السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya: 11 Januari 2020 / 15 Jumadilawal 1441H (Sabtu).
●Pendahuluan
-Bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi dan nikmat yang bakal kita perolehi di masa depan.
-Betapa beratnya tuntutan untuk solat subuh dan isyak berjemaah.
-Menurut Ubai ibn Ka’b, pada suatu hari, Rasulullah saw keluar untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Setelah selesai solat, Baginda saw memerhatikan jemaah lalu meneliti sahabat yang tidak hadir solat subuh berjemaah. Rasulullah saw lalu bertanya: “Apakah si fulan ini telah mati syahid?” Sahabat menjawab: “Tidak.” Kemudian Baginda saw memerhatikan lagi lalu berkata “apakah si fulan telah syahid?” Sahabat lalu menjawab “Tidak.” Lalu Nabi saw bersabda:
إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ
Maksudnya: Inilah dua solat yang amat berat buat orang yang munafiq (iaitu solat subuh dan isya’). Sekiranya mereka mengetahui besarnya ganjarannya, maka mereka akan datang solat di masjid sekali pun dalam keadaan merangkak.” (HR:Abu Daud, an-Nasa’ie).
-Begitulah Rasulullah saw sangat menekankan akan keperluan solat Subuh berjemaah sehingga diperhatikan kehadiran sahabat dalam saf setelah selesai menunaikannya.
-Bahawa hadith Nabi saw menyatakan perbezaan muslim dan orang munafiqin ialah mereka yang datang solat berjemaah solat Isyak dan solat subuh.
-Walau pun ianya suatu perkara yang berat tetapi bila hati seseorang itu bersih dan bertaqwa maka ia dapat datang ke masjid.
-Hati orang yang dapat datang ke masjid, hatinya hidup. Ia dapat melihat kekuasaan Allah. Allah campakkan keimanan kepadanya.
-Surah An’am, ayat 122: “Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?…”
-Ada orang yang hidup tetapi hatinya mati. Ia tidak dapat melihat kekuasaan Allah.
-Allah yang menghidupkan hati dan memberi hidayah.....lalu Kami hidupkan hati mereka.”
-Orang yang diberi hidayah, hatinya akan mudah menerima kalimah-kalimah.
-Surah al-Mukminun, ayat 97-98:
رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ
“Ya Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari bisikan-bisikan syaitan. Dan aku berlindung pula kepada-Mu, ya Tuhan kami dari kedatangan mereka kepada ku.”
-Surah as-Syuara’, ayat 88-89:”Pada hari itu tidak bermanfaat harta dan anak kecuali yang datang pada Allah dengan hati yang selamat.”
-Surah al-An’am, ayat 125: “Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam dan barang siapa yang dikehendaki Allah kesesatan nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit….”
-Justeru, kita jadilah manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.
-Surah al-Fath, ayat 4: “Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
- Surah ar-Ra'd, ayat 28: “Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram."
HURAIAN:
-(Dialah yang telah menurunkan ketenangan) yakni ketenteraman (ke dalam kalbu orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka) kepada syariat-syariat agama, iaitu sewaktu turun salah satu daripadanya mereka langsung beriman antara lain ialah syariat berjihad.
Dan kepunyaan Allah lah tentara langit dan bumi jika Dia menghendaki untuk menolong agama-Nya tanpa kalian, nescaya Dia dapat melakukannya dan adalah Allah Maha Mengetahui semua makhluk-Nya lagi Maha Bijaksana di dalam perbuatan-Nya, yakni Dia terus-menerus bersifat demikian.
-Ayat tersebut diturunkan pada masa peristiwa Hudaibiyah. Para sahabat amat tidak berpuashati kerana mereka tidak dapat menunaikan haji dan banyak kandungan perjanjian yang pada mata kasar para sahabat bersifat berat sebelah.
Tingkatan Hati Yang Tenang:
1. Hati yang dibawa mengadap Allah
-Siapa yang takut kepada Allah hatinya sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah.
-Allah mengetahui apa yang ada di darat dan yang di laut.
-Ia yakin dan percaya dengan keimanannya.
-Ketika hidup di dunia ini, bila kita sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT, perasaan serta jiwa kita akan sentiasa tenang walau apa juga cabaran yang mendatangi hidup kita.
-Itulah kelebihan di dunia yang dijanjikan Allah swt kepada manusia yang bertaqwa.
2. Hati yang dibukakan matanya.
-Hati itu mempunyai mata.
-Sabda Nabi saw: “Ingatlah bahwa di dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, maka baik pula seluruh jasad. Jika ia rusak, maka rusak pula seluruh jasad. Ketahuilah bahwa ia adalah hati (jantung)” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Baik hati yang dimaksudkan adalah rasa takut pada Allah dan siksaannya.
Bertakwa dan mencintaiNya.
-Hati yang rosak ialah hati yang tidak ada rasa takut pada Allah, tidak khuatir akan siksaanNya dan tidak mencintaiNya. Maka seluruh badan akan ikut rosak.
-Oleh itu kita hendaklah sentiasa meminta pada Allah agar dikaruniakan hati yang baik. Jika baik hati kita maka baik pula seluruh urusan kehidupan kita. Sebaliknya, jika rosak, maka tidak baik pula urusan kehidupan kita di dunia dan akhirat.
-Justeru itu, Nabi saw sentiasa dalam doanya memohon agar hatinya terus dijaga dalam kebaikan. Baginda saw berdoa:
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
“Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alaa diinik”
-“Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hati ku di atas agama Mu.”
-Doa untuk ditetapkan hati dalam Iman dan Ketaatan:
Daripada 'Abdullah bin 'Amru bin Al 'Ash ra beliau berkata; Rasulullah SAW berdoa:
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, palingkanlah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!” (HR: Muslim,at-Tirmizi, Ibn Majah, Ahmad).
-Surah al-Baqarah, ayat 186: “Dan apabila hamba Ku bertanya kepadamu mengenai Ku (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan Ku (dengan mematuhi perintah Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka mendapat petunjuk."
-Sesungguhnya kita sentiasa mendambakan rahmat dan keredhaan Allah.
-Di akhirat kelak ada yang di dunia ia melihat tetapi di akhirat ia buta.
Hati yang buta:
-Ia tidak melihat kebesaran Allah.
-Ia tidak melihat kerja sebagai amanah Allah.
-Surah al-Baqarah, ayat 257: “Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, para penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.”
-Sekiranya kita telah buat dosa maka banyakkanlah membuat kebaikan selain bertaubat.
-“Sesungguhnya kebaikan dan amalan yang kamu lakukan menghapuskan kejahatan..”
-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia (lain).” (HR: at-Tabrani).
-Surah al-Israk, ayat 7: “Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga…”
-Surah al-Baqarah, ayat 148: “.....berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan kerana di mana saja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang menyeru kepada kebaikan nescaya dia beroleh pahala seperti orang yang melakukannya tidak dikurangi sedikit pun pahala mereka. Sesiapa yang menyeru ke arah kesesatan nescaya dia beroleh dosa seperti orang yang melakukannya, tidak dikurangi dosa mereka itu sedikit pun.” (HR: Muslim).
3. Hati bercahaya
4. Hati yang cergas dan mamahami
-“Sesungguhnya Aku himpun manusia dan jin dalam neraka kerana mereka ada hati tetapi tidak faham..”
-Jadi, kita hendak hati yang dapat memahami kekuasaan Allah.
-Maka kita perlu mencari ilmu untuk melihat kebesaran Allah. Ilmu begitu banyak.
-Perbendaharaan ilmu Allah amat luas. Ilmu yang kita ada umpama celupan jari ke dalam laut.
-Dengan hati yang cergas dan kefahaman ilmu maka kita dapat melihat kebesaran Allah.
-Hidup ini adalah sementara sahaja.
-Surah al-An’am, ayat 32: “Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kalian memahaminya?.”
●Penutup
Semoga kita sentiasa kita dapat mentaati perintah Allah dan menjauhi segala larangan Allah.
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment