السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
●Pendahuluan
-Syukur, Allah pilih kita berada dalam kebaikan.
-Surah Al-A’raf ayat 52: “Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.”
-Surah Al-A'raf ayat ke 156: “Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, maka akan aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertaqwa, menunaikan zakat, dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami”
-Surah Al-Anbiya’ ayat 107: “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam.”
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya aku diutuskan adalah menjadi rahmat buat sekalian alam.”
a). Majlis Ilmu
i. Berada dalam majlis ilmu bukan suatu yang biasa-biasa.
-Menghadiri majlis ilmu mungkin dianggap biasa sahaja pada kaca mata manusia. Namun sesungguhnya ianya adalah satu yang luar biasa di sisi Allah.
ii. Majlis ilmu adalah Taman-taman syurga.
iii. Melazimi berada di Majlis ilmu secara konsisten di dunia.
iv. Mudah-mudahan Allah akan kurniakan kita berada di taman syurga yang hakiki dan abadi di akhirat.
v. Apa yang kita tuai di akhirat bergantung kepada apa yang kita semai di dunia.
vi. Semoga Allah memberikan panduan dan cahaya menerangi kehidupan kita di dunia sebagai jalan menuju akhirat yang kekal abadi.
b). Manfaat Berada Dalam Majlis Ilmu.
1. Sakinah/ketenangan
-Ketenangan perlu kita cari. Ia tidak bergantung kepada harta benda dan kekayaan yang menggunung.
2. Keampunan
-Allah ampunkan dosa orang yang melazami datang ke majlis ilmu walau pun ia tidak memohon ampun
-Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah suka hambaNya yang datang
3. Darjat tinggi
-Manusia berlumba-lumba untuk mendapat darjat tinggi
-Allah yang menentukan kemuliaan seorang manusia.
-Rujukan kita adalah pada kaca mata Allah. Bukan kacamata manusia
4. Keberkatan
-Berada di majlis ilmu akan memberikan keberkatan kepada kehidupan.
c). Bagaimana Memperkasa Institusi Masjid:
Memperkasa terbahagi kepada dua:
1. Perkasakan fizikal (bangunan)
2. Perkasakan manusia (minda)
Bagi memperkasakan minda, kita mulakan dengan pemerkasaan kefahaman.
d). Teras Pemerkasaan Institusi Masjid:
1. Sistem pentadbiran.
-Mewujudkan database. Untuk melihat kekuatan (strength) ahli kariah.
-Komunikasi dengan jawatankuasa dan ahli kariah
2. Peraturan/garis panduan.
-Perlu ikuti segala peraturan/garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berwajib (Jabatan Agama dan lain-lain).
3. Komitmen pengurusan masjid.
-Jangan jadi jawatankuasa masjid tetapi tidak datang ke masjid.
-Walau pun ianya pekerjaan sukarela janganlah dimudah-mudahkan.
4. Keterlibatan jemaah.
-Institusi masjid akan imarah dengan penglibatan inklusif para ahli kariah.
5. Pengimarahan masjid.
-Bagaimana hendak menarik anak kariah
-Program perlulah mempunyak kesan yang tinggi. Tidak sekadar membuat program pengisian masa lapang sahaja.
6. Prasarana Kondusif.
-Bagaimana maintenance kemudahan masjid.
-Banyak fasiliti masjid tidak berfungsi kerana kelemahan penyelenggaraan.
-Perlu libatkan ahli kariah bagi mencatikkan persekitaran masjid
-Wujudkan suasana yang kondusif.
7. Elak kontroversi.
-Masjid merupakan platform yang neutral.
-Jangan jadikan masjid tempat berpolimik.
e). 12 Ciri-Ciri Pemimpin Yang Berkesan:
1). Memimpin melalui teladan.
-Perlu memimpin yang menjadi role model
-Perlu mempunyai rekod yang baik
-Mengurus masjid tidak sama dengan mengurus Jabatan/Syarikat
-Kita tidak boleh arahkan orang buat kerja yang asasnya dibuat secara sukarela
-Perlu art of leadership.
2). Mempunyai wawasan yang jelas.
-Kita perlu jadikan masjid sebagai agen perubahan.
-Tempat untuk membangunkan modal insan. Masjid bagi menjadikan manusia yang cemerlang. Menjadikan ayah, ibu, anak, datuk yang lebih baik.
-Maka perlu ada program yang berkesan.
-Memikirkan program yang boleh memberi impak yang besar
3). Seorang komunikator yang berkesan.
-Percakapan yang baik
-Precise dan mudah difahami
4). Memperolehi kepercayaan dari orang lain.
-Mempunyai pakej yang membolehkan orang memberi kepercayaan.
5). Sentiasa tenang walau pun dalam tekanan.
6). Boleh menerima perbezaan pandangan.
-Jangan anggap orang yang berbeza pandangan sebagai “trouble maker”
-Berbeza pendapat membuat kita buat lebih baik
7). Sentiasa bersifat profesional.
-Melaksanakan amanah dengan bersungguh-sungguh.
-Dapat dilihat keberkesanan kepimpinan. Berlaku perubahan bila memimpin.
8). Memudahkan perkara yang rumit.
-Be a good listener.
-Jika kita memayahkan urusan orang maka Allah akan memayah urusan kita.
9). Memupuk budaya kerja berpasukan (berjemaah).
-Perlu buat bersama-sama
-Allah beri rahmat bagi kerja yang dilakakukan dengan berjemaah
10). Sentiasa membantu orang lain berjaya.
-Kita perlu latih/tunjukkan kepada orang jalan kejayaan
-Jangan kita rasa irihati dengan kejayaan orang lain
11). An outstanding performer-seorang pelaku yang berkesan.
-Jangan sekadar warming-up the chair sahaja.
Jadikan Masjid Temerloh Jaya sebagai contoh. Bilangan jemaah solat subuh seperti solat jumaat.
12). Tidak menggalakkan “office politics”.
-Jangan jadikan masjid tempat memporakperandakan masyarakat.
Masjid perlu menjadi agen perubahan kepada masyarakat.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
No comments:
Post a Comment