Monday, 15 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (124/2019): KITAB PENAWAR HATI- KEBINASAAN DALAM MEMUJI SESEORANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA) Presint 8, Putrajaya: 14 Julai 2019/11 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Arfan Hosnani

● Pendahuluan
1. Memuji secara berlebih-lebihan sehingga berdusta.
-Ini adalah pujian yang tidak ikhlas dan membawa kepada kemudaratan.
2. Memuji pada zahir tetapi pada batinnya tidak.
-Pujian begini membawa kepada riak. Ia mengharap untuk mendapat perhatian dihati orang yang dipuji.
-Riak ialah perbuatan yang hendak mendapat perhatian manusia.
-Jadi, jika kita memuji orang tetapi hati kita sebenarnya tidak memuji ia adalah kepura-puraan.
3. Memuji seseorang yang tidak diyakini kebenaran/kebaikannya.
-Iaitu terkadang berkata seseorang terhadap orang yang dipuji tanpa menyakininya.
-Iaitu bercakap memuji seseorang tetapi kita tidak tahu dirinya yang sebenar. Contohnya, kita memuji seseorang itu sebagai pemimpin yang adil tetapi kita tidak menyakininya
-Ia termasuk dalam kategori berkata-kata tanpa aturan. Iaitu berkata sesuatu yang kita tidak yakin.
-Pada satu hari ada seorang lelaki memuji sahabatnya. Lalu Nabi saw menyatakan bahawa aku kasihan akan engkau kerana telah memotong leher kawan engkau. Kerana dengan memuji itu dikhuatiri ia akan lemah untuk beribadat kecuali orang yang berilmu.”
-Orang yang berilmu ia boleh kawal dirinya bila ia dipuji. Ia dikembalikan segala pujian kepada Allah.
-Jadi kita hendaklah belajar bagaimana untuk mengendalikan hati bila menerima pujian. Juga kita belajar bagaimana untuk memuji orang secara betul. Iaitu pujian yang mendapat redha Allah.
-Justeru, sebelum membuat sesuatu pujian, kita tanya dahulu samada puji ikhlas kerana Allah atau tidak. Puji dapat pahala atau tidak.
-Jangan puji semata-mata untuk mendapat habuan.

4. Memuji orang yang membuat kezaliman.
-Bila kita memuji seseorang, ia akan menyebabkan orang dipuji itu sukacita.
Maka jika orang dipuji itu adalah orang yang zalim, maka ia menggalakkannya terus menerus membuat kezaliman.
-Justeru berdosa untuk memasukkan pujian kepada orang zalim.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah marah memuji orang yang fasikh.”
-Akhir zaman ini, banyak pujian untuk membodek. Ianya bertujuan untuk mendapat perhatian manusia.
-Jika kita sayang sahabat kita maka kita berhati-hati bila hendak memuji.
-Seorang ulamak menyatakan jika seseorang itu mendoakan orang yang fasikh kekal hidup dan umur panjang maka ia telah kasih kepada orang membuat maksiat.
-Seorang kaya berjumpa Imam Malik bin Dinar maka ditanya di mana tempat yang paling tenang dan aman. Lalu ia nyatakan mari ikut aku. Ditunjukkannya kubur. Maka ia nyatakan bahawa di kubur tidak ada siapa yang menggangu. Orang itu tidak puas hati lalu ia telah memukul kepala imam Malik bin Dinar. Selepas itu datang orang yang lalu di kuburan itu dan ia bertemu orang yang memukul Imam Malik. Ia nyatakan bahawa ia tidak puasa hati dengan orang tua yang menasihatinya. Lalu diberitahu bahawa orang yang dipukul itu adalah Imam Malik. Orang yang memukul itu menyesal dan bahkan ia nyatakan bahawa ia bila berdoa, ia bertawassul dengan nama Imam Malik.
-Maka ia mencari Imam Malik bin Dinar ke masjid. Di sana ia mendengar Imam Malik berdoa untuk orang memukul itu masuk syurga (dapat hidayah). Ia kata kerana kesabarannya ia telah diberi kurniaan kebaikan dan ganjaran yang besar.
-Orang yang zalim sepatutnya kita mencelanya supaya ia berkurang melakukan kezaliman.
Yang Dipuji:
Ada dua kebinasaan bagi orang yang menerima pujian.
5. Berlakunya takkabur dan ujub. Ia membawa kepada kebinasaan.
-Contohnya, di pejabat bila boss puji, maka akan ada rasa takkabur dan ujub. Setiap satunya membawa kepada kebinasaan.
-Takkabur adalah sifat Allah
-Ujub sebabkan kita lupa kebesaran Allah. Akan hilang rasa kehambaan kepada Allah.
-Bila ada takkabur dalam hati maka lupa pada Allah yang mengurniakan segalanya.
-Manusia pada ketika tertentu memang hendak pujian. Contohnya program yang diatur telah berjaya. Bila dipuji maka hilang penat.
-Hendak tahu hati kita ikhlas atau tidak, kita akan terus sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya samada dipuji atau tidak.
-Jika kita mengharapkan perhatian orang dalam amalan dan pekerjaan kita maka ia boleh hilangkan keberkatan.
-Bila seseorang itu bersifat takkabur maka hilang amalannya. Hilang sifat kehambaannya.
-Kita perlu ingat bahawa orang puji kita ia tidak tahu keburukan kita, aib kita tidak dibuka.
6. Pujian yang diterima menyebabkan ia berkurangan membuat kebaikan dan ibadah.
-Dengan pujian maka lemah ia dalam melakukan ibadah.
-Dan redha dirinya akan orang yang memujinya.
-Keenam-enam kebinasaan sebab pujian di atas iaitu 4 untuk orang yang memuji dan 2 untuk orang yang dipuji akan menyebabkan seseorang itu jauh daripada Allah.
-Maka pastikanlah kita memuji kerana Allah. Puji dengan ikhlas.
Salah dalam pujian menyebabkan riak. Riak itu sebahagian daripada dosa besar.
-Maka kita jaga hati untuk elak daripada jatuh kepada kebinasaan.
-Manusia memang tidak suka kritikan.
-Jika sejahtera dalam pujian itu maka elok membuat pujian. Ia tidak membawa kepada ujub dan riak.
-Nabi saw sering memuji para sahabat.
Contohnya, Nabi saw memuji Saidina Abu Bakar ra. Sabda Nabi saw: “Jika ditimbang timbangan iman Saidina Abu Bakar ra dengan iman manusia sekelian alam maka lebih berat timbangan iman Saidina Abu Bakar”
-Saidina Abu Bakar ra antara yang sentiasa bersama membantu Nabi saw di awal dakwah Islam.
-Nabi saw puji Saidina Abu Bakar ra tetapi ia tidak melemahkannya untu beribadat.
-Para sahabat: Mereka redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka.
Nabi saw juga ada memuji Saidina Umar ra. Sabda Nabi saw: “Jika tidak dibangkitkan akan aku sebagai pesuruh akan pasti akan dibangkitkan kamu sebagai pesuruh.”
-Jadi kedua-dua sahabat yang dipuji oleh Nabi saw tersebut tidak membawa kebinasaan.
-Nabi saw juga telah banyak memuji para sahabat yang lain.
-Justeru dalam kita menjaga lisan (kata-kata) maka kita perlu juga berhati-hati dalam memuji.
-Saidina Ali ra bila dipuji ia berdoa:
“Wahai Allah ampunkan aku akan atas barang yang mereka tidak ketahui. Dan jangan disiksa aku atas barang yang mereka puji...”
Maka hendaklah kita hati-hati dalam memuji.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment