السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 28 Julai 2019/ 25 Zulkaedah 1440H (Ahad) oleh Ustaz Sabran Jamil Ab Razak
● Pendahuluan
-Nabi SAW bersabda: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain daripada hari-hari yang sepuluh ini. Sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah saw bersabda: Walaupun berjihad di jalan Allah kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid).” (HR: Ahmad, at-Tirmizi).
-Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Demi waktu fajar dan malam yang sepuluh (yang mempunyai kelebihan di sisi Allah).” (Surah al-Fajr, ayat 1-2)
-Imam Ibnu Kathir berkata, yang dimaksudkan dengan ayat itu adalah sepuluh awal pada bulan Zulhijjah.
-Surah al-Hajj, ayat 28: “...dan hendaklah menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu..”
-Sebahagian ulama tafsir menyatakan, 10 hari awal pada bulan Zulhijjah ini kita perlu memperbanyakkan menyebut nama-nama Allah SWT.
-Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (HR Ahmad).
-Justeru, umat Islam perlu memperbanyakkan amalan bertahlil iaitu mengucapkan La ilaha illallah, bertakbir Allahu Akbar serta bertahmid dengan mengu capkan Alhamdulillah.
-Imam Bukhari berkata: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya juga kemudian turut bertakbir sama.”
-Jadi, tidak ada amalan yang mulia ganjarannya melainkan amalan di 10 terakhir bulan zulhijjah.
-Menurut ulamak, pada 10 pertama zulhijjah berkumpulnya segala rukun ibadat.
-Kata ulamak, 10 hari pertama zulhijjah ini lebih afdhal daripada 10 hari terakhir di bulan Ramadhan.
-Maka perlu banyakkan amalan. Antara amalan yang kita perlu buat:
1. Perbanyakkan membaca al-quran.
-Quran adalah mukjizat. Ia melemahkan musuh.
-Antara cara majikan dapat melembutkan staff ialah dengan membaca al-quran. Ambil ibrah daripada kisah Saidina Umar ra yang mendengar adiknya Fatimah ra membaca al-quran. Surah Toha, ayat 1-5.
-Nabi saw telah mendoakan agar Saidina Umar ra memasuki Islam.
1. Perbanyakkan membaca al-quran.
-Quran adalah mukjizat. Ia melemahkan musuh.
-Antara cara majikan dapat melembutkan staff ialah dengan membaca al-quran. Ambil ibrah daripada kisah Saidina Umar ra yang mendengar adiknya Fatimah ra membaca al-quran. Surah Toha, ayat 1-5.
-Nabi saw telah mendoakan agar Saidina Umar ra memasuki Islam.
2. Banyakkan berpuasa.
Puasa 1-9 Zulhijjah.
Puasa 1-9 Zulhijjah.
-Kita digalakkan berpuasa terutama pada hari Arafah pada 9 Zulhijjah.
-Nabi saw bersabda: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” (HR: Muslim)
-Bagi yang berkemampuan, Rasulullah SAW menggalakkan umatnya berpuasa dari 1 hingga 9 Zulhijjah selain memperbanyakkan bertaubat dan beristighfar.
3. Menyembelih ibadat korban.
4. Banyakkan bertakbir.
-Takbir zulhijjah adalah bermula pada 1 zulhijjah.
-Takbir zulhijjah adalah bermula pada 1 zulhijjah.
5. Tunaikan solat hari raya Aidil-adha.
-Jangan makan sebelum ke masjid.
-Jangan makan sebelum ke masjid.
6. Banyak berdoa pada Allah dan memohon keampunan kepada Allah.
7. Banyak mendirikan solat sunat
Kita melaksanakan solat sunat seperti dhuha, witir sebelum tidur dan sunat solat Rawatib (qabliyah dan ba’-diyah).
Kita melaksanakan solat sunat seperti dhuha, witir sebelum tidur dan sunat solat Rawatib (qabliyah dan ba’-diyah).
-Bagi orang yang dapat berulang-alik ke masjid selama 40 hari berturut-turut untuk bersolat subuh, maka ia akan terselamat daripada siksaan api neraka.
-Untuk mendidik anak-anak, kita hendaklah membuat bersama-sama. Kita bawa anak-anak kita solat berjemaah. Jangan kita suruh anak-anak solat, tapi ia buat bersendirian.
-Nabi saw bersungguh-sungguh berdakwah termasuk ke Yathrib untuk meningkatkan jemaah. Kehidupan bersama-sama bagi mendapat keredhaan Allah. Bukan kehidupan berseorangan.
-Kita hendak meninggalkan anak-anak yang soleh. Maka kita didiklah anak-anak kita sebaiknya. Kita hendak anak-anak yang dapat mendoakan kita.
-Kehidupan kita sentiasa diuji. Kita diuji dengan harta, takhta dan wanita (3 Ta). Kita perlu kekuatan untuk menghadapinya. Kita dekati diri kita pada Allah.
-Allah timpakan ujian kepada kita kerana Allah hendak beri kebaikan kepada kita.
-Bila Allah hendak kurniakan kebaikan kepada kita maka Allah akan timpa dengan ujian. Maka dengan kita redha, kita akan dapat redha Allah. Insyallah dengan redha Allah kita akan masuk syurga.
-Jika Allah tidak sayang kepada seseorang itu maka akan dibiarkan kekufuran dan kejahatan yang dilakukan.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
ayo daftarkan diri anda di AJOQQ :D
ReplyDeletemenangkan jackpot dengan sebanyak-banyaknya :D