Sunday 23 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (45/2020): PERMUSUHAN SYAITAN DAN MENGENAI TIPU DAYANYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 23 Feb 2020 / 29 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zulrusdi.

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya syaitan itu berlari (bergerak bebas) di dalam tubuh anak Adam melalui saluran darah.” (HR: al-Bukhari).
-Iaitu syaitan itu mengikut anak Adam melalui aliran darah.
-Dalam kehidupan, kita akan diiikuti dengan tipu daya dan bisikan iblis.
-Untuk menghentikan bisikan syaitan, kita diminta untuk membaca surah An-Nas: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.
"Yang Menguasai sekalian manusia,
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, -“(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".

-Iaitu kita bacalah surah muawaziatan (surah berlindung daripada kejahatan iblis, syaitan, manusia, jin).
Tiga surah tersebut ialah: Surah al-ikhlas, al-alaq & An-Nas.

-Iblis akan berbisik-bisik pada kita bila kita tidak berzikir mengingati Allah.
-Sabda Nabi saw: “Aku diutuskan untuk menyeru dan menyampaikan agama Allah. Tetapi hidayah adalah daripada Allah.”
-Sesungguhnya Allah jualah yang memberi hidayah.
-Surah al-Qasas, ayat 56: “Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (44/2020): AMALAN UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT (KITAB AL-AZKAR)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 22 Feb 2020 / 28 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Salleh Saad.

●Pendahuluan
Syukur kita terus dapat kekuatan untuk melaksanakan ubudiyyah kepada Allah.
-Nabi saw bersabda: “Sesiapa yang menunaikan solat subuh berjemaah dan solat isyak berjemah maka ia seumpama beribadat sepanjang malam.”
-Imam Ghazali menyatakan bahawa hendaklah kamu membuat banyak amal sebelum naik matahari dan selepas naik matahari.
-Hasil daripada ibadah akan melahirkan sifat ‘Ubudiyyah ( العبودية ).
-Imam al-Nabulsiy menyatakan sifat ‘Ubudiyyah tidak mungkin ada dalam diri seseorang itu tanpa melakukan ibadah iaitu dengan melakukan amalan-amalan ketaatan hanya kerana Allah Taala sama ada dengan perkataan, perbuatan dan i‘tiqad.
-Manusia muslim terbahagi dalam tiga keadaan:
i. Mereka yang melakukan ibadah
ii. Mereka yang melakukan maksiat
iii. Mereka yang melakukan perkara yang harus

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (43/2020): TANDA-TANDA KIAMAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presin 18, Putrajaya: 18 Feb 2020 / 25 Jumadilakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Maulana Mohamad Firdaus.

●Pendahuluan
-Wajib beriman akan berlakunya kiamat.
-Tanda-tanda kiamat juga perlu diimani kerana ianya telah disebut dalam al-quran dan hadith Nabi saw. Ia bukan sekadar kita mengambil tahu sahaja.
-Kedatangan hari kiamat adalah antara kunci-kunci perkara ghaib.
Ia adalah perkara-perkara ghaib yang Allah dikhususkan untuk Allah sahaja yang mengetahuinya.
-Ada beberapa ayat al-quran yang menyatakan bahawa hari kiamat itu dalam pengetahuan Allah sahaja.
-Dalam Surah Luqman, ayat 34, Allah SWT menjelaskan kepada manusia bahawa pengetahuan-Nya meliputi banyak perkara.
“Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia-lah jua yang menurunkan hujan dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuan-Nya.”
-Sesungguhnya apa yang manusia ketahui amatlah sedikit sekali.
Allah lah mengetahui segalanya.

Saturday 22 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (42/2020): PENYAKIT HATI DAN RAWATANNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 21 Feb 2020 / 27 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Salleh Saad (Mantan Imam Masjid Putra).


●Pendahuluan
-Penuhilah masa kita dengan membaca al-quran.
-Jangan kita terlepas untuk membaca 10 ayat pertama surah al-kaffi pada malam jumaat atau hari jumaat.
Ia akan memberi ketenangan dan melindungi kita di alam barzakh.

-Surah al-Kaffi, ayat 2: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):”
-Surah al-Kaffi, ayat 3: “(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.”
Jadi ayat ini memberikan berita yang gembira bagi orang yang beriman dan ancaman bagi orang yang kufur.
Apa itu penyakit hati?
-Segala sifat, perbualan, perasaan, fikiran, sangkaan dan niat yang menjauhkan diri kita daripada menjadi seorang hamba Allah SWT yang mulia lagi suci.

-Sabda Nabi saw: “Sesungguh hati manusia itu boleh berkarat seumpama berkaratnya besi. Maka para sahabat bertanya apakah rawatannya. Nabi saw bersabda, rawatannya adalah al-quran dan mengingati mati.”
-Bila kita ingat mati maka kita akan buat persiapan untuk menemui kematian. Bila ingat mati maka kita tidak terlalu mencintai dunia.

Friday 21 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (41/2020): DUNIA YANG MENIPU


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Khas Sebelum Jumaat@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 21 Feb 2020 / 27 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Mohd Radhi Abdul Ghani.

●Pendahuluan
Surah al-Hadiid, ayat 20: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”
Firman Allah:
“Ingatlah kehidupan dunia ini hanyalah keseronokan untuk orang yang terpedaya.”

-Ada yang merasa bahawa bila ia kaya raya dan hidup senang maka Allah redha kepada kita. Itu adalah satu yang terpedaya jika ia tidak menjadi insan yang bertaqwa.
-Bagi yang hidup susah pula janganlah merasa bahawa Allah tidak redha kepadanya. Asalkan kita bertaqwa kepada Allah maka ia adalah lebih mulia di sisi Allah.
-Hidup di dunia ini hanyalah musafir lalu.

Monday 17 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (40/2020): TAFSIR SURAH AL-BAQARAH (AYAT 30-33)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 16 Feb 2020 / 23 Jumadilakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Kehidupan kita berjalan di muka bumi ini perlulah sentiasa mendapat redha Allah.
-Maka hendaklah kehidupan kita mengadaptasi 5 hukum iaitu wajib, sunat, harus, makruh & haram.
-Sekiranya kita dapat mengikuti kelima-lima hukum yang ditetapkan oleh Allah maka kita akan mendapat redha dan rahmat Allah.
-Surah al-Baqarah, ayat 30: “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
-Surah al-Baqarah, ayat 31: “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Sabda Nabi saw:
-“Setelah Allah membentuk lembaga Adam di dalam syurga maka Allah membiarkan di dalam syurga...”


●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (39/2020): PENJAGAAN KESIHATAN MENGIKUT CARA RASULULLAH SAW


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 14 Feb 2020 / 21 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Prof Dr Azizi Al Safi Ismail (Pakar Kesiharan Lincoln University)

●Pendahuluan
Formula penjagaan kesihatan Nabi saw:
-Berbekam
-Madu
-Kecergasan Fizikal
-Tiada bahan memabukkan seperti arak, dadah dan rokok

Mengapa Perubatan Semulajadi?
-Ibn ‘Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: “Penyembuhan terdapat di dalam tiga perkara: seteguk madu, berbekam dan besi panas. Tetapi aku melarang umatku menggunakan besi panas.” (HR: Bukhari).

Steps In Improving Renal Functions:
i. Cupping therapy
ii. Avoid animal protein (vegetarian)
iii. Barley diet & drink
iv. Detox, drugs
v. Exercise (Breathing & Swinging)
vi. Fasting / Intermitten Fasting.

Menjaga Makanan Tidak Berlebihan:
-Sabda Nabi saw: “Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih memudaratkan dirinya selain daripada perutnya.”

Sunday 16 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (38/2020): PENDIDIKAN JASMANI ANAK-ANAK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya: 15 Feb 2020 / 21 Jumadilakhir 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Menyediakan pendidikan jasmani kepada anak-anak adalah amat penting.
-Memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal adalah perkara jasmani yang diperlukan untuk kehidupan.
-Sabda Nabi saw:
“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan anaknya (dengan sempurna kejadian dan anggotanya), adakah kamu menganggap hidung, telinga dan lain-lain anggotanya terpotong?

Lima tanggungjawab besar ketua keluarga dalam memberi nafkah:
1. Menjadi tanggungjawab untuk memberi nafkah makan minum kepada isteri dan anak-anak.
-Surah al-Baqarah, ayat 233: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.”
-Surah at-Tahrim, ayat 6: “Wahai orang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
-Ulamak menyatakan makanan yang perlu diberi sekurang-kurangnya ialah makan pagi dan makan malam.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (37/2020): TAUBAT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Putra, Putrajaya: 16 Feb 2020 / 22 Jumadilakhir 1441H (Ahad).

●Pendahuluan
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari sebelah barat, maka Allah menerima taubatnya.” (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla akan menerima taubat seseorang, sebelum nyawanya sampai di tenggorokan (sebelum ia sekaratul maut).”(HR:Tirmidzi).
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya Allah 'Azzawajalla 'menghulurkan tangannya' (bersedia menerima taubat) pada waktu malam supaya orang yang melakukan kejahatan pada waktu siang bertaubat; dan Allah 'menghulurkan tangannya' (bersedia menerima taubat) pada waktu siang supaya orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat; sehinggalah matahari terbit dari barat." (HR: Muslim).
-Sabda Nabi saw dalam satu hadis qudsi: "Telah berfirman Allah SWT: Wahai anak Adam! Setiap kali engkau memohon dan mengharap kepada Ku, Aku tetap mengampuni mu atas segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Andai kata dosa-dosamu sampai setinggi langit, kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampuni. Wahai anak Adam! Andai kata engkau datang kepada Ku dengan dosa sepenuh bumi, kemudian engkau menemui Ku, sedang engkau tiada menyengutukan Aku dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepada mu dengan ampunan sepenuh bumi pula." (HR: Tirmizi).

Sunday 9 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (36/2020): ORANG MULAI TIDAK MENDERHAKA KEPADA ALLAH SWT


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 8 Feb 2020 / 14 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Mohd Romli.

Sumber: Kitab Nasha’ihul Ibad, Imam Nawawi Al-Bantani


●Pendahuluan
-Syukur bila kita dapat membuat ketaatan kepada Allah.
-“Tidak menderhaki kepada Allah orang yang mulia dan tidaklah mengutamakan dunia atas akhirat orang yang bijak.”
-Sifat Allah di sini ialah kareem dan hakim.
-Tidak menderhaka orang yang mulia (kareem) itu kepada Allah.
Iaitu tidak melakukan dosa bagi orang yang mulia.

-Persoalannya, adakah orang yang tidak menderhaka kepada Allah (tidak berdosa).
Pastinya tidak ada. Cuma ia berbeza dari segi darjah dosa yang dibuat.

Apa itu Taat dan Apa itu maksiat?
-Kata ulamak, tidak diambil kira taat dan maksiat. Tetapi yang diambil kira ialah hasil taat dan hasil maksiat.

Contohnya, bila kita masuk duit dalam tabung masjid. Maka pada zahirnya ia telah taat. Namun ia sebenarnya belum lagi taat. Iaitu adakah hasilnya ia jadi terus tunduk kepada Allah atau ia merasakan dirinya mulia daripada orang lain (ujub).
Contoh yang lain, ada yang pergi buat umrah zahirnya ianya taat. Namun tetapi hasilnya tidak lagi memberi kebaikan jika ianya terus membuat maksiat (mencabar hukum hakam yang ditetapkan oleh Allah).
-Justeru, jika kita buat taat tetapi hasilnya timbul rasa ujub dan seumpamanya maka itu adalah maksiat.
-Banyak perkara kita buat apa yang Allah larang.
Contohnya, kita melihat apa yang Allah tidak bagi kita lihat. Tetapi jika sekiranya kita menyesal dan beristigfar memohon ampun maka ianya menjadi ketaatan iaitu membawa kebaikan kepada kita.

-Syarat bertaubat ialah ia perlu memohon ampun, insaf, benar-benar menyesal dan meninggalkan maksiat yang dibuat.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (35/2020): KURSUS ASAS HAJI: WAJIB-WAJIB HAJI- MELONTAR DI JAMRAH KUBRA 10 ZULHIJJAH, MABIT DI MINA DAN MELONTAR PADA HARI-HARI TASYRIK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kursus Haji 1441H / 2020@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 9 Feb 2020 / 15 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh  Ustaz Zamri Zainal Abidin (Kursus Minggu Kesembilan)

●Pendahuluan
RECAP:
Hukum Berwangi-wangian:
-Berwangi-wangian yang tidak dibenarkan ialah jika kita dengan sengaja untuk mendapatkan kewangian.
-Maka jika kita menghantar kain ihram dan didapati ia berbau wangi maka tidak mengapa.
-Menjadi ketidakselesaan jika kita basuh di bilik air dan sidai di bilik menyebab bau ditanggung oleh ramai orang yang sebilik. Maka lebih elok kita hantar ke tempat dobi walau pun selepas itu didapati kain ihram kita berbau wangi.

-Agama tidak membebankan hambanya.
-Justeru, “Ambillah yang mudah selagi ia tidak berdosa.”

Points utama untuk kita ingat bagi kuliah hari ini:
Melontar Jamrah
1. Bermula 10 zulhijjah adalah waktu mulanya untuk melontar jamrah kubra.

2. Pada hari-hari Tasryik (11, 12 dan 13) adalah lontaran bagi ketiga-tiga jamrah, iaitu jamrah kubra, sughra dan wusta.
-Waktu mula masuk pada ketiga-tiga hari ini adalah selepas masuk waktu subuh.

3. Waktu tamat kesemua lontaran ialah waktu maghrib sebelum 14 Zulhijjah.
Mabit di Mina:
1. Mabit di Mina berbeza dengan mabit di Muzdalifah.

2. Mabit di Mina waktunya adalah pada malam-malam hari Tasyrik.
3. Mabit di Mina itu memerlukan seseorang itu berada di Mina separuh malam. Iaitu bermula daripada waktu maghrib hingga ke waktu subuh.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (34/2020): KURSUS ASAS HAJI: JENIS HAJI DAN CARA-CARA MENGERJAKAN HAJI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kursus Haji 1441H / 2020@Surau Jumaat Ar-Rahman, Presint 16, Putrajaya: 8 Feb 2020 / 14 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Dr Mohd Najib Abdullah, Universiti Sains Malaysia (Kursus Minggu Kesepuluh)

●Pendahuluan
-Haji adalah satu ibadat yang maha agung. Ianya hanya boleh dibuat satu tempat sahaja. Ianya juga wajib sekali sahaja sepanjang hidup kita.
-Sungguh besarnya keutamaan kita belajar ilmu untuk menunaikan haji. Ini kerana kita perlu mempunyai ilmu untuk mempastikan haji yang kita tunaikan sah dan diterima Allah.
RECAP:
Q1: Bilakah bermulanya wukuf di Arafah?
-Wukuf adalah rukun terpenting dalam perjalanan ibadat haji, di mana setiap jemaah wajib berada di Arafah sekurang-kurangnya seketika pada waktu ditetapkan iaitu dari waktu Zohor 9 Zulhijjah sehingga Subuh keesokan hari.
-Jadi waktu wukuf ia bermula pada waktu zohor pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum waktu subuh 10 Zulhijjah.
-Selesai ibadat di Arafah, jemaah haji akan dibawa ke Muzdalifah dengan bas di mana kita boleh bergerak selepas waktu Maghrib 9 Zulhijjah dan kita perlu berada di situ sehingga separuh malam iaitu 11.55 malam.
-Dari Muzdalifah, jemaah dibawa pula ke khemah di Mina secara berperingkat-peringkat dan proses keseluruhan dijangka berakhir pada pagi 10 Zulhijjah.
-Seterusnya, jemaah perlu berada di Mina dari 11 hingga 13 Zulhijjah bagi menyempurnakan ibadat melontar di Jamrah Kubra, Sughra dan Wusta.
-Waktu melontar yang diperuntukkan kerajaan Arab Saudi untuk jemaah Malaysia biasanya adalah dari waktu selepas Asar sehingga Isyak.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (33/2020): KELEBIHAN DAN INTIPATI SURAH AL-MULK


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 9 Feb 2020 / 14 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Mohd Zarifi Mohamad Daud
(Pegawai JAKIM).


●Pendahuluan

-Diriwayatkan oleh Jabir r.a bahawa sudah menjadi kebiasaan Rasulullah SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca Tabarakallazi biyadihil Mulk dan Alim Lam Miim Sajadah.”

-Surah as-Sajjadah (30 ayat) dan surah al-mulk (30 ayat).

-Namun Nabi saw tidak pula mewajib umatnya membaca kerana kepayahannya.

-Dalam hadith dinyatakan bahawa surah al-Mulk akan menjadi penyelamat dan pendinding dalam kubur.

Friday 7 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (32/2020): MEMPERKASA INSTITUSI MASJID


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 7 Feb 2020 / 14 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Haji Yasim Mohamed



●Pendahuluan

-Syukur, Allah pilih kita berada dalam kebaikan.

-Surah Al-A’raf ayat 52: “Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.”

-Surah Al-A'raf ayat ke 156: “Dan rahmat-Ku meliputi segala sesuatu, maka akan aku tetapkan rahmat-Ku untuk orang-orang yang bertaqwa, menunaikan zakat, dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami”

-Surah Al-Anbiya’ ayat 107: “Dan tiadalah Kami mengutuskan Engkau (Wahai Muhammad), melainkan untuk membawa rahmat bagi sekalian alam.”

Monday 3 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (31/2020): NIAT MENUNTUT ILMU (KITAB PELITA PENUNTUT)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Putra Al-Amin (SPAA), Presint 8, Putrajaya: 2 Feb 2020 / 9 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Zikry Ghazali

●Pendahuluan

-Tanda hidup kita mendapat barakah ialah kita masih dapat tunduk sujud kepada Allah.

-Tanda syukur ialah bila kita gunakan segala nikmat yang kita ada dikembalikan semula kepada Allah.
Semua nikmat adalah milik Allah.

-Kelakuan Nabi saw dan para sahabat semasa menunggu Isyak ialah membanyakkan zikirullah dan duduk majlis ilmu.

-Para sahabat bila mereka dalam majlis ilmu dan beribadat burung yang datang hinggap pun tidak disedari.

Niat Untuk Belajar Ilmu:

Sunday 2 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (30/2020): SILATURRAHIM (MENGHUBUNGI KELUARGA)


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 21 Januari 2020 / 26 Jumadilawal 1441H (Selasa) oleh Ustaz Datuk Haji Daud Che Ngah.

Sumber: Kitab Tanbihul Ghafilin, ms 172.


●Pendahuluan
-Sesungguhnya orang yang memakmurkan rumah Allah adalah orang yang beriman.
-Sabda Nabi saw: “Tidak dapat menolak takdir kecuali doa dan tidak dapat menambah umur kecuali amal kebajikan (taat). Dan adakalanya seseorang itu tidak mendapat rezeki kerana berbuat dosa.”
-Surah al-Baqarah, ayat 216: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
-Allah menentukan jodoh, nyawa, rezeki hambaNya.
-Surah ar-Rum, ayat 11: “Allah memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula pada hari kiamat), kemudian kepadaNyalah kamu akan dikembalikan (untuk menerima balasan).”
-Surah ar-Rum, ayat 12: “Dan semasa berlakunya hari kiamat, orang-orang yang berdosa akan dia membisu serta berputus asa.”
-Saidina Umar ra berkata: “Siapa yang bertaqwa kepada Tuhan dan menghubungi keluarganya maka akan ditambah umurnya, dan diperbanyak harta kekayaannya dan disayang oleh keluarganya.”

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (29/2020): HATI YANG TENANG


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya: 11 Januari 2020 / 15 Jumadilawal 1441H (Sabtu).

●Pendahuluan
-Bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi dan nikmat yang bakal kita perolehi di masa depan.
-Betapa beratnya tuntutan untuk solat subuh dan isyak berjemaah.
-Menurut Ubai ibn Ka’b, pada suatu hari, Rasulullah saw keluar untuk menunaikan solat Subuh berjemaah. Setelah selesai solat, Baginda saw memerhatikan jemaah lalu meneliti sahabat yang tidak hadir solat subuh berjemaah. Rasulullah saw lalu bertanya: “Apakah si fulan ini telah mati syahid?” Sahabat menjawab: “Tidak.” Kemudian Baginda saw memerhatikan lagi lalu berkata “apakah si fulan telah syahid?” Sahabat lalu menjawab “Tidak.” Lalu Nabi saw bersabda:
إِنَّ هَاتَيْنِ الصَّلاَتَيْنِ أَثْقَلُ الصَّلَوَاتِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ وَلَوْ تَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لأَتَيْتُمُوهُمَا وَلَوْ حَبْوًا عَلَى الرُّكَبِ
Maksudnya: Inilah dua solat yang amat berat buat orang yang munafiq (iaitu solat subuh dan isya’). Sekiranya mereka mengetahui besarnya ganjarannya, maka mereka akan datang solat di masjid sekali pun dalam keadaan merangkak.” (HR:Abu Daud, an-Nasa’ie).
-Begitulah Rasulullah saw sangat menekankan akan keperluan solat Subuh berjemaah sehingga diperhatikan kehadiran sahabat dalam saf setelah selesai menunaikannya.
-Bahawa hadith Nabi saw menyatakan perbezaan muslim dan orang munafiqin ialah mereka yang datang solat berjemaah solat Isyak dan solat subuh.
-Walau pun ianya suatu perkara yang berat tetapi bila hati seseorang itu bersih dan bertaqwa maka ia dapat datang ke masjid.
-Hati orang yang dapat datang ke masjid, hatinya hidup. Ia dapat melihat kekuasaan Allah. Allah campakkan keimanan kepadanya.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (28/2020): HARAM MENYEMBUNYI AGAMA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Subuh @Masjid Putra, Putrajaya: 2 Feb 2020 / 8 Jumadilakhir 1441H (Ahad) oleh Ustaz Abdullah Mat

●Pendahuluan
-Orang-orang yang menyembunyikan hukum hakam agama adalah berdosa.
-Jadilah kamu sebagai orang yang menyampaikan ilmu agama.
-Surah al-Baqarah, ayat 159-160: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan sesuatu yang Kami telah turunkan iaitu dari ayat-ayat yang jelas dan hidayat setelah kami terangkan kepada manusia di dalam kitab suci, merekalah orang-orang yang dilaknatkan Allah dan dilaknatkan oleh sekalian pelaknat. Kecuali mereka yang telah bertaubat, mengislahkan diri mereka dan menjelaskan yang benar, maka untuk mereka Aku terima taubat mereka dan sesungguhnya Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih.”
-Imam al-Baghawi berkata: ayat 159-160 surah al-Baqarah tersebut diturunkan kepada ulama Yahudi yang menyembunyikan sifat Muhammad saw, ayat rejam kepada penzina yang muhsan dan lain-lain daripada hukum-hukum yang terdapat di dalam Taurat.
-Di dalam surah Ali Imran, ayat 187: “Ingatlah ketika Allah menetapkan perjanjian kepada orang-orang yang diberi kitab iaitu hendaklah menerangkan kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya, tetapi mereka telah membuang perjanjian itu kebelakang mereka dan mereka menukarnya dengan harga yang sedikit, maka alangkah buruknya barang yang mereka tukar itu.”
-Justeru daripada ayat ini ulama telah mengambil dalil bahawasanya orang yang menyembunyikan ilmu yang wajib dalam masa yang sama wujud pelajar yang hendak belajar, maka ia adalah perbuatan yang haram dan berdosa besar sekiranya dia tidak mengajarkannya.

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (27/2020): PANDUAN BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 29 Januari 2020/ 5 Jumadilakhir 1441H (Rabu) oleh Ustaz Haniff Hashim.

●Pendahuluan
-Alhamdulillah banyaknya nikmat yang kita perolehi daripada Allah.
-Terdapat 8 jenis nikmat yang boleh kita simpulkan daripada firman Allah dalam al-quran.
Antaranya ialah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.
-Surah Ibrahim, ayat 7: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih."
-Sabda Nabi saw: “Dibolehkan iri hati dalam dua perkara iaitu irihati orang yang pandai baca al-quran dan irihati orang kaya yang banyak memberi infaq.”
-Kita baru menyambut tahun baru. Maka hendaklah kita munasabah diri kita adakah amalan dan bekalan kita semakin bertambah.
-Bagaimana kita hendak mendapat kekhusukan dalam membaca al-quran dan taddabur ayat al-quran?
-Bila baca al-quran maka hendaklah kita datangkan keikhlasan semata-mata kerana Allah.
Bagaimana Untuk Dapat Kekusyukan Dalam Membaca Al-quran:

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (26/2020): TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 1 Feb 2020 / 8 Jumadilakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Rahman Rahim.

●Pendahuluan
-Kasih sayang dan rahmat Allah ada dalam majlis ilmu. Para malaikat Allah diperintahkan untuk sentiasa melindungi orang yang menuntut ilmu daripada ia keluar rumah sehinggalah ia balik semula ke rumah.
-Sabda Nabi saw: “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Apabila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang- senang namun padanya ada kebengkokan.” (HR: Bukhari dan Muslim).
-Sabda Nabi saw: “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap keluarga (isteri)nya. Dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap keluarga (isteri)ku.”
-Hadith Nabi saw di atas memberikan panduan yang amat jelas bagaimana untuk suami melindungi dan mendidik isteri.
-Sesungguhnya perempuan itu dari tulang rusuk yang bengkok. Jika keras sangat ia akan patah.
-Surah An-Nisa’, ayat 19: “Dan bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut.”

Saturday 1 February 2020

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (25/2020): KONSEP REZEKI DALAM ISLAM, KEBERKATAN DAN JALAN-JALANNYA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Kuliah Subuh@Masjid Tuanku Al-Mizan, Putrajaya: 1 Feb 2019/ 7 Jumadilakhir 1441H (Sabtu)


●Pendahuluan
-Istilah rezeki perlu difahami dalam konteks yang luas.

(a) Allah Tuhan Pemberi Rezeki
Empat macam rezeki:
-Rezeki yang dijamin (madhmun)
-Rezeki yang dibagikan (maqsum
-Rezeki yang dimiliki (mamluk).
-Rezeki yang dijanjikan (mau’ud).

(b) Kehidupan Adalah Beribadah Bukan Mencari Rezeki Tanpa Ibadah
-Menjaga ibadah termasuk amalan sunat akan dikurniakan rezeki yang banyak.
-i. Melazimi kekal berwuduk
-ii. Melazimi Solat Malam (Tahajud)
-iii. Melazimi Solat Dhuha

(c) Kunci Rezeki Menjaga Hubungan Dengan Manusia.
-i. Berbakti dan mendoakan Ibu Bapa.
-ii. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah.
-iii. Menunaikan hajat orang lain.
-iv. Mengeratkan silaturrahim.
-v. Membuat amal kebajikan.

(d) Cara Hidup Dan Sikap Yang Memurah Rezeki
-i. Bangun seawal pagi.
-ii. Berusaha dengan dengan kesungguhan
-iii. Bersedekah.
-iv. Bersyukur kepada Allah
-v. Rezeki Perkahwinan dan Anak
-vi. Redha dan Qanaah
-vii. Berikhtiar
-viii. Bertawakal

(e) Zikir Dan Bacaan Ayat Al-Quran Tertentu
(f) Amalan Zikir dan Bacaan Murah Rezeki
(g) Berselawat
(h) Berdoa
(i) Keberkatan Rezeki

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (24/2020): KELUARGA MITHALI IMPIAN KITA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 31 Januari 2020 / 7 Jumadilakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustazah Hajjah Zawiyah Hassan.

●Pendahuluan
-Hanya orang beriman yang memakmurkan rumah Allah.
-Surah At-Taubah, ayat 18: “Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala).”
-Sabda Nabi saw: ““Jika engkau melihat seorang hamba yang selalu mengunjungi masjid maka persaksikanlah keimanannya.”
-Sabda Nabi saw: “Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah dalam naungan (Arsy)-Nya pada hari yang tidak ada naungan (sama sekali) kecuali naungan-Nya… (di antaranya): Seorang hamba yang hatinya selalu terikat dengan masjid.”
-Masjid sebagai benteng untuk selamat daripada malapetaka.
-Kita sayangi dan makmurkanlah rumah Allah.
-Mempunyai keluarga mithali adalah impian semua. Ia memerlukan usaha yang berterusan. Tiang utama untuk mendapat keluarga mithali adalah ketaatan kepada Allah dan suami (bagi seorang isteri).