السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 24 November 2019/ 27 Rabiulawal 1441H (Ahad) oleh Ustaz Murshidy Mustapha.
●Pendahuluan
-Beliau antara para sahabat yang awal memeluk Islam.
Keperibadian Baik Beliau:
-Beliau suka memberi makan dan memberikan keamanan kepada orang (tempat tinggal) yang memerlukan.
-Beliau ahli syair yang mahir
-Beliau dari golongan bangsawan dan berharta.
-Beliau merupakan pemimpin kepada kabilah ad-Dausi di Yaman. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan berpengaruh.
-Beliau merupakan pemimpin kepada kabilah ad-Dausi di Yaman. Beliau sangat disegani oleh kaumnya dan berpengaruh.
-Pada satu hari beliau bergerak daripada kampung halaman beliau ke Mekah untuk buat ibadat di Kaabah.
Beliau tidak tahu bahawa ketika itu di Mekah sedang berlaku permusuhan/pertikaian antara Nabi saw dengan kafir Jahilliah.
-Nabi saw menyeru masyarakat Jahilliah kepada keselamatan dan keimanan kepada Allah. Orang Jahilliah melakukan sebaliknya.
-Mereka saling untuk mendapatkan ansar (pertolongan) dan pengaruh.
-Bila Saidina Tufail sampai di Mekah maka ramailah pembesar Jahilliah Mekah yang datang meraikannya.
Mereka ingin menambah pengaruh mereka.
Mereka ingin menambah pengaruh mereka.
-Kemudian mereka berkata kepada Saidina Tufail bahawa ada seorang lelaki yang hendak memecahkan keluarga dan masyarakat.
Maka mereka minta Saidina Tufail jangan bercakap dengan lelaki itu dan jangan dengar tutur kata lelaki itu.
Maka mereka minta Saidina Tufail jangan bercakap dengan lelaki itu dan jangan dengar tutur kata lelaki itu.
-Iaitu orang Jahilliah Mekah telah menyatakan kepada Saidina Tufail tentang Nabi saw. Mereka memburuk-burukkan Nabi saw.
-“Engkau datang ke negeri kami, berwaspadalah terhadap seorang lelaki di kalangan kami. Dia menjadi masalah kepada kami. Dia telah memecah-belahkan masyarakat kami dan mengganggu urusan kami. Kata-katanya seperti sihir. Boleh memisahkan antara ayah dan anaknya. Memecah-belahkan sesama saudara-mara, suami dengan isteri. Kami bimbang kalau-kalau dia dapat mempengaruhi mu dan kaum mu seperti yang berlaku kepada kami. Jangan bercakap dengannya dan jangan mendengar cakapnya walau sedikit.”
-Oleh kerana kata-kata pembesar jahilliah tersebut maka Saidina Tufail buat keputusan untuk tidak mahu berjumpa dengan Nabi saw dan tidak mahu mendengar tutur kata Nabi saw yang didakwa boleh mengsihirkan orang yang mendengarnya.
Kemudian Saidina Tufail buat ibadatnya di Kaabah dengan menyembah berhala-berhala yang ada lebih 360.
Ia memasukkan kapas ditelinganya. Ini untuk elakkan daripada mendengar kata-kata Nabi saw sekiranya bertemu dengannya.
Ia memasukkan kapas ditelinganya. Ini untuk elakkan daripada mendengar kata-kata Nabi saw sekiranya bertemu dengannya.
-Saidina Tufail menceritakan: “Demi Allah mereka terus menerus memperingatkanku dengan perkara itu sehingga aku mengambil keputusan tidak mahu mendengar dan bercakap dengannya. Bahkan aku menyediakan kapas penyumbat telinga supaya cakap-cakapnya tidak sampai kepadaku.
Sehinggalah suatu hari itu, apabila Saidina Tufail pergi ke masjid tiba-tiba beliau lihat Rasulullah saw bersembahyang di sisi Kaabah. Tufail berdiri berhampiran dengan Baginda. Dengan kuasa Allah Tufail mendengar sebahagian dari kata-kata Rasulullah saw.
Sehinggalah suatu hari itu, apabila Saidina Tufail pergi ke masjid tiba-tiba beliau lihat Rasulullah saw bersembahyang di sisi Kaabah. Tufail berdiri berhampiran dengan Baginda. Dengan kuasa Allah Tufail mendengar sebahagian dari kata-kata Rasulullah saw.
-Kemudian Saidina Tufail berkata-kata dalam hatinya, apa yang tersembunyi kebaikan daripada keburukan maka tidakkah kamu mahu mendengarnya.
-Kata Saidina Tufail: "Aku mendengarnya dan aku dapati kata-kata yg baik. Aku pun berfikir sendiri, alangkah tidak baiknya kalau aku tidak membuat pertimbangan sendiri. Aku seorang penyair, aku boleh menilai baik dan buruk. Apakah yang menghalangku untuk mendengar dari lelaki ini apa yang diucap olehnya. Kalau baik, aku menerimanya dan kalau buruk aku menolaknya."
-Maka ia telah buang kapas ditelinganya. Ia kemudiannya memerhati dan mendengar dengan teliti apa yang Nabi saw buat.
-Nabi saw kemudian balik ke rumahnya. Saidina Tufail telah mengikutinya Nabi saw tanpa disedari oleh Nabi saw.
-Bila Nabi saw masuk rumahnya maka Saidina Tufail turut masuk rumah.
-Maka Saidina Tufail berkata dengan Nabi saw apa yang ditakut-takutkan oleh orang Jahilillah tentang Nabi saw kepadanya.
-Saidina Tufail ceritakan kisah kedatangannya dan amaran penduduk Jahilliah Mekah. Saidina Tufail meminta Rasulullah menerangkan ajaran yang dibawa Rasulullah kepadanya. Rasulullah menerangkan tentang Islam dan membaca Al Quran.
Kata Saidina Tufail lagi, "Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yg lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yg sebenar.”
Kata Saidina Tufail lagi, "Maka demi Allah, aku tidak pernah mendengar kata-kata yg lebih baik darinya serta perkara yg lebih adil darinya. Aku terus menganut Islam dan mengikrarkan syahadah yg sebenar.”
-Iaitu Saidina Tufail menyatakan bahawa ia dengar apa yang yang Nabi saw baca semasa baginda saw solat dan didapatinya apa yang Nabi saw baca/tuturkan ianya adalah kata-kata yang baik.
-Maka bila dengar ayat yang dibaca oleh Nabi saw membuat Saidina Tufail tertarik dan kagum.
-Maka Nabi saw kemudian membawa surah al-ikhlas dan surah al-alaq.
-Oleh kerana Saidina Tufail adalah dari golongan bangsawan maka orang Jahilliah tidak berani untuk menggangunya bila ia memeluk Islam dan mendekati Nabi saw.
-Kemudian Saidina Tufail telah duduk bersama Nabi saw beberapa lama untuk mendalami agama Islam.
-Kemudian sebelum beliau kembali kepada kaumnya, beliau telah meminta Nabi saw berdoa kepada Allah untuk beliau mempunyai petanda (syiar) yang boleh dilihat oleh kaumnya.
-Maka Nabi saw terus berdoa kepada Allah supaya dikurniakan satu petanda buat Saidina Tufail.
-Saidina Tufail bin Amru Al-Dausi kemudiannya meninggalkan kota Makkah dan pulang berdakwah kepada kaumnya, penduduk Bani Daus.
-Maka sebelum sampai ia ke kampung halaman maka di satu kawasan tinggi maka keluar cahaya di antara matanya dan kepalanya.
-Saidina Tufail tidak rasa selesa dengan petanda yang Allah kurniakan di dahinya/kepalanya kerana ia tidak mahu ia dikatan daripada golongan yang terkena sihir.
-Lalu berdoa kepada Allah untuk tidak mengurniakan tanda tersebut di kepalanya/dahinya.
Maka kemudian cahaya itu telah berpindah ke tongkat. Iaitu bila ia berjalan umpama ia membawa pelita.
Maka kemudian cahaya itu telah berpindah ke tongkat. Iaitu bila ia berjalan umpama ia membawa pelita.
-Maka kaum di kampung halamannya nampak apa yang berlaku pada Saidina Tufail.
-Sesampainya di kampung halamannya, Saidina Tufail terus berjumpa ayahnya.
-Kemudian ia kata pada ayahnya bahawa mereka telah berbeza dan tidak boleh bersama seperti dahulu. Saidina Tufail berkata kepada ayahnya, aku bukan dari kelompok kamu dan aku dari kelompok ku. Islam telah memisahkan kita.
-Maka jawab ayahnya, agama kamu adalah agama ku. Iaitu ayahnya terus hendak memeluk Islam.
-Saidina Tufail kemudiannya telah meminta ayahnya mandi dan pakai pakaian yang bersih.
Kemudiannya diajar ayahnya mengucap syahadat.
Kemudiannya diajar ayahnya mengucap syahadat.
-Kemudian Saidina Tufail berjumpa pula dengan isterinya. Ia berkata dengan kata-kata yang sama seperti yang diucapkan kepada ayahnya.
-Kemudian isterinya juga ingin memeluk Islam. Ia minta isterinya mandi di telaga sushara yang dikatakan boleh memberi mudarat.
Mulanya isterinya bimbang untuk mandi ditelaga tersebut tetapi Saidina Tufail menyatakan tidak ada siapa yang boleh memberi kebaikan dan mudarat melainkan Allah.
Mulanya isterinya bimbang untuk mandi ditelaga tersebut tetapi Saidina Tufail menyatakan tidak ada siapa yang boleh memberi kebaikan dan mudarat melainkan Allah.
-Maka selepas itu ia syahadatkan isterinya.
-Selepas itu Saidina Tufail terus berdakwah kepada kaumnya, bani Dausi.
-Antara yang masuk Islam dengan dakwah Saidina Tufail ialah Saidina Abu Hurairah ra.
-Masyarakat Bani Daus ini tinggal di kampung mereka dan beramal dengan amalan Islam yang mereka perolehi melalui Saidina Tufail sehinggalah tahun ke-6 Hijrah.
-Kemudiannya Saidina Abu Hurairah ra dan kaumnya berhijrah ke kota Madinah untuk bersatu dengan seluruh kaum Muslimin.
-Saidina Abu Hurairah ra yang berasal dari kalangan Bani Daus ini telah menghabiskan setiap waktunya untuk berkhidmat dan berdampingan dengan Nabi saw. Beliau lebih memilih untuk tinggak di masjid berbanding tinggal di rumah (ahli Kuffa).
-Beliau menjadikan Rasulullah SAW sebagai pengajar dan imam kepada dirinya.
-Di Mekah, Saidina Tufail dan Saidina Abu Hurairah ra telah memberitahu Nabi saw keadaan kaumnya yang masih ada tidak menerima Islam. Ia menyatakan kefasikan dan keengkaran kaumnya amat keras.
-Mulanya Saidina Tufail takut Nabi saw mendoakan keburukan kepada kaumnya. Ia sayangkan saudara mara dan kaumnya.
-Kemudian Nabi saw solat dan berdoa “Ya Allah kurniakan hidayah kepada kaum Dausi”
-Menurut Saidina Aisyah ra pernah menyatakan kesedihan Nabi saw yang pertama ialah peperangan Uhud. Selain daripada Uhud, yang memberi ingatan yang sangat pedih pada Nabi saw ialah peristiwa layanan buruk masyarakat Thaif kepada Nabi saw semasa peringkat awal dakwah Nabi saw.
Namun Nabi saw tidak doakan keburukan sebaliknya mendoakan keberkatan buat bumi Thaif.
Namun Nabi saw tidak doakan keburukan sebaliknya mendoakan keberkatan buat bumi Thaif.
-Kemudian Saidina Tufail balik ke kaumnya. Dengan doa Nabi saw, hampir semua kaum Dausi masuk Islam.
-Kemudiannya setelah beberapa lama lebih kurang 80 orang dari kaum Dausi telah datang kepada Nabi saw untuk menunjukkan keislaman mereka.
-Nabi saw amat gembira dan Nabi saw telah beri mereka sebahagian daripada harta rampasan perang.
-Semasa peperangan Yamamah, ia dan anaknya (Amru) telah menyertai peperangan itu.
-Semasa dalam perjalanan ke Peperangan Yamamah, pada malamnya ia bermimpi yang kepalanya dicukur. Satu burung keluar dari perutnya. Kemudian ia masuk ke dalam perut perempuan. Tetapi anaknya Amru tidak dapat masuk ke perut perempuan itu.
-Nota: Bagi Nabi/Rasul mimpi mereka semuanya benar. Mimpi orang alim banyak yang benar. Manakala mimpi orang awam banyak yang tidak benar.
-Makruh untuk cerita mimpi pada orang awam. Tetapi disunatkan diceritakan pada orang alim yang terpilih sekiranya ingin mendapat pandangan untuk menenangkan hati.
-Bila Saidina Tufail menceritakan mimpinya pada orang alim, ia nyatakan bahawa ia mimpi yang baik.
-Tetapi Saidina Tufail telah mentakwilkan mimpinya sendiri. Ia kata mimpi burung keluar dari mulutnya adalah bermaksud ia akan mati iaitu rohnya keluar daripada jasadnya. Kisah ia masuk dalam perut perempuan bererti ia akan dimasukkan dalam tanah (kubur). Manakala tentang mimpi anaknya tidak dapat ikut masuk ke perut perempuan bererti anaknya Amru tidak dapat mati syahid.
-Maka bila berlakunya peperangan Yamamah, didapati benar seperti takwilkannya. Saidina Tufail telah mati syahid dan anaknya (Amru) telah terpotong tangan kanannya.
-Saidina Tufail mati syahid pada tahun 633H iaitu dalam peperangan Yamamah.
-Saidina Umar ra pada satu hari menjemput orang ramai makan termasuklah Amru bin Saidina Tufail.
Semasa semua orang makan didapati Amru bin Saidina Tufail tidak makan.
Semasa semua orang makan didapati Amru bin Saidina Tufail tidak makan.
-Maka ditanya Saidina Umar ra kepadanya kenapakah ia tidak mahu makan. Ditanyanya lagi adakah kerana kamu mahu menghormati ku kerana tidak mahu dilihat tidak sopan kerana makan dengan tangan kiri.
-Amru Saidina Tufail menyatakan bahaw ianya benar. Ia malu untuk makan kerana makan tangan kiri. Maka Saidina Umat ra menyatakan bahawa ianya adalah satu kemuliaan buatnya kerana dapat makan bersama dengan anak kepada sahabat Nabi saw yang mati syahid dan menyumbang dakwah Nabi saw.
-Tidak ada orang yang masih hidup lagi yang anggotanya (tangannya) telah masuk syurga. Itulah Amru bin Saidina Tufail.
Ibrah kisah sahabat ini:
i. Nabi saw berdakwah secara hikmah
ii. Apa yang disampaikan kepada kita hendaklah kita ambil penjelasan dahulu. Jangan terima tohmahan.
iii. Jangan cerita mimpi kepada orang awam. Boleh cerita kepada orang alim yang dipercayai dan untuk menenangkan kita.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment