Wednesday 24 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (137/2019): Q&A IBADAT KORBAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Khas Sebelum Solat Jumaat@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya. 19 Julai 2019/ 16 Zulkaedah 1440H (Jumaat).

Q1. Bila suami telah membuat ibadat korban, adakah perlu juga untk membuat untuk isterinya.
A1. Jika bapa telah membuat ibadat korban ia juga sebenarnya merangkumi untuk isteri dan anak-anak yang di bawah tangggungannya.
Q2. Adakah boleh memotong kuku atau rambut bagi orang yang membuat ibadat korban.
A2: Makruh untuk memotong kuku dan rambut bagi orang yang hendak berkorban mulai 10 Zulhijjah hingga ibadat korban (hari-hari Tasrikh).
Namun jika ada keperluan disebabkan cedera atau terkena cat maka dibenarkan.
Q3: Bolehkah Berkorban Di Luar Negara?
A3: Bila seseorang itu menjadi muslim, ia perlu menjadi muslim yang memahami kefahaman agama yang tinggi. Iaitu muslim yang mempunyai kefakihan agama.
-Contohnya, bila kita hendak pergi solat di masjid, kebanyakan kita akan hanya memakai pakaian yang boleh menutup aurat. Bahkan kita tidak pun memilih pakaian yang terbaik untuk ke masjid seperti yang diperintahkan oleh Allah.
-Tetapi orang yang fakih dalam agama, ia akan lihat samada di belakang baju yang hendak dipakai adakah ada tulisan-tulisan dan corak-corak yang boleh menggangu fokus orang yang melihatnya. Iaitu kita elakkan memakai baju yang menyebabkan yang menganggu kekhusukan jemaah lain.
-Bahkan jika kita memakai kain pelikat, orang yang fakih ia akan letak bahagian yang tertulis label pada kain di bahagian atas.
Isu korban di luar negara bukan samada boleh atau tidak.?
Iaitu kita lihat jika dalam kawasan kita kurang orang yang membuat korban, maka orang yang fakih agama akan membuat ibadat korban di tempatnya iaitu bukan di tempat lain atau di luar negara. Namun jika didapati telah banyak korban dibuat ditempat kita maka boleh sahaja untuk kita menyertai ibadat korban di luar negara.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment