Monday, 22 July 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (132/2019): TUJUH KUNCI KEBAHAGIAN


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Zohor@Masjid Tepian Putra Kuantan, Pahang: 22 Julai 2019/ 19 Zulkaedah 1440H (Isnin).

● Pendahuluan
-Semua orang hendak kepada kebahagian, tidak kira siapa jua.
-Saidina Ali ra menyatakan bahawa ada 7 kunci kebahagian.
1. Jangan simpan dendam pada seseorang walau pun ia pernah buat zalim kepada kita.
-Berilah maaf kepada seseorang yang buat kesilapan dan kezaliman kepada kita.
Jangan ikut yahudi “I can forgive but I can’t forget”.
2. Jangan bersedih yang bersangatan (keterlaluan).
-Walau pun masalah yang kita hadapi sedang memuncak.
-Salah satu daripada 40 senjata iblis ialah melalui perasaan. Itu sebab Islam larang untuk kita terlalu gembira dan terlalu sedih. Jangan ketawa keterlaluan.
Jadi jangan bersangatan dalan sesuatu perkara.
Baca kitab “La Tah Zan” (don’t be sad). Iaitu bagaimana untuk merawat kesedihan.
3. Bersedekah dan menghulurkan bantuan ketika mana kamu sedang susah.
-Kita yakin bahawa Allah sentiasa memberi kebaikan kepada kita. Allah boleh beri lebih daripada yang kita keluarkan.
4. Lakukan kebaikan dan kebajikan.
-Walau pun banyak dugaan dan ujian kita terus buat baik.
-Bila kita buat baik pun ada orang tidak suka. Jadi apatah lagi kalau buat perkara buruk.
Memang ada orang yang berpenyakit. Bila kita buat baik ia sakit hati.
5. Hiduplah dengan sederhana, walau pun kita seorang yang mewah.
-Islam memang tidak halang hidup mewah. Tetapi hidup sederhana lebih baik.
-Orang masuk neraka bukan sebab hidup mewah dan kekayaan. Tetapi kerana sombong dengan kemewahan/kekayaan.
6. Tersenyumlah walau pun hati di dalam hancur/gundah gelana.
-Tidak ada orang yang tidak bersedih/bermasalah.
-Nabi saw menyatakan bahawa senyum itu sedekah.
-Kajian barat menunjukkan bahawa senyuman menyebabkan otot muka sihat dan nampak muda.
-Kajian juga menunjukkan bahawa senyuman itu boleh melambatkan proses sakit jantung.
-Jadi senyuman itu adala elemen perubatan.
7. Jangan putuskan doa sesama orang mukmin/beriman.
-Kita doakan kepada semua orang samada masih hidup atau telah mati.
-Kata orang alim, orang yang telah meninggal ia umpama orang sedang lemas. Mereka menunggu doa-doa orang yang masih hidup termasuk anak yang soleh.
Sabda Nabi saw:
-“Ketika mana seseorang itu mendoakan orang lain, maka Allah utuskan malaikat untuk mendoakan kepadanya.”
-Doa para malaikat tidak ditolak oleh Allah. Malaikat sentiasa taat kepada Allah, ia tidak bermaksiat.
-Justeru untuk dapat doa yang makbul, kita tumpang dengan doa para malaikat. Ianya dengan kita mendoakan orang lain.
-Moga kita dapat amalkan seperti yang disabdakan oleh Nabi saw 1,400 tahun dahulu.
-Bila kita berdoa, hendaklah kita benar-benar yakin dengan Allah. Biar hati kita juga berdoa, bukan mulat sahaja yang berdoa. Kita yakin pada Allah.
-Kisah di zaman Nabi Musa as ada seorang pemuda yang jual daging di pasar. Nabi Musa as boleh berkata-kata dengan Allah. Dan Allah telah berfirman kepada Nabi Musa as bahawa pemuda penjual daging akan menjadi teman Nabi Musa as di syurga. Maka kemudian Nabi Musa as pergi berjumpa pemuda itu di pasar. Bila ditanya oleh Nabi Musa as apakah amalannya, dinyatakan si pemuda tersebut bahawa ia buat amalan biasa sahaja.
Maka Nabi Musa as memohon untuk bermalam di rumah si pemuda penjual daging tersebut
Nabi Musa as dapati bahawa memang tidak ada amalan istimewa yang dibuat oleh pemuda itu.
Namun ada satu yang dilakukan, iaitu Nabi Musa as mendapati si pemuda itu menjaga ibunya yang tua. Pada waktu malam ia berulang alik ke bilik ibunya. Pemuda itu menyuapkan sup pada mulut ibunya. Setiap kali disuap ibunya berdoa, “Ya Allah jadikan anak ku peneman kepada Nabi Musa as di syurga.”
Ibu itu berdoa dengan yakin, walau pun anaknya tidak yakin.
Untuk berdoa ada adab-adabnya:
-Bila berdoa Nabi saw mengangkat tangan bersungguh-sungguh.
●Penutup

1 comment:

  1. ayo daftarkan diri anda di 4g3n365*c0m :D
    WA : +85587781483

    ReplyDelete