Sunday, 2 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (26/2020): TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 1 Feb 2020 / 8 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Rahman Rahim.

●Pendahuluan
-Kasih sayang dan rahmat Allah ada dalam majlis ilmu. Para malaikat Allah diperintahkan untuk sentiasa melindungi orang yang menuntut ilmu daripada ia keluar rumah sehinggalah ia balik semula ke rumah.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Apabila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang- senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.”
-Hadith Nabi saw di atas memberikan panduan yang amat jelas bagaimana untuk suami melindungi dan mendidik isteri.
-Sesungguhnya perempuan itu dari tulang rusuk yang bengkok. Jika keras sangat ia akan patah.
-Surah An-Nisa’, ayat 19: “Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.”

-Ibnu Katsir ketika mentafsirkan ayat di atas menyatakan: “Halusi ucapan kalian terhadap mereka (para isteri) dan perbaiki perbuatan serta penampilan kalian sesuai kemampuan. Sebagaimana engkau menyukai bila dia (isteri) berbuat demikian, maka engkau (semestinya) juga berbuat yang sama.
-Allah SWT berfirman dalam hal ini dalam surah al-Baqarah, ayat 228: “Dan para isteri memiliki hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf.”
Tuntutan kehidupan:
Taatbudi kepada Allah, makan minum, perkahwinan dan lain-lain.

-Banyak masalah perkahwinan kerana tidak dapat keredhaan Allah. Bila Allah tidak memberi keredhaan maka Allah akan beri jalan untuk perceraian. Ada yang di awal perkahwinan dan ada yang setelah lama perkahwinan iaitu di akhir hayat.
-Untuk mendapat keredhaan Allah maka setiap suami dan isteri hendaklah mentaati perintah Allah.
-Surah An-Nisa’, ayat 1: “Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu. Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.”
-Sabda Nabi saw: “Seandainya aku boleh menyuruh seorang sujud kepada seseorang, maka aku akan perintahkan seorang wanita sujud kepada suaminya.”
-Surah An-Nisa’, ayat 34: “Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya.”
-Ia menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab suami.
-Seorang isteri yang taat pada suami maka nescaya ianya dapat pahala sama seperti berjihad di jalan Allah.
-Sabda Nabi saw: “Apabila seorang isteri mengerjakan shalat yang lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (menjaga kehormatannya), dan taat kepada suaminya, niscaya ia akan masuk Surga dari pintu mana saja yang dikehendakinya.”
-Sabda Nabi saw: “Wanita-wanita kalian yang menjadi penghuni Surga adalah yang penuh kasih sayang, banyak anak, dan banyak kembali (setia) kepada suaminya yang apabila suaminya marah, ia mendatanginya dan meletakkan tangannya di atas tangan suaminya dan berkata, ‘Aku tidak dapat tidur nyenyak hingga engkau redha.”
Ini menunjukkan betapa mulianya seorang isteri.
Tanggungjawab suami ada 13 dan tanggungjawab isteri ada 5.
(A) Tanggungjawab Suami:
-Terdapat 13 tanggungjawab besar seorang suami:

1. Mengadakan walimah
-Nikah pada awalnya sunat. Bila sudah bernikah maka tanggungjawabnya jadi wajib.
-Sedekah paling besar ialah harta yang dibelanjakan bagi memberi nafkah dan makan kepada anak isteri. Ia adalah lebih besar nilainya daripada infaq fisabilillah.
-Nabi saw menyatakan sesuap makanan yang kamu suap ke mulut isteri kamu maka ianya satu langkah untuk memasuki syurga.
-Bila suami boleh bersabar dengan isteri maka ia boleh beroleh bahagia di dunia dan akhirat.
-Ketahuilah bahawa seorang perempuan itu adalah daripada tulang rusuk yang bengkok.
-Matlamat utama majlis perkahwinan bukan walimah.
-Jika dapat memberi makan untuk kedua ibubapa pun sudah mencukupi sebagai walimah.
-Justeru cukuplah membuat walimah (kenduri) ala kadar mengikut kemampuan.
-Hukum walimah adalah sunat sahaja.
-Seorang perempuan mempunyai hak untuk memperolehi mahar dalam pernikahan.
-Surah An-Nisa’, ayat 4: “Berikanlah mahar kepada wanita-wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian sebahagian daripada mahar tersebut dengan rela hati maka makanlah (ambillah) pemberian itu sebagai makanan yang sedap lagi baik.”
2. Berakhlak mulia dan bersabar dengan karenah isteri.
-Ini bersandarkan hadith Nabi saw di atas iaitu wanita adalah daripada tulang rusuk yang bengkok.
-Isteri dijadikan daripada tulang yang bengkok.
-Maka suami perlu tahu bagai mana untuk mengambil hati isteri.
-Siapa yang menuntut ilmu agama maka Allah akan tunjukkan kepadanya salah salah satu jalan ke syurga.
-Nabi saw pada satu hari didatangi seorang wanita yang datang dan mengadukan perlakuan suaminya kepada Nabi saw. Dari Hushain bin Mihshan, bahawasanya saudara perempuan dari bapanya (iaitu bibinya) pernah mendatangi Nabi saw kerana ada suatu keperluan. Setelah ia menyelesaikan keperluannya, Nabi saw bertanya kepadanya, “Apakah engkau telah bersuami?” Ia menjawab, “Sudah.” Beliau bertanya lagi, “Bagaimana sikap mu kepada suamimu?” Ia menjawab, “Aku tidak pernah mengurangi (haknya) kecuali yang aku tidak mampu mengerjakannya.” Maka, Nabi saw menjawab: ““Perhatikanlah bagaimana hubunganmu dengannya kerana suami mu (merupakan) Syurga mu dan Neraka mu.”
3. Bermain-main dan bersenda gurau dengan isteri.
-Nabi saw bersenda gurau dengan isterinya.
-Nabi saw bersabda kepada SaidinJabir ra, jika kamu hendak berkahwin maka carilah anak dara.
-Sabda Nabi saw: “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.
-Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya.
-Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. Rasulullah saw telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku: Ya !. Baginda bertanya: “Anak dara atau janda?”. Jawabku: “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.”
-Selain itu, seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung.
-Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh.
Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan.

-Isteri baginda Nabi saw sebahagiannya adalah janda demi menolong mereka.
-Justeru, bagi orang yang telah mempunyai isteri dan jika ia hendak serta berupaya berkahwin lagi maka lebih baik ia memilih berkahwin dengan janda.
Matlamat utama perkahwinan adalah:
i. Untuk mengembangkan zuriat
ii. Untuk melindungi dan memelihara kehormatan perempuan

-Isteri-isteri Nabi saw selepas Saidina Khadijah ra semuanya janda kecuali Saidina Aisyah ra.
4. Senda gurau hendaklah secara sederhana dan tidak melampau.
-Jika telah melampau maka ia tidak memberi keriangan.

5. Tidak cemburu yang berlebih-lebihan dan buruk sangka.
-Hendaklah bersederhana.

-Menurut Imam Syafie, sebaik-baik kaum Adam ialah ia tidak melihat kaum hawa. Sebaik-baik kaum Hawa ia tidak melihat kaum Adam.
6. Bersederhana dalam memberi nafkah.
-Jangan terlalu berlebih-berlebih atau terlalu kedekut.
-Ia perlu pertimbangan yang adil.

7. Seorang suami hendaklah mempelajari hukum hakam berkaitan dengan haid.
-Ia perlu mengajar isterinya.
-Berapa hari sepatutnya datang haid dan berapa hari paling lama.
-Lazimnya, paling lama datang haid ialah 14 hari dan paling sedikit 7 hari.

-Solat adalah satu keistimewaan yang Allah beri kepada hambaNya. Namun untuk perempuan ia tidak perlu qada untuk solat.
-Namun jangan lewatkan mandi hadas besar semata-mata untuk tidak hendak melaksanakan solat.
-Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan.
-Melindungi maruah keluarga dan harta benda.
-Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna.
-Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah.
(B) Tanggungjawab Isteri:
1. Menjaga kehormatan diri terutama apabila suami tiada di rumah. Misalnya tidak membenarkan lelaki yang bukan mahram atau yang dibenci suami masuk ke dalam rumah.
2. Menumpukan sepenuh kasih sayang kepada suami dan anak-anak.
3. Patuh terhadap suruhan suami (selagi bukan perkara maksiat) dan sentiasa suka melayan suami zahir dan batin.
4. Menjaga amanah dan harta suami.
5. Sentiasa menyimpan rahsia pergaulan suami isteri.
6. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami (kecuali dalam situasi darurat).
7. Berhias diri hanya untuk tatapan suami sahaja dan tidak untuk orang lain khususnya apabila berada di luar rumah. Ketika berada di khalayak ramai, si isteri harus pandai menjaga kesopanan dan sentiasa menutup aurat.
8. Menjaga kebersihan rumah tangga dan kesihatan diri serta anak-anak.
~to be continued.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment