Thursday, 18 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (129/2019): TIDAK TAHU? BERTANYALAH PADA YANG TAHU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Surau C7, Kompleks C, Putrajaya: 18 Julai 2019/ 15 Zulkaedah 1440H (Khamis) oleh Ustaz Harme

● Pendahuluan
-Kita jangan malu untuk belajar daripada orang lebih tahu.
-Sekiranya kita melakukan kesilapan di atas ketidaktahuan kita kita perlu jujur dan meminta maaf.
-Kita perlu jujur dan mampu memohon maaf serta membetulkan kesilapan yang berlaku.
-Nabi saw bersabda:
“Kamu adalah lebih tahu dalam urusan dunia kamu.”
-Orang yang alim adalah orang yang belajar dari kesalahan. Orang yang cerdik dan bijaksana serta sempuna pengetahuannya adalah orang yang berpengalaman.”
-Kisah pencantuman benih kurma jantan dan betina yang dibuat oleh petani di zaman Nabi saw. Ia telah ditegur oleh Nabi saw bahaw ianya satu perkara yang tidak berfaedah. Maka mereka memberhentikan apa yang dilakukan. Maka pada tahun berikutnya didapati hasil kurma berkurangan banyak. Maka Nabi saw menyatakan bahawa beliau berkata pencantuman itu tidak berfaedah itu atas sangkaannya. Maka Nabi saw menyatakan bahawa sesungguhnya kamu lebih tahu dalam urusan dunia kamu. Lalu mereka kembali membuat pencantuman benih tersebut.
-Nota:Biasanya pendebungaan boleh berlaku secara semulajadi iaitu melalui angin dan haiwan.
-Kisah salmam al-Parisi yang telah mencadangkan supaya digali parit semasa perang Khandak bila tentera Islam telah dikepung oleh tentera musuh. Salman memberi cadangan atas dasar pengalaman beliau. Lalu Nabi saw telah menerima cadangan beliau.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment: