Showing posts with label ISRA' DAN MIKRAJ. Show all posts
Showing posts with label ISRA' DAN MIKRAJ. Show all posts

Monday, 15 April 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (46/2019): PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 31 Mac 2019/ 24 Rejab 1440H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat


●Pendahuluan
-Dalam al-quran, Allah tidak menyatakan bahawa Allah menjalankan Muhammad tetapi dinyatakan dijalankan hambaNya (Muhammad)
-Naiknya Nabi saw ke langit adalah secara jasad dan roh.
diwaktu malam dari masjidil haram ke masjidil Aqsa.
-Allah memperlihatkan kekuasaannya. Sesungguhnya tidak ada sesuatu yg diluar kemampuan dan kekuasaan Allah.

-Matahari dan bulan bergerak dipaksinya. Allah yg mengawal setiap pergerakan.
-Dulu sains tidak tahu apa yg difirmankan oleh Allah. Sekarang banyak penemuan sains terhadap perkara-perkara yg disebutkan dalam al-quran.
-“Allah yang menguruskan malam dan siang..”
-Nota: Ayat al-quran itu perlu dibaca dengan realiti semasa.
-Nota: Kita tidak boleh mengambil anak angkat dan dibinkan dengan nama kita.
“Panggillah Zaid itu bin bapanya. Bukannya bin Muhammad”

-Semasa zaman Jahilliah perempuan tidak dimuliakan. Tidak ada limit untuk seseorang lelaki memiliki isteri. Pada masa itu banyak lelaki mempunyai bilangan isteri yg ramai.
-Selepas Islam, perempuan dimuliakan. Perempuan diberi penghormatan.
“Wahai para sahabat, kamu pilih empat sahaja”

-Kaabah adalah telah ditemui oleh sains sebagai pusat bumi (centre graviti bumi). Orang akan sentiasa bertawaf 24 jam. Jika tidak ada orang bertawaf maka hilang keseimbangan bumi.
-Nabi saw telah mengetahui apa yg berlaku pada masa sekarang termasuk kemajuan dan penemuan-penemuan sains.
-Nabi saw meninggalkan perkara-perkara saintifik yg dinyatakan dalam al-quran utk ahli-ahli sains mengkajinya. Iaitu Nabi saw tidak menghuraikan dengan terperinci perkara saintifik dalam al-quran.
-Sabda Nabi saw (baginda bercakap dengan para sahabat): “Apakah perkara-perkara yg terpelik yg menjadikan seseorang itu beriman?” Jawab sahabat, berimannya para malaikat. Maka jawab Nabi saw, itu bukan perkara pelik kerana Malaikat itu dekat dengan Allah. Maka Nabi saw bertanya lagi, siapakah lagi. Maka kata sahabat, kami ya Rasulullah saw. Jawab Nabi saw, ia tidak pelik kerana kamu semua dekat dengan aku.
Maka Nabi saw berkata apa yg pelik ialah akan ada pada zaman dimana manusia menemui kertas yg tertulis kalimah Allah dan mereka beriman kepadanya.”

-Para sahabat masa itu merasa pelik kerana yg mereka tahu bahawa al-quran hanya ada di dalam dada dan ditulis di atas kulit-kulit binatang. Namun mereka tidak berani bertanya pada Nabi saw apakah yg dimaksudkan bertulis dengan lembaran kertas.
-Nabi saw bila bercakap, baginda akan bercakap sesuatu perkara dengan tepat dan ringkas.
-Al-quran itu adalah mukjizat daripada Allah.
-Para sahabat pernah berkata kepada Nabi saw bahawa umat terdahulu umurnya panjang-panjang dan manakala umur kami umat mu pendek. Maka Nabi saw menyatakan umur umat ku adalah antara 60-70 tahun.
Maka Allah gantikan umur kita yg pendek dengan mengurniakan kepada kita bulan-bulan yg istimewa. Bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan.

Maka jika kita banyak buat beribadat dan kebaikan pada bukan tersebut akan dilipat gandakan pahalanya.
Banyak amalan-amalan yg sedikit tetapi dikurniakan pahala yg banyak. Ini adalah anugerah Allah kepada umat Nabi saw yg umurnya pendek-pendek.
Nabi Musa a.s pernah minta untuk melihat Allah. Allah tidak beri kpd Nabi Musa a.s.
Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad saw.

Orang Yahudi dan Israel adalah umat yg berlumba-lumba untuk naik ke bulan.
Bila Naeil Amstrong naik ke bulan ia telah terdengar azan. Beliau akhirnya telah memeluk Islam.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (45/2019): SESUNGGUHNYA BERSAMA KESUSAHAN ITU ADA KENIKMATANYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 29 Mac 2019/ 21 Rejab 1440H (Jumaat).
Forum Perdana Sempena Isra’ Mikraj.
Moderator: Ust Zakaria Othman
Panel 1: Ustaz Amran Yusoff Aka Ustaz Amran Bollywood (Panelist Tanyalah Ustaz TV9 & Pendakwah)
Panel 2: Prof. Madya Dr Mohd Nor Mamat (Pensyarah UITM & Pakar Motivasi Keluarga)


●Pendahuluan
-Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kenikmatan dan jalan keluar.
-Allah pilih Nabi/Rasul menghadapi banyak kesukaran, kepayahan dan ujian. Kemudian Allah kurniakan kejayaan di akhirat.
-Allah beri kepayahan dan Allah jugalah yang memberi kenikmatan & kemudahan.
-Nabi Adam as diuji dengan anak yg degil.
-Nabi Nuh as diuji dengan isteri dan anak yg tidak mahu beriman.
-Nabi-Nabi/Rasul-Rasul yg lain juga banyak yg diuji oleh Allah.

-Nabi saw diuji dengan pelbagai ujian daripada waktu usia muda hingga kepada apabila baginda sdg menjalankan usaha dakwah.
-Bila kita berada di tempat yang “nyaman” kemudian bila ia ditarik semula, maka baru kita menghargai kenikmatan.
-Kita akan hargai nikmat sihat bila kita diuji dengan kesakitan. Kita hargai nikmat muda bila kita telah dihujung usia & tidak bermaya.
-Surah Al-Imran, ayat 13: “Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia. (Dan ingatlah) di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga).
-Maka pastilah bahawa setiap kesusahan ada kesenangan.
Antara nikmat yg paling kita perlu ingat ialah nikmat sihat.

-Ada banyak kepayahan tetapi ada banyak kenikmatan yg kita lupa.
-Masa sihat tidak mahu beramal, tidak mahu belajar ilmu & mengaji. Bila telah rabun baru ada yg baru rajin membaca al-quran dan mendengar kuliah.
-Bila setengah kita yg telah kena stroke kemudian sudah sihat ia pakai tongkat, dll maka akhirnya kita lebih dekat dengan Allah. Kita lebih banyak merintih & bercakap dengan Allah.
-Surah Al-Inshiqaq, ayat 6: “Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidup mu) dengan sedaya upaya mu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhan mu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatat semuanya).
-Surah Al-Inshiqaq, Ayat 13: “Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bersukaria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!”
-Nabi saw didatangi dengan kepayahan. Datuknya meninggal, isteri yg teras keindahannya hidupnya juga wafat.
-Jgn pandang kepayahan itu dgn pandangan kepayahan zahir.
-Allah bila hendak beri nikmat yg lebih besar adakalanya Allah tarik dahulu nikmat yg kecil.
-Nikmat yg selalu dilalaikan, waktu sihat dan waktu lapang.
-Biasanya, Isteri yg tidur paling lewat dan bangun paling awal. Namun yakinlah, ianya satu amal yg memberi imbuhan yg besar di akhirat nanti.
Kerja seorang isteri/ibu ia tiada nilai bayaran & tidak ada MC.

Jika kita doa dan kita belum memperolehinya, maka kita yakinlah bahawa sesungguhnya Allah sedang merencanakan sesuatu yg lebih besar. Allah yg akan beri yang lebih baik.
-Sesungguhnya Allah Yang Maha Pemberi dan sesungguhnya Allah tidak beri apa yg kita minta juga adalah yg baik utk kita. Allah Maha Mengetahui segalanya.
-Sedekah adalah terapi yg paling baik. Maka jika kita banyakkan bersedekah samada waktu senang atau susah.
Jangan risau bahawa harta hilang atau berkurangan. Orang yg cerdik adalah orang yg menggunakan harta untuk kebaikan.
Orang yg terima kebaikan kita adalah perantara untuk kita untuk kita mendapat kurniaan & kebaikan dari Allah.

-Jadi jangan risau dengan kepayahan.
Nabi saw melalui jalan kepayahan walau pun baginda saw adalah kekasih Allah.

-Maka fikirkanlah. Adakah kita lihat kepayahan itu satu kesusahan atau lihatnya sebagai kenikmatan.
-Jangan risau dgn kepayahan. Jangan kita risau keadilan kita.
Kepayahan itu boleh jadi nikmat dan boleh jadi kemudaratan. Ia bergantung bagaimana respon kita kepada kepayahan yang kita hadapi.

-Maka samada waktu senang atau susah, kita kembali kepada Allah.
“Setiap sesuatu musibah itu adalah sesuatu yang baik bagi orang yg sabar.”
-Tiada kepayahan bagi orang beriman. Ia melihat peluang untuk ke arah ketaatan kepada Allah.
Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat:
Q: Bagaimana kita hendak kuat menghadapi masalah:
1. Kita kembali kepada Allah. 
-Sesungguhnya semua masalah dpd Allah dan penyelesaian juga dpd Allah.

-Kita perlu terima hakikat bahawa kita adalah insan yg sentiasa ada kelemahan.
-Jangan kita kata bahawa ujian yg kena pada orang lain sebagai musibah.
-Jangan kita rasa apa yg kita uji sebagai musibah. Kita perlu muhasabah dan bersyukur.
-Jangan kita lupa dgn banyaknya kenikmatan dan kurniaan Allah kepada hambaNya.
-Walau pun kita kata bahawa doa itu adalah senjata bagi orang beriman. Kita tidak cukup hanya dengan berdoa. Kita diminta untuk berusaha bagi mengubah nasib kita.
-Jangan kita rasa dengan meminum Air Yassin dan baca doa semata-mata sudah cukup menjadi penawar kepada kesakitan dan kepayahan kita.
-Setiap kesusahan dan kepayahan kebanyakannya memerlukan usaha (duit) untuk kita atasinya.
-Maka kita perlu doa dan kita perlu kepada ilmu.
-Sedekah itu adalah spiritual.
-Dalam kita melaksanakan usaha,kita perlu istiqamah.

-Jika kamu berani meminta kebahagian jangan kamu mengeluh diberi ujian yg banyak. Jika kamu meminta kekayaan maka jgn kamu mengeluh dgn ujian kerja yg banyak.
Bila kamu minta kebijaksanaan maka jgn kita mengeluh dengan orang yg bermasalah di sekeliling kita.

-Maka jika kita bersyukur, Allah akan tambah.
-Jangan kita kufur kepada Allah. Jangan kita sangka buruk kepada Allah.
-Punca kita tidak bahagia kerana kita tidak menerima baik banyak kenikmatan yg Allah beri. Kita kurang rasa kesyukuran. Syukur bukan sekadar dilafaz di lidah. Tetapi hendaklah di hati dan dalam perbuatan tingkah laku kita.
-Dalam kehidupan, terdapat 4 karat:
Riak, ujuk, subahh & takkabur.

Jika kita tidak merasa diri mulia sangat maka kita tidak akan rasa apa-apa jika kita tidak dimuliakan.
-Banyakkan: Doa, Usaha, Istiqamah & Tawakkal (DUIT).
-Setiap kita ada pusingan hidup masing-masing.
-Jika kita doa utk jadi seorang dermawan maka di sekeliling kita ada byk orang yg akan meminta-minta. Iaitu datang ujian kepada kedermawanan kita.
-Jika kita berdoa untuk membantu orang yg sakit maka Allah akan datangkan ramai orang yg sakit untuk kita ubati.
-Jika kita doa utk Allah kuatkan iman kita maka Allah akan datangkan banyak orang-orang kufur yg menguji keimanan kita.
-Soal keimanan itu perlu dizahirkan.
Q: Bagaimana utk kita menjadikan kepayahan itu sebagai satu nikmat:
-Ia memang sukar.
-Untuk membentuk diri kita untuk “kita dengar dan kita buat” perlukan mujahadah.

-Ramai yg tidak beriman tidak percaya kpd peristiwa Isra’ Mikraj. Ini kerana mereka cuba menggunakan akal.
-Saidina Abu Bakar As-Siddik ra terus terima apa yg Nabi sampaikan.
-Untuk melihat satu kepayahan satu kemudahan itu memang sukar.
-Allah berikan pelbagai ujian kepada kita.
-Surah Al-Furqan ayat 74: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
-Al-Kaffi ayat 96: Isteri dan anak2 sbg perhiasan..
-Surah At-Taghabun, ayat 14: “Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu),kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan lagi Maha Mengasihani.”
-Surah At-Taghabun, ayat 15: “Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.”
-Kita hendaklah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah.
“Bismillahi tawakallah..”

-Tiga keberuntungan bagi orang yg keluar dari rumah dengan menyebut: “dengan nama Allah aku bertawakal pada Allah.”:
1. Allah tidak sesatkan
2. Allah akan kurniakan rasa tenang & rasa qanaah. 
-[Manusia ini rugi. Mula berada dlm perut ibu, dunia yg sempit tetapi selesa. Bila telah lahir ke dunia maka mulalah perjalanan kehidupan. Kena beli baju,kena ke sekolah, ke mrsm, ke universiti, kemudian bekerja,berkahwin, membesarkan anak-anak, dll semua kena diuruskan].

-Solat berjemaah dapat 27 darjat.
Sabda Nabi saw: “Sesiapa yg berwuduk dengan sempurna dan berdoa, Allah akan sediakan 8 pintu syurga..”

Untuk hafal al-quran & hadith baca berulang-ulang. Kita tidak menemui keindahan tanpa menemui kepayahan.
Jangan hafal berasaskan akal. Pakai lidah.
-Dlm neraka nanti banyak jin dan manusia. Ada perkara yg jika kita tidak jaga akan merugikan kita:
a) Kita jangan percaya kpd perkara-perkara kurafat.
b) Perbuatan kita adalah daripada hati kita sendiri.

Bagaimana kita hendak belajar untuk mengubah sesuatu kepayahan itu sebagai sebuah kenikmatan?
1. Kita buatlah sesuatu kerana Allah. Bukan buat kerana manusia. 
Allah hendak lihat adakah kita telah melakukan usaha.

2. Kita sentiasa ingat bahawa Allah telah persiapkan manusia untuk menghadapi ujian.
3. Tawakal yg tinggi pada Allah adalah yang utama.
Kita melihat apa yg hadir itu sebagai nikmat. 
-Cthnya, orang beriman bila dapat anak, cucu dl dan menguruskannya, semuanya dianggap sebagai peribadahan. Ia nampak kepayahan itu sebagai satu keberuntungan.
Ia adalah kelapangan dan peluang meningkatkan peribadatan & amalan.

4. Allah telah berfirman: “Apa yg kamu benci itu barangkali baik pada kamu dan apa yg kamu suka itu barangkali buruk bagi kamu.”(Surah al-Baqarah).
5. Dalam kehidupan, “kenapa kamu tidak mahu ingat kepada Allah, kenapa kamu tidak mahu melihat pengajaran..”
6. Kita belajarlah daripada apa yg ada di sekeliling kita.
Kepayahan orang lain adalah lebih besar daripada kita.
Kita perlu usaha kuat utk melihat sesuatu kepayahan sebagai satu kenikmatan.

7. Manusia yg gagal melihat kebaikan akan gostan ke belakang.
8. Melihat sebalik kepayahan itu ada kenikmatan.
9. Perlu ada rasa empati.
10. Cuba ubah kepayahan itu satu ketenangan dan keindahan.
11. Ada orang kita nampak sentiasa senyum sahaja. Bukan ia tidak ada masalah. Tetapi ia belajar menerima kepayahan itu sebagai satu kemudahan.
12. Dalam kehidupan suami isteri, kita perlu saling menjadi a good listerner.
13. Kesusahan dan kesenangan itu bergantung dgn bagaimana ia melihatnya.
14. Firman Allah: “Adakah manusia itu menyangka bahawa ia telah beriman sebelum mereka diuji.”
Q: Bagaimana kita hendak lihat apa yg Allah telah tentukan untuk kita adalah baik untuk kita.
i. Kita perlu lihat dgn mata hati keimanan.
Hati ada 8 lapis:
-Ada hati yg dinamakan kalbu..yg berbolak balik.
-Ada hati yg berfikir. Ramai juga di kalangan kita yang hatinya tidak berfikir.
-Ada hati yg dinamakan al-bab: “mata hati terang”.

ii. Kita perlu didik hati kita.
iii. Dalam hidup kita, banyak penipuan-penipuan.
Justeru amat penting utk kita hendak lihat sesuatu dgn kaca mata yg positif.

iv. Jangan kita rasa kita tidak boleh dipertikaikan. Juga kita jangan suka hukum orang.
Jika kita sudah biasa memaki orang, sudah biasa marah serta sentiasa rasa tidak puashati, maka kita sukar untuk meninggalkan perkara buruk tersebut.
Bukan senang hendak ubah.

v. Kita boleh mulakan dengan usaha buang karat daripada hati kita.
Antaranya dengan:
Jangan kita rasa Ujub & takkabur. Jangan kita rasa kita paling bagus.
Jangan kita rasa Riak. 
Jangan kita sentiasa hendak menunjuk-nunjuk.

Kalau kita suka lihat sesuatu itu daripada kacamata yg buruk maka kita akan terus jadi buruk.
Kita perlu buang tabiat yg buruk yang ada pada diri kita. Kita perlu paksa hati kita utk ubah menjadi lebih baik.
-Allah nilai kita pada usaha kita. Bukan pada hasilnya. Kita usaha ubah, pujuk hati kita utk buang karat-karat yg ada pada kita.
-Bijak pandai menyatakan: “Di saat kamu ingin mengubah manusia menjadi baik maka berhentilah menjadi kamu menjadi manusia, jadilah kamu Tuhan.”
Jika bertemu mutiara ilmu maka kutiplah walau pun ia di jalanan.
-Ada orang barat buat kajian bahawa babi adalah binatang yg paling tidak ada sifat hasad dengki. 
Maka kita paksa diri kita utk ubah utk tidak ada hasad dengki. Iaitu jangan lebih teruk daripada babi.

-Kajian juga menunjukkan di kalangan spesis binatang, unta adalah binatang yg paling lambat marah. Sebab itu unta boleh tinggal & hidup di padang pasir. Maka kita jangan suka marah. Jangan kita lebih pemarah dpd unta.
Unta juga adalah binatang yg paling tenang. Kita berapa kali sepak kaki sendiri.
Unta bila ia hendak duduk ia ada sopan & tertibnya.
Unta tunggangan Nabi saw berhenti duduk di rumah Abu Ayub Al-Ayubbi. Ia duduk dengan cermat.

-Maka kita didiklah hati kita untuk fikir yg baik-baik. Jangan bila orang senyum pun kita marah/ tidak suka.
Orang tua-tua dulu walau pun tidak senang, ia redha dgn apa yg berlaku. Walau pun kemudahan seperti elektrik,air, jalanraya & komunikasi tidak ada seperti sekarang, kehidupan beragama & kemasyarakatan amat utuh.
-Kata pujangga: “Masa aku muda, aku rasa mahu ubah dunia, bila semakin tua aku tidak rasa mampu untuk ubah dunia bahkan juga aku tidak mampu mengubah negara. Kemudian aku baru sedar bukan itu sahaja, aku juga tidak mampu ubah keluarga ku. Aku baru sedar, aku patut ubah diri ku sendiri terlebih dahulu.”
-Allah jadikan manusia sebaik-baik kejadian. Semua makhluk lain spt cacing, ikan dll masing-masing mempunyai peranan.
Maka bertaddaburlah kita dgn segala ciptaan Allah.

Q:Kenapa doa tidak dimakbulkan:
Terdapat tiga jenis doa:
1. Doa yg Allah terus penuhi hajatnya
2. Doa yg Allah tidak penuhi hajatnya tetapi dia ditolak dpd musibah
3. Doa yg Allah tidak beri dan tidak ditolak musibah daripadanya

-Sifat Allah adalah Maha Pemakbul Doa.
Tetapi kita tidak faham, Allah lah yg merencanakan yg lebih baik.
Jangan kita kehilangan waktu melihat pada yg kita tidak ada. Lihat apa yg telah ada.

Kadang-kadang kita tidak perasan Allah telah makbulkan permohonan kita.
-Kita perlu sentiasa husnul zan/bersangka baik kpd Allah. Untuk kita masuk syurga, kita perlu bersangka baik pd Allah. Kita perlu mencari redha Allah.
-Allah tidak menzalimi hambaNya. Hanya manusia yg menzalimi dirinya kerana tidak melihat banyaknya kenikmatan kurniaan Alllah.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (44/2019): IBRAR PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Mizan (SAM) Presint 8, Putrajaya: 11 April 2019/ 3 Syaaban 1440H (Jumaat).

●Pendahuluan
-Syukur atas nikmat yg kita perolehi. Semoga kita semakin merendah diri dan tawaduk.
-Bila sebenarnya berlaku Isra’ & Mikraj tidak disepakati. 
-Namun tidak salah kita menyambut Isra’ Mikraj pada 27 Rejab.

-Semua orang Islam mengimani bahawa berlakunya peristiwa Isra’ Mikraj.
-Surah Al-Isra’, ayat 1: “Maha Suci (Allah) yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada suatu malam daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”
Dalam membicarakan peristiwa Isra’ Mikraj ini, perinciannya panjang dan boleh diperolehi daripada kitab-kitab atau dpd guru-guru yg memberi kuliah. Kebanyakan kita ahli jemaah telah mendengar kisah peristiwa mukjizat Nabi saw ini.
Bagi tujuan kuliah maghrib yang tempoh masanya terhad ini, tidak dapat dikupas perinciannya.
Maka dalam kuliah ini tiga (3) perkara yg akan disentuh. Iaitu tiga ibrar utama peristiwa Isra’ Mikraj:
1. Tentang keimanan
-Peristiwa Isra’ & Mikraj adalah mukjizat yg tidak disaksikan oleh sesiapa. 
Mukjizat setengah-setengah Nabi disaksikan seperti mukjizat Nabi Isa a.s yg tidak terbakar, Nabi Musa a.s yg tongkatnya menjadi ular, Nabi Yunus yg ditelan ikan dll.

-Dalam peristiwa Isra’ & Mikraj ini, ia menguji keimanan. Saidina Abu Bakar ra bila mendengar kisah Isra’ Mikraj dpd Nabi saw, beliau terus menerima dan membenarkan sepenuhnya. Beliau seterusnya telah digelar As-Sidik.
-Bila kita sebut iman,ia bukan sahaja semata di mulut. Iman adalah yg dibenarkan pada hati, benar pada lisan dan dibenarkan dengan amalan.
Inilah yg membezakan kita dgn kelompok-kelompok yg menyimpang.

-Ada yg menyatakan keimanannya dgn hayalan. Ia solat tetapi tetap melakukan kemungkaran, buat perkara keji spt tidak amanah, rasuah dll.
Jika kita tidak ada tiga asas iman tersebut maka iman kita bukanlah iman yg sejati.
Jadi, mengukuhkan keimanan adalah agenda terpenting dlm kehidupan kita.
-Bagaimanakah kita hendak mencontohi keimanan para sahabat. Iaitu apa yg Nabi saw suruh mereka ikut, apa yg Nabi saw larang mereka meninggalkan.
Seorang sahabat bertanya pada sahabat apakah ciri-ciri ahli syurga. Ini menunjukkan para shbt sentiasa mencari peluang utk menjadi hamba Allah yg benar-benar iman dan dikurniakan syurga di akhirat kelak.
Kesemua enam perkara rukun iman yg kita imani tidak kita nampak di hadapan mata kita. Ia adalah perkara ghaib. Tetapi wajib untuk kita imani.
-Kenapa perlu Nabi saw turun naik bertemu Allah utk mendapat solat fardhu 5 waktu?
Kita perlu yakin bhw apa yg diucapkan oleh Nabi saw 1,300 thn dahulu melalui riwayat hadith oleh para sahabat.
-Surah al-Isra’, ayat 59: “Dan tiada kesulitan bagi Kami untuk mengirimkan (kepadamu) tanda-tanda (kekuasaan Kami), melainkan (tanda-tanda) itu telah didustakan oleh orang-orang terdahulu. Dan Kami telah berikan kepada kaum Thamud unta betina (sebagai mukjizat) yang dapat dilihat, tetapi mereka menzaliminya (unta betina itu). Dan Kami tidak mengirimkan tanda-tanda itu melainkan untuk menakut-nakutkan mereka.”
-Kisah Firaun yg ditenggelamkan.
Surah Al-A’raf, ayat 138: “Dan Kami selamatkan Bani Israil menyeberangi laut itu (bahagian utara daripada Laut Merah). Ketika mereka sampai kepada suatu kaum yang tetap menyembah berhala, mereka (Bani Israil) berkata, “Wahai Musa! Buatlah untuk kami sebuah Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala).” (Musa) menjawab, “Sesungguhnya, kamu orang-orang yang bodoh.”

-Keimanan itu amat penting dan ia memerlukan kesempurnaan. Pada hati, lisan & perbuatan.
2. Tentang Hamba
Surah al-Isra’, ayat 1: “Maha suci Allah menjalankan hambaNya..”
Di sinilah para ulamak menyatakan bahawa hamba mempunyai nilai yg besar di sisi Allah.
Di sisi manusia, hamba tidak bernilai.
Jika kita benar-benar beriman dgn menghambakan diri kpd Allah maka kita akan dekat dengan Allah.
Az-Zariyat, 56 : “Tidak diciptakan manusia dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Ku”
Maka hendaklah kita benar-benar menjiwai kehambaan kita kpd Allah. 
Barangkali ramai di kalangan kita lupa bahawa kita adalah masih Hamba Allah bila kita ada kekayaan, harta,pangkat, darjat dll.

Bila kita lupa bhw kita adalah hamba, maka di situlah bermulanya kehancuran pada diri kita.
Kita perlu ingat tujuan kehidupan kita. Maka kita perlu sentiasa ingat pada Allah. Kita banyakkan berzikir.
3. Mengingati Allah (Solat/Zikirrallah)
Kita hidup utk apa? Maka di sini lah kita memerlukan zikirallah. Kita jgn lupa Allah jika tidak hendak Allah lupa kepada kita.
Maka ingatlah Allah sebanyak-banyaknya. Bila kita ingat pada Allah maka kita akan bersyukur kpd Allah.
Sesungguhnya sebesar-besar zikir adalah solat.
Sesungguhnya solat itu adalah juga zikir.

Maka hendaklah kita sentiasa menyempurnakan solat kita.
Kita perlu menyempurnakan solat dengan ilmu. Bermula dengan ilmu bersuci & wuduk.
Ramai yg solat, ttp tidak sempurna.
-Surah Al-Ankabut ayat 45: “Bacalah Kitab (al-quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) memgingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu lakukan.”
-“Tidak masuk syurga bg yg memutuskan silaturrahim.”
Maka jika kita benar-benar mendirikan solat kita tidak banyak buat perkara yg dilarang.
Ibnu Kathir menyatakan bhw solat itu ada 3 kompenan:
1. Ikhlas
Tanpa ikhlas tidak tercapai roh solat yg sebenar.
Ciri ikhlas, kita beramal dan dalam masa yg sama kita risau sekiranya Allah tidak terima amalan kita.
Kita buat kerana pengabdian kita kpd Allah.

Dalam satu hadith, Nabi saw menyatakan bahawa Allah menempelak orang yg berilmu, bersedekah dan yg beramal. Ini kerana tidak dilakukan dengan ikhlas.
Dalam solat perlu takut kpd kebesaran Allah dan siksaan Allah.
Kerana takut pd Allah mk kita takut kpd melakukan perkara mungkar.
3. Zikirallah
-Kita ingat & junjung apa yg Allah perintahkan dan tinggalkan apa yg Allah tegah.

Mengingati Allah itu adalah perkara yg besar.
Allah tidak pernah melupakan kita. Jika Allah melupakan kita, maka berlakulah kehancuran.

Sempurnakan solat kita pada zahir dan batin.
Sesiapa yang baca 2 ayat akhir surah al-Baqarah pada setiap malam maka ia akan dikurniakan kebaikan.
“Dua ayat itu adalah sbhg dpd perbendaharaan Arash.”
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (43/2019): CERAMAH ISRA' DAN MIKRAJ


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 12 April 2019/ 6 Syaaban 1440H (Jumaat). oleh Ustaz PU Azman

●Pendahuluan
-Kisah peristiwa Isra’ Mikraj adalah perkara mukjizat yang telah berlaku dan ia akan kekal tidak berubah sepanjang zaman.
-Justeru bila kita membicarakannya saban tahun, ianya tetap sama kisahnya. Tidak berubah.
-Namun apa yg boleh kita ambil pengajaran daripada peristiwa tersebut amat banyak. Terutamanya bagaimana kita hendak hubungkaitkan dengan diri kita dan dimasa & di mana kita berada sekarang. Adakah saban tahun kita mendengar dan mengulangkaji peristiwa Isra’ Mikraj ini telah meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah atau kita masih ditahap yg lama.

-Dalam peristiwa Isra’’ Mikraj ini, Allah higlightkan kepada kita perjalanan Isra’ dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.
Allah tidak higlightkan perjalan Nabi saw dpd Mekah ke Madinah atau seumpamanya.

-Ini menunjukkan betapa pentingnya Masjid buat umat Islam.
Masjid adalah tempat utama bagi orang Islam untuk pergi.

Bila Nabi saw hijrah ke Madinah, Nabi saw telah membina masjid pertama di sana iaitu Masjid Kubah dan kemudiannya dibina Masjid Nabawi.
Tiga masjid yg utama ialah Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Aqsa.
-Perlu kita banyakkan program utk mengimarahkan masjid. Hendaklah kita menjadikan masjid tempat utama untuk kita kunjungi.
Justeru, walau kita sentiasa sibuk dalam urusan kehidupan dunia, kaya raya, berdarjat, berjawatan dll hendaklah kita lapangkan masa kita untuk ke masjid. Kita ingatlah bahawa urusan kehidupan akhirat perlu kita persiapkan.
Jika kita kata bahawa kita sibuk hingga kita tidak sempat ke masjid, ada orang lain yg lebih sibuk. Orang yg paling sibuk uruskan harta & keduniaan ialah Firaun. Orang yang paling sibuk uruskan kewangan ialah Qarun.
Peristiwa Isra’ Mikraj adalah mukjizat yg kita imani.
Orang yg bertaqwa adalah orang yg percaya kepada perkara-perkara ghaib. Dosa, pahala, syurga, neraka, alam barzakh dll adalah perkara ghaib.

Dalam peristiwa Isra’, Nabi saw diperjalankan (bukannya Nabi saw yg berjalan) oleh Allah.
Nabi saw menaiki kenderaan bernama Boraq (laju spt kilat). Ini menunjukkan bahawa Nabi saw menaiki kenderaan yg terbaik. Maka jika kita mempunyai kekayaan, bila membeli kenderaan belilah yg terbaik. Bawa kenderaan itu ke rumah Allah dan dalam membuat kerja-kerja kebajikan.
Zuhud bukannya bermakna menolak dunia. Maka kita perlu uruskan sesuatu mengikut keperluannya. Kita gunakan keduniaan kita utk persiapan akhirat kita.
Saidina Umar Abdul Aziz, ia merupakan seorang yg zuhud. Sebelum menjadi pemimpin badannya kelihatan gemuk dan selepas menjadi pemimpin ia kurus. Beliau mengutamakan menyelesaikan masalah rakyat dan negara.
-Dalam peristiwa Isra’ Mikraj, Nabi saw membawa kepada kita solat fardhu 5 waktu untuk umatnya hingga ke hari kiamat. Ianya diterima terus oleh Nabi saw dpd Allah iaitu tanpa perantaraan Malaikat.
Justeru ibadat solat ini amat perlu kita jaga sungguh-sungguh. Solat adalah hubungan langsung kita dengan Allah.

-Surah al-Mukminun, ayat 1-2: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu orang yang khusuk dalam solatnya.”
Jangan solat tidak ikhlas (seperti utk menunjuk-nunjuk), solat di akhir waktu, dll.
Jangan kita yg banyak beribadat merasakan bahawa kit hebat dpd orang lain.
Jangan rasa ujub, riak. Jangan suka mendengar orang memuji-muji kita.

Sesiapa yg mempunyai sifat yg merasakan ia lebih baik dpd orang lain, ia adalah sebahagian dpd sifat syaitan.
-Ulamak, Ustaz, orang alim & orang berilmu mungkin tidak ramai. Tetapi kita orang biasa yang ramai. Maka kita perlu menjadi pendakwah.
Kita semua adalah pendakwah. 
Setiap kita bertanggungjawab dalam Amal Makruf Nahi Mungkar.

Kita perlu latih anak-anak kita utk selalu ke masjid. Jadikan masjid tempat yg paling disukai. Jadikan masjid sebagai tempat yg mesra.
Galakkan anak-anak kecil ke masjid. Kita raikan anak-anak ke masjid. Mereka yg akan mewarisi kita kelak.
Kita ramaikan orang di masjid.

Sultan Muhammad al-Fatih, menyatakan bahawa jika kamu nampak anak-anak kecil ramai dan bermain-main di masjid maka masa depan umat Islam amat baik.
Proses pendidikan supaya utk manusia suka ke masjid hendaklah sejak usia kanak-kanak.
Kanak-kanak boleh untuk solat di saf hadapan bersama orang dewasa. Tidak wajar utk pindahkannya ke kebelakang terutamanya bila mereka telah berada di saf. Setengah ulamak menyatakan kanak-kanak mempunyai haknya untuk orang dewasi menyantuninya.
-Memang benar bahawa ada hadith yg menyatakan bahawa saf kanak-kanak adalah di belakang. Namun ada juga hadith yang menyatakan bahawa cucu Nabi saw menaiki belakang baginda saw ketika baginda saw sedang solat.

Antara 7 golongan yg mendapat naungan Allah di akhirat ialah orang yg hatinya sentiasa bertaut dengan masjid.
-Sesungguhnya orang berulang-alik ke masjid memakmurkan masjid adalah orang yang beriman.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.