السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Masjid Jamek Seberang Jaya, Seberang Prai, Pulau Pinang: 19 November 2019/ 23 Rabiulawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Zakaria Hamzah
●Pendahuluan
-Bermula kursi itu jisim yang sangat besar.
-Kita tidak mungkin dapat memahami dan menjangkau arasy dan kursi Allah swt, kita hanya mampu mengenali namanya sahaja.
-Mengikut Ibnu Abbas ra jarak antara kursi ke langit kelima adalah 500 tahun perjalanan.
-Bila disebut kursi dalam al-quran maka kita serahkan bagaimana hakikatnya kepada Allah.
-Ini kerana kita tidak tahu hakikat tentang Arasy dan Kursi. Hanyalah Allah yang mengetahui. Kita serahkan hakikatnya kepada Allah.
-Maka wajiblah untuk setiap mukalaf untuk berfirman dalam al-quran.
-Surah al-Buruuj, ayat 15 & 16: “Tuhan yang mempunyai Arasy yang tinggi kemuliaannya. Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakinya.”
-Iaitu Arasy itu adalah milik Allah. Tiada melemahkan ia akan sesuatu.
i. Allah yang menciptakan Arasy. Ia milik Allah.
ii. Allah Maha luas limpah kurnia dan pemurah
iii. Allah sangat memperbuat. Allah boleh buat apa sahaja yang Allah
iv. Allah tidak boleh dilemahkan oleh sesuatu. Allah mempunyai kuasa yang mutlak.
-Allah yang mengangkatkan akan orang mukmin di syurgaNya.
i. Allah angkat kedudukan orang mukmin dalam syurga
ii. Allah yang menciptakan Arasy
-Surah al-Baqarah, ayat 255: “Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”
-Arasy itu lebih luas dari langit yang tujuh dan bumi yang tujuh. Bagaimana? Kita tidak tahu.
Hanya Allah nyatakan ia lebih luas daripada bumi.
Hanya Allah nyatakan ia lebih luas daripada bumi.
-Kursi dan Arasy adalah dua makhluk yang berbeza.
-Sabda Nabi saw: “Kursi itu umpama satu besi yang dicampakkan pada satu padang yang luas.”
Arasy lebih besar daripada kursi.
-Mengikut imam Abu Jaafar: “Dan ia Allah terkaya daripada Arasy dan barang yang lain.”
-Jadi Allah tidak berhajat pada sesuatu. Kita yang berhajat kepada Allah.
-Kita beribadat bukan untuk Allah. Ia adalah untuk kita. Kita yang berhajat kepada Allah.
-Saidina Abu Bakar ra berkata semasa kewafatan Nabi saw: “Wahai sidang jemaah sekelian, sesiapa yang menyembah Muhamad, ia telah wafat. Siapa yang menyembah Allah ia hidup. Apakah jika Muhamad saw wafat menyebabkan tumit kamu berpaling ke belakang. Siapa yang berpaling tumitnya ke belakang ia tidak memberikan kesan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengasihani orang yang bersyukur.”
-Saidina Umar ra bila dinyatakan bahawa jika ada orang yang mengatakan bahawa Nabi saw wafat maka ia akan memancungnya.
-Firman Allah: “Muhamad tidak lain melainkan ia adalah Rasul..”
-Jadi Nabi saw adalah makhluk Allah yang akan mati.
-Surah al-Anbiya’, ayat 107: “Dan tidaklah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”
-Surah al-Ahzab, ayat 45-46: “Wahai Nabi, sesungguhnya Kami mengutus mu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang yang ingkar). Dan juga sebagai penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada agama Allah dengan taufik yang diberiNya dan sebagai lampu yang menerangi.”
Allah Maha Terkaya.
-Surah al-Ankabuut, ayat 62: “Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (rezeki itu) baginya; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”
-Allah terkaya dan tidak berhajat kepada sesiapa.
-Surah Luqman, ayat 26: “Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.”
Allah terkaya dan lagi dipuji.
-Pembahagian pujian terbahagi kepada 4:
i. Allah puji diriNya.
ii. Allah puji makhluk
iii. Puji makhluk pada Allah
iv. Makhluk puji sesama makhluk
i. Allah puji diriNya.
ii. Allah puji makhluk
iii. Puji makhluk pada Allah
iv. Makhluk puji sesama makhluk
-Walau pujian itu terbahagi kepada 4, namun hakikatnya semua pujian itu kembali kepada Allah. Iaitu pujian kembali kepada pemiliknya. Allah yang mencipta dan pemilik segala-galanya.
Contoh, jika kita puji kereta cantik. Maka pujian itu pergi kepada tuan punya kereta.
-Contoh puji Allah pada makhluk:
Surah Shad, ayat 44: “Sesungguhnya Kami dapati ia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya ia amat taat (kepada Rabbnya).”
Surah Shad, ayat 44: “Sesungguhnya Kami dapati ia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya ia amat taat (kepada Rabbnya).”
-Allah menciptakan Arasy dan Kursi namun Allah tidak berhajat kepadanya. Hanya ianya adalah hikmah kebijaksanaan Allah. Allah yang Maha Mengetahui.
-Kita tidak perlu melampau pengetahuan tersebut. Kita tidak akan mendahului al-quran dan sunnah.
-Surah al-Hujurat, ayat 1: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.”
-Kita bila cipta sesuatu adalah kerana kita berhajat kepadanya. Contohnya, kita buat rumah kerana kita hendak mendudukinya.
Kenapa dikatakan jika dapat wukuf maka dapatlah haji?
Nabi saw bertanya kepada para sahabat: “Hari ini hari apa dan di mana kita berada. Jawab sahabat, Allah dan Rasullah yang mengetahui. Nabi saw bersabda bahawa sekarang kita sedang wukuf di padang Arafah.”
Jadi dalam hadith tersebut adalah contoh bahawa para sahabat tidak mendahului Allah dan Rasul dalam ucapan-ucapan mereka. Mereka tidak menjawab apa yang ditanya oleh Nabi saw.
-Sahabat Nabi saw bernama Abdullah Ibnu Masud, bila ia pergi ke Madinah di satu tempat ia berhenti. Maka sahabat bertanya kenapa buat begitu. Jawabnya ini kerana aku melihat perbuatan Nabi saw yang berhenti di tempat tersebut. Dan aku tidak tahu kenapa Nabi saw berhenti di situ.”
-Jadi kita jangan tanya sebab apa sesuatu itu diperintah oleh Allah.
-Orang alim walau pun telah alim ia tetap hendak duduk dalam majlis ilmu kerana hendak mengambil berkat.
“Tidaklah ada mana-mana kaum yang berhimpun di rumah-rumah Allah dan disebut di dalamnya nama Allah maka malaikat turunkan rahmat kepadanya ...”
-Sabda Nabi saw: “Sungguh para Malaikat merendahkan sayapnya sebagai keredhaan kepada penuntut ilmu”.
-Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu tanpa faedah dan sunyi daripada hikmah.
-Kaedah hukum untuk memberi maslahah(kebaikan) kepada hamba Allah:
i. Mengambil segala kebaikan
ii. Menolak segala kemudaratan
ii. Menolak segala kemudaratan
-Bina hospital, jalan raya ia dibenarkan kerana ia adalah muslahah (kebaikan).
Islam melarang arak dan judi kerana ia mendatangkan kemudaratan.
-“Tidak Aku utuskan mu wahai muhamad untuk mendatangkan rahmat kepada manusia”
Jadi kita akan dapat rahmat jika kita ikut perintah Allah.
Kini ramai non muslim mempertahankan perintah Islam yang mengharamkan arak, judi, rokok
Jadi, jika non-muslim mengamalkan Islam maka ia selamat di dunia.
Bermakna bila non-muslim beramal dengan ajaran Islam adalah rahmat baginya. Islam itu memberi rahmat kepada seluruh alam.
Kelemahan orang Islam:
-Sabda Nabi saw:
“Kiamat tidak akan berlaku kecuali orang yahudi diperangi sehingga yahudi lari bertempiaran melarikan diri disebalik batu-batu dan pohon kayu. Sehingga batu-batu dan pohon kayu bercakap, “wahai orang muslim, ini adalah orang yahudi” kecuali satu pokok iaitu pokok gharqad.”
“Kiamat tidak akan berlaku kecuali orang yahudi diperangi sehingga yahudi lari bertempiaran melarikan diri disebalik batu-batu dan pohon kayu. Sehingga batu-batu dan pohon kayu bercakap, “wahai orang muslim, ini adalah orang yahudi” kecuali satu pokok iaitu pokok gharqad.”
Sekarang orang yahudi menanam banyak pokok gharqad.
“Bila Allah hendak jadikan sesuatu maka Allah sebut “ jadi” lalu jadilah”
Di akhir zaman Islam akan menang. Nabi Isa as akan memerintah dunia sebelum kiamat.
Pada masa itu makan sebiji buah boleh mengenyangkan. Seekor kambing boleh dimakan oleh beratusan orang.
Tidak akan berlaku kiamat kecuali orang yahudi akan dibunuh oleh orang Islam.
Satiap semua perkara yang Allah jadikan tidak semua kita tahu hikmahnya.
Kita sebagai hamba bersifat taatbudiah. Hanya mentaati/menghambakan diri pada Allah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment