السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat An-Najjah, Presint 9, Putrajaya: 10 Disember 2019/ 14 Rabiulakhir 1441H (Selasa) oleh Ustaz Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim.
●Pendahuluan
-Dua asas dalam kita berhubung sesama manusia:
i. Menjaga persaudaraan sesama Islam
ii. Menjaga hak dan kemuslihatan sesama manusia
i. Menjaga persaudaraan sesama Islam
ii. Menjaga hak dan kemuslihatan sesama manusia
-Jika kedua-dua asas tersebut dijaga maka akan wujud keharmonian dan kedamaian dalam kehidupan.
-Madinah dibina dengan asas persaudaraan.
-Kita jangan cakap di belakang jika ada yang perlu kita tegur.
-Setiap perbuatan dan kata-kata kita menyebabkan orang berasa hati.
-Jika ada dengar masalah rumah tangga orang maka jangan kita burukkan keadaan. Jangann kita yang tidak tahu menahu membuat tohmahan tidak berasas.
-Imam Ghazali menyatakan bahawa yang dimaksudkan halal haram dalam perhubungan adalah adab.
Walau pun adab itu sunat ia boleh menjadi wajib dan haram.
Contoh senyuman, gurauan ianya boleh jadi sunat, wajib dan haram.
Walau pun adab itu sunat ia boleh menjadi wajib dan haram.
Contoh senyuman, gurauan ianya boleh jadi sunat, wajib dan haram.
-Guruan perlu ikut hadnya. Senyuman juga jika ia berbentuk sinis membawa kepada dosa.
-Tidak boleh seorang Islam tidak bertegur sapa sesama Islam. Jangan saling memboikot antara satu sama lain.
Jangan isu-isu kemasyarakatan setempat menyebabkan perbalahan. Contohnya jika membayar yuran sekuriti untuk keselamatan taman maka hendaklah sama-sama dan tidak berselisih faham hanya kerana perbezaan pendekatan/pendapat.
Jika tidak bertegur sapa sesama sanak saudara, suami isteri lagi diharamkan.
-Kita perlu berbaik-baik dengan membuang sifat sombong, sifat marah dan rasa tidak selesa dengan orang lain.
-Bila berlaku tidak bertegur sapa maka hendaklah segera memaafkan. Beri salam antara satu sama lain.
Manusia itu tidak sempurna dan ada di kalangannya adalah pemimpin.
Bila lihat kawan dapat lebih seperti naik pangkat, maka kita perlu bersyukur.
Lagi teruk haramnya jika bergaduh adik beradik dan anak dengan ibubapa.
-Sabda Nabi saw: “Tidak masuk dalam syurga Allah bagi seorang lelaki yang memutuskan silaturrahim.”
Bagaimana untuk membina silaturrahim:
-Kita mendekati semua orang walau pun ada yang tidak suka.
Nabi saw tetap bersabar walau pun ramai orang Jahilliah menghina baginda saw.
Pernah Nabi saw diletakkan bangkai di belakangnya semasa solat di hadapan kaabah namun Nabi saw tetap bersabar.
Pernah Nabi saw diletakkan bangkai di belakangnya semasa solat di hadapan kaabah namun Nabi saw tetap bersabar.
-Sabda Nabi saw: “Bukanlah orang yang baik itu adalah orang yang membalas kebaikan orang tetapi orang yang baik itu adalah orang yang menyambung silaturrahim yang terputus.”
Dalam keadaan tertentu dibenarkan untuk tidak bertegur sapa.
-Nabi saw pernah memulau tiga orang sahabat selama 50 hari kerana mereka lari daripada perang Tabuk. Ia adalah perintah Allah kepada Nabi saw.
Nabi saw pernah tidak menegur isteri selama beberapa tempoh.
[Abdullah bin Umar ra pernah tidak menegur anaknya selama 40 hari.]
-Jangan kita menjadi batu api yang menyebabkan perpecahan. Kita akan dilaknat.
-Sabda Nabi saw: “Tahukah kamua apakah perbuatan yang lebih baik daripada solat, puasa, zakat, haji, bersedekah. Ia adalah bila kamu menjadi penyelamat (menyambung silaturrahim) bagi orang yang berpecah belah.”
-Bila sesama Islam berpecah belah maka Islam akan lemah.
Justeru jangan bercakap yang memecah belah dan menimbulkan pergaduhan.
Justeru jangan bercakap yang memecah belah dan menimbulkan pergaduhan.
-Buat jahat dengan binatang (kuching) pun menyebabkan seseorang itu tidak masuk syurga.
Manusia ini suka bercakap tentang keburukan orang.
Q&A:
1. Derma masjid perlu digunakan untuk kegunaan umum.
2. Jika kita telah ambil wuduk dan kita sembahyang. Semasa kita sembahyang kita terdengar paip yang kita ambil wuduk terbuka. Maka kita boleh memberhentikan solat dan menutup paip yang terbuka dan kemudian memulakan kembali solat.
Ini kerana air adalah hak orang ramai manakala solat adalah kita dengan Allah.
Ini kerana air adalah hak orang ramai manakala solat adalah kita dengan Allah.
3. Derma darah hukumnya harus
4. Mengejek orang yang mati hukumnya haram. Jangan buruk sangka dengan si mati.
Maka dengan orang yang hidup lagilah tidak boleh buruk sangka.
Maka dengan orang yang hidup lagilah tidak boleh buruk sangka.
5. Bagi barang sumbangan harian yang diletakkan di masjid untuk kegunaan orang yang memerlukan seperti gula, beras dan lain-lain boleh diambil/diguna bukan sahaja oleh orang miskin tetapi juga orang kaya. Mungkin orang kaya itu berhadapan dengan masalah (misalnya isteri kirim beli gula tetapi lupa bawa duit atau kedai telah tutup) maka ia boleh mengambilnya. Kemudian si kaya boleh menggantikannya semula.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment