14. Yang paling afdhal ialah kita beli binatang yang hendak sembelih, dibela binatang itu dan kemudian bila sampai masanya kita sembelih binatang yang mana kita telah mula ada rasa sayang padanya kerana membelanya.
15. Tidak sah buat korban untuk orang yang telah meninggal. Namun kita boleh sedekahkan pahala korban kita kepada orang yang telah meninggal.
16. Tidak semua pekerja asing dikategorikan sebagai fakir/miskin.
17. AJK yang menguruskan ibadat korban boleh bertanya kepada baitulmal untuk mendapatkan senarai fakir/miskin di kawasan korban dilakukan.
18. Jika korban yang dibuat adalah korban nazar, ia dan ahli keluarganya tidak boleh langsung memakan dagingnya. Namun ia boleh menerima dan memakan daging korban orang lain.
19. Tidak boleh menggunakan daging atau mana-mana bahagian daripada binatang korban untuk upah orang yang melapah daging korban.
-Maka kita usaha untuk kita buat ibadat korban yang paling Allah suka.
-Biarlah korban kita berteraskan ketaqwaan kita kepada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
AJOQQ agen jud! poker online terpecaya dan teraman di indonesia :)
ReplyDeletegampang menangnya dan banyak bonusnya :)
ayo segera bergabung bersama kami hanya di AJOQQ :)