السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 26 Julai 2019/ 23 Zulkaedah 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Ulul Azmi
● Pendahuluan
-Jemaah bererti berhimpun/berkumpul. Solat jumaat ialah juga bererti perhimpunan.
-Solat berjemaah adalah sunat muakkaddah bagi kaum muslimin (lelaki).
-Untuk kaum muslimat ianya hanya harus. Jika bersuami, ia perlu mendapat kebenaran suami dan perlu menjaga fitnah.
-Setelah kematian Nabi saw, Saidina Aishah as dapati setahun ke setahun para muslimat yang ke masjid tidak menjaga fitnah.
-Sehingga Saidina Aishah as menyatakan sekiranya Rasulullah saw masih ada sudah pasti baginda saw yang melarang muslimat ke masjid.
Nabi saw menyatakan bahawa bila semakin jauh daripada zaman baginda saw, keadaan umat akan semakin jauh daripada petunjuk.
-Semasa Saidina Umar ra telah mula ada golongan yang lari daripada ajaran Nabi saw. Iaitu ada golongan yang cuba lari daripada membayar zakat.
Kini telah 1,400 lebih Nabi saw meninggalkan kita. Maka semakin tinggi cabaran untuk umat Islam.
-Kelebihan kita berbanding umat terdahulu ialah kitab al-quran yang menjadi panduan kita tidak akan dapat dipinda. Walau pun ada yang cuba menyelewengkan al-quran ianya dapat dikesan.
-Walau bagaimana pun telah banyak berlaku orang yang meminda al-quran secara perbuatan. Iaitu tidak ikut apa yang dinyatakan dalam al-quran dan sunnah.
-Solat berjemaah adalah fardhu kifayah untuk keseluruhan penduduk di sesuatu kariah. Iaitu ia bukan wajib pada semua orang. Bila telah ada beberapa orang yang melaksanakannya, maka tergugurlah kewajipan pada umat yang lain.
-Namun, jika seseorang itu meninggalkan solat jemaah tanpa uzur ianya adalah dicela.
-Setengah ulamak memasukkan orang yang tidak solat berjemaah sebagai salah satu daripada dosa-dosa besar.
-Jika di sesuatu kariah itu tidak ada orang yang mendirikan solat berjemaah maka semua orang di kariah berdosa. Kecuali yang tidak berdosa adalah yang keuzuran dan kanak-kanak.
Q: Jika solat jemaah tidak didirikan di masjid /surau, adakah solat jemaah yang dibuat di rumah masing-masing dapat melepaskan tanggungjawab fardhu kifayah?
A: Solat berjemaah perlu dilakukan di suatu tempat yang zahir syiar Islam (umum) dengan bilangan sekurang-kurangnya 3 orang.
-Solat berjemaah yang di buat di rumah tidak boleh melepas tanggungjawab untuk mewakili keseluruhan kariah.
Juga sekiranya jika kita dengan sengaja keluar berjemaah di luar kariah dan dalam masa yang sama solat berjemaah dalam kariah tidak dibuat maka kita juga berdosa. Walau bagaimana pun solat kita sah.
Juga sekiranya jika kita dengan sengaja keluar berjemaah di luar kariah dan dalam masa yang sama solat berjemaah dalam kariah tidak dibuat maka kita juga berdosa. Walau bagaimana pun solat kita sah.
-Jika sesuatu itu sukar untuk dilakukan maka hukum feqah memberikan kelonggaran.
-Ada ulamak menyatakan bahawa fardu kifayah itu bukan ke atas mukim tetapi ke atas kariah.
-Sabda Nabi saw: “Jikalau di satu kampung tidak ada tiga orang mendirikan solat berjemaah maka semua penduduk di kampung itu telah dikuasai oleh syaitan.”
-Bagi oramg yang buat berjemaah di rumah (suami isteri/anak-anak) dan solat berjemaah di masjid/surau tidak didirikan oleh semua orang, ia juga berdosa (walau pun solatnya sah).
-Di samping kita berjemaahvuntuk memenuhi kewajipan yang ditetapkan oleh Allah, ianya adalah juga titik permulaan kepada kesatuan ummah.
Itu sebab orang yahudi takut sekiranya orang Islam dapat mendirikan solat berjemaah lima waktu seperti solat jumaat.
Kepentingan Solat Berjemaah:
1. Untuk berada dalam kesatuan yang kukuh.
2. Jika tidak jaga solat berjemaah maka tidak boleh dicapai kesatuan ummah.
3. Sebelum masuk saf lagi, imam telah minta semua makmun rapat dan luruskan saf.
-Syeikh Idris al-Marbawi (penulis kitab Bahrul Mazi) menyatakan perbuatan tidak meluruskan saf adalah perbuatan bidaah Dhalalah.
-Syeikh Idris al-Marbawi (penulis kitab Bahrul Mazi) menyatakan perbuatan tidak meluruskan saf adalah perbuatan bidaah Dhalalah.
-Bila kita rapatkan saf ia akan tingkatkan kasih sayang sesama kita.
Lihatlah, bila kita bersahabat rapat, kita akan memeluk sahabat kita bila bertemu dan bila hendak berpisah.
Lihatlah, bila kita bersahabat rapat, kita akan memeluk sahabat kita bila bertemu dan bila hendak berpisah.
-Juga syaitan tidak dapat masuk di celah-celah saf yang telah dirapatkan.
4. Maka selepas solat berjemaah, kita hendaklah menyambung kesatuan di luar solat.
-Iaitu kesatuan yang kita dapat daripada solat berjemaah akan digunakan untuk memanjangkan kesatuan selepas solat.
-Iaitu kesatuan yang kita dapat daripada solat berjemaah akan digunakan untuk memanjangkan kesatuan selepas solat.
-Kisah Sultan Muhammad al-Fatih. Tenteranya tidak pernah meninggalkan solat berjemaah dan solat malam. Dengan bantuan Allah mereka dapat membuka kota Konstinopel.
-Sekarang umat Islam banyak terpinggir dan lemah kerana ramai yang meninggalkan solat berjemaah.
-Bantuan kepada umat Islam adalah tersembunyi pada keteguhan umatnya dalam melaksanakan urusan agama.
-Sabda Nabi saw: “Solat yang amat berat bagi orang munafik ialah solat Isyak dan Subuh.”
-Orang munafik ia terima Islam sekadar untuk menyelamatkan diri. Ia bukan hendak sangat akan solat. Jadi mereka pura-pura sahaja Islam.
Tempat mereka di akhirat kelak ialah di neraka yang paling bawah.
Tempat mereka di akhirat kelak ialah di neraka yang paling bawah.
-Namun jangan kita mudah-mudah untuk memunafikan dan mengyahudikan orang tidak datang solat berjemaah.
-Yang disebut dalam hadith Nabi saw tersebut adalah orang yang munafik tulin.
-Nabi saw menyatakan bahawa sifat/sifat orang munafik:
i. Bila bercakap ia berdusta
ii. Bila ia berjanji ia memungkari
iii. Bila diberi amanah ia khianat
iv. Bila bertengkar ia melebihi batas
i. Bila bercakap ia berdusta
ii. Bila ia berjanji ia memungkari
iii. Bila diberi amanah ia khianat
iv. Bila bertengkar ia melebihi batas
-Jika ada orang yang berperangai di atas kita tidaklah boleh menyatakan bahawa ia adalah orang munafik. Tetapi boleh sebut sebagai berperangai seperti orang munafik.
-Di zaman Nabi saw tidak ada orang yang tidak datang solat berjemaah melainkan ada keuzuran. Bahkan orang munafik pun pergi solat berjemaah.
-Pada masa sekarang, ramai yang tidak rasa bersalah tidak datang ke masjid/surau untuk berjemaah bila Tok Bilal azan memanggil kita untuk solat berjemaah.
-Walau pun Tok Bilal yang melaungkan azan, hakikatnya Allah yang memanggil kita ke masjid/solat.
-Walau pun Tok Bilal yang melaungkan azan, hakikatnya Allah yang memanggil kita ke masjid/solat.
-Justeru, untuk kembali kepada kegemilangan Islam, marilah kita mendirikan solat berjemaah.
-Ia menjadi titik kepada perpaduan Islam.
-Ia menjadi titik kepada perpaduan Islam.
Kita berdirilah dalam barisan Islam.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
Poker online dengan presentase menang yang besar
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
WA : +855969190856