السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 23 November 2019/ 26 Rabiulawal 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Harme
●Pendahuluan
-Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwaththa menyatakan Nabi saw bersabda: “Ada seekor unta betina yang akan diambil susunya. Siapakah yang boleh memerah susu unta tesebut. Lalu bangun seseorang lelaki. Nabi saw bersabda, siapakah nama kamu. Lalu jawab lelaki itu, nama saya Murrah (kepahitan/bakhil). Lalu Nabi saw bersabda kepada lelaki itu, duduklah kamu. Lalu Nabi saw bersabda siapakah yang boleh bangun memerah susu unta ini. Bangunlah seorang lelaki yang lain. Kemudian Nabi saw bersabda siapakah nama kamu. Jawab lelaki tersebut, nama saya Harb (perang). Lalu kata Nabi saw bersabda duduklah kamu. Lalu Nabi saw bersabda lagi, siapakah yang boleh bangun memerah susu unta ini. Maka bangun lelaki yang ketiga. Lalu Nabi saw bersabda, siapakah nama kamu. Jawab lelaki tersebut, nama saya Yaish (dia tinggal/sedang hidup). Maka Nabi saw bersabda kepada beliau, perahlah susu unta betina itu.”
-Hadith tersebut adalah dinyatakan dalam kitab al-Muwaththa ditulis oleh Imam Malik bin Annas.
-Jadi dalam hadith ini diceritakan pada satu hari Nabi saw meminta untuk dibawa unta betina untuk diperahkan susunya.
-Lelaki pertama bernama saya Murrah (bakhil). Lalu baginda saw suruh ia duduk. Lelaki kedua bernama Harb (perang). Baginda saw juga menyuruhnya duduk. Lelaki yang ketiga bernama Yaish (sedang hidup) barulah Nabi saw menyuruhnya memerah susu unta betina tersebut.
-Dua nama itu iaitu murrah (bakhil) dan harb (perang) adalah nama yang tidak baik.
-Pada zaman masyarakat arab dahulu memang mereka suka memberi nama sedemikian.
-Hadith ini memberi makna bahawa Nabi saw suka mendengar sesuatu yang positif dan baik.
-Namun ia bukan bererti nama itu membawa malang.
-Nabi saw bersabda bahawa tidak ada sesuatu membawa malang.
-Maka penting untuk kita berkata dengan perkataan yang positif.
-“Jagalah lidah kamu dengan berkata yang baik-baik. Sekiranya kamu tidak boleh berkata yang baik, lebih baiklah kamu diam.”
-Nabi saw menganjurkan supaya umatnya memperbaiki atau menggantikan nama jika nama yang diberi oleh ibubapa tidak sesuai atau memberi maksud yang tidak baik.”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya kamu semua akan diseru pada hari kiamat kelak dengan nama kamu dan nama bapa-bapa kamu. Maka perelokkanlah nama kamu.”
-Nabi saw pernah menukar nama sahabat yang maksudnya tidak baik.
-Seorang anak perempuan Saidina Umar yang bernama “Aasiyah (Bandel)” telah Nabi saw berikan nama “Jameelah” bererti Indah.
-Nama asal Zainab ialah “Barra”. Nabi saw menukarkannya kepada Zainab.
-Abu Hurairah ra menyatakan bahawa Nabi saw bersabda: “Nama yang paling dibenci oleh Allah adalah “al-Malik Amlak” (“King of Kings”).
Nama-nama tersebut bukanlah haram. Tetapi ia memberi maksud yang tidak positif.
-Justeru, kita dianjurkan seseorang untuk mengubah kepada nama yang lebih baik.
-Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn al-Musayyib daripada bapanya bahawa datuknya bertemu dengan Nabi saw, lalu Nabi saw bertanya kepadanya:
-Sabda Nabi saw: “Apa nama kamu? Maka dia menjawab: Hazn (kesukaran). Lalu sabda Nabi saw: Nama awak sekarang ialah Sahl (kemudahan). Maka dia berkata: Saya tidak akan menukar nama yang telah diberikan kepada saya oleh ayah saya. Kata Ibn al-Musayyib: Maka sejak itu, kesukaran sentiasa menimpa kami.” (HR:al-Bukhari (6190).
-Dalam hadith tersebut, Nabi saw tidak melarangnya untuk mengekalkan namanya.
Daripada hadith ini digunakan oleh ulamak untuk menyatakan bahawa tidak haram untuk mengggunakan nama yang mempunyai maksud yang buruk.
Daripada hadith ini digunakan oleh ulamak untuk menyatakan bahawa tidak haram untuk mengggunakan nama yang mempunyai maksud yang buruk.
-Nabi saw memberi panduan kepada kita untuk menggunakan nama yang mempunyai maksud kegembiraan/positif.
-Sabda Nabi saw (daripada Abu Hurairah ra): “Aku telah diperintahkan (untuk berhijrah ) ke satu kampung (yang menjadi markas tentera Islam darinya dibuka kampung-kampung yang lain), mereka mengatakan: Yathrib, ia adalah Madinah yang menyucikan manusia sebagaimana api mengeluarkan karat dari besi.”
-Surah al-Munafiqun, ayat 8: “Sekiranya kami kembali ke Madinah..”
-Nama Madinah ini telah disebut sebanyak 4 kali dalam al-quran.
-Saya diperintahkan untuk berhijrah ke satu bandar dan bandar ini akan memakan (mengalahkan) bandar-bandar yang lain. Mereka menyatakan bandar ini dahulu Yathrib sedangkan ia adalah sekarang ini Madinah.
Larangan menamakan Yathrib terhadap Madinah:
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa menamakan Madinah sebagai Yathrib, hendaklah dia memohon ampun kepada Allah Azza wa Jalla, ia (Madinah) adalah Thobah, ia adalah Thobah.”
-Sekarang ini, Madinah lebih dikenali dengan nama al Madinah al Munawwarah yang bermaksud kota yang bercahaya atau al- Madinah al Nabawiyyah yang bermaksud bandar Nabi Muhammad saw.
-Kisah Nabi Yusuf as dengan adik beradiknya.
-Surah Yusuf, ayat 92: “Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.”
-“Tiada celaan bagi kamu hari ini. Pergilah kamu (kamu bebas).”
-Firman Allah: “Ingatlah ketika berkata sekumpulan orang menyatakan tidak adalah tempat sebahagian daripada kamu...”
-Manusia suka untuk mendengar kepada sesuatu yang positif.
-Berhati-hati bila berkata-kata semasa ziarah orang yang sakit. Berkatalah yang positif dan mendoakannya.
-Sabda Nabi saw: “Bila kamu hantar seseorang kepada ku untuk membawa berita, maka hantarlah orang yang mukanya cantik dan namanya baik.”
(Nota: Status hadith ini tidak dipastikan).
(Nota: Status hadith ini tidak dipastikan).
-Membawa aura yang positif amat baik untuk kehidupan kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment