Sunday, 2 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (28/2020): HARAM MENYEMBUNYI AGAMA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh @Masjid Putra, Putrajaya: 2 Feb 2020 / 8 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat

●Pendahuluan
-Orang-orang yang menyembunyikan hukum hakam agama adalah berdosa.
-Jadilah kamu sebagai orang yang menyampaikan ilmu agama.
-Surah al-Baqarah, ayat 159-160: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan sesuatu yang Kami telah turunkan iaitu dari ayat-ayat yang jelas dan hidayat setelah kami terangkan kepada manusia di dalam kitab suci, merekalah orang-orang yang dilaknatkan Allah dan dilaknatkan oleh sekalian pelaknat. Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengislahkan diri mereka dan menjelaskan yang benar, maka untuk mereka Aku terima taubat mereka dan sesungguhnya Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih.”
-Imam al-Baghawi berkata: ayat 159-160 surah al-Baqarah tersebut diturunkan kepada ulama Yahudi yang menyembunyikan sifat Muhammad saw, ayat rejam kepada penzina yang muhsan dan lain-lain daripada hukum-hukum yang terdapat di dalam Taurat.
-Di dalam surah Ali Imran, ayat 187: “Ingatlah ketika Allah menetapkan perjanjian kepada orang-orang yang diberi kitab iaitu hendaklah menerangkan kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya, tetapi mereka telah membuang perjanjian itu kebelakang mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit, maka alangkah buruknya barang yang mereka tukar itu.”
-Justeru daripada ayat ini ulama telah mengambil dalil bahawasanya orang yang menyembunyikan ilmu yang wajib dalam masa yang sama wujud pelajar yang hendak belajar, maka ia adalah perbuatan yang haram dan berdosa besar sekiranya dia tidak mengajarkannya.

-Hendaklah kita menerangkan ilmu agama kepada manusia dan jangan kita menyembunyikannya.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang ditanya tentang ilmu dunia menyembunyikan ilmu tersebut nescaya ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka”. (HR: Ibnu Majah, al-Hakim dan Ibnu Hibban).
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu orang yang ditanya itu menyembunyikan ilmunya (tidak mahu memberitahunya) maka dia akan dikekang mulutnya dengan kekangan api neraka.”
-Mengajar ilmu dalam satu situasi ia menjadi fardhu ain dan dalam satu situasi ia menjadi fardhu kifayah.
-Fardhu ain iaitu wajib keatas setiap orang.
-Fardhu kifayah ia bukan wajib ke atas setiap orang tertentu tetapi ia wajib dilaksanakan oleh sebahagian orang, maka terlepas kewajipan keatas orang yang lain, maka sekiranya semua orang meninggalkan membuat fardhu kifayah itu, maka semua orang itu tertanggung dosa iaitu berdosa seluruh manusia yang berada di suatu tempat itu.
-Justeru itu, setiap orang yang mempunyai ilmu, hendaklah ia sedaya upaya menyebarkan ilmu itu dan hendaklah ia sedaya upaya mengajarkan ilmu itu, janganlah dia malas menyampaikan ilmu tersebut.
-Sabda Nabi saw: “Hendaklah kalian menyampaikan daripada ku walau pun satu ayat”.
-Mengajar ilmu agama itu lebih-lebih lagi kepada ahli keluarga kita.
-Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman jagalah diri kalian dan ahli keluarga kalian daripada api neraka”.
-Ilmu yang kita pelajari hendaklah kita beramal dengannya.
-“Sesungguhnya orang alim sekiranya tidak beramal dengan ilmunya, maka nescaya dia akan hilang mau`izahnya daripada hati orang yang mendengar seperti mana hilangnya titisan air daripada batu yang licin.”
-“Sekiranya seorang hamba itu menuntut ilmu tujuan untuk beramal dengan ilmu tersebut, maka nescaya ilmunya akan mematahkannya (iaitu mendidiknya) nescaya dia akan bertambah tawaduk, sekiranya dia mempelajari ilmu bukan untuk beramal dengannya nescaya akan bertambah takabburnya (bongkaknya).”
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang menuntut ilmu untuk dibangga-banggakannya pada sidang para ulama atau untuk ditunjuk-tunjukkannya kepada para orang yang bodoh atau untuk memikat hati orang ramai kepadanya maka dia adalah menuju ke neraka.”
-Hukum asalnya adalah haram untuk mengambil upah dalam mengajar ilmu agama, al-quran dan seumpamanya. Ia diumpamakan menyembunyi hukum hakam sekiranya meminta upah sebelum mengajarnya.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa yang mempelajari ilmu untuk mendapat keredaan Allah akan tetapi dia pula mempelajarinya untuk mendapatkan habuan harta, kekayaan dunia maka dia tidak akan dapat mencium bau harumnya syurga.” (HR: Abu Daud).
-Imam Fathrul Razi menyatakan tidak harus mengambil upah. Ini kerana wajib untuk menyampaikan hukum agama. Maka bagaimanakah jika orang yang tidak mampu membayar.
-Jadi pada awalnya tiada perjawatan berbayar untuk menguruskan agama.
-Akhirnya didapati ada keperluan untuk mewujudkan perjawatan agama bila mana berlaku ramai orang yang tidak tahu ilmu agama dan kurang yang orang yang secara sukarela untuk mengajar.
-Justeru sekarang boleh mengambil upah bagi mengajar ilmu agama kerana disesuaikan dengan keperluan semasa.
-Dahulu seorang tok guru yang mengajar agama ia juga perlu pergi ke kebun membuat bendang dan lain-lain. Didapati kehidupan orang agama begitu terhimpit antara masa yang diperlukan untuk mengajar ilmu agama dengan masa yang diperlukan untuk menyara kehidupan (isteri dan anak-anak) dan memenuhi pelbagai keperluan.
-Akhirnya sekarang orang agama diberi upah. Diwujudkan pelbagai perjawatan seperti jawatan mufti, kadi, ustaz, pegawai-pegawai dan kakitangan agama serta lain-lain.
-Maka sekarang peraturan agama boleh diuruskan secara teratur.
-Jangan menjual agama dengan dunia yang sedikit.
-Maka janganlah kita jadi orang yang bakhil dalam menyampaikan ilmu, sebarkanlah ilmu itu kepada mnusia.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment