السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 15 Feb 2020 / 21 Jumadilakhir 1441H (Sabtu).
●Pendahuluan
-Menyediakan pendidikan jasmani kepada anak-anak adalah amat penting.
-Memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah perkara jasmani yang diperlukan untuk kehidupan.
-Sabda Nabi saw:
“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?
Lima tanggungjawab besar ketua keluarga dalam memberi nafkah:
1. Menjadi tanggungjawab untuk memberi nafkah makan minum kepada isteri dan anak-anak.
-Surah al-Baqarah, ayat 233: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
-Surah at-Tahrim, ayat 6: “Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
-Ulamak menyatakan makanan yang perlu diberi sekurang-kurangnya ialah makan pagi dan makan malam.
2. Menyediakan pakaian
-Sekurang-kurangnya dua kali setahun.
3. Rumah untuk tempat tinggal
-Rumah yang bersesuaian mengikut kemampuan.
-Sabda Nabi saw: “Duit yang kamu belanja ke jalan Allah, duit yang belanja untuk merdekakan hamba, duit yang dibelanjakan untuk fakir miskin dan wang yang dibelanjakan untuk anak isteri kamu, manakah yang lebih besar. Ianya adalah yang dibelanjakan untuk anak isteri kamu.”
-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah." (HR: Muslim, at-Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).
-Sabda Nabi saw: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Justeru, pilihlah seorang isteri yang beragama. Nescaya kamu beroleh kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah.
-Jika seorang bapa/suami mendapat pahala kerana memberi nafkah kepada anak isterinya maka sekiranya ianya tidak memberikannya maka ia berdosa melainkan ia tidam mampu. Ini kerana lalai dalam tanggungjawab mendatangkan kemurkaan Allah.
-Seorang isteri boleh mengambil duit suaminya jika ia tidak diberi nafkah. Ia dibolehkan sekadar untuk keperluan.
-Sabda Nabi saw: “Memadailah seorang itu mendapat dosa bila ia mensia-siakan anak isterinya.”
-Ia berdosa sehingga bila-bila. Bagi anak lelaki, sehingga ia berdikari (bekerja). Bagi anak perempuan sehingga ia berkahwin.
Jika seseorang itu tidak memberi nafkah maka ia menjadi hutang sepanjang kehidupannya selagi ianya tidak ditunaikan.
-Sabda Nabi saw: “Memadailah seseorang itu mendapat dosa bagi orang yang menangguh nafkah yang wajib baginya memberi nafkah.”
-Bila dapat disediakan makan minum, pakaian dan tempat tinggal yang baik-baik maka anak isteri akan dapat hidup selesa dan sihat.
-Makan yang baik-baik akan memberikan kesihatan yang baik. Yang haram akan membawa mudarat.
2. Menjaga kesihatan
i. Menjaga makan. Kita berhenti makan sebelum kenyang.
ii. Jangan makan dengan melampau melebihi apa yang perlu.
-Sabda Nabi saw: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya.”
-Sabda Nabi saw: “Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya.” (HR: at-Tirmidzi).
-Sabda Nabi saw: “Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya.” (HR: Ahmad dan at-Tirmidzi).
-Sabda Nabi saw: “Orang yang paling banyak kenyang semasa di dunia adalah orang yang paling banyak mengalami kelaparan pada hari kiamat.” (HR: at-Tirmidzi).
iii. Jangan makan berat selepas 8 malam.
Cara minum Nabi saw:
-Minum dengan dua kali teguk atau tiga kali teguk.
-Nabi saw melarang kita minum sekali gus.
-Sabda Nabi saw: “Jangan kamu minum sekali gus seperti binatang. Akan tetapi minumlah 2 teguk, 3 teguk, bacalah bismillah dan kemudiannya sebutlah alhamdulillah.”
Doa perlindungan (“Alhamdulillah hillazi...”)
-Nabi saw melarang bernafas dalam gelas atau menghembus ke dalamnya.
Pada satu masa Nabi saw dikunjungi oleh seorang tetamu iaitu pemuda bukan Islam. Nabi saw hidangkan segelas susu. Selepas itu ia masih tidak kenyang lalu Nabi saw memberinya beberapa gelas lagi sehinggalah gelas ketujuh baru ia kenyang. Maka akhirnya lelaki itu masuk Islam.
Kemudiannya, selepas ia masuk Islam pada satu hari Nabi saw memberinya segelas susu. Selepas itu bila Nabi saw hendak beri lagi segelas susu ia tidak mahu. Iaitu ia sudah kenyang dengan segelas susu.
-Sabda Nabi saw:
“Orang beriman ia minum dengan satu perut sahaja. Orang tidak beriman minum dengan 7 perut.”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang subahat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap subahat bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara subahat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya di sekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahawa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahawa dia adalah hati “. (HR: Bukhari dan Muslim).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment