Monday, 22 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (131/2019): PENGAJIAN KITAB ADABUL MUFRAD


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 19 Julai 2019/ 16 Zulkaedah 1440H (Jumaat) oleh Ustaz Bashir Mohamed Az-Azhari

Bab 24: Bolehkah Seseorang Anak Memangggil Ayahnya Dengan Gelaran Ayah (Kurniah)
Bab 25: Kewajipan Bersilaturrahim.
● Pendahuluan
Beberapa Adab Seorang Anak Terhadap Ibubapa:
-Tidak boleh seorang anak berjalan di hadapan ayah/ibu kecuali sebab tertentu(sakit, melindungi daripada musuh, dll).
-Tidak boleh duduk sebelum ibubapa
Makan.
-Tidak boleh memijak bayang-bayang ibubapanya.
-Surah al-Isra’, ayat 24:
وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ
Maksudnya: Dan rendahkanlah kepada kedua ibubapa kamu sayap kehinaan (rendahkan diri kamu) disebabkan perasaan kasih sayang (kepada mereka).”
-Surah Al-Nisa’, ayat 36:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa.
-Hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan bacaan doa (Surah Al-Isra’, ayat 24):
رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
Maksudnya: Wahai Tuhan, kasihilah keduanya (ibubapa ku) sebagaimana mereka mendidik aku semasa aku kecil.
Di negara Arab:
-Nama Ayah dinisbahkan dengan nama anaknya. Atau anak dinisbahkan dengan nama ayahnya.
-Kurniah Nabi saw antaranya ialah Abu Kassim, Abu Zahrah..
-Di kalangan orang Arab Ramai orang kenal nama kurnia. Contohnya Abu Hurairah, nama sebenarnya ialah Abdurahman bin Sakhr.
-Telah keluar bersama kami Abdullah bin Umar. Ia bawa anaknya iaitu Salim Ibnu Umar,maka bila masuk solat anaknya berkata kepada ayahnya: “kita solat dulu Ya Abu Abdul Rahman..”
-Tidak menjadi sesuatu yang dianggap tidak sopan memanggil nama kurnia di kalangan bangsa Arab.
-Di negara Mesir, si isteri memanggil suami dengan nama sahaja. Ia sudah menjadi adat setempat di sana.
-Tidak menjadi kesalahan kita mencipta nama kurnia kita sendiri. Antaranya dinisbahkan dengan nama anak yang pertama. Atau dinisbahkan dengan nama ayah. Jika diniatkan untuk ikut para sahabat Nabi saw maka ia dapat pahala.
-Laqaf (Nama samaran/gelaran. Ia tidak dinisbahkan kepada nama keluarga).
Abu Has (singa) adalah gelaran kepada Saidina Umar ra.
Jadi dalam Islam memanggil nama ayah dengan gelaran pun diambil perhatian.
Bab 25: Kewajipan Bersilaturrahim.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Nabi saw menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.(HR: Muslim, 2548).
-Sabda Nabi saw: “wahai Rasulullah, siapakah yang patut aku berbuat baik. Jawab Nabi saw, ibu mu, ayah mu, datuk mu, pelayan-pelayan mu (para pekerja)...”
Usul (ibubapa) & Furuq (adik beradik dan seterusanya).
Kemudian pelayan-pelayan termasuk pekerja-pekerja.
-Yang perlu dilebihkan ialah Usul (ibubapa, datuk/nenek).
-Kenapa dalam berbuat baik Nabi saw minta mulakan ibu kemudian ayah (ini kerana ibu amat memelihara dan memberi kasih sayang pada anak).
Tetapi dalam berbuat taat maka Nabi saw letakkan bapa dahulu (ini kerana bapa yang beri arahan).
-Imam al-Nawawi yang menukilkan pendapat para ulama yang menjelaskan sebab-sebab didahulukan seorang ibu dengan kata mereka: ‘’Sebab didahulukan seorang ibu (dalam berbuat baik) adalah kerana banyaknya kepenatan yang ditanggung oleh seorang ibu disebabkan anaknya. Demikian juga kerana sifat kasih dan sayangnya ibu kepada anak, serta berterusannya kepayahan yang ditanggungnya sepanjang proses mengandungkan anak, kemudian melahirkannya, kemudian menyusukannya, kemudian mendidik dan membesarkan anak serta sakit yang ditanggungnya sepanjang proses tersebut’’. (Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi 16/79).
Surah Al-Ahqaf, ayat 15:
حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
Maksudnya: Seorang manusia itu, dia telah dikandungkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kesukaran dan begitu juga dia dilahirkan oleh ibunya dalam keadaan yang penuh kepayahan. Dan kandungan serta susuan (kepada anak) adalah selama tiga puluh bulan.
Hadith # 48:
Perintah dakwah secara terang-terangan:
وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ ﴿٢١٤﴾ وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿٢١٥
Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat. Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iatu orang-orang yang beriman. (Asy-Syu’ara :214
-Ayat tersebut adalah perintah kepada Nabi saw berdakwah terang-terangan untuk mengajak manusia kepada Allah.
Hadith Nabi saw:
-Tatkala turun ayat perintah dakwah secara terang-terangan, Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi saw melaksanakan firman Allah dengan mengumpulkan semua keluarga dan kerabatnya lalu berkata kepada mereka (HR Muslim):
“Wahai Bani Ka’ab bin Lu’ai, selamatkan diri mu dari api neraka! Wahai Bani Murrah bin Ka’ab, selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai Bani ‘Abd Shams, selamatkan dari kamu dari api neraka, Wahai Bani ‘Abd Manaf selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai Bani Hashim, selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai bani Abdul-Muttalib, selamatkan diri kamu dari api neraka! Wahai Fathimah selamatkan diri kamu dari api neraka! Sesungguhnya, aku tidak akan dapat membela kalian di hadapan Allah, selain bahwa kalian mempunyai tali kekeluargaan yang akan aku sambung dengan hubungannya.”
(Rujuk Sahih Bukhari, hadith 3529)
-Nabi saw telah memberi peringatan dan amaran keras kepada kaum keluarganya.
-Bila kita berdakwah kepada umum, kita hendak sampai kebaikan kepada mereka.
Jika kita menasihat orang yang bukan keluarga maka kita lebihkan nasihat yang berbentuk berita gembira (Busra).
Tetapi kita berdakwah kepada ahli keluarga perlu ada dua-dua busra dan inzar.
-Hadith ini tidak bererti bukan Nabi saw tidak mahu beri syafaat.
-Keluarga Nabi saw yang digelar Ahli Bait daripada jalur Saidina Fatimah yang kahwin dengan Saidina Ali ra , cucu Nabi saw..Saidina Hassan dan Saidina Hussin.
-Jadi jangan kita berbangga-bangga dengan hubungan rapat kita dengan orang alim (seperti anak ulamak dll).

-Pada satu hari Saidina Umar balik ke rumah untuk berehat. Maka dipesan kepada anaknya supaya tidak menerima sebarang tetamu yang datang. Ramai yang datang dan telah diberitahu bahawa Saidina Umar ra tidak mahu bertemu sesiapa. Lalu mereka balik.
-Maka kemudian Saidina Hassan bin Ali datang untuk berjumpa Saidina Umar ra. Anak Saidina Umar ra juga tidak membenarkannya masuk.
-Maka bila Saidina Umar ra keluar daripada istirehatnya ia marah kepada anaknya kerana tidak membenarkan cucu Nabi saw untuk masuk berjumpanya.
-Kebanyakan jalur Saidina Hussin berada dibYaman, Syria, India.
-Ahmad bin Isa ialah cucu Saidina Hussin ra yang keempat ia teah pergi ke Hydriamaut di Yaman.
Jadi daripada hadith di atas, paling utama untuk kita bersilaturrahim dan berbuat kebaikan ialah ahli keluarga kita sendiri.
-Berilah kaum kerabat kamu haknya..
Jadi kita boleh beri kasih sayang,ikatan silaturrahim, bantuan kewangan, ziarah, dll.
-Dalam al-quran juga nyatakan berilah bantuan kepada darah daging kamu terlebih dahulu.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

1 comment:

  1. cuma di sini agen jud! online dengan proses yang sangat cepat :)
    ayo segera daftarkan diri anda di agen365 :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete