Monday, 16 December 2019

PERKONGSIAN NOTA KULIAH (254/2019): 1. BERZIKIR; 2. EMPAT TANDA KESENGSARAAN DAN EMPAT TANDA KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّ حِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Kuliah Maghrib@Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya: 13 Disember 2019/ 17 Rabiulakhir 1441H (Jumaat) oleh Ustaz Muhammad Nasryl Arif Roslan.

●Pendahuluan
-Hendaklah kita sentiasa basah lidah dan hati kita mengingati Allah.
Firman Allah:
(i) “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.” (Surah al-Ahzab, ayat 41).
(ii) “Maka berdzikirlah kepada Ku, nescaya Aku akan menyebutmu.” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
-Sebuah hadis qudsi menyebut: “Aku bersama hamba Ku yang mengingati Ku.” (HR: al-Bukhari).
“Barangsiapa mengingati Ku maka Aku akan mengingatnya.”
-Nabi saw bersabda, “Allah SWT telah berfirman, “Barangsiapa mengingat-Ku dalam hatinya, maka Aku akan mengingatinya di sisi-Ku. Dan barangsiapa mengingat-Ku di dalam sekelompok orang, maka Aku akan mengingatnya dalam sekelompok makhluk yang lebih mulia daripada mereka.” (HR. Bukhari (7405) dan Muslim (2675).
(iii) “Maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri dan duduk dan semasa kamu berbaring.” (Surah An-Nisa, ayat 103).
-Maka sama-samalah kita perbanyakkan dan memperbaiki zikir kita.
-Punca banyak keruntuhan hidup kerana ramai yang lupa untuk berzikir (lupa mengingati Allah.
-Sabda Nabi saw: “Apabila kamu selesai solat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara, Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar)” sebanyak tujuh kali kerana jika kamu meninggal dunia pada hari itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkanlah sebelum berbicara, “Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar) sebanyak tujuh kali kerana sesungguhnya jika kamu meninggal dunia pada malamnya itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (HR: Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, At-Thabraani dan Al-Baihaqi).
-Surah al-A’raf, ayat 205: “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (khifah), dan tidak dengan mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai.”
-Dalam sebuah hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa Nabi saw telah bersabda, terdapat dua kalimat yang ringan diucapkan di lisan, dicintai oleh Allah yang Maha Merahmati, berat pada timbangan iaitu Subhanallah wabihamdih, subhanallahil ‘Azim.”
-Sabda Nabi saw: “Sesiapa yang menyebut “subhanallah wabihamdi” seratus kali maka akan diampunkan dosanya walau pun dosanya sebanyak buih di langit.”
-Nabi SAW bersabda: “Apakah seseorang antara kamu setiap hari tidak mampu mengamalkan suatu amalan sebesar Gunung Uhud?”
Para sahabat menjawab: “Ya Rasulullah, siapa yang mampu melakukan amalan sebesar Gunung Uhud?” Nabi saw bersabda: “Kamu semua mampu.”
Mereka bertanya: “Bagaimana caranya?” Baginda bersabda: “Ucapan Subhanallah lebih besar pahalanya daripada Gunung Uhud, ucapan La ila ha illallah lebih besar daripada Gunung Uhud, ucapan Alhamdulillah lebih besar daripada Gunung Uhud dan ucapan Allahuakbar lebih besar daripada Gunung Uhud.”
-Hidup manusia sekarang hidup dalam kelemasan
-“Tidak aku ciptakan sesuatu di atas muka bumi ini melainkan ia berzikir kepada Allah. Akan tetapi kamu tidak memahami cara mereka berzikir.”
-“Sesungguhnya manusia itu adalah sebaik-baik kehidupan..”
-Jadi matlamat hidup di dunia ini adalah untuk berzikir kepada Allah.
-Pokok, tumbuhan, binatang dan semua makhluk Allah berzikir kepada Allah.
-Pada satu hari, Nabi saw memegang butiran pasir. Pada masa tersebut ada keempat-empat sahabat besar Nabi saw. Bila dilepaskan butiran pasir itu maka terdengar sebutan berzikir daripada pasir itu.
Manusia ini mempunyai dua ingatan:
1. Ingatan yang kekal selama-lamanya.
-Contohnya, orang akan sentiasa solat lima waktu berjemaah sampai bila-bila kerana telah laksanakannya setiap hari dalam tempoh yang lama seperti sejak kecil.
Ia jadi ingatan yang kekal walau pun pergi ke mana-mana pun tetap melakukannya.
-Contoh, ingatan surah al-mulk dan surah al-fatihah.
Kerana biasa dibaca setiap malam maka surah al-mulk dapat dihafal.

2. Ingatan yang tidak kekal
-Kenapa zikir kita tidak buat selalu. Ia adalah kerana ia tidak masuk dalam ingatan kekal.
Justeru hendaklah kita lazimkan zikir untuk ia menjadi ingatan kekal dan kita dapat mengamalkan secara berterusan.
Empat Tanda Kesengsaraan dan Empat Tanda Kebahagiaan di Akhirat:
-Dalam Kitab Nashaihul ‘Ibad karangan Imam Nawawi Al-Bantani disebutkan bahwa Rasulullah saw bersabda, “Tanda orang sengsara di akhirat ada empat iaitu:
(i) Melupakan dosa-dosa masa lalu padahal semuanya tercatat dengan rapi di sisi Allah.
(ii) Mengenang kebaikan di masa lalu padahal belum diketahui diterima Allah atau tidak.
(iii) Dalam urusan dunia selalu memandang ke yang lebih atas.
(iv) Dalam urusan agama selalu memandang ke yang lebih rendah.
Kemudian disebutkan pula, tanda orang bahagia di akhirat juga ada empat:
(i) Mengingat dosa-dosa yang telah lalu.
(iii) Melupakan kebaikan yang pernah ia lakukan.
(iii) Dalam urusan agama senang melihat kepada orang yang lebih tinggi (dalam ibadah dan ketaatannya kepada Allah).
(iv) Dalam urusan dunia senang melihat kepada orang yang lebih rendah (sehingga mendorongnya untuk lebih mensyukuri nikmat-Nya).”
HURAIAN:
-Nabi saw telah memberitahu kepada kita tentang tanda-tanda tersebut.
-Di dunia ini, orang ukur kebahagian atas banyak harta benda dan darjat.
-Dalam hadith ini, Nabi dahulukan dengan kesengsaraan dahulu.
1. Orang yang melupakan dosanya terdahulu tanpa penyesalan.
-Ia tidak mahu berhenti melakukan kemaksiatan.
-Mata masih suka melihat masiat. Mulut masih suka mengaibkan orang. Tangan suka untuk menjatuhkan orang dan mengambil maksiat.
-Maka untuk menjauhinya, hendaklah banyakkan bertaubat.
-Surah ali-Imran: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”
Tiga ciri yang tunjukkan taubat kita diterima:
i. Ramai orang yang baik berkawan dengan kita.
Anak-anak kita pun akan berkawan dengan orang yang baik.
ii. Kehidupan kita jauh daripada orang-orang yang jahat.
-Hari-hari kita hendaklah ingatkan kematian.
Maka kita persiapkan kematian kita dengan perbanyakkan belajar ilmu agama. Dengan ilmu agama kita ingat mati.
-Surah An-Nisa, ayat: “Malaikat bertanya kepada ahli kubur, “Kenapa kamu mati dalam keadaan menzalimi diri kamu sendiri. Wahai malaikat, kamilah orang yang lemah bila duduk di dunia. Dunia yang Allah ciptakan buat kamu amat luas, sempit sangatkah sehingga kamu tidak boleh berhijrah. Kamu semua Allah sediakan satu tempat namanya neraka.”
-Surah Tahrim, ayat 6: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
Ulamak mentafsirkan lemah itu adalah lemah dalam urusan agama.
-Walau pun telah berumur tetapi ramai yang masih lemah dalam berzakat,lemah dalam membaca al-quran dan memahaminya.
-Letakkan hajat untuk kematian.
-Untuk ingat kematian maka selitkan hajat tentang kematian kita semasa sujud kita.
Kita doa untuk mati semasa solat, mati dalam khusnul khatimah.
-Jangan kita hanya doa untuk keduniaan sahaja.
-“Sesiapa yang memohon kepada Ku nescaya Aku makbulkannya.”
-Justeru jangan kita menjadi orang yang lupa dengan dosa-dosa kita yang lalu.
2. Seseorang yang mengenang kebaikan masa lalu. Sedang mereka tidak mengetahui samada kebaikan itu diterima atau tidak.
-Jadi jangan kita mengingat-ingat kebaikan yang kita buat.
- Surah al-Baqarah, ayat 264: “Wahai orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat."
-Jadi, kita lupakan kebaikan yang kita buat seolah-olah kita tidak pernah melakukan.
-Saidina Usman Ibnu Affan ra menyatakan bahawa antara tanda-tanda gagal meraih taqwa kepada Allah bila seseorang lebih suka bersantai-santai berbanding beramal.
-Saidina Umar ra menyatakan: “Allah sembunyikan redha dalam ketaatan.”
-Jadi kita teruskan buat kebaikan. Boleh jadi sedikit kebaikan yang kita buat seperti mencuci tandas, Allah redha dengan perlakuan kita itu.
-Jangan abaikan apa jua kebaikan yang manpu kita buat. Contohnya, beri makan kepada kuching yang datang pada kita. Ziarah orang sakit, ziarah jenazah dan lain-lain.
-Justeru kita lupakan kebaikan yang kita buat.
3. Orang yang memandang tinggi daripadanya dalam urusan dunia.
-Jangan kita meletakkan dan memandang terlalu tinggi dalam urusan kejayaan di dunia berbanding akhirat.
-Tetapi kita pandang rendah orang dapat solat berjemaah setiap waktu.
-Solat di awal waktu Allah suka. Jadi jangan kita tidak pandang kepada orang taat dalam beragama.
-Sabda Nabi saw: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”
-Surah an-Nisaa’, ayat 100: “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
-Maka usahalah untuk sentiasa memalingkan muka kita kepada Allah.

●Penutup
May Allah give us ability to practice what had been said/written
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Wassalam.

No comments:

Post a Comment