Sunday, 3 November 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (224/2019): DOAKAN KEBAIKAN KEPADA ORANG YANG MENCERITAKAN MIMPINYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, Terengganu: 3 November 2019 / 6 Rabiuawal 1441H (Sabtu) oleh Imam Masjid Al-Muktafi Billah Shah

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Jika dinyatakan kepada kamu bahawa aku mimpi. Maka jawablah, baiklah apa yang kamu lihat maka baiklah kamu dapat. Kemudian sebutlah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”
-Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, bila diceritakan sesuatu mimpi oleh seseorang kepada kamu maka sebutlah: “Kebaikanlah yang engkau dapati dan keburukan yang tersingkir daripadanya.”
-Sabda Nabi saw: “Abu Hurairah ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah saw : “ Mimpi itu ada tiga bahagian iaitu berita atau khabar gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan.” (HR: Ahmad).
-Jadi, mimpi ada 3 jenis:
i. Bisikan hati: Ingatan yang dibawa sebelum kita tidur (perkara yang difikir semasa jaga hingga terbawa-bawa masa tidur).
ii. Gangguan syaitan
iii. Khabar gembira daripada Allah
Iaitu satu bahagian daripada 46 kenabian. Orang biasa sukar untuk mendapat mimpi jenis ini. Ianya adalah biasanya untuk orang yang soleh. Orang yang soleh ia tidak berkata dengan perkara yang buruk dan ia benar-bernar bertaqwa dan bergantung sepenuhnya kepada Allah.
-Justeru, mimpi kita kebanyakannya adalah mainan syaitan.
-Sabda Nabi saw:
Ada seorang sahabat beritahu kepada Nabi saw bahawa pada malam tadi ia mimpi kepalanya kena penggal. Maka Nabi saw menyatakan kepadanya janganlah kamu ceritakannya kepada orang. Mimpi itu mainan syaitan.
-Sabda Nabi saw:
Nabi saw didatangi seorang Arab Badui dan berkata, ‘Aku bermimpi bahawa kepalaku dipenggal lalu akui mengikuti kepalaku yang menggelinding.’ Kemudian Nabi saw. mencela Arab Badui tersebut dan bersabda, ‘Jangan engkau ceritakan kisah syaitan yang mempermainkanmu disaat engkau tidur,” (HR: Muslim).
Ulamak menyatakan, Nabi saw larang cerita mimpi buruk pada orang lain adalah untuk mengelakkan orang tafsir yang tidak betul hingga menimbulkan fitnah.
-Namun, jika tidak diceritakan kita rasa tidak tenang maka ceritakanlah kepada orang alim yang dipercayai dan yang boleh memberi nasihat yang baik kepada kita.
-Dalam hadith yang lain, dinyatakan ada juga para sahabat cerita mimpi baik kepada baginda saw. Maka Nabi saw tidak mahu ianya diceritakan kepada orang kecuali kepada orang yang dipercayai.
“Jika dinyatakan kepada kamu bahawa aku mimpi. Maka jawablah, baiklah apa yang kamu lihat maka baiklah kamu dapat. Kemudian sebutlah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”
Dalam hadith yang lain, Nabi saw menyatakan, sebutlah: “Kebaikan yang engkau dapati dan keburukan yang tersingkir daripadanya.”
Kebaikan kepada kita dan keburukan buat musuh-musuh kita.
Jadi Nabi saw mengajar kita bahawa bila ada orang yang menceritakan mimpinya kepada kita maka hendaklah kita berdoa yang baik-baik.
-Sabda Nabi saw: “Mimpi yang benar berasal dari Allah, sedangkan mimpi yang merupakan bunga tidur berasal dari syaitan. Jika diantara kamu bermimpi sesuatu yang disukainya, hendaklah ia tidak menceritakannya kecuali kepada orang yang dicintainya. Tetapi jika ia bermimpi sesuati yang di bencinya, maka hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari keburukannya dan dari keburukan syaitan, dan supaya meludah tiga kali serta tidak menceritakannya kepada siapa pun. Sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan membahayakan.” (HR Muttafaq ‘alaih).
-Ketika Nabi Yusuf as bermimpi melihat matahari, bulan, dan sebelas bintang bersujud kepadanya, ia menceritakannya kepada bapanya. Ayahnya berkata jangan diceritakan kepada saudara-saudaranya. Ini difirmankan oleh Allah dalam surah Yusuf.
-Surah Yusuf, ayat 5: “Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpi mu itu kepada saudara-saudara mu, maka mereka membuat makar (untuk membinasakan) mu. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia."

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment