Saturday, 1 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (24/2020): KELUARGA MITHALI IMPIAN KITA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 31 Januari 2020 / 7 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustazah Hajjah Zawiyah Hassan.

●Pendahuluan
-Hanya orang beriman yang memakmurkan rumah Allah.
-Surah At-Taubah, ayat 18: “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala).”
-Sabda Nabi saw: ““Jika engkau melihat seorang hamba yang selalu mengunjungi masjid maka persaksikanlah keimanannya.”
-Sabda Nabi saw: “Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah dalam naungan (Arsy)-Nya pada hari yang tidak ada naungan (sama sekali) kecuali naungan-Nya… (di antaranya): Seorang hamba yang hatinya selalu terikat dengan masjid.”
-Masjid sebagai benteng untuk selamat daripada malapetaka.
-Kita sayangi dan makmurkanlah rumah Allah.
-Mempunyai keluarga mithali adalah impian semua. Ia memerlukan usaha yang berterusan. Tiang utama untuk mendapat keluarga mithali adalah ketaatan kepada Allah dan suami (bagi seorang isteri).

Bagaimana untuk mempunyai keluarga yang Mithali:
i. Suami/isteri perlu taat kepada perintah Allah. Jika telah melakukan kesalahan maka hendaklah terus bertaubat meminta keampunan.
Manusia tidak sunyi daripada kesilapan. Maka perbanyakkan istigfar dan berzikir.

ii. Sentiasa bersyukur kepada nikmat kurniaan Allah.
-Bahagia ialah bila memiliki hati yang tenang. Bahagia tidak bergantung dengan kekayaan material.
Dengan kesyukuran dengan apa yang kita dikurniakan maka akan memberi ketenangan. Merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur dengan nikmat yang banyak atau sedikit.

iii. Perbaiki segala kekurangan dan kelemahan.
iv. Pelihara anak isteri kita daripada azab api neraka.
-Surah at-Tahrim, ayat 6: “Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka.”

-Sabda Nabi saw: “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan bersih melainkan dua orang tuanya yang bertanggungjawab mencorakkannya menjadikan Yahudi atau Nasrani atau Majusi.”
-Sabda Nabi saw: ““Siapa saja yang memiliki tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan lalu mendidik mereka dengan baik, pastilah ia akan masuk syurga.”
v. Bersungguh-sungguh melaksanakan tanggungjawab yang ditetapkan.
vi. Saling bermaaf-maafan atas kesalahan/kekurangan kita.
vii. Solat bersama, membaca al-quran bersama, makan bersama dan membuat aktiviti kekeluargaan.
-Suami menjadi contoh kepada isteri dan anak-anak.
Ilmu yang bermanafaat perlu diamalkan. Ilmu yang banyak tetapi jika tidak diamalkan umpama pokok yang tidak berbuah. Tidak cerdiklah bagi orang yang berilmu tetapi ia tidak mengamalkannya.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment