السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kuliah Maghrib@Surau Jumaat Al-Muhajirin, Presint 9, Putrajaya: 7 Disember 2019/ 14 Rabiulakhir 1441H (Sabtu) oleh Ustaz Haji Mohd Zulrusdi Salleh
●Pendahuluan
-Sebagai orang yang beriman kita sentiasa bersedia untuk kehidupan akhirat kita.
-Kita perlu mempunyai keseimbangan dalam mencari keperluan kehidupan di dunia, membuat amalan kebajikan dan persiapan akhirat.
-Kisah seorang hamba Allah yang hebat bernama Uwais.
-Seorang yang tidak dikenali oleh makhluk di bumi tetapi dikenali oleh makhluk dilangit.
Satu pertiga daripada masa beliau diperuntukkan untuk beribadat kepada Allah, satu pertiga untuk mencari kehidupan dan satu pertiga untuk berbakti kepada ibubapa dan ahli keluarga.
-Seorang yang tidak dikenali oleh makhluk di bumi tetapi dikenali oleh makhluk dilangit.
Satu pertiga daripada masa beliau diperuntukkan untuk beribadat kepada Allah, satu pertiga untuk mencari kehidupan dan satu pertiga untuk berbakti kepada ibubapa dan ahli keluarga.
Kerana kebaikan dan kesolehannya menjadi anak yang soleh maka doanya diperkenankan oleh Allah.
-Sabda Nabi saw: “Suatu ketika Rasulullah saw sedang duduk di antara para sahabatnya; antara lain Abu Hurairah, Umar, Ali dan lainnya. Baginda saw bersabda:
“Sesungguhnya sebaik-baik generasi tabi’in adalah orang yang bernama Uwais. Dia mempunyai seorang ibu dan mempunyai belang putih di tubuhnya. Lalu dia berdoa hingga Allah menghilangkan belang itu kecuali hanya tersisa sebentuk dirham.”(HR: Muslim dan Ahmad)
Uwais berdoa untuk kesembuhan penyakitnya dengan meminta untuk menyisakan sedikit saja ditubuhnya agar senantiasa bersyukur dan selalu mengingat Allah Ta’ala dan Allah mengabulkan doanya.
Umar yang mengetahui keutamaan Uwais pun senantiasa meminta doa padanya “Mintakanlah ampunan untukku, wahai Uwais!”.
-Nabi saw menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.
-Sesudah itu Rasulullah saw memandang kepada Saidina Ali KR dan Saidina Umar ra dan bersabda:
“Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi.”
-Sabda Nabi saw: “Dari Ibnu Abbas, Rasulullah saw bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa muda mu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (HR: al-Hakim dan al-Baihaqi).
(i) Waktu muda sebelum tua
-Kita ini semakin tua. Maka sentiasalah tingkatkan amalan kita. Jangan sama sahaja sejak daripada muda tidak bertambah
-Kita ini semakin tua. Maka sentiasalah tingkatkan amalan kita. Jangan sama sahaja sejak daripada muda tidak bertambah
(ii) Waktu sihat sebelum waktu sakit
-Sekarang ramai orang yang sakit. Hendak dapat parking di hospital amat susah.
-Justeru manafaatkanlah masa sihat kita.
-Sekarang ramai orang yang sakit. Hendak dapat parking di hospital amat susah.
-Justeru manafaatkanlah masa sihat kita.
(iii) Waktu lapang sebelum datang waktu sempit
-Maka kita guna masa kita sihat dan lapang ini untuk solat berjemaah, puasa sunat dan ibadat-ibadat lain. Jadilah orang yang istiqamah.
-Maka kita guna masa kita sihat dan lapang ini untuk solat berjemaah, puasa sunat dan ibadat-ibadat lain. Jadilah orang yang istiqamah.
-Sekiranya kita sakit maka kita tidak dapat solat berjemaah dan puasa sunat tetapi kita melaziminya semasa kita sihat maka amalan ibadat yang kita buat masa sihat tetap akan dikira oleh Allah seolah-olah kita lakukan.
(iv) Masa kaya sebelum datang masa miskin.
-Apa yang boleh kita lakukan untuk agama maka buatlah.
-Infaq sebanyak harta yang kita berupaya sumbangkan.
-Apa yang boleh kita lakukan untuk agama maka buatlah.
-Infaq sebanyak harta yang kita berupaya sumbangkan.
-Abdullah ibnu Umar memberi nasihat, “Jika kamu dapat hidup di waktu pagi maka jangan kamu rasa akan hidup di waktu petang. Jika kamu hidup di waktu petang jangan kamu rasa akan hidup waktu pagi esok. Maka gunakan sebaiknya kehidupan kamu sebelum kamu mati.”
-Tiga jenis manusia bila ia bangun pagi daripada tidur:
i. Hidup dengan mencari harta
ii. Hidup dengan mencari dosa
iii. Hidup dengan mencari redha Allah
i. Hidup dengan mencari harta
ii. Hidup dengan mencari dosa
iii. Hidup dengan mencari redha Allah
-Jangan kamu disibukkan untuk mengumpulkan kekayaan sehingga masuk lubang kubur!
-Surah at-Takatsur, ayat 1-8: “Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu itu), dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin, niscaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahiim, dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan ‘ainul yaqin, kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan di dunia itu).
-Ada pun orang yang sibuk mencari harta ia tidak dapat makan lebih daripada rezeki yang diberikan oleh Allah.
Ia tidak makan rezeki lebih daripada hartanya yang banyak.
Kita tidak akan mampu makan lebih daripada yang sepatutnya.
Kita tidak akan mampu makan lebih daripada yang sepatutnya.
-Jangan kita sibuk mencari dosa. Jangan kita habiskan hidup dengan tidak membuat apa-apa persediaan bekalan akhirat.
-Orang yang alim dan bijaksana berkata: “seorang hamba yang tidur ia hendaklah menyelesaikan empat perkara:
(i) Jangan kamu tidur lena selagi tidak ada lagi orang yang kamu berdosa dengannya dan tidak ada lagi orang yang kita buat dosa yang kita belum minta maaf.
Ada atau tidak harta atau hutang orang yang kita belum bayar lagi.
Lagi bahaya jika hutang kita tidak diketahui oleh isteri/suami atau anak kita.
-Ada satu kisah, seorang itu memegang barang untuk diberikan kepada seseorang. Namun ia terlupa dan meninggal dunia. Maka diilhamkan kepada anaknya mimpi bercakap dengan ayah. Dinyatakan kepada anaknya bahawa ia tersekat daripada mendapat rahmat Allah kerana ia tidak menyampaikan barang kepada orang yang diamanahkan.
-Betapa banyaknya amanah yang ada pada kita yang belum kita tunaikan.
Jadi jangan kita menjadi orang yang tidur lena selagi kita selesai mohon maaf dan selesai apa yang wajar diselesaikan.
(ii) Jangan kamu tidur lena sehingga kamu menunaikan tanggungjawab kamu kepada Allah.
Ianya termasuk perkara wajib dan sunat.
Jika kita biasa buat perkara sunat seperti zikir, tasbih, baca al-quran sebelum tidur maka laksanakanlah sebelum tidur.
Ianya termasuk perkara wajib dan sunat.
Jika kita biasa buat perkara sunat seperti zikir, tasbih, baca al-quran sebelum tidur maka laksanakanlah sebelum tidur.
Jangan kita tidur sebelum kita memaafkan orang dan doa untuk Allah ampunkan dosa-dosa orang lain.
(iii) Jangan kamu tidur selama mana kamu rasa berdosa dan belum bertaubat kepada Allah.
(iv) Jangan kamu tidur sebelum kamu meninggalkan (menulis) wasiat kepada ahli waris.
Tidak timbul satu hari melainkan Allah wajibkan kepada anak Adam untuk melakukan 10 perkara:
1. Bila bangun tidur maka berselawatlah kepada Allah (Mengingati Allah).
-Bertasbihlah kamu dengan memuji Allah setiap kali kamu bangun daripada tidur.
-Surah al-Ahzab, ayat 41: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”
-Surah al-Insaan, ayat 26: “Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.”
2. Tutup aurat
3. Sempurnakan wuduk
“Wahai orang beriman, apabila kamu bangun tidur untuk melakukan solat maka basuhlah wajah kamu....”
4. Sembahyang tepat pada waktunya
5. Rasa aman dan yakin dengan rezeki Allah.
Semuanya dalam urusan Allah
Semuanya dalam urusan Allah
6. Qanaah
-Merasa cukup dengan kurniaan Allah.
-Merasa cukup dengan kurniaan Allah.
-Malaikat takjub pada manusia: Bila dapat musibah ia sabar dan reda. Bila dapat nikmat ia bersyukur.
7. Bertawakkal kepada Allah yang hidup dan tidak mati.
8. Sabar terima takdir dan hukum daripada Allah.
9. Sabar dengan musibah dan bersyukur dengan nikmat
10. Makan dengan makanan yang halal
Cari rezeki yang halal.
Cari rezeki yang halal.
●Penutup
《May Allah give us ability to practice what had been said/written》
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment