Tuesday, 16 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (126/2019): KITAB SYAMAIL MUHAMMADIAH AL-HAFIZ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 15 Julai 2019/ 12 Zulkaedah 1440H (Isnin) oleh Ustaz Mohd Amin Mohd Tahir
Tajuk: Kitab Syamail Muhammadiah Al-Hafiz~
i. Menuntut ilmu kerana Allah
ii. Tiga golongan yang aman di Padang Masyar
iii. Enam golongan yang akan masuk syurga Firdaus
iv. Empat golongan yang menjadi ahli syurga
v. 12 golongan yang mendapat doa Malaikat
● Pendahuluan
-Bila kita belajar ilmu, niatkan untuk kita mendapat redha Allah. Jauhi daripada orang yang mendustakan ilmu dan menjual agama untuk keuntungan dunia.
-Doa yang selalu kita baca (ayat al-quran): “Ya Allah tambahkan kami ilmu yang mendekatkan diri kami kepada Mu Ya Allah.”
-Kita hendak ilmu yang memberi manafaat kepada kita.
-Kita tidak mahu bila telah mendapat ilmu kemudiannya kita menyeleweng.
-“Barangsiapa yang Allah kasih kepadanya maka Allah fakihkan ia dalam urusan agama.”
-Dalam al-quran menyatakan bahawa jika kita tidak tahu maka tanyalah pada yang mengetahui.
-Firman Allah: “Telah datang pada mu cahaya dan kitab yang terang benderang.”
-Kamu adalah cahaya atas segala cahaya.
-Surah Al-Ahzab, ayat 45 & 46: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus engkau sebagai saksi (terhadap umatmu) dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman), serta pemberi peringatan (kepada orang yang engkar). Dan juga sebagai penyeru (umat msnusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan izinNya dan sebagai lampu yang meneranginya.”
-Nabi saw diperintah oleh Allah untuk berdakwah kepada manusia dan jin.
-Manusia adalah makhluk Allah yang diberi akal dan nafsu.
-Para Malaikat dan semua makhluk yang lain sembah Allah (termasuk gunung ganang, haiwan, tumbuhan dan lain-lain).
Kecuali manusia dan jin. Iaitu di kalangan jin dan manusia ada yang menyembah Allah dan ada yang tidak hendak menyembah Allah.
-Firman Allah: “Sesungguhnya dijadikan manusia dan jin untuk beribadat kepada Ku.”
-Allah pertahankan Nabi saw sebagai utusannya dalam banyak ayat-ayatnya.
-Surah An Najm (53), ayat 1-4: “Demi bintang ketika terbenam, Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan pelbagai tuduhan) itu tidaklah sesat (dari jalan yang benar) dan tidak pula keliru (dengan kepercayaan yang salah). Dan dia tidak memperkatakan sesuatu (yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan hawa nafsunya. Segala yang diperkatakannya itu hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.”
-Iaitu Nabi saw tidak pernah terpesong dan tersesat.
-Semua yang dikatakan oleh Nabi saw dan perbuatannya adalah daripada Allah.
-Siapa yang pegang kepada sunnah Nabi saw pahalanya amat besar dan bakal mendapat syafaat Nabi saw di akhirat kelak.
-Maka kita buatlah sunnah Nabi saw yang kita mampu.
Contohnya, berserban, bersugi, pakai tongkat, ibadat-ibadat sunat dan lain-lain.

Berapa lama hari akhirat?
-Satu hari bersama 50,000 tahun di dunia.
-Surah Al-Ma’arij, ayat 1- 4: “Seseorang bertanya tentang azab yang pasti terjadi. Azab yang disediakan bagi orang kafir, yang tiada seorang pun dapat menolaknya. (Azab) daripada Allah yang memiliki tempat-tempat naik. Para malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan, dalam sehari setara dengan lima puluh ribu tahun.”
-Jalan para malaikat 50 ribu tahun.
-Orang yang cinta pada Allah dan Rasul ia rasa duduk di dunia ini sekejap sahaja.
-Tiga golongan bila duduk di padang masyar, ia tidak merasa ketakutan dan tidak dihisab. Peluhnya umpama duduk di dalam timbunan kasturi.
Tiga golongan tersebut ialah:
(1) Seorang yang membaca al-quran semata-mata kerana Allah dan bila menjadi imam ia disukai.
(2) Seorang yang suka menyeru orang menunaikan solat semata-mata kerana Allah.
-Suruhlah isteri dan anak-anak menunaikan solat.
-Orang yang tidak solat ia dilaknat Allah. Maka semua perkara yang dibuat akan dilaknat. Segala perbuatannya, pekerjaannya, rezekinya dilaknat Allah.
-“Sesungguhnya solat boleh menjauhkan daripada perkara fasakh dan mungkar.”
-Beruntunglah orang yang khusuk dalam solatnya, menjaga imannya.
-Enam golongan yang akan masuk ke syurga Firdaus, iaitu orang yang:
a. Khusuk dalam solat
b. Meninggalkan perkara-perkara lara
c. Mengeluar zakat
d. Menjaga maruah
e. Menjaga amanah
f. Menjaga solat
Merekalah orang yang mempusakai syurga firdaus.
(3) Bila ia jadi ketua,ia disukai oleh orang bawahannya. Bila jadi orang bawahan, ia disukai oleh orang atasannya.
-Tempat yang baik muamalatnya, maka baiklah tempat kerja kita.
-Jika kita adalah kakitangan, maka selalulah mendoakan boss kita. Begitu juga jika menjadi boss, selalulah kita doakan kakitangan kita.
-Pada satu kisah, seorang yang fasikh diajak untuk buat baik. Ia setuju tetapi beri syarat untuk ia dapat terus berbuat zina.
Maka Nabi saw bertanya kepadanya, apakah perasaan kamu jika orang berzina dengan emak kamu , adik perempuan kamu, mak saudara kamu.
Maka selepas itu ia berazam tidak menerus perbuatan kejinya.
Kemudian Nabi saw telah mendoakan untuk lelaki tersebut: “Ya Allah, ampunkan dosanya, sucikan hatinya dan jagalah kemaluannya.”
Selepas didoakan oleh Nabi saw maka lelaki itu sudah tidak suka berzina.
-Jika kita ada masalah, kita berdoalah.
Doa adalah senjata orang beriman.
-Nabi saw menyatakan, setiap Nabi/Rasul ada doa yang khusus. Setiap Nabi/Rasul tergesa-gesa menggunakan doa khususnya. Nabi saw telah menyimpan doa khusus tersebut untuk hari akhirat.
-Siapa yang tidak menyengutukan Allah, maka ia akan mendapat doa syafaat Nabi saw.
-Kita ikutilah jalan-jalan yang Nabi saw suruh.
-Abdullah bin Salam menyatakan ketika sampai ke bumi Yathrib, Nabi saw menyatakannya 4 golongan yang menjadi ahli syurga, iaitu orang yang suka:
1. Sampaikan salam
2. Menjamu orang makan
3. Menghubungkan silaturrahim
4. Solat malam ketika manusia lain tidur
Dua belas (12) golongan Yang Didoakan Oleh Malaikat:
Iaitu orang yang:
1. Tidur dalam keadaan yang bersuci
2. Duduk menunggu untuk masuk solat.
Malaikat mendoakan untuk dikurniakan rahmat.
3. Orang yang berada di saf bahagian hadapan.
4. Orang yang menyambungkan saf-saf berjemaah.
Allah dan para malaikat mendoakan.
5. Orang yang mengucapkan “Aamiin” semasa imam membaca ayat dalam surah al-fatihah.
Bila ucapan amin makmun dan imam itu bertepatan dengan ucapan malaikat.
6. Orang yang tetap duduk di tempat solatnya selepas habis solat.
7. Orang yang selalu solat subuh dan solat asar berjemaah.
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa diketahuinya.
9. Orang yang berinfaq ke jalan Allah pada waktu subuh.
Malaikat doakan untuk keberkatan.
10. Orang yang sedang makan sahur untuk berpuasa.
11. Orang yang suka menjengok orang sakit.
12. Orang yang suka mengajar kebaikan kepada orang lain.
-Ceritakan kebaikan.
-Semut juga mendoakannya.
-Surah yang pertama turun ialah surah al-Alaq, ayat 1-5.
-Ayat terakhir yang turun ialah surah al-Baqarah, ayat 282:
-Takutilah kamu akan satu hari di mana kamu akan bertemu Allah.
-Selepas turun ayat itu Nabi saw wafat (Isnin, 12 Rabiulawal).
-Orang akan mendapat kelazatan iman bila kita buat tiga perkara:
i. Letakkan Allah dan rasul daripada segalanya.
ii.Kita cintai isteri, anak-anak dan semuanya semata-mata kerana Allah.
-Kita bertemu orang kerana Allah akan mendapat naungan Allah. 70 ribu malaikat mendoakan.
-Surah al-Tahrim, ayat 11: “Dan Allah membuat perumpamaan bagi orang yang beriman, isteri Firau, ketika dia berkata:”Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi Mu dalam syurga dan selamatkanlah aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku daripada kaum yang zalim.”
-Empat wanita yang unggul:
Saidina Fatimah ra
Saidina Khadijah ra
Mariam (Ibu Nabi Isa)
Asiah (isteri Firaun)
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment