السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra, Kuantan, Pahang: 23 Julai 2019/ 20 Zulkaedah 1440H (Selasa) oleh Imam Masjid Tepian Putra
● Pendahuluan
-Semua kita tahu bahawa destinasi kita adalah alam kubur dan akhirat.
Namun adakah semua kita telah mempersiapkan diri kita.
Namun adakah semua kita telah mempersiapkan diri kita.
-Tiga perkara akan mengiringi kita ke perkuburan kita iaitu isteri & anak-anak, harta benda dan amal jariah. Dua akan kembali, satu yang akan ikut kita ke alam barzakh iaitu amal jariah.
-Sebanyak mana kasih dan sayang isteri/suami dan anak-anak kepada kita, tidak ada yang akan berani untuk menemankan kita di dalam kubur kita.
-Alam kubur ada permulaan kepada hari akhirat kita. Tidak ada siapa akan lari daripada himpitan kubur.
-Hanya para Nabi dan Rasul yang terlepas daripada himpitan kubur.
-Saad bin Muaz yang dinyatakan oleh Nabi saw bahawa bila ia syahid, 70,000 malaikat mengiringinya pun tidak terlepas daripada himpitan kubur.
-Jadi kita renungkanlah bahawa kita semua tidak boleh lari dari himpitan kubur.
-Bilakah kali terakhir kita kirimkan doa, sedekah bacaan al-quran dan amal jariah kepada ibubapa kita.
-Ingatlah ibubapa tidak pernah pencen daripada menyayangi anak-anaknya.
-Orang yang dalam kubur umpama orang yang lemas. Maka mereka menanti-nanti doa dan amal kebajikan yang pahalanya dihadiahkan untuk mereka.
TANDA HATI MATI ADALAH :
-Nabi saw menyatakan bahawa ada satu benda yang ada dalam jasad manusia, jika elok ia maka selamatlah ia dan jika buruk ia maka malapetakalah ia. Ianya adalah hati.
-Ulamak menyatakan bahawa banyak orang yang hatinya telah mati walau pun jasadnya masih hidup. Ini antaranya kerana:
1. Kita mengaku kenal dan cinta Allah, tapi tidak menunaikan hak Nya.
2. Kita mengaku cinta Rasulullah saw tetapi mengabaikan sunnahNya.
3. Kita membaca Al Qur’an tapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Kita memakan nikmat Allah, tapi tidak mensyukuri pemberianNya.
5. Kita mengaku musuh syaitan, tetapi mengikutinya.
6. Kita mengakui nikmat Syurga tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Kita mengaku adanya siksa Neraka, tetapi tidak berusaha menjauhinya.
8. Kita mengakui bahawa kematian akan datang pada setiap jiwa, tetapi tidak berusaha mempersiapkan bekalnya.
9. Kita sibuk membuka aib orang lain, tapi tidak pernah ingat akan aib diri.
10. Kita menghantar dan menguburkan jenazah tetapi tidak mengambil hikmah darinya.
Huraian:
1. Mulut kata kenal Allah tetapi kita tidak tunaikan hak Allah.
Kita tahu bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat tetapi ramai yang berterusan maksiat walau pun bersendirian.
Kita tahu bahawa Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat tetapi ramai yang berterusan maksiat walau pun bersendirian.
Betapa sayangnya Allah kepada kita bila Allah tutup dosa dab aib kita. Namun kita masih lagi tidak mentaatinya.
2. Kita kata cinta dan sayang pada Nabi saw.
-Namun kita tinggalkan sunnah. Antara sunnah yang Nabi saw ialah, baginda saw amat memberatkan untuk kita solat fardhu berjemaah.
-Nabi saw menuntut untuk kita jaga kebersihan.
-Di akhirat kelak kita mengharapkan syafaat Nabi saw. Maka kita perbanyakkanlah berselawat dan mengikut sunnah Nabi saw.
-Namun kita tinggalkan sunnah. Antara sunnah yang Nabi saw ialah, baginda saw amat memberatkan untuk kita solat fardhu berjemaah.
-Nabi saw menuntut untuk kita jaga kebersihan.
-Di akhirat kelak kita mengharapkan syafaat Nabi saw. Maka kita perbanyakkanlah berselawat dan mengikut sunnah Nabi saw.
3. Kita tahu baha adanya siksaan neraka tetapi kita tidak berusaha untuk menjauhinya.
-Satu hari Jibril datang menceritakan kepada Nabi saw tentang dasyatnya azab api neraka.
-Jika Allah izinkan api neraka sebesar jarum jatuh ke bumi ini, maka akan terbakar seluruh alam.
-Jika satu rim belenggu api neraka jatuh ke gunung maka akan hancur lebur gunung hingga ke dalam bumi.
-Mendengarnya maka Jibril dan Nabi saw sama-sama menangis mengingatkan dasyatnya api neraka.
Jibril menangis takut di pengakhirannya ia mengikuti jejak iblis yang mana pada mulanya taat pada Allah.
-Namun Allah telah berfirman kepada Jibril, sesungguhnya engkau tidak akan jatuh kepada kederhakaan.
-Bila dalam perjalanan pulang, Nabi saw terjumpa orang Ansar sedang gelak ketawa keterlaluan. Maka Nabi saw bersabda bahawa jika kamu tahu dasyatnya siksaan api neraka maka kamu akan sikit ketawa dan banyak menangis.
4. Kita tahu nikmat syurga tetapi kita tidak usaha untuk mendapatkannya.
-Betapa cantiknya syurga hingga didapati dunia ini busuk dan buruk.
-Sebutir batu daripada syurga keindahannya lebih mahal daripada seisi dunia.
Tujuh Tanda Hati Telah Mati:
1- Berani Meninggalkan Solat
2- Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa
3- Jauh Dari Al-Quran
4- Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama
5- Mudah Bersangka Buruk
6- Tidak Suka Mendengar Nasihat
7- Tidak Takut Dengan Mati Dan Azab Kubur
2- Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa
3- Jauh Dari Al-Quran
4- Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama
5- Mudah Bersangka Buruk
6- Tidak Suka Mendengar Nasihat
7- Tidak Takut Dengan Mati Dan Azab Kubur
-Surah Al-Muthaffifin, ayat 14: “Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.”
-Surah Muhammad, ayat 24: “Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.”
-Surah An-Nahl, ayat 108: “Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
-Surah Al-Hujurat, ayat 12: “Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.”
-Surah Al-A’raf, ayat 179: “Dan sesungguhnya akan Kami isikan dalam neraka Jahanam ramai dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telingan (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti binatang bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai dari mendengar kebenaran.”
-Surah As-Sajadah, ayat 12: “Dan (alangkah ngerinya), jika sekiranya kamu melihat ketika orang-orang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya (mereka berkata), “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar, maka kembalikanlah kami ke dunia. Kami akan mengerjakan amal soleh. Sesungguhnya kami adalah orang-orang yakin (tetapi mereka sudah telambat).”
-Islam tidak larang untuk kita mencari kenikmatan dan kejayaan dunia tetapi hendaklah kita sentiasa taat pada perintah Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
ReplyDeleteagen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
WA : +85587781483