Monday 25 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (240/2019): DOSA BESAR (DERHAKA KEPADA IBU BAPA, BERZINA , MENSYIRIKKAN ALLAH SWT, SUMPAH PALSU DAN MEMUTUSKAN SILATURRAHIM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 24 November 2019/ 28 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Haji Mohd Meeftah

●Pendahuluan
-Nabi saw bersabda seseorang lelaki yang memakai pakaian bercampur sutera maka tidak ada habuan baginya di hari akhirat.
-Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Umar dari Umar ibnu Khathab ra, bahawasanya ketika dia melihat kain sutera yang dijual di depan pintu masjid, maka dia berkata: "Wahai Rasulullah sukakah engkau membeli kain sutera ini untuk kau pakai pada hari jumaat dan untuk menyambut delegasi luar daerah yang datang padamu". Jawab Rasulullah saw: "Sesungguhnya yang pantas memakai sutera ini hanyalah orang yang tidak mendapatkan bahagian di hari akhirat nanti." Tapi setelah beberapa waktu ketika Rasulullah saw diberi hadiah beberapa helai kain sutera; maka salah satu dari kain itu diberikan padaku, aku berkata: "Wahai Rasulullah saw mengapa engkau memberi kain sutera padaku, padahal engkau telah melarang memakainya." Sabda Rasulullah: "Aku memberikan kain itu padamu bukan untuk kamu pakai, tetapi supaya kamu memberikannya kepada seseorang atau kamu menjualnya." Akhirnya Umar memberikan kain itu kepada saudaranya laki-laki seibu yang masih musyrik.”
-Sabda Nabi saw: “Mengkhabarkan padaku Abu Zubair bahawasanya dia telah mendengar Jabir ra berkata: "Rasulullah saw pernah memakai mantel dan sutera kasar yang dihadiahkan pada beliau, tetapi beliau melepasnya dan mengirimkannya kepada Umar. Maka Umar bertanya padanya: "Wahai Rasulullah, engkau telah melepas kain sutera itu, tetapi mengapa kamu memberikannya padaku? Jawab beliau: "Jibril telah melarangku memakainya. "Tiba-tiba Umar menangis dan berkata: "Wahai Rasulullah saw, engkau tidak menyukai baju itu, tetapi mengapa engkau memberikannya padaku?" Sabda beliau: "Aku memberikan pada mu bukan untuk kamu pakai, tetapi supaya kamu jual." Akhirnya Umar menjualnya dengan harga dua ribu dirham."

Sunday 24 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (239/2019): SIRAH SAIDINA TUFAIL BIN AMRU AL-DAUSI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 24 November 2019/ 27 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Murshidy Mustapha.

●Pendahuluan
-Beliau antara para sahabat yang awal memeluk Islam.
Keperibadian Baik Beliau:
-Beliau suka memberi makan dan memberikan keamanan kepada orang (tempat tinggal) yang memerlukan.
-Beliau ahli syair yang mahir
-Beliau dari golongan bangsawan dan berharta.
-Beliau merupakan pemimpin kepada kabilah ad-Dausi di Yaman. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan berpengaruh.
-Pada satu hari beliau bergerak daripada kampung halaman beliau ke Mekah untuk buat ibadat di Kaabah.
Beliau tidak tahu bahawa ketika itu di Mekah sedang berlaku permusuhan/pertikaian antara Nabi saw dengan kafir Jahilliah.
-Nabi saw menyeru masyarakat Jahilliah kepada keselamatan dan keimanan kepada Allah. Orang Jahilliah melakukan sebaliknya.
-Mereka saling untuk mendapatkan ansar (pertolongan) dan pengaruh.
-Bila Saidina Tufail sampai di Mekah maka ramailah pembesar Jahilliah Mekah yang datang meraikannya.
Mereka ingin menambah pengaruh mereka.
-Kemudian mereka berkata kepada Saidina Tufail bahawa ada seorang lelaki yang hendak memecahkan keluarga dan masyarakat.
Maka mereka minta Saidina Tufail jangan bercakap dengan lelaki itu dan jangan dengar tutur kata lelaki itu.
-Iaitu orang Jahilliah Mekah telah menyatakan kepada Saidina Tufail tentang Nabi saw. Mereka memburuk-burukkan Nabi saw.
-“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhi mu dan kaum mu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (238/2019): BERILAH NAMA YANG BAIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 23 November 2019/ 26 Rabiulawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Harme

●Pendahuluan
-Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwaththa menyatakan Nabi saw bersabda: “Ada seekor unta betina yang akan diambil susunya. Siapakah yang boleh memerah susu unta tesebut. Lalu bangun seseorang lelaki. Nabi saw bersabda, siapakah nama kamu. Lalu jawab lelaki itu, nama saya Murrah (kepahitan/bakhil). Lalu Nabi saw bersabda kepada lelaki itu, duduklah kamu. Lalu Nabi saw bersabda siapakah yang boleh bangun memerah susu unta ini. Bangunlah seorang lelaki yang lain. Kemudian Nabi saw bersabda siapakah nama kamu. Jawab lelaki tersebut, nama saya Harb (perang). Lalu kata Nabi saw bersabda duduklah kamu. Lalu Nabi saw bersabda lagi, siapakah yang boleh bangun memerah susu unta ini. Maka bangun lelaki yang ketiga. Lalu Nabi saw bersabda, siapakah nama kamu. Jawab lelaki tersebut, nama saya Yaish (dia tinggal/sedang hidup). Maka Nabi saw bersabda kepada beliau, perahlah susu unta betina itu.”
-Hadith tersebut adalah dinyatakan dalam kitab al-Muwaththa ditulis oleh Imam Malik bin Annas.
-Jadi dalam hadith ini diceritakan pada satu hari Nabi saw meminta untuk dibawa unta betina untuk diperahkan susunya.
-Lelaki pertama bernama saya Murrah (bakhil). Lalu baginda saw suruh ia duduk. Lelaki kedua bernama Harb (perang). Baginda saw juga menyuruhnya duduk. Lelaki yang ketiga bernama Yaish (sedang hidup) barulah Nabi saw menyuruhnya memerah susu unta betina tersebut.
-Dua nama itu iaitu murrah (bakhil) dan harb (perang) adalah nama yang tidak baik.
-Pada zaman masyarakat arab dahulu memang mereka suka memberi nama sedemikian.
-Hadith ini memberi makna bahawa Nabi saw suka mendengar sesuatu yang positif dan baik.
-Namun ia bukan bererti nama itu membawa malang.
-Nabi saw bersabda bahawa tidak ada sesuatu membawa malang.
-Maka penting untuk kita berkata dengan perkataan yang positif.

Friday 22 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (237/2019): APA ADA DALAM PERKAHWINAN?


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Putrajaya: 22 November 2019/ 26 Rabiulawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Bakhtiar Fitri Abdul Hamid (Perunding Motivasi Kekeluargaan)

Sumber: Kitab Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Karya Dr Abdullah Nasih Ulwan)

●Pendahuluan
-Ibubapa perlu memberi perhatian kepada anak-anak semasa cuti persekolahan sekarang ini. Perkara yang sukar dibuat semasa persekolahan boleh dibuat semasa cuti.
-Selain membawa anak-anak berjalan (holiday), hadiah terbesar untuk anak-anak ialah membawa mereka ke masjid/surau.
Kita perlu seimbangkan dalam menghiburkan anak-anak dengan mendidik kerohaniannya.
-Kewajipan ibubapa kepada anak-anak ialah mengajar mereka solat.
-“Siapa yang menjaga solat lima waktu maka tidak tertulis namanya dalam senarai orang yang lalai.”
-Nabi saw menyatakan, ajarlah anak kamu tiga perkara:
i. Cinta Nabi saw
ii. Cinta keluarga Nabi saw
iii. Baca al-quran
-Sempena cuti sekolah ini hendaklah kita merancang pengisian kerohanian bersama anak-anak.
-Masa anak-anak kecil biarlah kita bersusah payah mendidik anak-anak. Jangan kita kecewa dan susah semasa kita tua nanti.
-Ibu dan bapa berselisih dalam mendidik anak-anak adalah perkara biasa.
Tetapi luar biasa ialah bila ibubapa membiarkan anak-anak tanpa mendidikan keagamaan mereka. Jangan biarkan anak-anak tidak solat.
-Perkahwinan perlu disuburkan dengan tiga perkara:
i. Kasih sayang
ii. Kemesraan
iii. Perasaan belas kasihan
-Dalam setengah perkahwinan, kasih sayang telah hilang. Bila umur telah lanjut banyak yang membawa diri masing-masing.
-Banyak perkahwinan kekal hanya kerana simpati. Isteri yang paling kuat simpati berbanding suami.
-Isteri akan masuk syurga dengan jalan suami.
-Surah ar-Ruum, ayat 21: “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
-Ayat di atas, Allah berfirman bahawa dijadikan kehidupan berpasang-pasangan untuk bermesra dan berkasih sayang.
-Kasih sayang
-Kemesraan
-Belas kasihan
Apa ada dalam perkahwinan?
Mengikut ulamak, perkahwinan ialah:
i. Kerjasama antara suami dan isteri.
ii. Suami isteri saling bantu membantu membangunkan keluarga.
iii. Suami isteri saling menyempurnakan keperluan kehidupan berumahtangga.
-Antara khidmat isteri ialah mengurus rumah tangga dan mendidik anak-anak.
Ianya selari dengan sifat keperempuanan isteri.
-Suami bekerja sesuai mengikut kelakiannya. Suami hendaklah membantu membuat kerja rumah terutamanya kerja yang berat-berat.
Perlu sama-sama bincang apa yang suami perlu buat dan apa yang isteri perlu buat.
-Suami isteri yang berkasih sayang ia perlu saling membantu dalam menguruskan rumahtangga.
-“Suami adalah pemimpin kepada keluarga.”
-Perkahwinan juga dibina mewujudkan perasaan kasih sayang seorang ayah kepada anak-anak.
-Ibu bapa perlu mengambil berat kepentingan anak-anak.
-Bila anak-anak telah besar dan mempunyai kehidupan sendiri maka ibubapa boleh merapatkan hubungan dengan anak-anak dengan mengambil berat keperluan mereka.
Kita bantu untuk selesaikan anak-anak.
-Pemilihan pasangan atas agama (~bersambung).
Lima keperluan kehidupan:
-Makan dan minum
-Kehidupan yang selamat
-Kasih sayang
-Penghargaan diri
Kita perlu menggunakan masa yang berkualiti dengan isteri dan anak-anak.
-Dalam mendidik anak-anak jangan sekali-kali suami “membawang isteri” dengan anak-anak dan jangan sekali-kali isteri “membawang suami” dengan anak-anak.
-Jika ada perselisihan maka hendaklah ayah/emak rasionalkan perkara yang berlaku kepada anak-anak.
-Kita banyakkan selawat ke atas Nabi saw dan kita buat kebaikan kerana Nabi saw suka.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Thursday 21 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (236/2019): ARASY DAN KURSI ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Seberang Jaya, Seberang Prai, Pulau Pinang: 19 November 2019/ 23 Rabiulawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Zakaria Hamzah

●Pendahuluan
-Bermula kursi itu jisim yang sangat besar.
-Kita tidak mungkin dapat memahami dan menjangkau arasy dan kursi Allah swt, kita hanya mampu mengenali namanya sahaja.
-Mengikut Ibnu Abbas ra jarak antara kursi ke langit kelima adalah 500 tahun perjalanan.
-Bila disebut kursi dalam al-quran maka kita serahkan bagaimana hakikatnya kepada Allah.
-Ini kerana kita tidak tahu hakikat tentang Arasy dan Kursi. Hanyalah Allah yang mengetahui. Kita serahkan hakikatnya kepada Allah.
-Maka wajiblah untuk setiap mukalaf untuk berfirman dalam al-quran.
-Surah al-Buruuj, ayat 15 & 16: “Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya. Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.”
-Iaitu Arasy itu adalah milik Allah. Tiada melemahkan ia akan sesuatu.
i. Allah yang menciptakan Arasy. Ia milik Allah.
ii. Allah Maha luas limpah kurnia dan pemurah
iii. Allah sangat memperbuat. Allah boleh buat apa sahaja yang Allah
iv. Allah tidak boleh dilemahkan oleh sesuatu. Allah mempunyai kuasa yang mutlak.
-Allah yang mengangkatkan akan orang mukmin di syurgaNya.
i. Allah angkat kedudukan orang mukmin dalam syurga
ii. Allah yang menciptakan Arasy
-Surah al-Baqarah, ayat 255: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”
-Arasy itu lebih luas dari langit yang tujuh dan bumi yang tujuh. Bagaimana? Kita tidak tahu.
Hanya Allah nyatakan ia lebih luas daripada bumi.
-Kursi dan Arasy adalah dua makhluk yang berbeza.
-Sabda Nabi saw: “Kursi itu umpama satu besi yang dicampakkan pada satu padang yang luas.”
Arasy lebih besar daripada kursi.
-Mengikut imam Abu Jaafar: “Dan ia Allah terkaya daripada Arasy dan barang yang lain.”
-Jadi Allah tidak berhajat pada sesuatu. Kita yang berhajat kepada Allah.
-Kita beribadat bukan untuk Allah. Ia adalah untuk kita. Kita yang berhajat kepada Allah.
-Saidina Abu Bakar ra berkata semasa kewafatan Nabi saw: “Wahai sidang jemaah sekelian, sesiapa yang menyembah Muhamad, ia telah wafat. Siapa yang menyembah Allah ia hidup. Apakah jika Muhamad saw wafat menyebabkan tumit kamu berpaling ke belakang. Siapa yang berpaling tumitnya ke belakang ia tidak memberikan kesan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani orang yang bersyukur.”
-Saidina Umar ra bila dinyatakan bahawa jika ada orang yang mengatakan bahawa Nabi saw wafat maka ia akan memancungnya.

Wednesday 20 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (235/2019): TADFABUR AL-QURAN, SURAH AL-AHZAB


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Jami’ Ar Rahman, Kampung Paya Kelubi/Kampung Tempoyak, Pendang, Kedah: 20 November 2019/ 23 Rabiulawal 1441H (Rabu).


Sumber: surah Al-Ahzab, ayat 44-50 (ms: 424).

●Pendahuluan

-Surah al-Ahzaab, ayat 44: “Sambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan untuk mereka pahala balasan yang mulia.

-Surah al-Ahzaab, ayat 45: “
Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).”

-Surah al-Ahzaab, ayat 46: “Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.”

-Surah al-Ahzaab, ayat 47: “Dan (dengan itu) sampaikanlah berita yang mengembirakan kepada orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya mereka akan beroleh limpah kurnia yang besar dari Allah.”

-Surah al-Ahzaab, ayat 48: “Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).”

-Surah al-Ahzaab, ayat 49: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang idah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.”

-Surah al-Ahzaab, ayat 50: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya, dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan Allah kepadamu sebagai tawanan perang; dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu; dan (Kami telah halalkan bagimu) mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada Nabi (untuk dikahwininya dengan tidak membayar maskahwin) kalaulah Nabi suka berkahwin dengannya; perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata, bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya; sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki; - supaya tidak menjadi keberatan bagimu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

-Salam kepada orang beriman
-Rahmat dan Pahala daripada Allah buat orang beriman.

-Allah beri peringatan bagi orang yang beriman.

-Nabi saw tahu siapakah orang yang beriman. Ia ada cahaya pada wajahnya.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Saturday 16 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (234/2019): BANYAKKAN KEBAIKAN UNTUI BEKALAN DI AKHIRAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Al-Arifin, Padang Katong, Kangar, Perlis: 16 November 2019/ 18 Rabiuawal 1441H (Sabtu).


●Pendahuluan

-Nabi saw walau pun telah dijamin syurga oleh Allah sentiasa beristigfar dan mendirikan solat malam. Baginda saw menyatakan ia adalah untuk rasa berterima kasih dan bersyukur kepada Allah.

-Nabi saw menyatakan bahawa memikir sejenak & menghayati akan kejadian yang Allah buat adalah lebih berharga daripada dunia dan isinya

-“Seorang yang melakukan perkara keji kemudian ia bertaubat dan melakukan kebaikan maka Allah mengampunkan dosa-dosanya yang lalu.”

-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya pada hari kiamat didatangkan seorang lelaki yang badannya besar dan berisi tetapi di sisi Allah tidak ada timbangan amal kebaikan yang boleh ditimbang melainkan seberat sayap nyamuk.”

-Jadi janganlah kita menjadi seorang insan yang tidak ada sebarang kebaikan yang boleh ditimbang di akhirat kelak.

-Surah Kahfi, ayat 21: “Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka.”

-Sabda Nabi saw telah menyatakan banyak perbuatan yang boleh menyucikan dosa. Antaranya:

i. Orang yang melangkahkan kakinya berjemaah ke masjid

ii. Orang yang duduk dalam masjid menunggu solat dan berada dalam majlis ilmu

iii. Orang yang mengambil wuduk dalam keadaan yang susah

iv. Orang yang memberi makanan kepada orang lain

v. Orang yang memberi ucapan dengan ucapan yang lembut.

vi. Orang yang meninggalkan perkara yang mungkar

vii. Orang yang mencintai orang yang miskin

viii. Orang yang mencintai orang yang mencintai ku (Nabi saw)

-Sabda Nabi saw: “Mahukah aku beritahukan perkara yang dapat menghapuskan dosa dan meninggikan darjat? Menyempurnakan wuduk, sering melangkah ke masjid dan menunggu solat selepas solat. Semua itu ialah ribat”.(HR:  Muslim).

-Sabda Nabi saw: “Jika seseorang bersuci di rumahnya, lalu ia melangkah ke masjid untuk menunggu solat, maka dua malaikat menulis baginya bagi setiap langkah 10 kebaikan”.(HR: Ibn Hibban).

-Sabda Nabi saw berwasiat untuk kita lakukan tujuh perkara :

1. Supaya mencintai orang-orang miskin dan dekat dengan mereka.

2. Melihat kepada orang yang berada di bawahku dan tidak melihat kepada orang yang berada di atas.

3. Menyambung silaturahim meskipun mereka berlaku kasar.

4. Memperbanyakkan ucapan Laa Hawla wa Laa Quwwata illa Billah (Tidak ada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan Allah).

5. Mengatakan kebenaran meskipun pahit.

6. Tidak takut celaan orang yang mencela ketika berdakwah kepada Allah.

7. Tidak meminta-minta sesuatu pun kepada manusia.

-Syukur kepada Allah yang mengekalkan kita untuk membuat kebaikan dan agar kita mendapat syafaat daripada Nabi saw.

-Semoga kita diberi kekuatan untuk menyampaikan ilmu yang diperolehi kepada orang lain.

-Kita semua adalah dikehendaki menyampaikan dakwah. Maka sama-samalah kita menyampaikan ilmu yang kita pelajari kepada orang lain.

-Surah al- Muddaththir, ayat 1-7: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan kepada Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaran-Nya. Dan (pada) pakaianmu, maka hendaklah kamu bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh).”

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Monday 11 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (233/2019): TANGGUNGJAWAB PERKAHWINAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 11 November 2019/ 15 Rabiulawal 1441H (Isnin).

Ustaz Nik Mohd Sukiman Nik Yusof

Sumber: Kitab Apakah Maknanya Saya Menganut Islam

●Pendahuluan

-Surah Ar-Rum, ayat 21: “Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan."

-Surah al-Nur, ayat 32: “Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui."

-Kita perlu mencari pasangan (suami/ isteri) yang baik akhlak. Isteri adalah cerminan kepada suami.

-Kita perlu berusaha dan sabar untuk mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah.

Sesiapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian darjatnya maka

-Sabda Nabi saw: “Wanita dikawini kerana empat hal : Kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu pilih kerana agamanya (ke-Islamannya), sebab kalau tidak demikian, nescaya kamu akan celaka”. (HR: Bukhari 6:123, Muslim 4:175).

-Sabda Nabi saw: “ Daripada Ma’qil bin Yasar berkata: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi saw lalu berkata: “Sesungguhnya aku telah bertemu dengan seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan cantik tetapi dia seorang yang tidak boleh melahirkan anak. Maka, apakah aku boleh menikahinya? Rasulullah saw menjawab: “Jangan.” Kemudian lelaki itu datang buat kali yang kedua maka Baginda saw juga melarangnya. Lalu lelaki itu datang buat kali yang ketiga, maka Nabi saw bersabda: “Kahwinilah kamu akan wanita yang penyayang, subur kerana aku merasa bangga dengan memiliki umat yang banyak.” (HR: Abu Daud (1050)).

-Sabda Nabi saw: “Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya semata-mata nescaya kemungkinan kecantikannya akan membinasakannya, dan jangan kamu mengahwini perempuan kerana hartanya nescaya kemung­kinan hartanya menyebabkannya melampaui batas, tetapi kahwinilah perempuan kerana dinnya. Adalah seorang ammah yang berkulit hitam itu, tetapi mempunyai din, lebih baik bagi kamu.”

-Jadi, tujuan berkahwin adalah untuk mengikut sunnah Nabi saw. Jika niatnya selain daripada itu maka hendaklah kita betulkan niat.

-Nabi saw menyuruh kita berkahwin untuk menjaga penghormatan dan pandangan. Ia juga kerana agama dan untuk meramaikan umat Nabi saw.

-Perkahwinan hendaklah ditegakkan di atas asas aqidah Islam dan taqwa.  Kesucian hukum-hukum mengenai rumahtangga Islam berdiri atas kesucian aqidah dan taqwa.

-Kehidupan rumahtangga Islam dikira sebagai ibadah dan ‘ubudiyah kepada Allah

-Perkahwinan yang Allah kurniakan keberkatan akan membolehkan kita mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat.
Petanda keberkatan ialah merasa cukup dengan rezeki kurniaan Allah.

-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah.” (HR Muslim no. 1467).

Isteri yang solehah:

i) Isteri yang soleh adalah pembantu suami dalam beramal menegakkan Islam.

ii) Isteri yang soleh dapat mengingatkan suami jika berlaku kealpaan (kelalaian).

iii) Isteri yang soleh memberikan peransang kepada suami untuk bermujahadah tanpa menghalangnya (begitu juga bagi suami yang soleh – pemimpin rumahtangga).

iv) Isteri yang soleh menjaga diri ketika ketiadaan suami di rumah walaupun lama pen­inggalannya. Isteri yang soleh membesarkan anak-anak dengan didikan Islam.

-Suami perlu bersifat baik terhadap isteri dan anak-anak.

-Sabda Nabi saw: “Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah orang bersifat baik terhadap isteri dan anak-anak..”

-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik kalian, adalah orang yang paling baik terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap keluargaku.” (HR: Tirmizi).

-Sabda Nabi saw: “Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap isterinya.” (HR:  Ahmad).

-Surah al-Tahrim, ayat 6: “Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.”

-Sabda Nabi saw: Daripada Ibn Umar bahaw Nabi saw bersabda: “Ketahuilah setiap daripada kamu adalah penjaga (pemimpin), dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dijaga. Seorang raja adalah penjaga bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dijaga. Seorang suami adalah penjaga (pemimpin) bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah penjaga bagi rumahtangga suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dijaganya. Seorang hamba adalah penjaga bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dijaganya. Ketahuilah setiap kamu adalah penjaga (pemimpin), dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu jaga (pimpin).”

-Hendaklah kita sentiasa letakkan dalam diri kita kecintaan kepada Nabi saw. Setiap perkara kita ingat kepada sunnah Nabi saw.

-Bila kita pergi ke majlis ilmu maka kita sampaikan/kongsikan dengan isteri dan anak-anak.

-Ilmu itu jika tidak diamalkan umpama pokok tidak ada buah. Ia juga umpama kereta tanpa steering.

-Surah a-Hujurat, ayat 13: “Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa di kalangan kamu.”

-“Kebahagian itu tidak terletak pada kerja-kerja meng­himpunkan harta tetapi orang yang bertaqwa itulah yang merasai kebahagiaan sebenar.”

-Surah An-Nahl, ayat 97: “Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka dengan memberikan pahala yang lebih daripada apa yang mereka telah kerjakan.”

-Allah jadikan siang hari untuk menguruskan kehidupan dan malam untuk kerehatan. Maka hendaklah kita mencari keseimbangan dalam kehidupan.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (232/2019): DEKATLAH DIRI KAMU KEPADA ALLAH PADA SEPERTIGA MALAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Zohor@Masjid Al-Muktafi Billah, Kuala Terengganu, Terengganu: 11 November 2019/ 14 Rabiuawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Ahmad Mustaqim Azmi

(Kitab Al-Azkar ~Keagungan Zikir & Doa Harian).

●Pendahuluan

-Syukur kerana kita sentiasa dapat mendirikan solat berjemaah dan semoga hati kita sentiasa bertaut kepada rumah Allah.

-Surah Adz-Dzariyat, ayat 55: “Dan tetaplah memberi peringatan, maka sesungguhnya peringatan itu memberi faedah kepada orang mukmin.”

-Tugas untuk memberi peringatan amar ma’aruf dan nahi mungkar perlu dijalankan pada setiap waktu, selagi mana kita masih hidup.

-Sabda Nabi saw: “Waktu paling akhir antara tuhan dengan hambaNya ialah ketika sepertiga malam. Jika kalian mampu berzikir ketika itu maka lakukanlah.”

-Dalam hadith yang lain,dinyatakan waktu paling yang hampir dengan Allah ialah waktu ketika kita sujud dalam solat.

-Jadi sesungguhnya Allah dekat dengan kita. Maka kita mohon dan mengadulah kepada Allah.
Kita menangislah satu pertiga malam.

-Kita banyakkan berzikir dan solat malam pada waktu tersebut.

-Kita mohonlah keampunan lebih daripada memohon hajat.

-Moga Allah mematikan kita dalam keadaan dosa kita yang diampunkan dan kita mati dalam keadaan hati yang sejatera. Aamiin.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Sunday 10 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (231/2019): KEHIDUPAN ORANG MUKMIN SEGALANYA TERTAKLUK KEPADA SYARIAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid al-Abrar, Bukit Tok Beng, Kuala Nerus, Terengganu: 10 November 2019/ 14 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Haji Tarmizi bin Yusuf

●Pendahuluan

-Kehidupan seorang Islam itu tidak akan terlepas daripada syariat Islam.
Bebas daripada syariat bererti bebas daripada Allah.

-Pemikiran berasas tauhid (akidah) perlu sentiasa ada pada kita. Maka dalam semua tindakan kita akan berpaksi kepada mendapat redha Allah. Kebijaksanaan akal kita tidak membawa kita melangkaui perintah Allah yang dibawa oleh Nabi saw.

-Tidak ada yang boleh dibuat semata-semata menggunakan akal dan logik.
Banyak yang kita buat adalah taatbudi. Iaitu kita buat kerana kepercayaan dan ketaatan kita kepada Allah yang sepenuhnya.

-Menurut ulamak, Iman itu bukan sekadar kepada kepercayaan dan keyakinan tetapi perlu diterjemahkan kepada tindakan dan kepatuhan.

-Setiap apa jua pekerjaan dan perbuatan manusia adalah tertakluk kepada lima perkara iaitu:

-Wajib
-Sunat
-Haram
-Makruh
-Harus

-Dalam perkara-perkara fekah akan terdapat perbezaan pendapat bagi perkara selain daripada hukum yang telah jelas. Seperti menyamak najis memerlukan 7 basuhan bagi mazhab Imam Syafie berbeza dengan pandangan imam yang lain (iaitu ijtihad yang berbeza).

Undang-undang tersebut dinamakan ia hukum syarak atau hukum taqlikfiah.

-Nota: Hukum talkin adalah sunat.

-Melangkah ke Masjid baik. Masuk kaki kanan dan keluar kaki kiri.

-Melangkah ke pasaraya makruh. Masuk dengan kaki kiri dan keluar kaki kanan.
Semua tempat yang ‘keji’ masuk dengan kaki kiri dan keluar kaki kanan (seperti ke tandas dan lain-lain).

-Imam Ghazali menyatakan bahawa bila seorang dapat hidayah dan takut kepada Allah maka ia akan mencari ilmu untuk mengenal Allah.

-Jadi, sekiranya seorang itu tidak mahu belajar untuk mengenal Allah ia belum mendapat hidayah.

Maka sama-samalah kita belajar untuk mengenal agama.

●Penutup

《May Allah give us ability to practice what had been said/written》

اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (230/2019): AKU TELAH SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 9 November 2019/ 13 Rabiulawal 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Surah al-Maidah, ayat 3: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”
-Surah ali-Imran, ayat 85: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.”
-Surah al-Hajj, ayat 38: “Sesungguhnya Allah membela golongan yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”
-Kita baca sirah Nabi saw untuk kita mengikuti sunnah Nabi saw dan sebagai tanda sayang kita kepada baginda saw.
Nabi saw sentiasa memelihara wuduk.
-Semasa Nabi saw sedang sakit sebelum wafat, baginda saw telah mengumpulkan para sahabat. Lalu Nabi saw telah naik ke mimbar lalu bersabda:
Sabda Nabi saw: “Adakah aku sampai kepada mu bahawa sesungguhnya Allah satu-satunya tuhan yang patut disembah
Kemudian Nabi saw bertanya adakah aku ada berhutang dengan kamu. Maka jawab sahabat bahawa mana ada Nabi saw berhutang kepada kami sedangkan kamilah yang banyak berhutang. Nabi saw bertanya tiga kali.
Kemudian bangun seorang sahabat bernama Ukasyah. Ia kata bahawa ia tidak tahu samada ianya hutang atau tidak.
Pandangan Mufti WP Berkaitan Status Kisah Ukasyah Memukul Rasulullah saw:
-Kisah Ukasyah mencium perut Rasulullah SAW dikatakan ia diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA di dalam Mu’jam al-Kabir oleh Imam al-Thabarani dengan panjang lebar. Di sini kami datangkan sebahagian daripada teks atau matannya:
ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا عُكَّاشَةُ اضْرِبْ إِنْ كُنْتَ ضارِبًا. فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ضَرَبْتَني وَأَنَا حاسِرٌ عَنْ بَطْنِي. فَكَشَفَ عَنْ بَطْنِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَاحَ الْمُسْلِمُونَ بِالْبُكَاءِ، وَقَالُوا: أَتُرَى عُكَّاشَةُ ضَارِبٌ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَلَمَّا نَظَرَ عُكَّاشَةُ إِلَى بَيَاضِ بَطْنِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّهُ، وَقَبَّلَ بَطْنَهُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW berkata: Wahai Ukasyah, pukullah aku jika benar bahawa aku pernah memukulmu”. Maka Ukasyah berkata: “Wahai Rasulullah, kamu telah memukulku dalam keadaan perutku terdedah”. Lalu Rasulullah SAW mendedahkan perutnya dalam keadaan umat Islam menangis dengan penuh kesyahduan. Mereka berkata: “Adakah kamu akan melihat Ukasyah memukul Rasulullah SAW?”. Apabila Ukasyah melihat putihnya perut Rasulullah SAW, maka beliau terus menciumnya.” [Riwayat al-Thabarani (2676)]

Saturday 9 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (229/2019): PELIHARA DAN SYUKURI NIKMAT KURNIAAN ALLAH SWT (SURAH SABA' AYAT 115)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Ibrah Al-Quran@Program Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1441H: @Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur: 9 November 2019/ 12 Rabiuawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Dr Haji Farid Ravi Abdullah

●Pendahuluan
-Surah Saba’, ayat 15: “Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!.”
-Surah Saba diturunkan di Mekah. Dalam surah tersebut, Allah ingatkan kepada Nabi Muhammad saw and umatnya betapa mereka penduduk Saba’ telah dikurniakan kenikmatan namun akhirnya mereka telah mengkufurinya (ayat 16).
-Surah Saba’, ayat 17: “Demikianlah Kami membalas mereka disebabkan kekufuran mereka; dan sebenarnya Kami tidak menimpakan balasan yang demikian melainkan kepada orang-orang yang amat kufur.”
-“Makanlah daripada pemberian ku, ingatlah ianya pemberian Ku. Janganlah kemudian kamu kufur dan engkar.”
-Sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun dan Pemurah.
-Dalam ayat ini Allah gambarkan penduduk Saba’ duduk dalam satu rumah.
Ibrah ayat:
-Jika kita semasa kecil dan zaman persekolahan kita boleh berkongsi dengan rakan-rakan kita tanpa mengira bangsa dan warna kulit maka kenapa tidak kita teruskan sehingga kini. Semasa kecil dab persekolahan kita berkongsi pensel, makanan dan lain-lain. Senang dan susah bersama-sama.
-Bersamalah kita bina kemakmuran dengan persefahaman dalam memajukan masyarakat.
Kepelbagaian adalah satu nikmat kurniaan Allah.
-Surah An-Naml, ayat 18: “(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari.”
-Malaysia adalah rumah kita.
-Malaysia di mana kita pergi adalah sebuah taman. Bumi kita hijau dan nyaman.
-Makanlah dengan rezeki yang dikurniakan dan janganlah kamu kufur.
-Sayangi alam sekitar kita, sungai dan semua kurniaan Allah.
-Surah al-Anbiya, ayat 107: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

Hayatilah baik syair Berbuat Jasa berikut:
Syair Berbuat Jasa:
Buatlah jasa wahai teruna,
Hidupmu biar memberi guna,
Kamu yang mati jasa tak fana,
Asalkan buahnya elok sempurna.
Banyakkan khidmat besar dan seni,
Serahkan kepada Tuhan Rabbani,
Jasa yang kekal berfaedah murni,
Umur yang kedua bagi insani.
Hidup manusia jangan percuma,
Buatlah bakti budi utama,
Selagi baiknya kekal menjelma,
Si mati hidup selama-lamanya.
Buatlah baik sedaya upaya,
Hidup berbakti memberi cahaya,
Sumbu pelita tidak sia-sia,
Terbakar diri memberi cahaya.
Jangan menilik balas dan puji,
Atau pahalanya dikaji-kaji,
Rasanya demikian tamak dan keji,
Padalah baiknya tinting dan uji.
Pahala dan balas jangan dihitung,
Ataupun bintang di dada beruntung,
Asalkan jasamu padat berdentung,
Cukuplah di situ mulai bergantung.
Buatlah baik ayuhai rakan,
Ke dalam laut kamu campakkan,
Jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu iakah bukan.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Friday 8 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (228/2019): MENGASIHANI NABI SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 8 November 2019/ 12 Rabiuawal 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Ahmad Nazri Hj Mohamed.

●Pendahuluan
-Syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk terus berusaha menyediakan bekalan akhirat yang kekal abadi.
-Firman Allah: “Katakanlah kepada meraka jika mereka kasih kepada ku maka ikut akan aku nescaya akan dikasihani akan mu oleh Allah dan akan diampunkan segala dosanya.”
-Surah ali-Imran, ayat 31: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika kalian mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu”. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. “
-Surah ali-Imran, ayat 32: “Katakanlah: “Ta’atilah Allah dan Rasul-Nya; Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”
-Justeru hendaklah kita kasih kepada Nabi saw.
-Kita banyak berselawat dan mengikut tunjuk ajar serta perbuatan Nabi saw.
-Sebaik-baik tempat adalah rumah Allah (masjid).
-Kenapa kita alpa dan malas untuk berselawat?
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang membelanjakan satu dirham untuk memuliakan kelahiran Nabi saw seolah-seolah ia membelanjakan satu bukit emas kepada jalan fisabilillah.”
-Apa-apa majlis yang kita adakan untuk memuliakan/meraikan bulan kelahiran Nabi saw akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa kasih akan sesuatu maka banyak ingatan dan sebutan kepadanya.”
-Jika kasih kepada Nabi saw maka hendaklah pergilah solat berjemaah.
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu melihat seorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah bahawa dia adalah seorang yang beriman”. (HR: Imam Ahmad dan Ibnu Majah).
-Surah at-Taubah, ayat 18:
“Hanya yang yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang.”
-Sabda Nabi saw: “Daripada Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:”Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naunganNya pada hari qiamat, hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya: Pemerintah yang adil; Pemuda yang hidupnya asyik dalam -mengerjakan ibadat kepada Tuhannya; Orang yang hatinya -sentiasa terikat dengan masjid; …”
-Sabda Nabi saw: “Tiada solat bagi yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid” (HR: al-Daraqutni (1/419), al-Hakim (no: 898), dan al-Baihaqi (no: 4724).
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mendengar azan, kemudian tidak pergi, maka tiada solat baginya kecuali dengan sebab uzur.”. (HR: Abu Daud, Ibn Majah, al-Daraqutni, al-Hakim, al-Baihaqi dan sanad Ibnu Majah dan lainnya sahih).

Thursday 7 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (227/2019): SIFAT ORANG MUNAFIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 7 November 2019/ 11 Rabiulawal 1441H (Khamis) oleh Ustaz Maulana Mohammad Insan Abu Bakar.

Sumber: Tafsir Surah al-Baqarah, ayat 8-16

●Pendahuluan
~sambungan:
-Surah al-Baqarah, ayat 8: “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.”
-Surah al-Baqarah, ayat 9: “Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.”
-Surah al-Baqarah, ayat 10: “Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).”
-Surah al-Baqarah,ayat 11: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan.”
-Surah al-Baqarah, ayat 12: “Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”
-Surah al-Baqarah, ayat 13: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman". Mereka menjawab: "Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?" Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”
-Surah al-Baqarah, ayat 14: “Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman).”
-Surah al-Baqarah, ayat 15: “Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).”
-Surah al-Baqarah, ayat 16: “Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah.”
-Orang yang kufur itu ia merasakan bahawa apa kerosakan yang dibuat sebagai kebaikan.
Mereka menggunakan akal untuk menghukum sesuatu yang mereka buat jahat sebagai betul. Iaitu mereka membuat pendustaan dan menafikan kekufuran yang dibuat.
Jika seseorang itu menghukumi sesuatu dengan tidak bersesuai dengan realiti maka mereka adalah orang yang jahil murakap.
Tetapi ada dalam perkara harus kita boleh menghukumi mengikut hawa nafsu seperti menyatakan makanan sedap atau tidak; isterinya sayang dia; dan lain-lain.
Jika ia menghukumi sesuatu dengan realiti barulah ia dianggap sebagai seorang berilmu.
-Apabila dikatakan kepada orang kafir bahawa kerosakan yang dibuat mereka menolaknya. Mereka menganggap apa yang dilakukan sebagai reformis.
-Akal kita perlu tunduk kepada al-quran. Tidak mungkin Allah yang mencipta kita tidak mengetahui cara akal pemikiran manusia.
-Kita perlu nasihatkan dan menyeru mereka kepada keimanan.
-Orang yang berakal, bila diserukan kepada kebaikan maka mereka yang pertama mengikutinya.
-Perbuatan orang yang mengubah fakta dan memutarbelitkan kebenaran adalah orang yang lemah.
-Iman perlu diterjemahkan kepada ketaatan pada perintah dan ketaatan meninggalkan larangan Allah.
-Allah gunakan kiasan bahawa orang kafir itu membeli kebenaran dengan kesesatan dan tidaklah mereka itu beruntung.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

Wednesday 6 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (226/2019): ORANG MUKMIN NYAWANYA DICABUT DENGAN MULIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 6 November 2019/ 10 Rabiuawal 1441H (Rabu) oleh Ustaz Datuk Haji Abd Manaf

●Pendahuluan
-Gunakan segala kesempatan yang ada untuk kita mendekatkan diri kepada Allah.
-Kita adalah dilantik oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi ini.
-Berusahalah kita meningkatkan keimanan.
Tugas-Tugas Malaikat:
-Malaikat mikail bertugas mengambil nyawa manusia.
-Orang yang tidak berimana akan dicabut nyawanya dengan cara yang zalim.
-Surah al-Nahl, ayat 31: “(Untuk mereka) Syurga-syurga " Adn ", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa.”
-Surah al-Nahl, ayat 32: “(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan.”
-Jadi untuk mendapat layanan yang baik daripada malaikat hendaklah bertaqwa.
-Maka kita buatlah ketaatan sungguh-sungguh kepada setiap yang diperintah dan bersungguh-sungguh meninggalkan apa yang dilarang.
-Surah al-Fussilat, ayat 30: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”
-Surah al-Furqaan, ayat 27-39: “Dan (ingatkanlah) hari orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan diri sendiri) sambil berkata: 'Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Celakalah aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada jalan peringatan (Al-Quran) setelah disampaikan kepadaku.' Dan Syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikannya sahabat karib)."

Tuesday 5 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (225/2019): KEDUDUKAN MASJID DALAM ISLAM


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian: 4 November 2019/ 7 Rabiuawal 1441H (Isnin) oleh Ustaz Abd Razak bin Abdullah.

●Pendahuluan
-Surah at-Taubah, ayat 18: “Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”
-Justeru, yang memakmur dan meramaikan masjid adalah orang beriman pada Allah dan hari akhirat.
Dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan dalam ayat 18, surah at-Taubah tersebut, diharapkan kita mendapat petunjuk daripada Allah.
Tidak takut melainkan kepada Allah.
Iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan larangan Allah.
Kita berani mengatakan kebenaran semata-semata kerana Allah.
-Sabda Nabi saw: “Berkata benarlah walau pun ianya pahit.”
-Masjid dan surau mampu menjadi pusat untuk menyatukan umat serta untuk umat mendapat dan menambah ilmu.
-Secara urusan masyarakat dan manusia yang beriman dapat dilakukan masjid.
-Nabi saw bila berhijrah ke Madinah membina masjid terlebih dahulu. Iaitu masjid Kubah. Ia dinyatakan oleh Allah dalam surah Taubah sebagai masjid yang didirikan atas dasar taqwa dan untuk menyatu padukan ummah. Kemudian selepas itu Nabi saw telah membina masjid Nabi pula.
-Nabi saw menyuruh umatnya membina masjid di mana sahaja umatnya berkampung. Ia jadi tempat masyarakat berurusan.
-Sabda Nabi saw: “Daripada Aisyah ra menyatakan bahawa Nabi saw menyuruh umatnya membina masjid dan surau ditempat perkampungan dan supaya masjid dan surau itu sentiasa dibersihkan dan diharumkan.”
Dimaksudkan bersih dan harum meliputi keseluruhannya. Tidak ada kemaksiatan. Harum dan keindahan pada pandangan manusia. Masjid/surau yang penuh dengan aktiviti kerohanian.
Balasan orang yang membina masjid/surau:
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang membina sesebuah masjid atau surau dengan ikhlas nescaya Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga.”
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu melihat seseorang rajin pergi ke masjid atau surau maka hendaklah kamu menjadi saksi bahawa ia benar-benar beriman kerana Allah berfirman: Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat..”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang bersuci di rumahnya samada daripada hadas kecil atau besar dan kemudiannya ia pergi ke rumah Allah, tiap-tiap langkahnya yang satunya diampunkan dosanya dan yang satu lagi ditinggikan darjatnya”

Sunday 3 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (224/2019): DOAKAN KEBAIKAN KEPADA ORANG YANG MENCERITAKAN MIMPINYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu: 3 November 2019 / 6 Rabiuawal 1441H (Sabtu) oleh Imam Masjid Al-Muktafi Billah Shah

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Jika dinyatakan kepada kamu bahawa aku mimpi. Maka jawablah, baiklah apa yang kamu lihat maka baiklah kamu dapat. Kemudian sebutlah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”
-Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, bila diceritakan sesuatu mimpi oleh seseorang kepada kamu maka sebutlah: “Kebaikanlah yang engkau dapati dan keburukan yang tersingkir daripadanya.”
-Sabda Nabi saw: “Abu Hurairah ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah saw : “ Mimpi itu ada tiga bahagian iaitu berita atau khabar gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan.” (HR: Ahmad).
-Jadi, mimpi ada 3 jenis:
i. Bisikan hati: Ingatan yang dibawa sebelum kita tidur (perkara yang difikir semasa jaga hingga terbawa-bawa masa tidur).
ii. Gangguan syaitan
iii. Khabar gembira daripada Allah
Iaitu satu bahagian daripada 46 kenabian. Orang biasa sukar untuk mendapat mimpi jenis ini. Ianya adalah biasanya untuk orang yang soleh. Orang yang soleh ia tidak berkata dengan perkara yang buruk dan ia benar-bernar bertaqwa dan bergantung sepenuhnya kepada Allah.
-Justeru, mimpi kita kebanyakannya adalah mainan syaitan.
-Sabda Nabi saw:
Ada seorang sahabat beritahu kepada Nabi saw bahawa pada malam tadi ia mimpi kepalanya kena penggal. Maka Nabi saw menyatakan kepadanya janganlah kamu ceritakannya kepada orang. Mimpi itu mainan syaitan.
-Sabda Nabi saw:
Nabi saw didatangi seorang Arab Badui dan berkata, ‘Aku bermimpi bahawa kepalaku dipenggal lalu akui mengikuti kepalaku yang menggelinding.’ Kemudian Nabi saw. mencela Arab Badui tersebut dan bersabda, ‘Jangan engkau ceritakan kisah syaitan yang mempermainkanmu disaat engkau tidur,” (HR: Muslim).
Ulamak menyatakan, Nabi saw larang cerita mimpi buruk pada orang lain adalah untuk mengelakkan orang tafsir yang tidak betul hingga menimbulkan fitnah.
-Namun, jika tidak diceritakan kita rasa tidak tenang maka ceritakanlah kepada orang alim yang dipercayai dan yang boleh memberi nasihat yang baik kepada kita.
-Dalam hadith yang lain, dinyatakan ada juga para sahabat cerita mimpi baik kepada baginda saw. Maka Nabi saw tidak mahu ianya diceritakan kepada orang kecuali kepada orang yang dipercayai.
“Jika dinyatakan kepada kamu bahawa aku mimpi. Maka jawablah, baiklah apa yang kamu lihat maka baiklah kamu dapat. Kemudian sebutlah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”
Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, sebutlah: “Kebaikan yang engkau dapati dan keburukan yang tersingkir daripadanya.”
Kebaikan kepada kita dan keburukan buat musuh-musuh kita.
Jadi Nabi saw mengajar kita bahawa bila ada orang yang menceritakan mimpinya kepada kita maka hendaklah kita berdoa yang baik-baik.
-Sabda Nabi saw: “Mimpi yang benar berasal dari Allah, sedangkan mimpi yang merupakan bunga tidur berasal dari syaitan. Jika diantara kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, hendaklah ia tidak menceritakannya kecuali kepada orang yang dicintainya. Tetapi jika ia bermimpi sesuati yang di bencinya, maka hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari keburukannya dan dari keburukan syaitan, dan supaya meludah tiga kali serta tidak menceritakannya kepada siapa pun. Sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan membahayakan.” (HR Muttafaq ‘alaih).
-Ketika Nabi Yusuf as bermimpi melihat matahari, bulan, dan sebelas bintang bersujud kepadanya, ia menceritakannya kepada bapanya. Ayahnya berkata jangan diceritakan kepada saudara-saudaranya. Ini difirmankan oleh Allah dalam surah Yusuf.
-Surah Yusuf, ayat 5: “Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpi mu itu kepada saudara-saudara mu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.