السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 2 Feb 2020 / 9 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zikry Ghazali
●Pendahuluan
-Tanda hidup kita mendapat barakah ialah kita masih dapat tunduk sujud kepada Allah.
-Tanda syukur ialah bila kita gunakan segala nikmat yang kita ada dikembalikan semula kepada Allah.
Semua nikmat adalah milik Allah.
-Kelakuan Nabi saw dan para sahabat semasa menunggu Isyak ialah membanyakkan zikirullah dan duduk majlis ilmu.
-Para sahabat bila mereka dalam majlis ilmu dan beribadat burung yang datang hinggap pun tidak disedari.
Niat Untuk Belajar Ilmu:
(1) Niat kerana Allah
-Niat adalah permulaan (kepala) kepada segala kelakuan.
-Sabda Nabi saw: “Amalan-amalan itu adalah bergantung dengan niatnya.”
-Jika niat salah maka ia tidak akan jadi betul.
-Sabda Nabi saw: “Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Surah al-Kahfi, ayat 110: “Maka barangsiapa mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah kerjakan amal yang soleh. Dan janganlah ia sekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya.”
-Istiqamah adalah lebih baik daripada seribu qaramah.
-Daripada Nabi saw: “Beberapa banyak daripada pekerjaan berupa amal dunia menjadi amalan akhirat kerana baik niatnya. Dan beberapa amalan yang berupa amalan akhirat menjadi amalan dunia kerana buruk niatnya.”
-Contohnya, rumah besar, kereta besar dan seumpamanya digunakan untuk mendapat kebaikan dunia dan akhirat.
-Sesungguhnya berniat orang menuntut ilmu ikhlas kerana Allah akan mendapat keredhaan Allah.
(2) Kita juga boleh berniat menuntut ilmu untuk mendapat keredhaan (suka) Allah.
(3) Kita juga berniat belajar untuk menuju negeri akhirat.
Iaitu kita niatkan kita perlu ilmu yang dapat membimbing kita.
(4) Niat juga menuntut ilmu bagi menghilangkan kejahilan dan daripada sekalian orang yang jahil-jahil.
Dua jenis jahil:
ii. Jahil murakkab
-Ia tidak tahu apa yang sebenar namun ia tidak menyedari bahawa ia tidak tahu. Iaitu ia rasa dirinya tahu.
ii. Jahil Basith
Iaitu tidak mengetahui sesuatu yang sepatutnya diketahui.
-Agama kamu adalah di atas agama kawan-kawan kamu.
-Jadi dengan kita belajar maka kita tidak akan menjadi orang yang jahil. Bahkan kita akan banyak bersahabat dengan orang yang soleh.
-Nabi saw pada awalnya tidak kuat, maka Nabi saw beruzlah.
(5) Niat belajar untuk menghidupkan agama.
-Dan mengekalkan islam itu dengan ilmu.
-Agama adalah dengan nasihat.
-Tidak sah zuhud dan taqwa dengan jahil.
Bila kita jahil maka kita tidak tahu apa yang Allah suruh dan apa yang Allah larang.
Contohnya, untuk solat berjemaah kita perlu tahu apa itu makmun muafiq dan makmun masbukh.
-Zuhud itu ialah tidak meletakkan dunia dalam hati. Iaitu kita tidak melampau dengan keduniaan.
-Taqwa ialah menjunjung perintah Allah. Iaitu taati segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah.
-Antara yang Allah suruh ialah menuntut ilmu.
-Ayat seribu dinar adalah ayat suci al-Quran yang dipetik dari surah At-Talaaq ayat 2-3 :
-Surah At-Talaaq,ayat 2: “.....dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).”
-Surah At-Talaaq, ayat 3: “Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”
-Menurut Ibnu Katsir, maksud ayat “Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak dia duga,” adalah barangsiapa yang bertakwa kepada Allah dengan menjalankan seluruh perintahNya dan menjauhi laranganNya nescaya Dia akan memberi rezeki dari arah yang tidak pernah terlintas dalam hatinya.
-Sabda Nabi saw: “Barang siapa banyak beristighfar (memohon ampunan), maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan menjadi kemudahan, setiap kesempitan menjadi kelapangan, dan akan Dia kurniakani rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
-Rasulullah saw menamakan riya’ sejenis syirik yang paling halus sebagaimana sabdanya: “Yang amat aku takuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil (halus)”. Kemudian ditanya mengenainya, lalu baginda saw bersabda, “Itulah riya’”.
-Fudhail Ibn Iyad telah berkata: “Meninggalkan amal kerana manusia adalah riya’. Beramal kerana manusia adalah syirik. Ikhlas itu ialah Allah menyelamatkan engkau daripada kedua-duanya.”
-Imam Ghazali telah berkata: “Bahawa sekutu pada amal yang menghilangkan pahala ialah dengan berperasaan riya’. Adapun sekutu dengan yang lainnya tidaklah menghilangkan pahala sama sekali. Hal ini samalah seperti urusan haji yang dikerjakan dengan maksud berniaga dan urusan perang yang dimaksudkan untuk mempertahankan agama di samping mendapatkan rampasan harta benda. Orang yang mengerjakan haji dengan maksud yang tersebut akan mendapat pahala menurut kadar niatnya, manakala orang yang berperang itu pula akan mendapatkan pahalanya walau pun akan berkurangan daripada yang sepatutnya.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment