السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 9 November 2019/ 13 Rabiulawal 1441H (Sabtu).
●Pendahuluan
-Surah al-Maidah, ayat 3: “…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu…”
-Surah ali-Imran, ayat 85: “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.”
-Surah al-Hajj, ayat 38: “Sesungguhnya Allah membela golongan yang beriman, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.”
-Kita baca sirah Nabi saw untuk kita mengikuti sunnah Nabi saw dan sebagai tanda sayang kita kepada baginda saw.
Nabi saw sentiasa memelihara wuduk.
Nabi saw sentiasa memelihara wuduk.
-Semasa Nabi saw sedang sakit sebelum wafat, baginda saw telah mengumpulkan para sahabat. Lalu Nabi saw telah naik ke mimbar lalu bersabda:
Sabda Nabi saw: “Adakah aku sampai kepada mu bahawa sesungguhnya Allah satu-satunya tuhan yang patut disembah
Kemudian Nabi saw bertanya adakah aku ada berhutang dengan kamu. Maka jawab sahabat bahawa mana ada Nabi saw berhutang kepada kami sedangkan kamilah yang banyak berhutang. Nabi saw bertanya tiga kali.
Kemudian bangun seorang sahabat bernama Ukasyah. Ia kata bahawa ia tidak tahu samada ianya hutang atau tidak.
Kemudian bangun seorang sahabat bernama Ukasyah. Ia kata bahawa ia tidak tahu samada ianya hutang atau tidak.
Pandangan Mufti WP Berkaitan Status Kisah Ukasyah Memukul Rasulullah saw:
-Kisah Ukasyah mencium perut Rasulullah SAW dikatakan ia diriwayatkan oleh Ibn Abbas RA di dalam Mu’jam al-Kabir oleh Imam al-Thabarani dengan panjang lebar. Di sini kami datangkan sebahagian daripada teks atau matannya:
ثُمَّ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا عُكَّاشَةُ اضْرِبْ إِنْ كُنْتَ ضارِبًا. فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللهِ، ضَرَبْتَني وَأَنَا حاسِرٌ عَنْ بَطْنِي. فَكَشَفَ عَنْ بَطْنِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَصَاحَ الْمُسْلِمُونَ بِالْبُكَاءِ، وَقَالُوا: أَتُرَى عُكَّاشَةُ ضَارِبٌ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَلَمَّا نَظَرَ عُكَّاشَةُ إِلَى بَيَاضِ بَطْنِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَأَنَّهُ، وَقَبَّلَ بَطْنَهُ
Maksudnya: “Rasulullah SAW berkata: Wahai Ukasyah, pukullah aku jika benar bahawa aku pernah memukulmu”. Maka Ukasyah berkata: “Wahai Rasulullah, kamu telah memukulku dalam keadaan perutku terdedah”. Lalu Rasulullah SAW mendedahkan perutnya dalam keadaan umat Islam menangis dengan penuh kesyahduan. Mereka berkata: “Adakah kamu akan melihat Ukasyah memukul Rasulullah SAW?”. Apabila Ukasyah melihat putihnya perut Rasulullah SAW, maka beliau terus menciumnya.” [Riwayat al-Thabarani (2676)]
Berdasarkan pelbagai pandangan muktabar, disimpulkan bahawa kisah Ukasyah ini adalah palsu dan tidak boleh sama sekali kita menyampaikannya kepada orang lain melainkan untuk menyatakan kepalsuannya. Akan tetapi kisah yang hampir sama ini berlaku kepada Usaid bin Hudhair dan bukannya kepada Ukasyah. Hadith tersebut adalah:
بَيْنَمَا هُوَ يُحَدِّثُ الْقَوْمَ وَكَانَ فِيهِ مِزَاحٌ بَيْنَا يُضْحِكُهُمْ فَطَعَنَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي خَاصِرَتِهِ بِعُودٍ. فَقَالَ: أَصْبِرْنِي. فَقَالَ: اصْطَبِرْ. قَالَ: إِنَّ عَلَيْكَ قَمِيصًا وَلَيْسَ عَلَيَّ قَمِيصٌ، فَرَفَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ قَمِيصِهِ، فَاحْتَضَنَهُ وَجَعَلَ يُقَبِّلُ كَشْحَهُ، قَالَ إِنَّمَا أَرَدْتُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ
Maksudnya: “Ketika dia (Usaid bin Hudhair) sedang berbual dengan kaumnya dan di dalamnya terdapat gurauan yang membuatkan mereka tertawa. Maka Nabi SAW telah memukul pinggangnya dengan sebatang kayu. Maka dia berkata: “Beri saya kesempatan untuk melakukan qisas (membalas dengan yang setimpal)”. Beliau bersabda, “Silakan membalas.” Dia berkata, “Kamu memakai baju, sedangkan aku (ketika kamu memukulku) tidak memakai baju.” Maka Rasulullah SAW mengangkat bajunya. Maka dia terus memeluk dan mencium pinggang Rasulullah SAW sambil berkata: “Inilah yang aku inginkan wahai Rasulullah.” [Riwayat Abu Daud (5224)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menyatakan ketika menilai hadith ini bahawa perawi-perawinya adalah thiqah (dipercayai) tetapi Abdulrahman bin Abi Layla tidak bertemu Usaid bin Hudhair]
Selain daripada Imam Abu Daud, Imam al-Baghawi di dalam Syarh al-Sunnah, Imam al-Thabarani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, Imam al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan juga Imam al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman ada menukilkan hadith ini. Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan orang-orang yang mencintai Nabi SAW dan para sahabatnya serta memasukkan kita semua ke dalam syuga bersama dengan mereka.
Jika Nabi saw tidak menyampaikan Islam maka kita akan mendapat nikmat Islam. Para ulamak pewaris Nabi.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment