السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 22 Feb 2020 / 28 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Salleh Saad.
●Pendahuluan
Syukur kita terus dapat kekuatan untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah.
-Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang menunaikan solat subuh berjemaah dan solat isyak berjemah maka ia seumpama beribadat sepanjang malam.”
-Imam Ghazali menyatakan bahawa hendaklah kamu membuat banyak amal sebelum naik matahari dan selepas naik matahari.
-Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ).
-Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah Taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.
-Manusia muslim terbahagi dalam tiga keadaan:
i. Mereka yang melakukan ibadah
ii. Mereka yang melakukan maksiat
iii. Mereka yang melakukan perkara yang harus
-Sabda Nabi saw:
“Saya melihat Nabi saw menghitung tasbih dengan tangan-tangannya. Sendi-sendi tangan itu akan menjadi saksi di akhirat kelak.
-Sabda Nabi saw:
“Sesiapa menyatakan “Aku redhalah Allah sebagai Rabb’, Islam sebagai agama dan Nabi saw sebagai Rasulnya”, maka wajib baginya masuk syurga.”
-Sabda Nabi saw: “Seorang lelaki berjumpa Nabi saw dan menyatakan bahawa syariat Islam itu begitu banyak. Beritahulah kepada ku satu amalan yang boleh membawa ku ke syurga. Nabi saw bersabda,ianya bila lidah mu bertambah lembut berzikirullah.”
-Nabi saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, iaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (HR: Al-Imam Ibnu Majah).
-Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai.” (HR: Muslim).
-Untuk bertanya sesuatu kemuskilan maka bertanyalah pada orang yang ahlinya.
-Bila para sahabat Nabi saw bertanya, jawapan yang diberi oleh Nabi saw adalah yang diilham oleh Allah kepada baginda saw.
-Sabda Nabi saw: “Ditanya kepada Nabi saw, mana satu ibadat yang afdhal darjatnya di sisi Allah. Sabda Nabi saw, “orang banyak berzikir kepada Allah. Kemudian Abu Said Al-Zakri bertanya lagi, siapa kah yang berjuang ke jalan Allah, sabda Nabi saw ia adalah orang yang berjuang menentang musuh musryik dengan pedangnya hingga berlumuran darah, maka orang yang banyak berzikirullah ia lebih banyak pahalanya..”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang mengucapkan subhanalah...maka akan ditanam buatnya sebatang pokok di syurga..”
-Imam Nawawi menyatakan bahawa ia menulis bukunya mengikut tertibnya.
Bermula daripada apa yang patut dilakukan daripada mula bangun tidur waktu pagi.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment