Sunday, 9 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (36/2020): ORANG MULAI TIDAK MENDERHAKA KEPADA ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 8 Feb 2020 / 14 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Mohd Romli.

Sumber: Kitab Nasha’ihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani


●Pendahuluan
-Syukur bila kita dapat membuat ketaatan kepada Allah.
-“Tidak menderhaki kepada Allah orang yang mulia dan tidaklah mengutamakan dunia atas akhirat orang yang bijak.”
-Sifat Allah di sini ialah kareem dan hakim.
-Tidak menderhaka orang yang mulia (kareem) itu kepada Allah.
Iaitu tidak melakukan dosa bagi orang yang mulia.

-Persoalannya, adakah orang yang tidak menderhaka kepada Allah (tidak berdosa).
Pastinya tidak ada. Cuma ia berbeza dari segi darjah dosa yang dibuat.

Apa itu Taat dan Apa itu maksiat?
-Kata ulamak, tidak diambil kira taat dan maksiat. Tetapi yang diambil kira ialah hasil taat dan hasil maksiat.

Contohnya, bila kita masuk duit dalam tabung masjid. Maka pada zahirnya ia telah taat. Namun ia sebenarnya belum lagi taat. Iaitu adakah hasilnya ia jadi terus tunduk kepada Allah atau ia merasakan dirinya mulia daripada orang lain (ujub).
Contoh yang lain, ada yang pergi buat umrah zahirnya ianya taat. Namun tetapi hasilnya tidak lagi memberi kebaikan jika ianya terus membuat maksiat (mencabar hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah).
-Justeru, jika kita buat taat tetapi hasilnya timbul rasa ujub dan seumpamanya maka itu adalah maksiat.
-Banyak perkara kita buat apa yang Allah larang.
Contohnya, kita melihat apa yang Allah tidak bagi kita lihat. Tetapi jika sekiranya kita menyesal dan beristigfar memohon ampun maka ianya menjadi ketaatan iaitu membawa kebaikan kepada kita.

-Syarat bertaubat ialah ia perlu memohon ampun, insaf, benar-benar menyesal dan meninggalkan maksiat yang dibuat.

-Antara yang mengeluarkan seseorang daripada Islam ialah bila seseorang itu secara terang-terangan menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal.
-Orang yang tidak solat tetapi ia tidak mengatakan bahawa solat itu tidak wajib maka ia hanyalah membuat dosa besar.
Namun jika ia bukan sahaja tidak solat tetapi menyatakan juga bahawa solat itu tidak wajib maka ia boleh termasuk dalam golongan yang terkeluar daripada Islam.

-Justeru, jika seorang itu telah berdosa kemudian ia bertaubat dan menyesal maka bertukarlah ia kepada taat.
Orang yang buat dosa tidak dikira tidak taat sekiranya ia meminta ampun dan bertaubat.
-Sabda Nabi saw: “Orang yang berdosa itu kekasih Allah jika ia bertaubat”
-Sabda Nabi saw: “Orang yang bertaubat itu umpama ia tidak ada dosa.”
Peringatan buat kita semua:
-Jika kita buat taat maka kita rasa mulia maka itu bukannya taat.

-Yang dikehendaki ialah, semakin kita taat kepada Allah maka kita rasa semakin hina. Maka itu adalah tanda taat yang sebenar.
-Iaitu semakin kita berbuat taat, kita rasa semakin kecil kepada Allah. Kita merasa kehambaan kita kepada Allah.

-Orang yang taat dan berduit maka ia akan banyak membelanjakan duitnya ke jalan Allah.
Ia membuat banyak tabungan untuk kehidupan akhirat dengan banyak menyumbang kepada jalan Allah.

-Namun biasanya, orang yang berduit dan kaya raya biasanya ia sayangkan duit dan harta bendanya.
-Sepatutnya orang yang banyak duit dan harta, ibadat utamanya ialah banyakkan menyumbang duit/harta kepada jalan Allah.
Itulah ibadatnya yang lebih besar daripada yang lain.

-Allah beri harta kepada seorang yang kaya kerana Allah hendak ia juga kaya di akhirat.
-Bila kita konsisten membuat taat iaitu mengutamakan akhirat daripada dunia maka kita akan bahagia dengan ketaatan kita kepada Allah.
-Kesannya, apabila dengar azan dan kita bermukim, maka hendaklah kita terus berhenti.
Jangan sekali-kali kita membesarkan dunia daripada akhirat.

-Walau pun kita duduk atas dunia tetapi hendaklah kita jadi penduduk akhirat.
-Kata Saidina Umar ra, jadilah kamu orang-orang akhirat. Janganlah kamu jadi orang-orang dunia.
-Orang akhirat melihat dunia ini kecil.
Namun jangan tinggalkan dunia. Bawakan dunia ini untuk kehidupan akhirat.

-Guna harta benda untuk akhirat. Bawa kereta besar ke masjid. Bila ada rumah besar, bawa orang datang ke rumah untuk berzikirallah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment