Friday, 21 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (41/2020): DUNIA YANG MENIPU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Khas Sebelum Jumaat@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 21 Feb 2020 / 27 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani.

●Pendahuluan
Surah al-Hadiid, ayat 20: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Firman Allah:
“Ingatlah kehidupan dunia ini hanyalah keseronokan untuk orang yang terpedaya.”

-Ada yang merasa bahawa bila ia kaya raya dan hidup senang maka Allah redha kepada kita. Itu adalah satu yang terpedaya jika ia tidak menjadi insan yang bertaqwa.
-Bagi yang hidup susah pula janganlah merasa bahawa Allah tidak redha kepadanya. Asalkan kita bertaqwa kepada Allah maka ia adalah lebih mulia di sisi Allah.
-Hidup di dunia ini hanyalah musafir lalu.

Sabda Nabi saw: “Sesunggunya dunia ini penjara bagi orang beriman
Persoalannya adakah salah untuk orang beriman kaya raya? Salahkah orang beriman mempunyai rumah besar, kereta mewah dan harta benda yang melimpah ruah?
Atau adakah orang beriman yang zuhud itu perlu bermiskin-miskinan.

Sesungguh Islam tidak menginginkan umatnya miskin. Islam juga tidak menghalang umatnya kaya raya.
Orang Islam yang kaya yang bertaqwa dan dermawan adalah lebih baik daripada orang Islam yang miskin dan bertakwa.
Jadilahlah kita sebagai orang Islam yang kaya raya dan bertaqwa serta dermawan
Sahabat Nabi saw, Saidina Umar ra telah menginfaqkan segala kekayaannya kepada agama Islam. Sehingga bila ditanya oleh Nabi saw apakah yang ia tinggalkan untuk dirinya, anak isteri dan keluarganya maka ia menjawab bahawa ia ada Allah dan Rasullullah saw.
Demikian juga sahabat Nabi saw yang lain seperti Saidina Abdul Rahman bin Auf.
-Tidak salah guna masa lapang untuk berlama-lama berjalan ke merata tempat atau duduk berlama-lama di kedai kopi.
Tapi adakah itu yang terbaik. Jangan buang masa sia-sia.
Berilah masa untuk menuntut ilmu, mendekati masjid dan membuat amal kebajikan serta kemasyarakatan.

Bagi orang mukmin yang sebenar,hidup dan nafasnya hanyalah untuk Allah.
Nabi saw ada menyebutkan,khatamkan al-quran setiap 21 hari.
Isikanlah masa lapang kita untuk perkara bermanafaat.

●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment