السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Bacaan Hadith Selepas Subuh@Masjid Tengku Panglima Perang, Kuantan, Pahang: 23 Julai 2019/ 18 Zulkaedah 1440H (Selasa).
● Pendahuluan
-Berkasih sayang kerana Allah. Kasih sayang itu fitrah. Iaitu berada pada setiap makhluk Allah. Ianya bukan hanya khusus pada manusia sahaja. Sebaliknya, setiap makhluk ciptaan Allah SWT dikurniakan sifat tersebut juga termasuk haiwan dan tumbuhan.
-Kasih sayang terbina atas sifat rahmat Allah SWT terhadap hamba-Nya dan kerana itulah manusia diciptakan.
-Firman Allah SWT, surah Hud, ayat 118-119: "Jika Tuhanmu menghendaki, tentu Dia menjadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih pendapat. Melainkan mereka yang diberi rahmat oleh Tuhanmu. Dan untuk itulah (kasih sayang) mereka diciptakan."
Surah ali-Imran, ayat 159: "Maka disebabkan rahmat daripada Allah SWT kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi kasar, sudah tentu mereka akan menjauhkan diri darimu."
-Hadis Qudsi menyebut: "Jika kamu inginkan rahmat-Ku, maka kasihanilah makhluk ciptaan-Ku."
-Dari Abu Hurairah ra dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat kelak: “Mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku? Hari ini Ku naungi mereka, di mana tidak ada naungan pada hari ini selain naungan-Ku.” (HR Muslim No: 4655).
-Daripada Muaz ra katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagungan Ku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada’ ”.
-Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Nabi SAW bersabda:
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [HR al-Bukhari (13)].
-Daripada Abdullah bin Abbas ra berkata, bahawa Nabi SAW bersabda:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيرَنَا وَيُوَقِّرْ كَبِيرَنَا
Maksudnya: “Bukan daripada kalangan kami (sunnah kami), orang yang tidak menyayangi orang yang muda (lebih kecil usia) dan orang yang tidak menghormati orang yang dewasa (lebih berusia).” [HR al-Tirmizi (1921)].
-Sabda Nabi saw: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ‘ (HR Muslim No: 4685).
-Sabda Nabi saw: “Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini, nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat.” (HR: Imam Muslim).
-Surah Ali-Imran, ayat 31:
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
"Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
Maka dalam kehidupan hendaklah kita ikutlah apa yang disampaikan oleh Nabi saw.
Segala yang kita lakukan hendaklah mengikut al-quran dan sunnah (hadith). Jika kita tidak ikut keduanya maka kita terjebak dalam hawa nafsu.
Bila kita ikut al-quran dan hadith maka kita akan mendapat rahmat dan kebaikan.
Segala yang kita lakukan hendaklah mengikut al-quran dan sunnah (hadith). Jika kita tidak ikut keduanya maka kita terjebak dalam hawa nafsu.
Bila kita ikut al-quran dan hadith maka kita akan mendapat rahmat dan kebaikan.
Siapa yang mendapat kasih sayang Allah maka kita akan mendapat kebaikan, perlindungan dan rahmat Allah.
Sebagai pemimpin seperti suami yang menjadi ketua keluarga hendaklah kita mempunyai ilmu.
Jangan kita memetik kata-kata orang lain untuk jadikan panduan.
Menjadi tanggungjawab seorang Islam untuk:
-Kenal Allah
-Kenal Rasul
-Kenal Islam
-Kenal Allah
-Kenal Rasul
-Kenal Islam
-Dua orang yg berkasih sayang kerana keredhaan Allah walau pun tidak bertemu maka ialah lebih berhak mendapat kasih sayang Allah.
-Sabda Nabi saw: “Muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam, akan disambut malaikat dengan berkata, ‘Semoga untukmu juga.’”
-Abu Daud meriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, “Manusia paling utama di sisi Allah adalah yang terlebih dahulu memberi salam.”
-Sabda Nabi saw: “Manusia penyayang akan dicintai Allah yang Maha Penyayang. Cintailah seluruh makhluk di bumi, nescaya makhluk di langit akan menyayangimu.” (HR at-Tirmizi).
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
ReplyDeleteayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
WA : +85587781483