Saturday, 1 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (25/2020): KONSEP REZEKI DALAM ISLAM, KEBERKATAN DAN JALAN-JALANNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Al-Mizan, Putrajaya: 1 Feb 2019/ 7 Jumadilakhir 1441H (Sabtu)


●Pendahuluan
-Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas.

(a) Allah Tuhan Pemberi Rezeki
Empat macam rezeki:
-Rezeki yang dijamin (madhmun)
-Rezeki yang dibagikan (maqsum
-Rezeki yang dimiliki (mamluk).
-Rezeki yang dijanjikan (mau’ud).

(b) Kehidupan Adalah Beribadah Bukan Mencari Rezeki Tanpa Ibadah
-Menjaga ibadah termasuk amalan sunat akan dikurniakan rezeki yang banyak.
-i. Melazimi kekal berwuduk
-ii. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
-iii. Melazimi Solat Dhuha

(c) Kunci Rezeki Menjaga Hubungan Dengan Manusia.
-i. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa.
-ii. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
-iii. Menunaikan hajat orang lain.
-iv. Mengeratkan silaturrahim.
-v. Membuat amal kebajikan.

(d) Cara Hidup Dan Sikap Yang Memurah Rezeki
-i. Bangun seawal pagi.
-ii. Berusaha dengan dengan kesungguhan
-iii. Bersedekah.
-iv. Bersyukur kepada Allah
-v. Rezeki Perkahwinan dan Anak
-vi. Redha dan Qanaah
-vii. Berikhtiar
-viii. Bertawakal

(e) Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Tertentu
(f) Amalan Zikir dan Bacaan Murah Rezeki
(g) Berselawat
(h) Berdoa
(i) Keberkatan Rezeki

HURAIAN:
-Rezeki adalah pemberian Allah kepada hambaNya bukan hanya dalam bentuk wang ringgit, sebaliknya mencakupi pelbagai perkara seperti makan, minum, pekerjaan, zuriat, masa lapang, keluarga, kesihatan dan kesejahteraan.
-Justeru, rezeki itu boleh dibahagikan kepada yang zahir iaitu sesuatu yang dapat dilihat dan dirasai atau pun yang batin seperti ilmu, kefahaman, kecerdikan, cinta, kasih sayang, hidayah dan sebagainya.
-Kita hendaklah menyedari hakikat rezeki yang diterima datangnya daripada Allah SWT.
-Tidak ada satu bentuk rezeki yang tidak termasuk dalam kurniaan Allah SWT.
-Surah Hud, ayat 6: “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”
-Allah telah menentukan rezeki hambaNya sejak azali lagi dan menulis rezeki manusia ketika manusia masih dalam kandungan ibunya.
(a) Allah Tuhan Pemberi Rezeki:
-Antara nama Allah ialah Ar-Razzaq yang bermaksud yang banyak memberi rezeki kepada hambaNya sama ada manusia itu beriman atau pun sebaliknya.

-Makna dan kelebihan Ar-Razzaq tidak dapat ditandingi setiap daripada makhlukNya. Dialah berkuasa mengurniakan rezeki kepada setiap makhlukNya.
-Surah ali-Imran, ayat 37: “......sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
-Allah SWT mengurniakan rezeki hatta kepada serangga kecil.
-Surah al-Ankabut, ayat 60: “Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
-Menyedari hakikat tersebut, setiap Muslim perlu beriman, kepada Allah SWT sahajalah selayaknya kurniaan rezeki dipohon.
-Usah hampiri jalan syirik untuk mendapat rezeki begitu juga dengan jalan maksiat.
-Bersabarlah dalam memohon rezeki daripadaNya yang dikenaki dengan Ar-Razzaq.
-Allah SWT mengurniakan rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Asalkan hamba itu berusaha mendapatkan rezeki yang dihajati.
-Surah al-Baqarah, ayat 212: “.... Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).”
-Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa rezeki itu ada empat macam:
1. Rezeki yang dijamin (madhmun)
2. Rezeki yang dibagikan (maqsum)
-Iaitu harta di dunia yang dimiliki menurut apa yang ditentukan oleh Allah SWT dan dibagikanNya, untuk dimiliki oleh hambaNya.

-Iaitu rezeki yang diusahakan.
-Allah memberikan rezeki kepada manusia, ada yang senang dan susah. Maka kita dikehendaki saling bantu membantu. Ia menambah peluang untuk membuat amalan kebajikan.
-Allah membahagikan rezeki kepada hambaNya.

3. Rezeki yang dimiliki (mamluk).
-Rezeki ini di miliki. Tetapi tidak semestinya dapat dinikmati

4. Rezeki yang dijanjikan (mau’ud).
-Ia diperolehi tanpa diusahakan. Contohnya, harta warisan.

(b) Kehidupan Adalah Beribadah Bukan Mencari Rezeki Tanpa Ibadah:
-Allah tidak mensia-siakan pengabdian dari hambaNya, seperti firmanNya dalah hadith qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah Ku, maka Aku akan membuat hati mu kaya dan menutup kefakiran mu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tangan mu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiran mu.
-Orang yang Allah sibukkan menghimpun harta benda dan cari makan minum sahaja dengan melupakan Allah maka ia adalah orang yang sudah tersasar.
-Terdapat di kalangan manusia yang mencuaikan ibadat dikala mencari rezeki seolah-olah urusan hidupnya hanya mencari makan minum sahaja.
-Oleh itu, amalan dosa menjadikan rezekinya menjadi sempit.
-Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
-Sabda Nabi saw: “.....dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
-Justeru, amalan maksiat dan dosa akan menutup rezeki.
-Allah perintah untuk kita solat dan bertebaran di muka bumi ini untuk mencari rezeki kurniaan Allah dan mengingatiNya banyak-banyak.
-Surah al-Jum’ah, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah SWT banyak-banyak supaya kamu berjaya.”
-Jadi ibadat bukan sahaja ibadat khusus.
-Kita berusaha mencari rezeki adalah suatuibadat umum.
-Mencari rezeki jangan sampai mencuaikan ibadat.
-Menjaga ibadah termasuk amalan sunat akan dikurniakan rezeki yang banyak. Antaranya:
i. Melazimi kekal berwuduk
-Seorang Arab desa menemui Rasulullah saw dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.

-Baginda saw bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
ii. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
-Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperolehi rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

iii. Melazimi Solat Dhuha
-Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

-Firman Allah dalam hadith qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluan mu pada petang harinya.”
-Firman Allah: “Diwaktu malam, bangunlah engkau Muhammad, mudah-mudahan Allah bangunkan kamu di akhirat dengan makam yang tinggi..”
(c) Kunci Rezeki Menjaga Hubungan Dengan Manusia. Antaranya:
i. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa.
-Dalam hadith riwayat Imam Ahmad, Nabi saw berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

ii. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
-Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

-Sabda Nabi saw: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
iii. Menunaikan hajat orang lain.
-Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri.
-Sabda Nabi saw: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya...”
I
iv. Mengeratkan silaturrahim.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”

v. Membuat amal kebajikan.
-Ibnu Abbas ra berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

(d) Cara Hidup Dan Sikap Yang Memurah Rezeki:
i. Bangun seawal pagi.
-Menurut Nabi saw, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

ii. Berusaha dengan dengan kesungguhan.
-Rezeki datang dari Allah dengan sebab usaha yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

iii. Bersedekah.
-Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki.
-Nabi saw bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”

-Apa yang kamu infaqkan nescaya akan Allah kurniakan rezeki yang lebih banyak.
iv. Bersyukur kepada Allah
-Bersyukur bererti mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat.

-Dalam surah ali-Imran, ayat 145, Allah berfirman: “...dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
v. Rezeki Perkahwinan dan Anak
-Allah mengurniakan kelapangan rezeki pada hambaNya yang berkahwin dan mempunyai anak.

-Surah An-Nur, ayat 32: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
-Oleh sebab anak diberi rezeki oleh Allah, maka diharamkan amalan membunuh anak kerana takutkan rezeki yang sempit.
-Surah al-Israa’, ayat 31: “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.”
vi. Redha dan Qanaah
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah Yang Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang diberikan. Barang siapa yang redha dengan pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yang tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati.”

vii. Berikhtiar
-Siapa berusaha, dia akan berjaya.
-Ini adalah sunnatullah.
-Dalam satu hadith dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintaiNya dan yang tidak dicintaiNya, tetapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintaiNya sahaja.

viii. Bertawakal
-Dengan tawakal, seseorang itu direzekikan rasa kaya dengan Allah.

-Sabda Nabi saw: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.”
-Burung adalah binatang yang bertawakal. Cari hari itu, makan hari itu.
(e) Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Tertentu
-Apabila seorang menyedari rezeki segala-galanya dari Allah maka dia akan sentiasa meletakkan tumpuan pengabdiannya kepada Allah termasuk dalam soal rezeki.

-Maka dia akan memperbanyakkan zikir dan amalan untuk mendapat rezeki sama ada keluasan ilmu, terbuka dan bertambah pintu hidayah, dimudahkan fahaman tentang agama, diberi kemanisan iman, diberi ketenangan dan sebagainya.
-Dua ayat terakhir surah at-Taubah, ayat 128-129 jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
-Surah at-Taubah, ayat 128: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
-Surah at-Taubah, ayat 128: “Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."
-Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan rezeki jika diwiridkan selalu, misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan Mu, ya Fattah ya ‘Alim.”
-Ada juga hadith yang menyebut, siapa yang amalkan membaca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan.
(f) Amalan Zikir dan Bacaan Murah Rezeki:
-Memperbanyakkan Istighfar menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hambaNya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

-Sabda Nabi saw: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah swt akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
-Dengan istigfar Allah turunkan hujan, kurniakan kesuburan (|surah Nuh).
(g) Berselawat
-Ada hadith yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat.
(h) Berdoa
-Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dariNya.
-Dalam al-quran, Allah suruh kita meminta kepadaNya, nescaya Dia akan perkenankan.

(i) Keberkatan Rezeki
-Keberkatan Illahi itu terletak di atas rasa keredhaan hamba Allah ke atas apa sahaja bentuk mahu pun jumlah kurniaanNya.
-Sebaliknya rezeki itu sendiri merupakan ujian daripada Allah SWT kepada manusia sejauh mana mereka benar-benar bertaqwa dan berserah diri kepadaNya.
-Dalam kita memahami pengertian rezeki yang berkat, kita tidak boleh membataskan rezeki itu hanya pada wang ringgit tetapi meliputi kesihatan.
-Ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan berbagai lagi sehinggakan kemampuan melaksanakan amal ibadah juga merupakan rezeki.
-Bila kita dapat memahami makna rezeki yang berkat secara langsung kita sudah menambahkan rezeki dengan meluaskan pengertian rezeki itu sendiri.
-Jika seseorang mendapat gaji yang besar tetapi tidak merasa cukup kerana terlalu banyak perkara yang perlu dibayar dan merasai sentiasa tidak cukup.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment